Chapter 2

Kyungsoo dan kisahnya

*Maaf banyak-banyak sebab cerita ini memang dibuat dengan penuh keikhlasan,tapi bukan lah hasil yang terbaik.Maybe not even worth reading,and if you think so,just leave.pls.i apologize

 

 

 

 

 

 

 

Kai atau nama sebenarnya Kim Jongin tidak berhenti merungut sejak Kris mula memilih untuk menaiki bas walhal dia dapat melihat dengan jelas beberapa buah teksi yang masih belum mempunyai penumpang di stesen kereta api tadi dan dia tahu Kris bukan rabun, jauh sekali buta.


 

“Cuba kau bagitau sekali lagi hyung kenapa kita kena naik bas bukan teksi?” soal Jongin dengan suara yang sedikit ditinggikan kepada Kris yang duduk di kerusi hadapan sambil menyilangkan kedua lengannya ke dadanya.

Tiada jawapan dari Kris membuatkan Kai bangun lalu menghulurkan kepalanya dari atas kepala Kris.


 

“Hyung!”


 

Kris mengangkat kepalanya dari handphonenya secara tiba-tiba membuatkan Kai terduduk kembali akibat mahu mengelak dari kepala Kris yang hampir melanggar dagunya.


 

“Sebab kau tak boleh teleportkan kita ke airport...tambang teksi mahal,korang pulak takde duit jadi aku yang kena bayar...Jadi bersyukur dengan apa yang ada,Jongin.” Kris menjawab dengan tenang.


 

Kai mendengus perlahan.Dia bukannya memusuhi pengangkutan awam itu atau apa,tapi dia sungguh memusuhi tempat yang sesak,lebih-lebih lagi di hari yang panas di musim panas begini.Walaubagaimanapun dia tetap bersyukur kerana dia maih mendapat tempat untuk duduk bermakna dia tidak perlu berdiri bersama-sama dengan penumpang lain yang tidak bernasib baik.Kalau tidak terpaksa lah dia menahan nafasnya sepanjang perjalanan mereka daripada menghidu bau peluh bawah lengan penumpang-penumpang yang terpaksa berdiri.


 

Sehun menghulurkan kepalanya dari kerusi hadapan.Dia memandang sekilas kepada budak yang agak besar yang duduk bersebelahan Kai sebelum bertanya, “betul ke kau takde duit?”


 

Memang mereka berdua sudah memberitahu Kris yang mereka tidak membawa duit bersama mereka sejak mula mereka berkumpul di apartment Kris tengah hari tadi,tapi nampaknya Sehun seperti tidak mempercayai kata-kata Kai.


 

“Betul lah.Aku dah bagitau aku nak simpan duit,kalau aku bawak duit nanti mesti habis aku guna.”


 

“Oh…” Sehun mengangguk faham dan mengerti bahawa Kai tidak berbohong sebelumnya.


 

“Kau pulak?” soal Kai sebelum sempat Sehun berpaling semula kedepan.


 

“Aku apa?” Sehun buat-buat tidak mengerti.


 

“Kau sebenarnya ada duit kan?” Kai menyeringai “budak banyak duit macam kau takkan tak ada duit.”


 

“Hei,aku mana ada banyak duit,tapi aku pandai berjimat.Bukan macam kau.” balas Sehun.


 

“Tapi kau ada duit kan sekarang?” Kai tidak mengendahkan kata-kata Sehun sebelumnya.


 

“Memang aku ada...” aku Sehun sambil tersengih “tapi aku nak guna.Jadi tak dikira okay.”


 

“Jadi balik nanti korang pandai balik sendiri la kan?” Kris menyampuk dari sebelah Sehun.


 

“Ah,hyung!” Sehun membantah. “Jangan la kedekut sangat.”


 

“Bukan kedekut,tapi berjimat macam kau.” balas Kris bersahaja membuatkan Kai meledakkan tawanya,sementara Sehun memutarkan bebola matanya.


