Chapter 1

Kyungsoo dan kisahnya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari di bulan ogos begini sememangnya panas dan membakar kulit sesiapa sahaja yang sanggup berjemur di dibawah matahari di waktu tengah harinya.Kyungsoo mengeluh apabila memikirkan kenapa hari ini yang dipilih Hyunsik dari banyak-banyak hari untuk memintanya pergi bersamanya ke airport.

 

Tidak.mungkin ini bukan salah Hyunsik.Kalau macam itu kenapa hari ini yang dipilih oleh pakcik Hyunsik untuk pulang dari the state.

 

Tidak.Ini bukan salah beliau juga.Habis salah siapa?.Tidak ada yang siapa yang bersalah dalam hal memilih hari ini untuk melakukan kerja mereka,Kyungsoo menjawab persoalan di dalam kepalanya itu di dalam kepalanya.

 

Kyungsoo mengeluarkan handphonenya dari dalam poket seluarnya sebelum membuka inbox emailnya bagi mengalihkan perhatiannya dari kepanasan yang dirasakannya di dalam kereta api yang dinaikinya sekarang yang mungkin boleh menyebabkannya menjadi gila jika terlalu memikirkan tentangnya.Untuk ke airport sudah semestinya mereka memerlukan kenderaan dan memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai apa jenis kenderaan pun,jadi mereka terpaksa menaiki pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah ini.

 

Kyungsoo tidak pernah membenci pengangkutan awam ini tapi biasanya kereta api bawah tanah pada waktu ini memang agak sesak,ditambah lagi dengan cuaca musim ini yang agak panas membuatkan dia menyumpahnya di dalam hati sanubarinya.Dan terima kasih kepada Hyunsik yang beriya-iya mahu menggunakan pas percumanya walhal mereka boleh sahaja menggunakan bas yang mana pada fikiran Kyungsoo lebih lengang dan selesa.

 

Kyungsoo memerhatikan sekelilingnya lalu terlihat sebahagian penumpang lain yang jelas kelihatan sedang menderita kepanasan yang agak melampau ketika itu.Ada diatara mereka yang tidak henti-henti mengesat peluh menggunakan sehelai tuala kecil dan ada yang sibuk mengipaskan mukanya yang memerah dengan apa yang Kyungsoo lihat seperti sebuah majalah hiburan.Kyungsoo melihat kearah penumpang yang betul-betul berada di depannya.Penumpang itu kelihatan nyenyak tidur tanpa menghiraukan kehangatan yang menyelubungi tubuhnya yang menyebabkan bajunya basah dengan peluh.

 

Tiba-tiba Kyungsoo merasakan satu keberatan yang keras memberati bahu kanannya.Dia berpaling dengan perlahan ke arah kanannya sebelum menyedari makcik yang duduk disebelahnya mungkin dengan tanpa sengaja telah melentokkan kepalanya ke bahu Kyungsoo.

 

Kyungsoo cuba memastikan adakah makcik disebelah sudah terlelap atau beliau sengaja mahu bergurau dengannya apabila Hyunsik tiba-tiba menepuk pehanya.

 

“Hei,Kyungsoo!”

 

Kyungsoo memusingkan kepalanya ke sebelah kirinya dengan agak laju sehingga dia merasakan lehernya pasti terkehel sekiranya dia memusingkannya dengan lebih laju sedikit lagi.

 

“Kau kenapa tengok-tengok orang macam tu? dah la mata kau tu luas nanti orang ingat kau nak cari gaduh,jadi masaalah pulak.” kata Hyunsik,kawan Kyungsoo yang baik hati untuk menjemputnya di rumah bagi menemaninya ke airport,sambil menyeringai.

 

“Macam mana aku tengok diorang?” Kyungsoo bertanya kembali dengan perlahan selepas menyedari keberatan di bahu kanannya sudah terangkat.”Aku cuma kasihan tengok mereka ni kepanasan dalam ni.” sambung Kyungsoo sebelum berpaling ke kanannya lalu terlihat makcik di sebelahnya itu sudah terjaga dan sedang berbual di dalam telefon.

