Chapter 3

Kyungsoo dan kisahnya

 

 

 

 

 

Sehun berkerut apabila Kris menariknya tiba-tiba.Perbualannya terganggu seketika,tapi itu tidak dapat memaksanya untuk memutuskan talian.Dia meneruskan perbualan tanpa menghiraukan renungan Kris sehinggalah lelaki yang lebih tua itu menepuk lengannya.

 

Sehun mengerakkan tangannya yang sedang memegang handphone ke udara, mengisyaratkan kepada Kris supaya bersabar seketika.

 

“Jongin mana?” tanya Kris dengan tidak sabar sebaik sahaja Sehun berhenti berbual.

 

“Dalam kedai ni...kot.” jawab Sehun acuh tak acuh sebelum memasukkan handphonenya kedalam poket jeansnya.

 

“Kedai dekat macam ni pun nak kena teleport…” bebel Kris sebelum mengeluh perlahan. “Kau okay?” dia memandang Sehun.Kelihatan sedikit kerisauan dalam matanya.

 

“Aku?...Aku okay hyung...cuma…” Sehun membuat muka terganggu dan sakit hati dan mula.

 

Kris memandangnya dengan dahi berkerut meminta penjelasan.

 

Sehun menggerakkan bahu kanannya menyebabkan lengan kanannya terayun-ayun dengan sendirinya.Dia tergelak sendiri apabila menyedari perbuatannya itu kelihatan agak kekok dan aneh.

 

Kris memerhatikan lengan Sehun seketika sambil berkerut berfikir.

 

“Nasib baik tangan je…” Kris menggumam sebelum menghembuskan nafas lega.Lega kerana tiada apa yang teruk berlaku kerana jika ya,pasti ramai yang akan menyalahkannya memandangkan dia adalah yang paling tua antara mereka bertiga.

 

“Nasib baik kau kata hyung…” Sehun melopong “lumpuh ni!...Kau pernah rasa?”

 

Kris terdiam sebelum menggelengkan kepalanya. “Lay kan ada.”

 

Sehun mencebik sebelum memutarkan bebola matanya.

 

“Aku benci kau,hyung...sama je macam Jongin jahanam tu!” bentak Sehun.

 

“Mengumpat aku?” Kai tiba muncul di belakang Sehun.Ditangannya terdapat satu beg plastik gula-gula dan coklat.

 

“Kau memang layak diumpat,dikutuk, tahu!” gerutu Sehun, “duit aku tu jangan buat-buat lupa nak bayar balik nanti!” dia mengingatkan sambil menjeling apa sahaja yang di bawa Kai di tangannya. "Pastu bayar dengan duit,bukan dengan kupon yang dah mati!"

 

“Hei,Jongin.Kau ni suka-suka hati je teleport tengah-tengah orang.” sampuk Kris sebelum Jongin sempat menjawab Sehun.

 

“Kenapa ni hyung?...Macamlah kau tak pernah terbang siang-siang hari macam ni.”Jongin mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.Kris jarang sekali menegurnya begitu lagipula kerana dia sendiri 'sama naik' dengan budak-budak di bawah umurnya.

 

“Kau tau tak budak tadi nampak kau lesap.” Kris tidak mengendahkan tuduhan Kai.

 

“Budak mana?” Sehun dan Kai hampir serentak bertanya sebelum memandang sesama sendiri.

 

“Budak dalam subway tadi.”

 

“Iya?” Sehun menganga.

 

“Budak mata besar depan kita tu?” tambah Kai pula.

 

Kris mengangguk sebelum menceritakan serba sedikit apa yang telah berlaku.Tentang handphonenya kehabisan bateri dan dia tidak tahu ke mana dua orang budak yang bersamanya dari sudah melesap dan dia terpaksa bertanya kepada satu orang yang fikirnya boleh membantu dan memang ya,dia sungguh membantu dan seterusnya dan seterusnya.Mereka berdua nampak agak terkejut pada mulanya tapi kemudiannya Kai bersuara, “apa masaalahnya?Macam lah orang tak pernah nampak apa yang kita buat selama ni.” dia mengangkat bahu.

 

“Jongin,kau senang je cakap kan?Kalau orang-orang unit-rahsia-special  atau entah apa namanya tu dapat tahu macam mana?” Kris merenung budak lelaki di depannya dengan serius.

