Selamat Datang, Ahli Baru!

Aster High Student Council
Please Subscribe to read the full chapter

 

  Kai berjalan menuju ke sebuah blok bersebelahan blok akademik. Blok itu nampak suram dan sunyi kerana jarang para pelajar mundar-mandir di situ. Matanya liar memerhati sekeliling apabila dia melangkah melepasi pejabat staf dan guru untuk mencari sebuah bilik.     Setelah beberapa minit dibazirkan untuk mencari bilik yang disangkanya tidak wujud itu, akhirnya dia berhenti betul-betul di hadapan sebuah pintu oak. Dia menoleh ke kiri, dilihatnya dua orang guru melangkah keluar daripada pejabat bersebelahan. Dia menoleh semula menghadap pintu. Terdapat sekeping plak berwarna emas, dengan sedikit habuk dan bersawang, tertampal kemas di permukaan pintu. 'Aster High Student Council'     Namun, sebenarnya ada sesuatu yang lebih menarik perhatian jejaka hitam manis itu. Bersebelahan pintu tersebut, terletaknya lapan buah loker panjang, berwarna kelabu (asalnya). Tetapi ada satu loker berwarna ungu, dua lagi berwarna pink, satu yang lain berwarna hijau dan ada yang berwarna hitam? Kai menapak perlahan ke arah barisan loker, menghiraukan tujuan asalnya.     Dia memerhati deretan loker pada bahagian atas. Loker berwarna kelabu iaitu loker pertama, tampak kemas dengan tampalan 'wall sticker' bercorak graffiti dan flora yang menurut Kai, pemilik loker ini memang suka bunga kerana lebih banyak corak bunga berbanding graffiti itu sendiri. Kemudian, dia mengalih pandangan kepada loker kedua. Dinding pintu loker ungu itu dipenuhi dengan sticker gambar penyanyi, band dan-     Ada sesuatu yang menarik perhatian lelaki berambut hitam itu. Disebalik stiker-stiker Beast, 4minute, Super Junior, 2NE1, Big Bang, Ze:a, Kai secara tidak sengaja menemui satu stiker yang amat mengejutkan baginya. Silap-silap dia boleh jatuh pengsan jika dia disahkan menghidap penyakit jantung. Jarinya yang panjang bertulang itu menyentuh stiker yang terlekat betul-betul di bahagian hujung loker, berdekatan lubang kunci.     "Inikan," keningnya sedikit terjungkit, "aku."     Kai mula tersengih sendirian. Gembira pula rasanya. Apa yang dia ingat, gambar itu diambil sewaktu dia menjadi model sambilan sebuah majalah. Berkat wajahnya yang mempunyai nilai komersial dan seksi, dia terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan modelling. Kalau dia tidak silap, Chanyeol yang juga rakan sekelasnya juga merupakan seorang model pakaian. Pakaian rekaan designer terkenal pula tu, untung betul Chanyeol. Tapi, kenapa pula gambar wajahnya ada di situ? Dalam bentuk stiker pula. Punya peminat fanatik ke?     Sambil menjongket bahu, Kai menuju semula ke pintu kayu tadi. Hajatnya untuk meninjau semua loker terus terbantut, diganti dengan rasa bahagia yang tiba-tiba menyelinap dalam diri.     Kai menghela nafas panjang. Tangannya mengetuk pintu beberapa kali. Senyap. Masih tidak dibuka. Kai mengangkat kening lalu mengerut dahi. Sekali lagi dia cuba mengetuk pintu itu. Kekal senyap. Mata Kai tertumpu kepada tombol pintu berwarna perak itu. Perlukah tombol itu dipulas?     Baru sahaja jemari Kai hendak menyentuh tombol, daun pintu terus terbuka, mendedahkan figura lelaki bertubuh rendah, bermata bulat seakan-akan hendak terkeluar dari soket mata, tersenyum ke arahnya.     "Hai." Kai mengangkat tangan separas kepalanya.     "Aku tau kau mesti datang punya!." Kyungsoo terus menarik tangan Kai lalu menutup pintu.     Kai memerhati sekeliling ruang pejabat yang agak luas itu. Dinding bilik pejabat itu dihiasi dengan warna kuning pudar yang seakan-akan berwarna putih. Memainkan ilusi mata yang menampakkan ruang pejabat itu kelihatan lebih besar dan luas.     'Wow, ini ke pejabat Persatuan Pelajar?' detik hati Kai apabila dia melihat beberapa orang ahli Persatuan Pelajar mundar mandir di sekeliling kubikel di dalam pejabat itu. Di bahagian tengah, terdapat empat buah kubikel dan dua lagi kubikel di bahagian belakang. Empat buah bilik sederhana besar terletak bertentangan antara satu sama lain sementara kubikel tadi didirikan di tengah-tengah. Suasananya agak tenang diselangi bunyi ketukan papan kekunci dan tetikus, tapi diganggu oleh suara lelaki dan perempuan berteriak dalam nada gembira.     "Um.. pedulikan diorang tu. Rasanya diorang baru menang bet." Kyungsoo menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal. Malu dengan kelakuan ahlinya yang kadang-kadang di luar batasan. "So, jom, ikut aku."     Kyungsoo berjalan di hadapan Kai sambil membuka butang blazer hitam yang dipakainya. Melepasi bilik pertama, Kai sengaja menoleh ke kanan, dilihatnya kubikel dengan beberapa orang ahli sedang sibuk menaip. Kyungsoo membelok ke kanan., merentasi lorong kecil antara kubikel tengah dengan kubikel belakang.     "Eh, Kai!" Sehun yang baru hendak menapak keluar daripada kubikelnnya menegur Kai dengan nada ceria. Luhan yang pada mulanya tekun menaip di dalam kubikelnya, mengangkat kepala, mengintai di antara penghadang.     "Kau terpilih jadi ahli Persatuan Pelajar?" tanya Luhan. Rambutnya yang berwarna coklat terang menampakkan lagi kesempurnaan raut wajahnya yang lebih cantik daripada perempuan..     Kyungsoo tidak perasan bahawa dia telah meninggalkan Kai yang berhenti separuh jalan untuk berbual dengan Sehun.     "Aku bukan nak sangat pun. Tapi dah terpilih. Join je la. Mana tau markah kokurikulum aku boleh naik ke." Kai menjawab malu-malu. Dia menggosok belakang lehernya.      Baru sahaja Kyungsoo hendak memasuki bilik di hadapannya, dia baru tersedar yang Kai tidak mengekorinya. Lalu dia menoleh ke belakang dan terlihat Kai sedang bersembang dengan Sehun dan Luhan di tengah-tengah lorong antara kubikel. Kyungsoo mendengus kasar sebelum berjalan semula ke arah Kai.     "Okay-okay, cukup bersembang di sini sahaja," Kyungsoo memegang bahu Kai yang lebih tinggi daripadanya, matanya sempat melirik ke arah jam dinding yang berada tepat di tengah dinding di atas kubikel belakang. Dia tersenyum kepada Sehun dan Luhan yang mengangkat kening, hairan dengan Kyungsoo yang mengganggu perbualan mereka. "Aku tak nak balik lambat lagi." sambung Kyungsoo.     Kai mengekori Kyungsoo menuju sebuah bilik di hadapan mereka. Sambil dia memasukkan tangan ke dalam poket, dia mengerling kepada kubikel berhampiran. Tao dan Chen sedang khusyuk bermain video games di komputer mereka.     "Baekhyun! Orang baru!" Kyungsoo masuk lalu menghampiri sebuah kabinet kecil betul-betul di sebelah pintu untuk mengambil sehelai kertas. Baekhyun yang pada mulanya sedang menaip, mengangkat muka untuk melihat figura yang memakai cap hitam di kepalanya berdiri di hadapan pintu.     "Eh, Kai?" Mata Baekhyun yang bercelak hitam tampak bersinar-sinar.     "Kenapa kau kat dalam bilik? Sehun dan Luhan pulak kat kubikel?" tanya Kai kepada rakan sekelasnya sebaik sahaja dia menapak ke dalam. Kyungsoo menghulurkan sehelai kertas kepada Kai.     "Aku ketua Unit Pengurusan." jawab Baekhyun ringkas. Dia meneruskan kembali kerja menaipnya. Kai berwajah bingung. Kyungsoo tersenyum.     "Dia busylah. Biasalah pertengahan bulan. Esok nak kena hantar report. Jom ke bilik aku." ajak Kyungsoo sambil melambai ke arah Baekhyun. Baekhyun melambai kembali.     Di dalam bilik pejabat milik Kyungsoo yang terletak di sebelah kubikel Sehun, Kyungsoo sedang menanda sesuatu pada sebuah fail hitam di atas meja. Manakala Kai duduk di hadapannya, mengisi borang keahlian disertai dahi yang berkerut. Bagi memecah kesunyian, Kyungsoo memulakan perbualan sambil tangannya ligat menconteng kertas di dalam fail tadi.     "Amacam? Okay tak bilik aku?" tannya Kyungsoo.     Kai memerhati sekeliling. Sebuah meja dengan komputer di hadapannya, beberapa bingkai gambar abstrak tergantung kemas di dinding, almari penuh dengan fail dan buku di bahagian belakang, dekor yang kemas  serta di selubungi wangian bunga
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
will update from time to time kalau ada idea baru. nantikan revamped ver utk 2nd season!

