KEBANGKITAN

THE FORCE'S

 

Setelah hampir seharian mereka berhasil melarikan diri daripada para pengikut KyuHyun, mereka terjumpa sebuah gua lalu membuat keputusan untuk menginap di situ. BaekHyun menggunakan kuasanya mencari keberadaan JoonMyun serta KyungSoo namun langsung tidak mereka temui. SeHun melihat jam tangannya itu. Hanya tinggal 10 tanda titik merah sahaja, bererti mereka berdua telah tiada.
 
 
Seharian mereka semua melarikan diri, membuatkan perut mereka berkeroncong. JongIn membuat keputusan untuk mencari makanan sambil di temani oleh YiXing. Sekelip mata sahaja, mereka berdua menghilang. Memandang matahari telah terbenam, ChanYeol menghidupkan unggun api dengan kuasanya untuk memanaskan badan masing-masing.
 
 
LuHan memandang kesemua mereka yang kelihatan sugul. Kematian JoonMyun serta KyungSoo benar-benar membuatkan mereka bersedih. Walaupun mereka baru sahaja bertemu dengan KyungSoo dan JoonMyun namun seperti telah lama mereka saling mengenali dan tidak menyangka bahawa hayat mereka berdua begitu singkat . Kebisuan hanya memenuhi ruangan tersebut apabila suara Tao tiba-tiba sahaja menjerit. Jeritannya itu mengalahkan suara wanita.
 
 
Dia terus sahaja menerpa ke arah YiFan yang sedang duduk bersebelahannya. " What the heck." marah YiFan menolak-nolak tubuh Tao yang memeluknya terlalu erat sehingga membuatkannya sedikit sesak nafas.
 
 
 " A-ada ul-ar---" terketar-ketar suaranya memberitahu sambil tangan Tao mengunjuk kepada seekor ular tedung selar berwarna hitam di mana saiz ular tersebut sebesar lengan Tao. YiFan juga terkejut akan kewujudan ular tersebut. Ular itu mendesis, desisannya bisa di dengari segenap inci ruangan gua tersebut. LuHan baru ingin sahaja mengerakkan jari kanannya apabila suara YiXing pula kedengaran.
 
 
" Kami semua hanya ingin berteduh di gua ini untuk semalam, jangan mengganggu kami." suara YiXing memberitahu, entah bila pula JongIn dan YiXing baru pulang. Mereka berdua berdiri berada di belakang LuHan. Kemudian ular tedung itu mendesis , tiada sesiapa pun yang mengetahui maksud ular itu melainkan YiXing.
 
 
" Apa sebab kalian semua berada di sini??? Kamu semua menganggu tempatku" ular tedung itu memandang ke arah YiXing dengan matanya.
 
 
" Kami ingin menyelamatkan seseorang yang kami kenali." balas YiXing.
 
 
" Kalau begitu, apakah pemuda yang berada di hadapanmu ingin membunuhku" YiXing memandang ke arah LuHan yang memandangnya dengan tanda tanya.
 
 
" Tentu tidak." melihatkan ada kejujuran di mata YiXing, ular tersebut mengangguk mengerti." Terima kasih." ujarnya melihatkan ular tersebut menjalar keluar dari gua tersebut.
 
 
" Wow, hyung...How do you do that??" tanya SeHun yang merasa kagum. BaekHyun serta JongDae juga kelihatan tergamam akan kebolehan YiXing sebentar tadi. Tidak pernah mereka berdua mengetahui akan kebolehan YiXing yang berbicara dengan haiwan.
 
 
*  Patutlah hyung sentiasa berhasil menemui kami berdua ketika bermain sembunyi-sembunyi ketika kecil* 
 
 
" Ular itu memberitahuku bahawa kita semua menganggu tempatnya terutama Tao."
 
 
" What" desisnya apabila melihatkan semua mata memandang dirinya itu. YiXing mengeleng kepalanya melihatkan teman-temannya itu. Dia terus memberikan buah-buahan yang baru sahaja dia dan JongIn cari sebentar tadi.
 
 
" Kumao hyung.." ujar JongDae apabila YiXing menyerahkan buah epal kepadanya." Oh--buah epal...kegemaran noona." mendengarkan nama Renata yang terkeluar dari bibir JongDae, raut wajah YiXing terus berubah. BaekHyun yang terlihat perubahan wajah hyungnya itu terus menyiku bahu JongDae.
* Oppss...macam mana boleh salah cakap ni...* gumamnya di dalam hati. 
 