 

Kai tidak menjawab soalan yang setahunya tidak perlu di jawab kerana jelasnya sekarang Kris sedang memarahinya seperti budak kecil dan dia faham sangat apa yang ingin di katakan Kris.Kalau kumpulan yang tidak diketahui namanya itu tahu,pasti tindakan mereka akan diawasi selepas ini yang bermakna mengundang keluhan dan kesusahan yang lain.Tapi sejujurnya Kai langsung tidak peduli.

 

“Aish, hyung,takkan budak tu nak bagitau diorang?”

 

“Macam mana kau tahu?” tanya Kris tegas sebelum melihat jam di pergelangan tangannya. “Kalau kita semua kena tangkap,kau kena bertanggungjawab.”

 

“Kena tangkap?” Sehun menyampuk.

 

“Diamlah,hyung!” Kai merengus. “Kau ingat aku sorang je?orang lain pun buat suka hati diorang...” dia mempertahankan dirinya dan maruahnya.Bengang juga dia dibebel oleh seorang lelaki yang beberapa hari sebelumnya dilihat menjamu lunchnya diatas salah satu menara paling tinggi di Seoul dan ya,semestinya dengan tanpa menggunakan lif atau anak tangga.

 

“Okay,okay...” kata Kris dengan agak lembut sebelum memandang Sehun, “kau pun sama Sehun.”

 

Sehun menjatuhkan rahangnya sambil menunjukkan kearah dirinya sendiri menggunakan telunjuk kirinya.

 

“Korang balik sendiri nanti.” Kris memberi arahan “kalau korang nak berjimat sangat,suruh Luhan bayarkan...Baik kau jangan cuba teleport,Jongin…”Kris memandang Kai “aku takut nanti hilang nyawa budak ni...”

 

Sehun yang menyedari dialah yang di maksudkan Kris mula mengerinyit.



 

---



 

“Kau dengan perempuan tu lagi?” Kai bertanya kepada Sehun disebelahnya dengan bersahaja.

 

Mereka sekarang sedang duduk di deretan kerusi untuk orang yang menuggu untuk berlepas atau untuk menuggu orang yang yang akan mendarat atau untuk sesiapa sahaja yang mahu duduk.Orang yang ditunggu mereka akan sampai tidak lama lagi,jadi mereka membuat keputusan untuk berhenti merayau dan tunggu seperti yang sepatutnya.

 

Sehun tidak menjawab kerana dia tahu apa yang Kai tahu.

 

“Luhan hyung macam mana?” Kai bertanya lagi.

 

Sehun mengangkat keningnya meminta penjelasan dari soalan yang di dengarinya.

 

“Kau yang bagitahu hari tu Luhan hyung tak bagi kau...yelah...Keluar dengan perempuan tu.Sebab tu aku tanya Luhan hyung macam mana?” jelas Kai sambil menahan sabar melihat ekspresi muka Sehun yang seolah-olah mengatakan Kai adalah penyibuk dan sebagainya.Lagi pun dia dah biasa,semua orang juga,kerana Sehun memang begitu.

 

“Aku ada bagitahu kau eh?”

 

“Kau jangan nak buat-buat lupa pulak.Habis aku tahu dari mana?”

 

Sehun mengangkat kedua bahunya. “Mana tahu kau curi-curi dengar ke…”

 

“Tak de masa aku…” Kai memusingkan matanya.

 

Sehun tersengih melihat Kai membuat mimik muka orang yang sudah puas hidup begitu.

 

“Aku rasa aku suka dia,jadi buat apa aku nak putus...Lagi pun buat apa aku ikut cakap ‘dia’...” kata Sehun acuh tak acuh dan itupun selepas mengambil dua minit untuk mempertimbangkan samada mahu membuka mulut atau tidak.

 

Kai melirikkan anak matanya kearah Sehun sambil bibirnya membentuk senyuman yang mempunyai makna tersendiri. “Sehun,kau ni...Tak habis-habis nak berdrama.Mana ada orang macam kau kat dunia sebenar ni…”

 

“Maksud?” Sehun mengangkat satu keningnya.

 

“Kau tetap lagi dengan teori kau yang Luhan hyung lapar nak harta kau?...Aku tak habis lagi ketawa teringatkan teori bodoh kau tu tahu!” Kai membuat gaya orang yang kepenatan akibat terlalu banyak ketawa dengan meletakkan tangan di perutnya sambil membuka mulutnya mengeluarkan tawa tanpa bunyi.