Comments

You must be logged in to comment
Fatihah4khalid #1
Daekbak!!!!
NurulSyazliana #2
nk tnya cikit bleyy..president tu murid ke guru..?
nurizatie13 #3
Chapter 42: Terbaik lah cerita ni!
predilection
#4
Chapter 43: Unnie!! Omg unnie sorry gila maria busy sngt dgn kolej. Sampai unnie dah buat ff baru utk unnie. I wont forget to read this. Each one of them sound very interesting but the pairings arent my fav but oh well anything from yours are the best anyway so yeah. Hwaiting unnie! Missyou
Chorong-Apink #5
Chapter 42: Hai ^^ Boleh tak sya Post FF awak kat wattpad saya ? Harap awak kasih lah sebb ff awak ni best gila !! Saya suka Sangat <3
mirzaemyly #6
Chapter 42: Chapter 42:saya tk habes comment lg dh terpost...XD....klah sya rsa authornim pon dh menyampah dgn comment berjela tah mende saya merepek ni kan?...ahhaha...so kipidapp!!waiting for your new ff like this!!....and terima kasih buat ff ni...saya happy sbb akhirnya ChanRong bersatu dan saya sedih sbb lepas ni tk der ff yg terbaik mcm ni lg sya nk baca untuk isi msa
lapang sbb ff ni dah abes..T^T...
mirzaemyly #7
Chapter 42: Chapter 42 :at last ada jugak surong moment wlupon kelam kabut....hahahahha....thanks authornim...seriously i really2 love your ff....and selama 4 tahun tu you buat ff nih??!!....wow!!.....congratz...awak dh buat
readers mcm saya ni puas hati(sorrylah sya jd juri tk diundang yer...XD)....saya suka jln cerita dia...ada komedi,romantic and sedih..and OTP yg awak buat pon tk buat readers skit hati....awak cmpurkan dorg punya dialog so nmpk mcm sume ada
moment bersama...saya sendiri pon tk jangka OTP yg jd dlm ff ni...mcm hunjoo,kairong,kyungyoung,kriseun
Park_Rafa88
#8
Chapter 42: Ommmmmmyyyy! 4 year for AHSC? Seriusly daebak author-nim! Ni antara ff highschool terbaik saya pernah baca..I hope to read another this kinda ff from you the other author too!
xoxohayi #9
Chapter 1: Mian.. Saya tak berapa faham perkataan "kubikel" bleh terangkang??