 

“Kalau kau berkira sangat,kau mintak je Jongin teleportkan kau balik rumah.Senang kan?”


 

Sehun terdiam.Kai pula menyambung tawanya yang terhenti seketika tadi.Entah kenapa dia tidak dapat berhenti ketawa walaupun tiada apa yang kelakar secara betulnya dia berfikir.


 

“Boleh,boleh...” kata Kai seketika kemudian “tapi macam biasa...20,000 won.”


 

Sehun mendengus, “20,000 won untuk lumpuhkan separuh badan aku?tak mungkin...”


 

Kai tidak berkata apa-apa bagi menjawab kata-kata Sehun,tapi dia tersenyum sebelum memegang bahu temannya itu dengan kemas.


 

Sehun mengangkat kepalanya memandang Jongin dengan mata yang dibesarkan semampunya.


 

“Kau jangan main-main,Jongin!”


 

“Tarik nafas,Oh Sehun...” Kai ketawa.


 

 

 

 

 

---



 

 

 

 

“JAHANAM,KIM JONGIN!” Sehun mengerang apabila tersedar bahawa lengannya yang sebelah kanan tidak boleh digerakkan seperti sedia kala.

 

“Well...inilah balasan orang yang tak tahu apa yang dia cakap.” Kai ketawa lagi sebelum keluar dari tandas awam airport yang menjadi pilihannya untuk menjadi landasan teleportnya.

 

Dan tidak sampai satu meter dia berjalan pergi dari pintu tandas,dia tiba-tiba tersadung sehingga tertiarap di atas lantai yang sejuk.Kai memusing kepalanya kebelakang hanya untuk melihat Sehun yang sedang merenungnya dengan tajam.

 

Kai menyeringai sebelum cuba untuk bangun tapi tidak berjaya kerana angin kuat yang entah muncul dari ceruk mana tiba-tiba menolaknya sehingga jatuh terlentang pula.Dia tidak dapat mengelak dari terlihat beberapa pasang mata yang memandang kearah mereka dengan pandangan ingin tahu.

 

“Sehun,orang teng...argh!” Kai menutup mukanya dengan kedua tangannya apabila angin yang kuat bertiup kearah mukanya membuatkan matanya pedih dan berair.

 

“Kau ada idea macam mana nak betulkan balik ni?!” tanya Sehun dengan suara yang di tekankan sambil mengangkat lengan kanannya menggunakan tangan kirinya.Dia nampaknya tidak mahu menghiraukan pandangan-pandangan asing terhadapnya.

 

Kai bangun sebelum menyapu debu yang tidak kelihatan dari jeansnya.Dia memandang sekilas kepada mata-mata yang memandang mereka sebelum berpaling kearah Sehun di depannya.

 

“Lay hyung kan ada...relaks la” Kai menghampiri Sehun sebelum memegang lengannya yang lumpuh.

 

“Relax my !” Sehun menjeling Kai sebelum menolaknya menjauhinya menggunakan tangan kirinya. “Kau tahu mana Lay hyung sekarang?”

 

Kai mengangkat kedua bahunya, “dekat tempat kerja mungkin?kau nak aku angkut kau sekarang?...tak yah risau,kali ni free.”Kai tersenyum lebar membuatkan Sehun mencebik akibat menyampah dengan Kai yang berlagak seperti lumpuh sebahagian anggota badan adalah perkara paling biasa berlaku di dalam kehidupan sehariannya.

 

“Kat tempat kerja bapak engkau!...Lay hyung tak de kat Seoul kau tahu tak” bentak Sehun dengan suara yang agak kuat sebelum berlalu pergi meninggalkan Kai.

 

Kai terdiam sebentar sebelum berlari anak mengejar Sehun yang nampaknya berjalan dengan agak laju kerana dia sudah jauh kebelakang sekarang,tapi sebelum sempat dia menyaingi Sehun, satu tiupan angin yang kuat menolaknya sehingga dia tertiarap mencium lantai buat kali kedua hari itu.