 

Sehun mendengus mengalihkan matanya memandang kearah sekumpulan budak yang berlari-lari menuju kearah seorang perempuan tua, “kau cakap apa ni Jongin.Mana ada aku bagitahu teori bodoh macam gitu.”

 

Kai memutarkan bebola matanya buat kali yang ketujuh Sehun kira sebelum mengeluarkan ketawa kecil yang lebih kedengaran seperti mengejek di telinga Sehun.

 

“Yelah Sehun...Kecerdikan dan ingatan kau mesti makin kurang sebab kepala kau penuh dengan angin je...atau mungkin kosong je kat dalam tu.”

 

“Tak kelakar,Jongin.”

 

Selepas beberapa minit berbalas kata seperti budak kecil yang baru pandai berkata-kata, akhirnya subjek perbualan mereka sebelumnya muncul juga bersama troli yang dipenuhi beg bagasi.

 

Kai mendekati Luhan dikuti oleh Sehun yang berjalan dengan malas di belakangnya.

 

“Hei, Jongin.” sapa Luhan dengan senyumannya yang biasa.

 

“Sehun pun?...tak sangka korang datang jemput aku…” kata Luhan sebaik sahaja terpandang Sehun yang hanya memandangnya sekilas sebelum berkata dengan suara yang rendah dan tanpa emosi, “kau dah tau kan...Aku takkan susah-payah datang kalau bukan ibu yang paksa.”

 

Luhan merenung Sehun seketika sebelum mencebik.

 

“Banyak beg kau hyung…” tegur Kai sambil menepuk-nepuk salah satu bagasi yang berwarna kuning cerah. “hei, mestilah aku datang hyung…” sambung Kai bagi menjawab kata-kata Luhan sebelumnya sambil tersenyum penuh makna.

 

Lelaki yang lebih tua itu nampaknya dapat menangkap maksud kata-kata Kai itu kerana dia mula mengetapkan giginya sambil tersenyum.

 

“Oh,dua lagi beg ni kosong.Aku baru beli…” Luhan juga menepuk-nepuk salah satu bagasinya di atas troli, “Kau memang takkan lupa eh Jongin…” sambungnya membuatkan senyuman Kai melebar.

 

 

Siapa tidak akan lupa pertaruhan besar begitu.Sekurang-kurangnya bukan Jongin.Pertembungan dua pasukan bola sepak,Arsenal dan sebuah kelab dari Korea Selatan dua hari lepas yang akhirnya dimenangi oleh pasukan dari Korea Selatan dengan 3-2 itu adalah kemenangan bagi Jongin.

 

“Tak logik langsung…Arsenal kalah?” Luhan menumbuk pemegang troli dengan perlahan untuk menunjukkan kekecewaannya. “Aku tak percaya, kau pasti kau tak buat benda-benda pelik,Jongin?”

 

“Apa pulak hyung!Kau ingat aku,Kim Jongin suka main kotor ke?” Jongin mencebik sebelum menepuk-nepuk bahu Luhan dengan gaya menenangkan, “dah la hyung,lelaki sejati mesti terima kekalahan...Sebulan belanja aku lunch.Tak teruk sangat...”

 

 

Luhan tergelak kecil sambil menumbuk lengan Kai dengan lembut.

 

“Korang berdua je kan datang sini?” Luhan sekadar bertanya kerana mereka selalu keluar berkumpulan sesama kelompok mereka.

 

“Kris hyung pun datang sekali...Mak dia datang dari Canada hari ni.” jawab Kai sambil menyumbatkan beberapa biji m&m kedalam mulutnya sebelum menghulurkannya supaya Luhan dapat mengambilnya.

 

Luhan mengambil beberapa biji sebelum mengunyah kesemuanya.

 

“Jadi korang terbang la datang sini?”

 

Kai menghulurkan juga bungkusan plastik coklat itu kepada Sehun yang juga mengambil beberapa biji sebelum menyambung bertexting dengan siapa yang tiada siapa tahu di dalam handphonenya.

 

“Tak lah...Sehun berat sangat katanya…” kata Kai sambil memandang Sehun sekilas pandang.Sehun tidak pula membalas mahupun bergerak seolah-olah tidak mendengarinya.