 

“Memang panas betul dalam ni.Diorang tak pasang air conditioner agaknya.Aku dari tadi menyumpah dalam hati.” rungut Hyunsik sambil mengangkat bajunya sehingga ke paras dada menampakkan perutnya yang (nasib baik) kempis.

 

Kyungsoo hanya mengangkat bahunya.Kalau ikut kehendaknya,dia hanya mahu memerapkan dirinya di dalam biliknya dengan a/c terpasang,headphone di telinga dan katil yang empuk di bawahnya,tapi atas desakan ibunya yang tidak mahu Kyungsoo menghabiskan cuti musim panasnya dengan bermalas-malasan di rumah sahaja,dia pun menerima ajakan Hyunsik hari ini.Jadi bukan semata-mata salah Hyunsik atau pakciknya kerana menyebabkan Kyungsoo terpaksa berpanas di dalam kereta api sekarang.

 

Kyungsoo mengangkat kepalanya dari memandang skrin handphone-nya apabila tiga orang lelaki muda masuk lalu duduk di tempat duduk di hadapannya menggantikan lelaki yang Kyungsoo lihat sedang tidur nyenyak tadi.Lelaki itu nampaknya telah turun ke destinasinya sementara dia pula mengeluh kepada dirinya sendiri mengenangkan perjalanan mereka yang lama dan panas itu.

 

Dia kembali tunduk memandang skrin sambil telinganya menangkap perbualan penumpang-penumpang baru di hadapannya itu.Kyungsoo bukan lah mahu menyibuk tapi dia tidak dapat mengelak dari mendengar suara mereka yang boleh tahan kuat.

 

“Panasnya…” keluh satu suara.

 

 

“Memang…” setuju satu suara yang lain yang mana kedengaran agak malas dan bosan.

 

Seterusnya Kyungsoo tidak lagi dapat menangkap butiran perbualan mereka kerana dia sudah agak tenggelam di dalam permainan video di dalam handphonenya sehinggalah selepas beberapa ketika,dia terdengar satu suara yang lebih garau dari kedua-dua suara yang didengarnya tadi berkata, “tiuplah badan kau sendiri kalau kau panas sangat.”

 

Kyungsoo merasa pelik mendengar kata-kata lelaki ini yang jelasnya sedang bergurau tapi nada suaranya seolah-seolah mengatakan sebaliknya.Entah kenapa dia mula merasa bersalah kerana mencuri dengar percakapan mereka walaupun dia tahu sepatutnya dia tidak perlu merasa begitu kerana mereka bukannya sedang berbisik sesama sendiri.

 

“Baik jangan.” kata suara lain dengan agak serius membuatkan Kyungsoo hampir tersenyum mendengarnya.

 

Dia mengangkat pandanganya untuk melihat kearah pemuda-pemuda di hadapannya yang mana perbualan mereka telah menarik minat Kyungsoo sekarang.

 

“Aku takut kalau Sehun tiup,habis melambung kereta api ni.” kata lelaki yang duduk di sebelah kiri dari pihak Kyungsoo sambil membongkokkan sedikit badannya kedepan supaya dia dapat berkata-kata sambil memandang dua orang lagi temannya.

 

Mereka kelihatan normal pada pandangan Kyungsoo.

 

“Mengarut.”kata lelaki yang ditengah dengan suara garaunya.Lelaki itu memakai baju tidak berlengan menampakkan tanda hitam di bahagian atas lengan kirinya yang Kyungsoo kira adalah tatu.

 

“Kau cakap macam tu maknanya kau nak kata aku hebat kan?” soal lelaki yang masih remaja kelihatannya dengan angkuh.Dia duduk di sebelah kanan dari pihak Kyungsoo dan mempunyai rambut coklat cerah dengan rambut depan yang agak panjang,menutupi hampir seluruh dahinya dan warna kulitnya pula agak terlebih cerah.

 

Perbualan mereka nampak semakin serius,fikir Kyungsoo.Dia tidak dapat menahan dirinya dari memikirkan bahawa lelaki-lelaki di hadapannya ini mempunyai masaalah berkaitan mental mereka walaupun di luarnya mereka mereka nampak sungguh elok dan normal.