 
" Err hyung---"
 
 
" Saya tak lapar. Kalian semua makanlah." YiXing terus menjarakkan diri daripada mereka. Lalu dia membaringkan tubuhnya berdekatan dengan dinding. Di belakangkan tubuhnya menghadap dinding gua tersebut. Lalu dia memejamkan matanya.
 
 
" Lihat...gara-gara kamu, Xing hyung tidak ingin makan." desis BaekHyun perlahan memarahi JongDae. JongDae memuncungkan bibirnya itu. Rasa bersalah membaluti dirinya kini. ChanYeol terus menepuk perlahan bahu BaekHyun meminta dirinya supaya bertenang.
 
 
" Maaflah hyung, tersasul...Tapi bagaimana caranya untuk kita hapuskan jiwa noona yang jahat tanpa menyakiti tubuhnya itu?" keluh JongDae lalu dia memandang mereka semua. Terus sahaja mereka bingung bagaimana caranya untuk menyelamatkan gadis itu.
 
 
" Sudahlah, lebih baik kita semua makan supaya ada tenaga keesokan harinya. Siapa tahu mungkin sepanjang perjalanan, kita dapat mencari jalan penyelesaiannya." ujar MinSeok yang lebih tua daripada kalangan mereka.
 
 
Memandangkan malam sudah terlalu lewat, sebahagian daripada mereka mulai mengantuk. LuHan dan SeHun telah pun terlena tidur. LuHan melentokkan kepalanya di bahu Sehun manakala kepala SeHun menyandar pada dinding gua. Memandangkan Tao yang masih lagi kelihatan takut akan kemunculan ular sebentar tadi, dia terus berbaring di sebelah YiFan yang baru sahaja tidur.
 
 
~~~~~~
 
Setelah matahari terbit, satu persatu anak-anak ' The Force's ' telah bangun dari tidur melainkan hanya seorang sahaja yang masih lagi di buai mimpi indah. Walaupun ChanYeol telah pun mencuba untuk membangunkannya namun masih lagi tidak berganjak dan temannya itu ialah
 
 
 
  Wu YiFan aka ' Angry Bird'
 
 
" Hyung, bangunlah.." hampir serak suara ChanYeol kerana mencuba mengejutkan YiFan namun tetap tidak bangun. Melihatkan YiFan masih lagi tidak bangun, jari MinSeok menyentuh pipi YiFan dan lelaki itu mulai menggigil kesejukan. Akhirnya setelah hampir sejam barulah YiFan bangun itupun dengan bantuan MinSeok.( A/N: thank god...if not he will turn into Snow White xD)
 
 
 " Aishhh, Why you disturbing my beauty sleep." omelnya sambil mengusap pipinya yang kesejukan. Yang lainnya ketawa berdekah-dekah melihatkan kelakuan YiFan. Mereka semua terus bergerak lagi untuk meneruskan perjalanan menuju ke Spain kerana Shinee pernah memberitahu mereka bahawa istana KyuHyun terletak di sana namun tidak mereka ketahui lokasi istana tersebut.
 
 
Naga hitam YiFan di tunggangi oleh Tao, LuHan dan SeHun, ChanYeol membawa BaekHyun , YiXing serta JongDae dengan menunggangi Phoenix kepunyaannya dan JongIn menggunakan kuasanya dengan di temani oleh MinSeok. LuHan amat takut menunggangi naga milik YiFan sehingga dia memeluk erat bahu SeHun. 
 
 
SeHun hanya menenangkan hyungnya dengan mengusap lembaut bahu LuHan. " Aigoo hyung, ketakutan kamu pada ketinggian masih lagi wujud." SeHun hanya tertawa kecil. LuHan menjeling pada dongsaengnya itu. Seharian mereka semua berada di udara melainkan JongIn dan MinSeok. Akhirnya pabila matahari hampir terbenam, barulah mereka semua mendarat di tanah yang gersang.
 
 
~~~~~~
 
Alicante, Spain
 
 
Helena sedang bermenung memandang ke jendela. Pemandangan sekitar halaman istana langsung tidak menarik perhatiannya. Semenjak peristiwa kelmarin, dia di hukum dan di kurung di kamarnya tanpa di beri sebarang makanan. Kuasanya juga di tarik balik oleh ayahandanya oleh kerana Lord ShinDong yang murka akan tindakannnya tempoh hari dan untung saja nyawanya tidak dicabut.
 