 

“Jadi korang teleport...?” tanya Luhan dalam nada bergurau sambil tersengih.

 

Kai atau Sehun tidak menjawab membuatkan Luhan membulatkan matanya yang berkilau akibat pantulan cahaya matahari yang masuk melalui cermin-cermin besar di airport itu.

 

“Eh,kitorang guna subway la…” Kai cuba berdalih tapi terlambat kerana Luhan tidak percaya.Dia merenung Kai dan Sehun silih berganti.

 

“Kau tak percaya hyung?...Kau tanyalah Kris hyung,dia…”

 

Kai hampir melongo apabila tiba-tiba lengan kanan Sehun yang lumpuh terangkat keudara dan serentak dengan itu juga, akibat terkejut dengan apa yang berlaku, Sehun telah melepaskan handphonenya dari tangannya tanpa disedarinya.Dia menahan nafas melihat benda yang boleh dikatakan berharga itu jatuh,tapi sebelum sempat benda alah itu mengenai lantai dan bersepai,ia dengan sendiri naik kembali ke tangan Sehun dengan selamat dan elok.

 

Kedua budak lelaki itu memandang kearah Luhan dengan serentak.

 

“Hei!” Sehun merenung lelaki bermuka kecil itu dengan tajam sementara Kai pula hanya menunggu dengan senyap apa yang akan berlaku seterusnya.

 

Luhan memandang Kai dan serentak dengan itu lengan Sehun yang tidak lagi boleh berfungsi itu jatuh semula kesisinya lalu berayun sedikit dengan sendirinya.Sememangnya pemandangan yang agak aneh untuk dilihat.

 

“Kau tahu aku tak boleh angkat benda yang boleh bergerak kan?” tanya Luhan dengan serius.

 

“Oh,Kau tak boleh?” Kai bertanya kembali separuh terkejut.

 

Luhan menggelengkan kepalanya, “maksud aku, boleh...Tapi susah sikit…” dia membetulkan balik penyataannya sebelumnya dengan acuh tak acuh.

 

“Point aku kat sini…” Luhan menyambung sambil renungannya tidak lari dari Kai yang merenungnya kembali.

 

“Okay,okay…” Kai memotong kata-kata Luhan yang berpotensi menjadi bebelan panjang itu. “Aku tahu aku salah...Cukuplah Kris hyung bising tadi…” Kai mengeluh.

 

Luhan menggeleng-gelengkan kepalanya, “kau tahu tak,kalau yang lumpuh tu otak boleh mati?”

 

Sehun dan Kai,kedua-duanya membulatkan mata kearah Luhan.

 

“Biar betul?!” Sehun hampir terjerit.

 

“Aish,hyung!...Kau sengaja kan bergurau melampau macam gini?” Kai menyoal selepas beberapa ketika sambil tersenyum yang penuh rasa curiga. “Tak kelakar la,hyung.”

 

Luhan tidak berkata apa-apa seketika sebelum ketawa mengekek. “Aku bukan nak buat lawak sebenarnya...” kata Luhan diantara tawanya “dah la...jom!”

 

Luhan mula melangkah pergi meninggalkan dua orang budak yang sedang tercengang.

 

Sehun dan Kai memandang sesama sendiri sebelum menyusuli Luhan.

 

“Hyung,boleh kau pergi macam tu je lepas cakap benda dahsyat mengarut bodoh macam tu?”

 

“Tak ada apa lah...Kau tak pernah dengar perkataan ‘bergurau’?” kata Luhan sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun.

 

Sehun melepaskan keluhan yang hampir tidak di dengari.Walaupun dia lebih banyak diam,tapi dia mendengar hampir kesemua yang dikatakan Luhan sebelumnya.Siapa tak cuak bila dengar dia mungkin boleh mati setengah jam sebelumnya.Dia merenung tengkorak Luhan seolah-olah dengan buat begitu dapat memberi lelaki itu balasan yang setimpal atas gurauan tidak kena dengan tempatnya.

 

Bukan niat Sehun untuk tidak berkelakuan ramah atau ringan lidah sepanjang masa,dia cuma tidak rasa dia perlu menyampuk perbualan mereka,lagi pula dia sebenarnya langsung tak berminat nak menyampuk.