 

Mungkin diorang memang selalu bergurau perkara macam ni dengan sangat serius?mungkin...’’ Kyungsoo berkata kepada dirinya di dalam hatinya bagi mengelak dari menyangka yang bukan-bukan.

 

“Kau bukannya hebat.Kau tu hijau lagi.Belum cukup pakar guna angin kau tu” sindir yang paling kiri sambil menyeringai ke arah temannya yang berada di sebelah paling kanan itu.

 

Si rambut coklat cerah mendengus,“aku hijau lagi kau kata?habis kau tak?kalau kau tu dah sangat pakar kenapa kita tak teleport je airport tu?no pun intended okay”.

 

“Kau ingat aku tak boleh?aku cuma tak sudi nak angkut kau guna teleport aku kau tahu.Aku boleh angkut kereta api ni kalau aku nak”.

 

“Whatever,Jongin”.

 

“Brat!”

 

Okay.Mereka memang dah semakin teruk,fikir Kyungsoo.

 

‘Teleport pulak?biar betul...’

 

Kelihatannya mereka sedang berbalas kata-kata -- yang tak mungkin serius -- dengan serius sekali menyebabkan Kyungsoo mula memikirkan kemungkinan itu.Iaitu kemungkinan yang mereka memang serius dengan perkataan mereka.

 

Mengarut...’

 

Kyungsoo cuba menolak kemungkinan itu kerana dia tidak mahu berharap.Dia selalu berfikir bahawa berjumpa dengan orang yang pelik sepertinya akan menjadi benda paling hebat pernah berlaku dalam hidupnya.Ya.Mengapa tidak?.Tapi dia sudah malas berharap kerana dia tidak pernah melihat atau mendengar langsung tentangnya selama 20 tahun dia hidup.Okay.Memang dia pernah dengar tapi movie atau komik tidak pernah dibuat kepercayaan orang termasuk dirinya,sekiranya ia adalah berkaitan benda yang tidak normal.

 

Pernah sekali dia hampir tertipu.Ketika itu dia berada di tahun 2 sekolah menengah.Beberapa orang teman sekelasnya rancak bercerita ketika waktu rehat tentang bagaimana mereka lihat seorang senior berjalan dengan sangat pantas sehingga berterbangan daun-daun di atas tanah,yang mana mereka hanya dapat melihat kelibatnya menghilang begitu sahaja.Pada mulanya Kyungsoo tidak berapa berminat tapi selepas salah seorang dari mereka mengusulkan bahawa senior itu mungkin mempunyai kuasa yang orang lain tidak ada,dia mula menyampuk.Bila sahaja dia menyampuk teman-teman sekelasnya itu mula memberi perhatian kepadanya dan bercerita dengan lebih bersungguh lagi.Entah kenapa dia dengan mudah percaya semua yang diceritakan sehinggalah Hyunsik datang kepadanya.

 

Hei,Kyungsoo.Kau nampak macam percaya je?”

 

Kyungsoo tahu Hyunsik hanya bergurau dan tidak menyangka yang Kyungsoo memang betul-betul percaya,begitu juga budak-budak sekelasnya itu,kerana cerita mengarut itu rupa-rupanya adalah satu adegan di dalam sebuah drama televisyen bersiri yang sedang popular dengan kebodohannya di sekolah ketika itu.Selepas itu dia selalu disindir dan diejek sebagai seorang budak lelaki yang percaya cerita dongeng seperti budak-budak kecil,bahkan kebanyakan budak kecil lebih pandai darinya dalam membezakan realiti dan drama.

 

“Hei,Kyungsoo!”

 

Kyungsoo merasakan kali ini lehernya betul-betul terkehel.

 

“Apa?!” Kyungsoo mengerutkan dahinya kearah Hyunsik.

 

“Hei,kecikkan sikit mata kau tu.Seram tahu tak.Yang kau judging orang bersungguh sangat ni kenapa?insaf lah.Dalam train panas-panas macam ni pun sempat lagi judge orang” rungut Hyunsik sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

“Judging?” soal Kyungsoo dengan perlahan yang kedengaran seperti berbisik sebelum berpaling ke depan kembali tanpa berfikir apa-apa.

