Prologue

Kyungsoo dan kisahnya

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama aku D.O, atau yang sebenarnya Do Kyungsoo.Aku masih belajar dan aku tidak bekerja setengah masa.Aku tinggal dengan keluarga aku iaitu ibu aku,ayah aku,kakak aku dan abang aku.

 

Aku menjalani hidup aku dengan sangat biasa dan normal setiap hari.Pergi kelas,balik rumah,makan,tidur dan kadang-kadang atau jarang sekali aku akan keluar bersiar-siar dengan beberapa orang sahabat aku di bandar apabila dipaksa ibu aku supaya tidak melekat sahaja di rumah,di depan televisyen.Semuanya adalah normal kecuali diri aku.

 

Ya.Diri aku.Tubuh aku mempunyai kelebihan yang pelajar kolej normal atau manusia normal tidak ada.

 

Kelebihan yang aku maksudkan adalah tubuh aku mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki biasa dan juga satu lagi kelebihan yang aku rasa tidak normal adalah aku berkuasa mengawal bumi atau dengan kata lain yang mungkin lebih tepat, tanah.

 

Sewaktu aku berumur sepuluh tahun aku dengan tanpa sengaja telah membengkokkan sebatang garfu besi sewaktu menonton perlawanan bola di televisyen tanpa susah dan payah.Ketika perkara itu berlaku pasukan pilihan aku telah berjaya menyumbat gol pertama mereka.

 

Setahun setengah kurang lebih kemudian aku mula faham bahawa aku juga mampu mengawal tanah apabila suatu hari aku keluar kehalaman untuk melihat ayah aku mencuba untuk menanam pohon yang aku sendiri tidak tahu pohon apa.Sehari sebelum itu ayah aku telah mendapat benihnya daripada bosnya,jadi atas permintaan bosnya itu dia pun mencuba.Semuanya berlaku dengan pantas apabila aku mula menyibukkan diri dengan alasan mahu membantu,aku telah menyebabkan tanah dimana aku menekan kedua tangan aku diatasnya, merekah sehingga lebih kurang satu meter persegi menyebabkan mata ayah aku membulat sebelum menarik aku masuk kedalam rumah kerana disangkanya akan berlaku bencana alam yang hebat seketika nanti.

 

 

Tiada siapa tahu akan fenomena pelik ini kecuali ibu aku yang mungkin telah mula perasan sebelum aku sendiri perasan.begitu juga abang aku yang selalu menghabiskan masanya bersama aku samada dengan bermain video game atau mengajar aku matematik.

 

 

Abang aku,Seungsoo mula menjauhkan diri daripada aku apabila dia ternampak aku bermain dengan tanah  -dengan mengumpulkan sebahagian tanah diudara tanpa menyentuhnya kemudian melemparnya juga tanpa menyentuhnya ke arah pagar kayu yang mengelilingi rumah kami - pada suatu petang di halaman rumah.

 

Aku tahu semuanya salah aku kerana berani mempamerkan kelebihan yang kononnya luar biasa ini di tempat terbuka walaupun tanpa ibu aku memberi ceramah khas selama satu jam setengah di dapur rumah dengan pintu dikunci dari dalam.Kata ibu ketika itu, kalau selepas beberapa hari Seungsoo masih lagi tidak mempedulikan kewujudan aku di dalam rumah itu, ibu aku akan bercakap sendiri dengannya tentang hal ini yang mana nampaknya tidak perlu kerana sehari kemudian Seungsoo mula menjadi dirinya yang biasa kecuali kali ini dia lebih banyak bertanya soalan-soalan yang pelik seperti,”kau boleh terbang tak?atau...uh, buat benda lain terbangmacam contoh aku duduk atas sekeping tanah lepas tu kau angkat.boleh?” yang mana aku sendiri tidak tahu samada mahu menjawab secara serius atau menyindir tapi mukanya kelihatan seperti dia betul-betul mahu tahu jadi aku pun jawab,”jom kita cuba terbangkan kau!” membuatkan Seungsoo terdiam sebentar sebelum menggelengkan kepalanya dengan kuat.

 

Dia juga ada berkata sekali,”kau tak takut ke aku atau ibu bagitau orang pasal kau, lepas tu nanti ramai orang datang nak tengok kau...dan lepas tu ada la scientist dari mana-mana datang mintak kau nak buat kajian atau apa-apa”.Waktu itu aku sendiri tidak pasti apa patut aku jawab jadi aku hanya mengangkat bahu kearahnya.