 
Helena memandang ke atas langit. Debaran semakin dia rasai. Ketika ini bulan masih lagi tersergam indah di dada langit akan tetapi hanya beberapa jam sahaja lagi segala-galanya akan berubah pabila matahari terbit. Kerana pada esok pagi,segala-galanya bakal berakhir.
 
 
~~~~~~
 
" ChanYeol??" suara seorang gadis memanggil namanya. ChanYeol berpaling dan dia melihatkan raut wajah yang amat dia kenali. Gadis itu, yang pernah dia selamatkan dahulu dan berhasil mencuri hatinya kali pertama bertemu. Bagaikan tubuhnya itu di hipnosis dengan renungan lembut gadis itu, ChanYeol melangkah menuju ke arah gadis itu.
 
 
Kemudian raut wajah gadis itu berubah kepada gusar, ketakutan serta kerisauan. Semuanya bercampur aduk. " Cepat selamatkan Renata sebelum matahari terbit. Kamu harus cepat sebelum terlambat." ujarnya dengan gusar. ChanYeol tidak memahami maksud gadis itu. Lalu dia seperti berada di tempat yang asing dan pabila dia ingin memandang kembali raut wajah gadis itu kemudian, yang berada di hadapannya kini ialah seorang gadis.
 
 
Gadis itu ialah Renata tetapi memandangnya dengan pandangan benci. Anak mata Renata berwarna biru, terlalu gelap warnanya kemudian dirinya melayang ke udara.di sisi Renata terdapatnya 6 orang pemuda seolah-olah Renata merupakan tuannya.
 
 
" We're too late.." perlahan suara Helena....
 
 
~~~~~~
 
Terbangun ChanYeol dari tidurnya sebentar tadi. * Tidak, mustahil itu akan terjadi.* BaekHyun mengusap matanya gara-gara pergerakan ChanYeol membuatkan dia terjaga. " Chan chan..ada masalah ke?" tanyanya melihatkan wajah ChanYeol yang sedikit pucat.
 
 
 " Kita semua harus cepat" kening BaekHyun sedikit terangkat melihatkan ChanYeol sedemikian. " Re-nata, dia ---" BaekHyun telah mengerti walaupun tidak mendengar cerita sepenuhnya. BaekHyun dan ChanYeol tergesa-gesa mengejutkan mereka semua. Pada mulanya MinSeok dan YiFan memarahi mereka kerana mengejutkan mereka seawal 5 pagi. Kemudian ChanYeol menjerit memberitahu bahawa hari ini ternyata merupakan harinya di mana mereka semua harus cepat sebelum terlambat.
 
 
Kemudian YiXing baru menyedari bahawa pabila matahari terbit, ialah hari jadi Renata yang ke 21. Masa itu semakin tiba, sekiranya mereka tidak segera tiba. Renata sudah tidak dapat di selamatkan lagi... Mereka semua terus menuju ke arah istana KyuHyun atas bantuan ChanYeol melalui mimpinya. Akhirnya mereka semua tiba di sana..
 
 
Mereka baru sahaja ingin memasuki pintu istana tersebut apabila di halangi oleh tentera KyuHyun. Bala tentera KyuHyun jauh lebih ramai itu sudah tidak sabar untuk menghapuskan tetamu yang tidak di undang. Senjata mereka di lonjak-lonjakkan. Wajah mereka yang bengis itu menjelirkan lidah. Apabila musuh kecut perut, maka senanglah mereka di kalahkan. Dan sekarang ini pun, bala tentera KyuHyun menyakini akan memenangi peperangan itu. Lawan mereka cuma hanya 10 orang, sedangkan mereka terlalu ramai. 
 
 
Pertarungan di antara mereka bermula. YiXing mulai khuatir kerana matahari yang semakin menginjak, dan sekiranya mereka semua terlewat Renata sudah tidak dapat di selamatkan. " Hyung, kamu dan BaekHyun lebih baik pergi dahulu." ujar Tao menendang perut seorang tentera yang menghampirinya.
 
 
JongIn terus menghantar BaekHyun dan YiXing memasuki istana sebelum tubuhnya menghilang untuk membantu saudaranya di luar istana. YiXing dan BaekHyun bertarung dengan beberapa askar yang berada di dalam istana tersebut. " Aishh, mereka terlalu ramai." ujar MinSeok. Kedua belah tangannya menghasilkan beberapa kepingan ais lalu dia membaling sehingga mengenai dua orang tentera KyuHyun.
 