 

Sehun berhenti sebelum berpaling ke arah Kai yang mendongak memandangnya.


“Tolong la Sehun,tak ada trick lain ke?"

 

 

---

 


 

Kyungsoo melihat jam di dalam handphonenya buat kali yang ke 50 seakannya.Dari tadi dia asyik memikirkan apakah yang menyebabkan dia menurut permintaan Hyunsik supaya menemaninya walhal Hyunsik bukan lah budak sekolah rendah yang memerlukan bimbingan orang dewasa sentisa,tapi dia masih belum mendapat jawapan yang memuaskan dari mindanya sendiri.Dia memandang kearah Hyunsik di sebelahnya yang kelihatan sedang mengelamun jauh sambil meneguk pepsi yang di belinya sebaik sampai di airport setengah jam sebelumnya.

 

“Hyunsik,lambat lagi ke flight pakcik kau ni?”tanya Kyungsoo.

 

Hyunsik memandangnya dengan pandangan kosong sebelum melihat kearah jam di  tangannya. “Setengah jam lagi.flight dia pukul 2 setengah sampai.Kau boleh tengok sendiri kan.” jawab Hyunsik acuh tak acuh sambil menghulurkan telunjuknya ke arah skrin besar di sebelah kiri mereka yang menunjukkan jadual pesawat datang dan pergi.

 

Kyungsoo memandang sahabatnya itu dengan dahi berkerut.

 

“Kau kenapa?” Kyungsoo bertanya kerana Hyunsik tidak seperti dirinya hari itu.Hyunsik yang normal adalah Hyunsik yang suka bercerita tentang gosip semasa, samada tentang apa yang berlaku di kolej mereka atau dunia umumnya,tapi kali ini dia kelihatan letih,tidak bermaya,sedih atau mungkin mukanya memang sentiasa begitu.Okay.Sekarang Kyungsoo merasakan dia juga tidak seperti dirinya hari ini.

 

Kyungsoo menunggu jawapan dari Hyunsik sambil merenung kawannya itu yang hanya memandang ke depan dengan pandangan kosong.

 

“Aku bergaduh dengan ayah aku.” jawabnya ringkas tanpa memandang Kyungsoo di sebelahnya.

 

Kyungsoo tidak berkata apa-apa kerana menunggu kata-kata Hyunsik seterusnya yang mungkin ingin bercerita dengan lebih lanjut apakah yang sudah berlaku.

 

Selepas lebih kurang dua minit,Hyunsik tetap seperti tadi.Tidak bergerak dan tidak mengalihkan pandangannya dari deretan kerusi kosong di depannya.

 

“Kau tak nak cerita?” tanya Kyungsoo memecahkan kesunyian antara mereka sekali lagi.

 

Hyunsik tidak menjawab tapi selepas seketika dia menggelengkan kepalanya.Kyungsoo mengeluh perlahan.Dia tidak tahu apa yang lagi yang perlu dilakukannya dan dia sungguh bosan sekarang.

 

Kyungsoo bangun selepas beberapa minit menghabiskan masa dengan termenung memandang deretan kerusi didepannya juga.

 

“Aku nak pergi Wendy’s.” kata Kyungsoo sengaja memberitahu walaupun Hyunsik tidak kelihatan berminat.Dia menunggu Hyunsik berkata sesuatu sebelum dia sendiri bertanya apabila tidak mendapat apa-apa jawapan, “kau nak ikut ke...nak aku belikan apa-apa?"

 

 

Hyunsik tidak bergerak mahupun berkata-kata.

 

 

“Tak nak apa-apa?...okay.” ujar Kyungsoo sedikit geram tidak diendahkan begitu.Dia berlaku baik begini pun adalah satu rahmat dan Hyunsik langsung tidak boleh berfikir dan menghargai.

 

“Aku nak chocolate frosty…” kata Hyunsik tiba-tiba sebelum sempat Kyungsoo berpaling pergi. “Dalam kon.” sambungnya.

 

“Itu je?”