 

Mereka bertiga sedang berjalan seiringan dengan Luhan dan trolinya di tengah apabila tiba-tiba Sehun berhenti mendadak membuatkan Luhan juga berhenti.Kai pula hampir tersadung di atas angin akibat terlalu mengikut rentak yang dua orang lagi.

 

“Apahal kau?” Kai menyentakkan kepalanya ke arah Sehun disebelah kirinya,di sebelah Luhan yang sedang memandang Sehun dangan pandangan penuh tanda tanya.

 

Sehun tidak menjawab,bahkan dia mengisyaratkan menggunakan kepalanya ke satu arah.Mereka berdua memandang kearah yang di arahkan Sehun sebelum bertanya serentak, “apa?!”

 

Sehun menunjukkan kearah yang sama menggunakan telunjuknya pula.

 

“Budak tadi kan?” tanya Sehun kepada Kai.

 

Luhan yang tidak memahami memandang kearah Kai untuk menunggu jawapannya.

 

“Sorry...aku tak nampak sangat” jawab Kai sebelum mengalihkan pandangannya kearah Sehun kembali. “Aku tak pakai contact lenses hari ni.”

 

Sehun melihat ke arah yang ditunjukkannya tadi sebelum berkata pendek dan menyerah, “biarlah.”

 

Sehun dan Kai mula menyambung apa yang mereka lakukan sebelumnya iaitu berjalan sebelum Luhan bersuara, “kejap!”

 

Dua orang lelaki yang lebih muda itu berhenti dan memberinya pandangan menyoal.

 

“Tak de orang bother nak cerita dekat aku ke,apa kena dengan budak yang Sehun tunjuk tadi?”

 

“Budak mana Sehun?” tanya Kai dengan acuh tak acuh.

 

“Budak dalam subway tadi.”

 

“Oh...Budak tu nampak aku teleport…” Kai memulakan cerita,Luhan pula menunggu sambungannya.

 

“Macam tu lah ceritanya...Kris hyung yang bagitahu.” Kai memandang Sehun sekilas seolah-olah mahu Sehun menyutujui apa sahaja yang diberitahunya.

 

“Itu je?” tanya Luhan kelihatan tidak berpuas hati.

 

“Budak tu pun dengar apa yang kitorang cakap dalam subway...Kris hyung kata.” Sehun menyampuk buat pertama kali hari itu bermula dari kemunculan Luhan membuatkan lelaki yang lebih tua itu merenungnya sebelum Sehun mengalihkan pandangannya.

 

“Kris hyung tu paranoid” komen Kai.

 

“Budak tu tengok-tengok kita tadi...Entah-entah dia memang pengintip organisasi rahsia tu.” usul Sehun pula dengan agak bersungguh.Dia nampak agak berpihak kepada pendapat Kris.

 

“Mengarutlah Sehun...Mungkin, dia peminat kita kot?” Kai mengangkat kening.

 

“Apa kata kita pergi tanya?”

 

“Huh?!” Sehun dan Kai merenung Luhan,separuh terkejut.

 

 

 

“Tanya siapa?”


 

“Budak tu.” Luhan tersenyum meyakinkan.

 

 

 

 

***kepada siapa sahaja yang terjumpa atau tersuka atau terbaca fic ini,terima kasih kerana sudi nak baca sambungannya.tapi tolong jangan berharap aku akan update setiap jam atau setiap hari atau minggu.dan dengan sukacitanya aku bagitahu, ini adalah 'fiction' atau fiksyen atau fanfiction yang ditulis oleh seorang amatur jadi tolong jangan harap yang indah-indah.yeah baby?...sekian  -maaf kerana membebel.and pls have a nice read(?) or day.

 

 

 
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: Setahun dah saya tunggu fic ni ㅠoㅠ... bila nak updateee.... huwaaa TToTT
AHNHYUNWOO #2
Chapter 7: update lah saya suka baca cite lawak ni . Tak pernah bace cite melayu kat asianfanfic
.
EfyyExo
#3
Chapter 7: update please huhu T^T nak bce lagiii ><
hanah2212
#4
Chapter 6: Tak suka perkataan oppa jugak :D
kariss #5
Chapter 3: UPDATE SOON ! ^^ (as fast as u can ~ ^^)
kariss #6
Chapter 2: Update soon ! ^^