Hoya and L

United Love-

(Dua hari sebelum Nysabella datang)-

 -Boy--friend-

   Ah Ni,I'm Hoya..I want to see you at the park near your hotel.

____________________________________________________________________________________----

(kat Taman)

     Kelibat seorang lelaki yang agak mencurigakan tetapi seperti Hoya dengan berpakaian serba hitam membuatkan Ah Ni menghampirinya lalu lelaki itu berpaling apabila Ah Ni sudah berada di belakangnya."Hi",kata lelaki itu lalu menekup mulut Ah Ni dan megheret Ah Ni masuk ke dalam keretanya.Ah Ni bergelut dan bergelut untuk melepaskan diri daripada lelaki itu tetapi apakan daya kekuatan seorang wanita.

      Ketika lelaki itu ingin menutup pintu keretanya,dia meleraikan tekupan di mulut Ah Ni lalu Ah Ni menjerit"Help,help!".Hoya yang masih berada di taman itu terdengar lalu sempat mengingat nombor plat kereta tersebut.Lelaki itu menampar muka Ah Ni sebaik sahaja dia menutup pintu kereta dan memandu selajunya.Hoya mengekori dengan keretanya.

      Ah Ni menahan kesakitan dan cuba untuk melepaskan diri dengan membuka kunci di pintu.Sebaik sahaja Ah Ni mahu membuka pintu kereta,lelaki itu menarik tudung Ah Ni yang litup menutupi rambutnya sehingga Ah Ni tercekik.Lelaki itu pandang ke hadapan semula dan menekan brek sekuatnya yang menyebabkan kepala Ah Ni terhantuk dan mula tidak bermaya.Lelaki itu menekan brek keretanya kerana terdapat sebuah kereta melintang di hadapan lalu tuan kereta tersebut keluar dan menghampirinya.Sampai di tepi tingkap belah pemandu,tuan kereta yang keretanya melintang tadi mengetuk tingkap kereta lelaki yang menculik Ah Ni.Lelaki itu membuka tingkap dan ditumbuk oleh Hoya.Lelaki itu cuba untuk membalas tumbukan kepada Hoya tetapi Ah Ni menarik,memegang dan menggigit tangannya lalu dia mengangkat tangannya yang satu lagi bukan untuk menampar tetapi mahu menumbuk Ah Ni yang masih menggigit tangannya dengan kuat.Sementara itu,Hoya membuka kunci pintu di situ dan menghalang lelaki itu daripada menumbuk Ah Ni lalu menarik lelaki itu keluar daripada kereta.

        Perasaan marah menggelegak di dalam diri Hoya apabila melihat keadaan Ah Ni sebegitu dan membuatkan Hoya memukul lelaki itu berkali-kali.Lelaki itu menendang Hoya dan mahu menumbuknya tetapi kemarahan Hoya masih lagi membara.Hoya pijak perut, pukul kepala dan tumbuk lelaki itu bertubi-tubi tetapi sempat disekat oleh Ah Ni sebelum lelaki itu mati.

        Hoya dan Ah Ni mengangkat lelaki itu ke balai polis dengan menaiki kereta lelaki itu.Mereka terang bersama-sama kepada polis dan selesailah.Selepas itu,hoya menelefon managernya untuk mengambil mereka di balai polis.Setiba managernya sampai,mereka menaiki kereta tersebut dan terkejut Ah Ni dibuatnya kerana Infinite L ada di dalam kereta.Jelas terpancar dimuka L yang dia tengah risau sekarang tetapi keletihan menguasai diri Ah Ni menyebabkan Ah Ni tidak bertutur.

        Sampai di hotel Ah Ni,Hoya,L dan manager mereka turun daripada kereta dan managernya berkata"Have a good sleep",dan tunduk 90 darjah dibalas oleh Ah Ni juga kepada mereka.Kemudian Hoya berkata"Cakkamman",kepada managernya dan L dan menghampiri Ah Ni yang tidak jauh daripada mereka."I'm really have fallen in love with you,I love you",ungkapan yang membuat Ah Ni terkejut dan tergamam buat seketika.Ah Ni tak sangka yang Hoya betul-betul jatuh hati kepadanya dan sekarang apa yang perlu Ah Ni balas sedangkan dia hanya menganggap Hoya sebagai seorang teman tapi mesra.

        Ketika itu juga "Mwo,mworagoyo!",kedengaran suara L.

______________________________________________________________________________---------

Hey,hey...panjang tak chapter ni..(tak ponnnnn)-Okey,there's a complict between Hoya and L~!!!!

So,keep support this story from AnisazmieyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyYYYYYYYY XD-

      

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Anisazmiey
Kamsahamnida for readers~!!

Comments

You must be logged in to comment
ayeshahreina2402 #1
Chapter 15: That was a happy ending good job 4 u author hohohi
Anisazmiey #2
Chapter 15: Write your comment readers~!!! Amacam..??-Resah dibuatnya kalu readers x comment....Comment your thought about this ending~
_HazrielNaim
#3
Chapter 14: semalaman aku bce menda alah nehh. btw aku suke story kau n ignore je kekurangan tu n buat yg terbaik in next chapter eh cek kak :)
jung_l
#4
I don't know if I should say this. There's a little tatabahasa errors on the description, but I'll try to read it without too much care on the erroes.
blexxnite
#5
Chapter 10: it's okay ikin...I'll always read your fics..............................................................................................................................................................
athirah #6
Chapter 6: update pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
blexxnite
#7
Chapter 2: Best ! artis sme artis~(hahahah-)=Hwaiting author-nim~!!!!!!