Bab 3

Playboy itu Suami Aku?!

 

 
“Barakallahu Fik, sahabatku! Semoga Allah merahmatimu” Terus sahaja Kak Fazrina menarik aku ke dalam pelukannya. Aku juga turut membalas pelukan wanita itu dengan erat. Walaupun Kak Faz bukan kakak kandungku tetapi dia selalu ada di masa aku susah, kecewa dan sedih. Kami membesar bersama-sama di Kuala Nerang, Kedah dulu. Rumah  keluarga Kak Faz  letaknya di sebelah rumah arwah nenek.
 
“Terima kasih kerana selalu ada untuk Afina, Kak Faz..” Ada sendu di dalam nada suaraku. Bergenangan mutiara-mutiara jernih di tubir mata. Ketika arwah nenek meninggal dulu, keluarga Kak Faz lah yang membantu menguruskan segala-galanya sementara menanti ketibaan papa dan mama. Kalaulah mereka tak ada, tidak tahulah aku bagaimana untuk menghadapi saat-saat pilu itu dulu.
 
“Afina adikku..janganlah buat Kak Faz sayu pulak. Nanti banjir kedai bunga Kak Ani ni. Kak Faz kalau teriak, susah nak berhenti.” Aku tahu Kak Faz cuba menceriakan suasana. Kaca mata kutanggalkan dan aku mula mengesat air mata di saat pelukan dileraikan. Syaf yang tadinya kulihat sibuk memotong kek kini memelukku pula.
 
“Afina..aku tahu kadang-kadang aku banyak menyusahkan kau. Tapi..”Bisik Syaf, kawanku yang sedikit nakal ini. Aku terus meleraikan pelukan. Mata kubulatkan ke arahnya.
“Tapi apa?” Soalku. Syaf menguntumkan senyuman nakal.          
“ Tapi aku tahu kau tak kisah, kan?!” Serentak berkata begitu dia terus ketawa dengan kuat. Aku juga turut sama ketawa melihat telatahnya. Sebelah tangan menutup mulut apabila melihat muka tak puas hati Ustazah Faz. Alamak!
“Ish, kamu ni Syaf..kan Kak Faz dah pesan banyak kali. Ketawa tu jangan mengilai-mengilai macam langsuir! Tak elok tau. Lagipun kamu tu perempuan.” Kak Faz menegur Syaf. Perempuan itu pula terus memeluk bahu Kak Faz seketika.
“Maaf..out of control tadi..” Ujarnya sambil meletakkan ayam KFC ke dalam piring kertas. Kemudian piring itu dihulurkan kepada Kak Faz. Aku pula mencapai botol air oren dan menuangkannya ke dalam cawan kertas. Sempat lagi aku menjelirkan lidah sedikit kepada Syaf. Sengaja aku ingin mengusiknya. 
 
“Kak Faz, tengok tu, Si Afina siap jelir-jelir lidah lagi..suka betul dia bila Kak Faz marah saya.” Syaf mengadu. Wajahnya pura-pura dimasamkan. Gembira betul aku apabila meluangkan bersama dua orang rakan karibku ini. Kan seronok kalau hubungan aku dan Fisya serapat ini?
“Ish..korang ni..macam anak murid Kak Faz aje. Grow up girls..dah 21 tahun kan?!” Kak Faz menggelengkan kepalanya.
“Baru 21 tahun Kak Faz..kitorang muda lagi lah!” Syaf sengajalah tu nak menyakat Kak Faz. Haa..sekejap lagi, mesti Kak Faz akan kasi tazkirah kat kitorang.
“Syaf..Syaf..Syaf..” Beriya-iya dan bersungguh-sungguh Kak Faz menyebut nama Syaf. Piring berisi ayam dan kek di tangan diletakkan di atas riba.
“Dah banyak kali Kak Faz cakap...” Belum sempat ayatnya sempurna diluahkan, kedengaran suara garau seorang lelaki memberi salam.
 
“Assalamualaikum semua..” Semua mata tertumpu pada Abang Din saat ini. Abang Din yang sentiasa ceria.
“Bukak-bukak aje pintu, Abang Din dah bau KFC. Ada lagi ke ayam untuk Abang Din?” Soalnya dengan nada bergurau. Setelah meletakkan buku log di atas meja, lelaki ber-tshirt hitam itu kemudiannya melangkah ke arah kami.
“Ada Abang Din..duduklah..” Jawab Syaf. Aku terus memotong kek untuk Abang Din.
“Pergghhh..memang dasyat betullah customer yang namanya King tu..” Ujar Abang Din sebaik sahaja melabuhkan punggung. Kepala digelengkan sedikit.
“Kenapa pulak Abang Din..?” Soal Syaf dengan nada ingin tahu.
“Tadi kan Abang Din hantar bunga dekat 4 orang girlfriend dan seorang ex-girlfriend dia” Dengan bersungguh-sungguh Abang Din memberitahu. Aku dan Syaf hanya mengulum senyuman sahaja sebab kami memang dah sedia maklum tentang hal itu. Cuma Kak Faz yang kelihatan sedikit terkejut.
 