 

Dia hampir tersentak apabila matanya yang mula membulat bertembung dengan tiga pasang mata yang sedang merenungnya tatkala dia berpaling ke depan semula.Kyungsoo tidak bergerak atau berkata apa-apa buat seketika sebelum berpaling ke arah Hyunsik di sebelah kirinya yang juga sedang merenungnya.

 

“Kenapa kau tenung aku macam tu?” tanyanya secara tiba-tiba.

 

“Kau ni dah kenapa?”

 

“Kenapa apa?”

 

Hyunsik mengeluh perlahan sebelum mengangkat kedua bahunya.

 

“Tak ada apalah.Aku nak tidur.Nanti jangan tinggalkan aku pulak bila dah sampai.” balas Hyunsik dengan malas sebelum menyandarkan kepalanya ke tingkap kereta api.

 

Kyungsoo tidak berkata apa-apa.Dia sebenarnya sungguh terkejut apabila terpandang renungan ketiga-tiga orang di depannya kearahnya tadi.Renungan mereka seperti mengandungi rasa terkejut dan mungkin juga sedikit cemas.Hanya satu sahaja sebab yang dapat difikirkan Kyungsoo,iaitu semestinya mereka bertiga telah menyedari akan Kyungsoo yang memberi penuh perhatian terhadap perbualan aneh mereka sebelumnya,tiada sebab lain lagi.

 

Dia menghembuskan nafas yang ditahannya tanpa disedarinya apabila melihat tiga orang itu tidak lagi merenungnya,bahkan mereka tidak lagi berkata-kata sesama mereka.Kyungsoo mula rasa bersalah sedikit dan juga malu dengan perbuatannya tadi.walaubagaimanapun perbualan mereka itu masih lagi berlegar-legar di dalam kepalanya sementara dia cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan.

 

Mereka turun di perhentian seterusnya dan Kyungsoo tidak dapat menahan dirinya dari memerhatikan tiga orang lelaki asing tadi secara diam-diam yang mana turun di perhentian yang sama dengan kedua mereka.

 

“Kau nampak ke aku tenung orang-orang yang duduk depan kita tadi?” Kyungsoo bertanya selepas beberapa minit membisu di dalam teksi yang dinaiki mereka.

 

“Siapa kau tenung?” tanya Hyunsik acuh tak acuh seolah-olah tidak mendengar apa yang dikata Kyungsoo.Dia kelihatan seperti baru separuh terjaga selepas di kejutkan Kyungsoo tadi.Kyungsoo memilih teksi dari bas kerana pastinya ia lebih selesa,tiada sebab lain.

 

“Orang-orang yang duduk kat depan kita dalam kereta api tadi.” jawab Kyungsoo dengan sabar.

 

“Mana tak nampaknya,dengan mata kau tu nampak macam kau tenung semua orang”

 

Kyungsoo membatalkan hasratnya untuk meminta Hyunsik menggambarkan cara dia merenung orang-orang itu tadi.

 

“Kau dengar tak apa orang-orang kat depan kita tadi cakap?”

 

Kyungsoo pasti mereka bercakap dengan suara yang agak kuat,kerana itu dia dapat mendengar mereka dengan jelas sekali.


 

“Huh? tak pun.Siapa duduk kat depan kita tadi? Taeyang?...Taeyeon?.. aku tak sedar pun”.

 

Kyungsoo hampir ternganga kerana tidak percaya dengan jawapan Hyunsik yang mengarut begitu.Tidak mungkin hanya dia yang terdengar perbualan aneh mereka.

 

Kyungsoo mengeluh.Hyunsik pula langsung tidak membantu.


 

 

 

 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: Setahun dah saya tunggu fic ni ㅠoㅠ... bila nak updateee.... huwaaa TToTT
AHNHYUNWOO #2
Chapter 7: update lah saya suka baca cite lawak ni . Tak pernah bace cite melayu kat asianfanfic
.
EfyyExo
#3
Chapter 7: update please huhu T^T nak bce lagiii ><
hanah2212
#4
Chapter 6: Tak suka perkataan oppa jugak :D
kariss #5
Chapter 3: UPDATE SOON ! ^^ (as fast as u can ~ ^^)
kariss #6
Chapter 2: Update soon ! ^^