 

Hyunsik menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. “Terima kasih Kyungsoo” ujarnya perlahan.

 

Kyungsoo hanya mengangkat kedua bahunya sebelum pergi mencari kedai makanan segera tersebut di dalam airport yang luas itu.

 

Selepas mendapatkan dan membayar hamburger dan frosty yang di pesan,Kyungsoo meluru keluar dari kedai menuju kearah Hyusik yang dia tahu berada agak jauh dari tempatnya berdiri sekarang apabila tiba-tiba dia terlihat kelibat manusia-manusia yang pernah dilihatnya sebelum ini.Mereka berada di depan sebuah kedai duty free tidak jauh dari Wendy’s yang dimasukinya tadi.

 

Kyungsoo tidak dapat menahan dirinya dari berhenti dan memerhatikan mereka dari jarak yang selamat.Ada dua orang daripada mereka.Kyungsoo cuba mencari kelibat lelaki ketiga tapi dia tidak kelihatan di mana-mana.

 

Dia sungguh pasti mereka adalah penumpang-penumpang aneh di depannya sewaktu di dalam kereta api tadi dilihat dari pakaian dan gaya rambut mereka.

 

Kyungsoo memerhatikan mereka buat seketika dan apabila dia merasakan dirinya sendiri adalah orang yang pelik dan menakutkan kerana memerhatikan kelakuan orang yang tidak dikenali dari jauh begitu,dia pun memutuskan untuk membiarkan sahaja mereka dan pergi mendapatkan Hyunsik.

 

Selepas melangkah beberapa langkah,Kyungsoo terhenti lagi di tempatnya berdiri apabila dia dapat melihat dengan jelas lelaki ketiga yang tadinya tidak kelihatan bersama dua lagi temannya sedang berdiri tidak jauh darinya.Lelaki itu kelihatan seperti budak sesat yang memandang kesana-kemari mencari kedua ibu bapanya.

 

Kyungsoo berjalan kembali tapi terhenti sekali lagi apabila dia melihat lelaki tadi memandangnya dan sesaat kemudian bergerak menghampirinya.

 

Dia tidak dapat menahan dirinya dari membesarkan matanya apabila lelaki itu semakin dekat kepadanya dan Kyungsoo sekarang dapat melihat ketinggiannya yang melampaui kebanyakan orang di situ termasuk Kyungsoo pastinya.

 

“Maaf,ada nampak tak dua orang budak dengan saya tadi?” tanya lelaki itu bersahaja seolah-olah itu adalah soalan yang sangat biasa di tanyakan kepada orang yang pernah sekali naik kereta api pada waktu yang sama dengannya dan duduk berhampiran satu sama lain.

 

Impresi pertamanya terhadap lelaki ini adalah besar dan mungkin canggung.

 

Kyungsoo diam.Dia tersepit antara mahu menjawab yang betul atau tidak.Dia merasakan pertanyaan itu seolah-olah satu perangkap yang akan memerangkapnya akibat mencuri dengar perbualan penumpang kereta api yang tak dikenali.

 

“Yang kat sana tu...bukan?” dia jawab juga walaubagaimanapun.

 

Lelaki itu memandang kearah yang ditunjukkan Kyungsoo.Dan ketika itu,Kyungsoo juga memandang kearah yang sama.

 

Tiba-tiba sesuatu berlaku membuatkan Kyungsoo menahan nafasnya tanpa sedar dan merasakan seolah-olah matanya mahu tersembul keluar melihatnya.

 

‘A-APA?!’’

 

Salah seorang dari dua lelaki itu -Ya,Masih lagi lelaki-lelaki yang sama - hilang atau lenyap atau lesap begitu sahaja meninggalkan apa yang kelihatan seperti asap halus berwarna hitam.Sekurang-kurangnya itu lah yang Kyungsoo yakin dia telah lihat.Walaupun mereka bukan berada berdekatannya tapi mereka tidak berapa jauh juga darinya.