 

Bukan aku tak pernah fikir pasal benda ni tapi selepas beberapa bulan fikiran itu lesap begitu sahaja kerana hari-hari aku tetap berlalu seperti biasa.Aku juga pernah bertanya ibu aku mengenainya yang mana kemudiannya beliau menjawab dengan sangat bersahaja, ”kalau Kyungsoo nak, ibu boleh saja daftarkan Kyungsoo dekat mana-mana sekolah tentera supaya nanti Kyungsoo boleh jadi superhero, selamatkan manusia dan sebagainya.Nak?” aku hanya mengelengkan kepala aku.

 

 

Aku fikir ibu tak faham maksud soalan aku kerana bukan jawapan itu yang aku duga aku akan dengar.

 

Aku juga pernah terfikir adakah kelebihan yang aku ada ini memang hanya ada pada aku atau ada juga pada manusia lain di mana-mana,di atas bumi ini dan aku juga pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang penyelamat atau superhero dengan menggunakan kelebihan aku ini tapi aku rasa aku lebih selesa begini,menjadi seorang pelajar kolej yang normal yang bukan perhatian orang ramai walaupun kadang-kadang agak susah untuk berlagak seperti orang biasa sentiasa kerana pasti ada juga berlaku perkara yang diluar kawalan aku seperti memecahkan gelas yang di pegang apabila di sentakkan oleh kawan aku dengan niat bergurau dan mengakibatkan gegaran mini apabila aku menghentak-hentakkan kaki aku ke tanah akibat tidak dapat menahan ketawa.

 

Dan sekiranya perkara begini berlaku di rumah biasanya tidak akan jadi masaalah kerana ibunya pasti akan menolongnya mereka cerita yang bukan-bukan tentang apa sebenarnya yang berlaku sementara Seungsoo menahan ketawa di dalam tapak tangannya.Sebab kenapa kata ibu aku ayah aku dan kakak aku atau siapa sahaja tidak boleh tahu mengenai benda pelik ini adalah supaya mereka tidak menjauhi aku,tidak merasa asing dengan kehadiran aku.Walaupun merasa sedih dengan kata-kata yang agak keras dari ibu aku itu kerana mereka adalah keluarga aku,kenapa mesti mereka tidak selesa dengan adanya orang pelik macam aku dalam keluarga mereka,aku faham.Mungkin lebih baik begini.

 

Kalau bercakap pasal rasa terasing,aku sebenarnya tidak merasa terasing kerana aku masih lagi seperti manusia biasa.Tapi kadang-kadang aku juga berharap orang lain juga ada kelebihan seperti aku.Sebabnya adalah jika itu berlaku mungkin aku boleh bermain dan bercerita dengan mereka tentang fenomena luar biasa ini bersama-sama tanpa rasa pelik dan kekok.Mungkin juga kami boleh berbincang bagaimana untuk memanfaati superpower kami ini.Ya.Memang aku ada memikirkan hal ini.well,perkara seperti ini memang tidak terelakkan kalau anda adalah seorang yang istimewa seperti aku.Betul?

 

Seperti apa yang aku ceritakan sebelumnya,hidup aku memang sangat biasa dan tidak berapa menarik,tapi aku boleh kata, selepas aku berjumpa dengan beberapa manusia yang sangat menarik,menakjubkan dan menawan ini - yang aku akan ceritakan sebentar lagi - kisah hidup aku akan menjadi agak menarik.Mungkin?

 

Well...mereka tidak lah menarik atau apa sahaja yang dikatakan diatas yang mana tujuannya hanyalah untuk mengindahkan dan mencantikkan ayat sahaja,jadi tidak payah lah anda mengharapkan yang indah-indah dari cerita mereka.



 

 

***Kalau aku tersalah eja atau mungkin tatabahasa atau nahu,sesiapa sahaja yang sudi baca cerita bodoh (sikit) ni boleh la bagitau dekat tempat mengomen di bawah.tapi kalau dialog,aku memang sengaja buat tanpa nahu atau grammar yang betul.

 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: Setahun dah saya tunggu fic ni ㅠoㅠ... bila nak updateee.... huwaaa TToTT
AHNHYUNWOO #2
Chapter 7: update lah saya suka baca cite lawak ni . Tak pernah bace cite melayu kat asianfanfic
.
EfyyExo
#3
Chapter 7: update please huhu T^T nak bce lagiii ><
hanah2212
#4
Chapter 6: Tak suka perkataan oppa jugak :D
kariss #5
Chapter 3: UPDATE SOON ! ^^ (as fast as u can ~ ^^)
kariss #6
Chapter 2: Update soon ! ^^