“King tu memang selalu datang ke sini. Dia baik dengan Kak Ani. Tapi saya tak kenal dia sangat. Yang saya tahu dia tu memang ada 2K. Kacak dan kaya.” Ujar Syaf. Aku hanya mendengar sahaja sambil meneguk air oren.
“Macam mana Abang Din tahu mereka tu girlfriend dan ex-girlfriend pelanggan tu?” Soal Kak Faz. Geli hati betul melihat wajah Abang Din ketika ini.
“Er..”
“Terkantoi di situ!” Syaf mulalah mengusik. Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat reaksi Abang Din.
“Alah..macam la Syaf tak pernah baca kad pelanggan..” Bidas Abang Din. Kak Faz kulihat dah mula menggelengkan kepala.
“Saya bukan sengaja nak baca..saya TERbaca..maklumla nak tulis kat dalam kad..mestilah kena baca dulu..” Jawab Syaf dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, disuapnya kek ke dalam mulut.
“Betullah tu..Abang Din pun ter jugak, terbaca! Sebab nak pastikan nama tu betul ke tak!” Tempelak Abang Din pulak. Tangan kanannya kulihat mencicah ayam dengan sos sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
“Syaf, Abang Din, kita kena amanah tau..tak elok baca isi kandungan kad tu dengan sengaja..selepas tu, kita buka pula aib orang tu. Kan tak bagus macam tu?”Lembut sahaja suara Kak Faz menasihatkan mereka. Aku pun terasa sama walaupun namaku tidak disebut. Aku juga tidak sabar ingin membaca apa yang ditulis oleh Encik King tu tadi pagi. 
 
“Ni cik puan oi..Abang Din bukan sengaja nak buka aib orang atau buat fitnah. Tapi, Abang Din cuma nak Syaf, Faz dan Afina berhati-hati dengan lelaki macam tu.” Dengan tegas Abang Din berkata begitu. Semua mata tertumpu kepadanya.
“Jangan mudah terpedaya dengan kaum lelaki. Ada rupa, poket pun tebal, mulalah nak terpikat! Padahal buaya besar.” Entah kenapa aku terkesan dengan kata-kata Abang Din yang ini. Betul, sekali pandang, aku memang tak perasan yang King itu seorang playboy. Dia nampak sangat gentleman, macho, caring serta prihatin. Senyumannya pula sangat ikhlas diberikan. Sekali pandang, berkali ganda baiknya King dari mamat motor kapcai yang aku jumpa pagi tadi.
 ‘Habis tu, baik sangatlah dia sampai disimbahnya kau dengan air lopak pagi tadi?’
Seperti ada suara yang mengejekku saat ini. Kadangkala aku ni terlalu cepat membuat kesimpulan. Terlalu cepat menerima. Memang betul kata Abang Din, aku harus berhati-hati. Jangan mudah terpedaya.
“Abang Din ni walaupun kerja jaga aje di malam hari, siang buat part-time hantar bunga..tidaklah kaya tetapi Abang Din jenis setia pada yang satu.” Dengan bangganya Abang Din yang berkulit sawo matang bersuara lagi. Aku lihat Syaf sudah mula menjulingkan mata ke atas.
“Sempat lagi promosi diri, ye Abang Din?” Sindir Syaf. 
 
“Benda yang benar mesti disampaikan..betul tak Faz?” Kali ni Abang Din menoleh ke arah Kak Faz. Kak Faz hanya mampu tersenyum sahaja. Mungkin dia juga tidak tahu nak sokong atau bangkang kata-kata Abang Din yang terlebih ramah ni.
“Tapi kan, Abang Din tengok teman wanita si King tu semuanya cantik-cantik belaka. Fuh..seksi betul. Yang ditinggalkan tu  pulak siap meratap pilu lagi..” Sebaik sahaja Abang Din berkata begitu, aku terus mula merangka ayat di dalam kepala. Terasa ingin sangat aku bertanya tentang penerima bunga yang bernama Fisya.
“Menangis la sebab lubuk emas dah terkambus.Abang Din, mustahillah diorang tu semua tak tahu yang King ni seorang playboy! Tapi, duit adalah segala-galanya bagi diorang kan? Terima aje la” Balas Syaf.
Kemudian, secebis ayam dimasukkan ke dalam mulut. Aku lihat Kak Faz juga tidak sabar-sabar ingin berhujah saat ini. Wah, dah jadi isu panas pulak kisah King kat kedai bunga ni. Nasib baik tak ada customer tengahari ni.
“Ini yang merisaukan Kak Faz. Perempuan hari ni sanggup gadai maruah kerana duit. Kamu dan Fina kena sentiasa ambil iktibar. Ingat..jangan jadi macam tu..” Ada nada risau yang amat sangat di dalam ayat Kak Faz. Aku dan Syaf bagaikan burung belatuk, terus menganggukkan kepala. 
“In syaa Allah tak, Kak Faz..” Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Kemudian, aku terus meletakkan piring kertas di atas meja kaca dihadapanku. Anak mata kuhalakan ke arah Abang Din.
 