 
" What should we do right now?" tanya LuHan sambil tangannya memukul tentera KyuHyun, kemudian Phoenix dan naga milik ChanYeol dan YiFan datang untuk turut membantu. Phoenix ChanYeol lalu menghembuskan api keluar dari mulutnya dan membuatkan sebahagian daripada bala tentera KyuHyun mati terbakar. Naga hitam milik YiFan pula mengibaskan sayapnya yang lebar lalu membuatkan mereka terpelanting jauh di udara.
 
 
ChanYeol memandang haiwan milik kepunyaannya. Dia terus mengangguk mengerti apa yang cuba di sampaikan oleh haiwannya itu. " Mari kita pergi." mereka semua terkocoh-kocoh berlari untuk menyelamatkan saudara mereka sebelum semuanya terlambat 
  
 
~~~~~~
 
Hari ini sudah tiba masanya apa yang telah lama di nantikan oleh Lord ShinDong dan juga KyuHyun. Hanya lagi beberapa jam lagi kuasa mutlak akan berada di tangan mereka. Tidak sabar rasanya untuk mereka mendapatkan kuasa yang bakal menghancurkan dunia dan juga akan hidup untuk selama-lamanya.
 
 
Lord ShinDong melihat cermin kepunyaannya dan dia melihat anak-anak ' The Force's ' dalam perjalanan ke istana. Dia ketawa berdekah-dekah. Tawanya memenuhi ruang di tempatnya itu. " You're too late... This war is not over..not for me." tawanya lagi. Dia harus memberitahu KyuHyun supaya melaksanakan perkara itu tepat pada matahari terbit. 
 
 
KyuHyun berjalan menuju ke ruangan istana sambil di temani isterinya serta di iringi Nuest dan juga KiBum, ayah kandung Renata. KyuHyun menyuruh Goddess of Lupin supaya berada di sisi Helena kerana dia khuatir kelihatannya anak perempuannya itu mulai ingin memaling tadah. Dia tidak ingin puterinya itu menganggu rancangannya untuk menakluki dunia.
 
 
Senyuman kemegahan semakin meniti di bibir KyuHyun. Dirinya sedang berdiri di hadapan penjara besi yang menempatkan Renata yang terkulai layu di dalamnya. Pergerakannya kini berdasarkan arahan daripada Lord Shindong yang bergema di mindanya. SeoHyun menghulurkan seketul ukiran batu di mana batu tersebut merupakan kunci untuk membuka pintu kegelapan.
 
 
KyuHyun meletakkan batu tersebut ke atas pelantar dinding  yang terletak berdekatan di satu sudut ruangan singgahsana, dia tersenyum sinis apabila fajar semakin menyinsing dan sinarnya semakin memancar dari balik jendela. Cahaya kebiru-biruan dari ukiran batu tersebut mulai menerangi seluruh ruangan tersebut.Dan sinarnya begitu menerikkan mata bagi sesiapa sahaja yang berdekatan situ. Pancaran cahaya tersebut meluru laju ke arah Renata, seperti ada satu kuasa yang menariknya.
 
 
" HENTIKAN!!!!!" suara YiXing bergema di ruangan tersebut. Matanya membesar apabila melihatkan tubuh Renata yang di gari di dalam penjara besi. Mereka yang baru sahaja tiba di belakang YiXing juga terkedu melihat suasana itu.
 
 
KyuHyun dengan senyuman kemegahan hanya melihat kehadiran mereka. Baginya, mereka semua langsung tidak akan dapat mengalahkannya kerana dia mempunyai kuasa yang lebih hebat daripada mereka. Tawanya bergema di seluruh ruangan apabila melihat Renata yang telah bangkit semula. Mata birunya bersinar memancar pandangan. Memandang kesemua mereka dengan bengisnya.
 
 
" We're too late..." ujar seorang daripada mereka.
 
 
Kemudian suasana di dada langit mulai bertukar dan ruangan istana tersebut mulai bergoyang. Tanah mulai merekah sehingga mendekati ke arah anak-anak ' The Force's'. Untung kesemua mereka dapat menghindari kerana sekiranya tidak pasti tubuh mereka akan terjatuh. Perlahan-lahan daripada bawah tanah, munculnya 6 orang yang tidak di kenali....
 
 
 
~~~*~~~
 
"Try to remember your vow...to go against the war,it means your life will been stake"
 
 

 

XingGirlLove says : It's been a long time.Thanks to all subcriber who keep reading this story ^^

 

HannahYeolS says : So are you guys ready for meet with new character?the war is just about to begin.Stay tuned xD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...