 

Kyungsoo bersyukur dia masih lagi tidak menjatuhkan frosty Hyunsik selepas apa yang berlaku.Dia menutup mulutnya yang dia sendiri tidak sedar sejak bila terbuka sebelum berpaling kearah lelaki ketiga didepannya.

 

Lelaki itu juga kelihatan terkejut tapi mungkin tidak sehebatnya.Dia memandang kearah Kyungsoo dengan pandangan cemas bercampur terkejut sebelum mengeluh dan membuka mulutnya hendak berkata sesuatu.

 

“Err…” dia teragak-agak.

 

Kyungsoo tahu lelaki ini tahu apa yang berlaku lalu dia pun merenungnya dengan harapan mungkin dia akan diberi penjelasan yang munasabah, sekiranya ada.

 

Lelaki ini nampak seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukannya atau dikatakannya seketika sebelum mula berlagak normal,seperti tiada apa yang pelik berlaku.Dia mengucapkan terima kasih kepada Kyungsoo dan berlalu pergi menuju kearah seorang lagi lelaki -yang tidak hilang di atas angin meninggalkan asap hitam- yang nampak seperti sedang berbual di dalam telefon.

 

Kyungsoo lihat lelaki ketiga itu mendekati temannya sebelum menariknya ke sebelah lain kedai duty free itu,serta merta menghilang dari pandangan Kyungsoo.

 

Kyungsoo tidak berganjak dari tempatnya berdiri.Dia masih terkejut sebenarnya.Siapa tidak?

 

Hyunsik memandang Kyungsoo yang nampak tergesa-gesa mendekatinya.

 

“Hyunsik...nah!...dah cair sikit mungkin.” ujar Kyungsoo dengan agak mengah sambil menghulurkan frosty Hyunsik kepada Hyunsik.

 

“Kau kenapa?...Kena kejar dengan staf Wendy’s sebab tak cukup duit?” Hyunsik tersengih.

 

“Huh?...tak lah” jawab Kyungsoo sambil mengeluarkan hamburgernya dari dalam beg kertas. “Aku takut kau punya frosty cair,aku lari la sikit.”

 

Hyunsik memerhatikan Kyungsoo memasukkan semula makanan tengah harinya itu ke dalam beg kertas selepas merenungnya seketika.

 

“Kau kenapa?” tanya Hyunsik.

 

Kyungsoo menyedut cokenya yang di beli dari Wendy’s tadi sebelum memandang Hyunsik.

 

“Aku rasa macam susah pulak makan kat sini...Kau nak?”

 

Hyunsik menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. “Aku kenyang lagi...lagipun flight pakcik aku dah nak sampai kot.”

 

Kyungsoo menggangguk tanda faham.Dia menyedut cokenya lagi sambil fikirannya melayang kepada tiga orang asing yang dia tidak pernah jumpa sebelumnya itu.

 

Teleport...Budak tadi tu hilang...Tak...dia teleport…’

 

Kyungsoo menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia tak nak percaya.Dia tahu semua itu mungkin betul dan mungkin berlaku kerana dia jika dia kata itu mustahil bagaimana pula dengan kebolehan aneh pada dirinya yang tiada pada orang lain,tapi dia tidak mahu memperbodohkan dirinya begitu sahaja.Belum lagi.Kyungsoo mengeluh dengan agak kuat tanpa disedarinya dan keningnya hampir bertemu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: Setahun dah saya tunggu fic ni ㅠoㅠ... bila nak updateee.... huwaaa TToTT
AHNHYUNWOO #2
Chapter 7: update lah saya suka baca cite lawak ni . Tak pernah bace cite melayu kat asianfanfic
.
EfyyExo
#3
Chapter 7: update please huhu T^T nak bce lagiii ><
hanah2212
#4
Chapter 6: Tak suka perkataan oppa jugak :D
kariss #5
Chapter 3: UPDATE SOON ! ^^ (as fast as u can ~ ^^)
kariss #6
Chapter 2: Update soon ! ^^