Siasat!: Curiga Cinta I

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Uwah!" Bomi mengambil sehelai kertas yang berlipat daripada kotak peti cadangan di sebelah loker. "Permintaan pertama untuk tahun ni!"     "Hah? Ye ke?" Luhan mendekati Bomi setelah menyimpan beg galas MCM ke dalam lokernya. Dia meninjau daripada belakang Bomi yang lebih rendah daripadanya.     "Siapa penghantarnya?" tanya Hayoung sambil menutup pintu lokernya yang terletak di bawah loker Suho.     "Cikgu Gain?" Sebut Bomi, membuka lipatan kertas lalu membacanya seribu tanda tanya tertulis di riak wajahnya. Luhan yang berdiri di sebelah Bomi turut memegang kertas itu dengan sebelah tangannya. Mukanya berkerut. Seorang cikgu meminta bantuan Persatuan Pelajar? Tidak pernah lagi seorang guru meminta pertolongan Persatuan Pelajar selama setahun persatuan ini ditubuhkan.     "Saya nak minta tolong pada awak semua. Saya ada masalah peribadi ni. Saya cuba untuk selesaikan sendiri tapi saya terlalu sibuk. Jadi, petang ni saya akan singgah dekat ofis awak semua. Love, Ga In." Luhan memandang Bomi, Bomi memandang Luhan. Pelik! Masalah apa pula ni?     "Hei, Luhan kau tak takut ke peminat kau serang kau?" Hayoung tiba-tiba muncul di hadapan Luhan dan Bomi. Luhan hanya tersenyum, memahami maksud Hayoung. Begitulah Luhan sebagai salah seorang senior paling popular di Aster High. Para peminatnya cukup pantang jika melihat Luhan dekat dengan perempuan. Pernah satu kali seorang perempuan diugut kerana pernah rapat dengan Luhan. Tapi yang peliknya mereka tak berani pula serang ahli perempuan Persatuan Pelajar.     "Bak sini surat tu. Aku nak tunjuk kat Chorong." Hayoung menadah tangan kanannya.     Luhan dan Bomi serentak menghulurkan surat itu kepada Hayoung. Hayoung terbeliak namun bibirnya mengukir senyum kecil. Kelihatan Bomi tersipu-sipu dan Luhan hanya melemparkan senyuman.                                                                   "Mana cikgu Ga In ni?" Chorong mundar-mandir di dalam ofisnya. Kedua-dua tangannya disisipkan ke dalam poket blazernya, memanaskan telapak tangan yang semakin sejuk dek suhu rendah pendingin hawa.     Chanyeol dengan hoodies bercorak military duduk di atas sofa yang terletak di sebelah pintu. Matanya fokus kepada telefon bimbit di tangan. Menyentuh skrin untuk mmbuka aplikasi mesej. Namun, tumpuannya mula hilang. Dia mengerling ke arah Chorong yang masih lagi tidak penat berulang-alik di hadapannya.     "Kau boleh duduk tak? Pening aku tengok kau pusing-pusing satu bilik."     Chorong menjeling. "Ye lah, aku duduk. Tepi sikit." Chorong mendekati Chanyeol lalu cuba untuk duduk. Memandangkan saiz badan Chanyeol yang agak besar disebabkan oleh ketinggiannya, hampir separuh sofa dua tempat duduk itu dipenuhi badannya. Chorong terpaksa menolak pahanya agar dia dapat memberikan sedikit ruang untukk Chorong.     "Chorong! Cikgu Ga In cari kau." Kepala Lay tiba-tiba timbul dari bingkai pintu. Dan, ketika itu juga tangan Chorong masih berada di atas paha Chanyeol. "Opss, sorry, ter'kacau' orang tengah dating pulak."     Tergelak Chanyeol apabila Chorong menunjukkan penumbuk kecilnya kepada Lay yang menjelir lidah. Comel pula naib presiden ini bila marah. Sebab itulah dia suka menyakat Chorong.     Cikgu Ga In masuk ke dalam ofis Chorong dengan keletak keletuk kasut tumit tinggi lima inci yang dipakainya. Serentak Chorong dan Chanyeol bangun lalu tunduk hormat. Chanyeol menjemput Cikgu Ga In untuk duduk di atas sofa di hadapan mereka.     "Jadi ap
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??