“Err..Abang Din..” Panggilku. Semua mata sekarang tertumpu ke arahku.
“Kenapa?”  Soal Abang Din.
“Abang Din jumpa tak dengan perempuan yang namanya Fisya tu? Macam mana orangnya ye?” Aku terus bertanya tentang soalan yang berlegar di dalam fikiran.
“Fisya? Ha, girlfriend dia yang itu aje yang Abang Din tak jumpa..Kawan dia yang ambilkan bunga tu tadi.” Entah kenapa aku sedikit hampa dengan jawapan yang kudengar dari Abang Din.
“Oh..”
“Kenapa?” Soal Abang Din.
“Kau suspect Fisya tu adik kembar kau ke?” Syaf memang dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran aku nampaknya. Perlahan aku mengangukkan kepala.
“Sama-samalah kita doa Fisya tu bukan adik Fina..Ins Syaa Allah..” Kak Faz mencelah. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Syaf dan Kak Faz memang arif sangat tentang hubungan aku dengan Fisya. Deringan telefon bimbit yang berbunyi membuatkan aku  bingkas bangun dari kerusi empuk berwarna merah ini. Aku terus mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja kaunter.
 
“Assalamualaikum mama..” Aku terus ke bahagian sisi kedai. Di situ terdapat pasu-pasu besar yang berisi bunga segar.
“Waalaikumussalam..Fina kat mana tu sayang?” Lembut sahaja suara mama di hujung talian.
“Fina kat Cinta Florist ni. Syaf dengan Kak Faz pun ada sekali.” Balasku dengan lembut.
“Fina tak lupa kan tentang majlis malam ni?”
“Hmm..Fina tak lupa ma..kejap lagi Fina balik.” Ikutkan hati, malas ingin turut serta nanti. Maklumlah, Fisya bukan suka sangat tengok muka aku. Tapi, aku tak mahu papa dan mama risau. Pandangan kuhalakan ke arah bunga-bunga lily pula. Sedikit sebanyak dapat menenangkan hati yang bercelaru.
“Mama dengan papa risau sangat sayang..” Kata-kata mama membuatkan aku terdiam seketika.
“Kenapa pulak ma?” Soalku dengan penuh prihatin.
“Tak..mama tak sedap hati sebab tak sambut hari lahir Fina sekali dengan Fisya malam ni..tak macam tahun-tahun yang lepas..” Aku tergelak kecil. Sedikit pun aku tak kecil hati malah aku sangat seronok tidak perlu sambut bersama dengan Fisya. Hati pun tak sakit. Terbayang peristiwa semasa majlis sambutan hari lahir kami tahun lepas. Fisya dengan sengaja telah menuang air oren ke atas baju aku di hadapan rakan-rakannya.
“Eh..takpe ma..lagipun Fina memang tak nak mama. Papa dan mama belanja Fina makan malam semalam pun dah cukup. Perasaannya sama macam Fina sambut hari lahir dengan arwah nenek dulu.” Ujarku. Memang aku ikhlas berkata begitu. Bagiku tak perlulah nak berhabis ribuan ringgit hanya untuk majlis hari lahir.
 
“Ahamdulillah Fina..mama rasa bangga ada anak macam Fina..bilalah Fisya tu nak berubah ye..” Aku juga tersentak seketika mendengar rintihan mama di hujung talian.
“In syaa Allah ma..sama-sama kita doakan..” Ucapku dengan lembut.
“Tengoklah, semalam pun dia tak balik rumah tau..” Luah mama. Aku tahu mama sangat risaukan Fisya.
“Ye ke mama? Dia tidur kat mana..?” Soalku dengan rasa ingin tahu yang menggunung.
“Kat rumah kawan dia..bila mama tanya di mana rumah kawan, mulalah dia memberontak. Tinggikan suara dengan mama. Salah mama juga sebab terlampau manjakan dia..” Aku hanya mampu menggelengkan kepala mendengar kata-kata mama. Itulah Fisya. Dengan mama pun dia boleh kurang ajar, inikan pulak dengan aku.
“Fina..papa dah balik tu. Fina balik awal ye untuk majlis malam nanti.”  Pesan mama.
“In syaa Allah mama..kejap lagi Fina balik ye..” Jawabku dengan bersungguh-sungguh. Terbayang raut wajah mama yang lembut di fikiran.
 
“Mama dengan papa sayang Fina..sama macam kami sayangkan Fisya..” Sempat lagi mama berkata begitu. Aku tahu, mama tidak mahu aku berasa tersisih.
“Terima kasih mama..” Ucapku.
“Sama-sama sayang..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
Sebaik sahaja talian dimatikan, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkinkah Fisya, teman wanita King itu adalah Fisya, kembarku? Harap-haraplah bukan. Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah adikku.
*****************************************************

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ctnajihah #1
terpaksa beli novel dy ...hahaahaah... malas nk download citer dy
NeulRa_Xiumin
#2
X bace agi...
Oit! Lju update. Google translate ka?