MASA KINI DAN MASA LALU.......

THE FORCE'S

 

LOS ANGELES,USA
 
  Susah untuk JongIn dan MinSeok untuk mempercayai kata-kata lelaki asing di hadapan mereka tetapi apabila sudah melihat bukti di depan mata, lidah masing-masing menjadi kelu. YiFan melihat JongIn dan MinSeok saling berpandangan satu sama lain. Bagaimana mungkin, dia datang tanpa undangan malah mengajak mereka untuk turut serta dengan perjuangan itu....Perjuangan untuk menentang kejahatan serta untuk mencari kembali saudara mereka yang terpisah.
 
  " Saya ingin turut serta" ujar MinSeok. JongIn memandang wajah MinSeok dengan tanda tidak percaya. 
 
  " H-hyung" MinSeok segera memotong kata-kata JongIn dengan memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia menghapuskan kejahatan. "Kalau begitu, saya pun ingin turut serta." Terang JongIn kemudiannya. "Takkan hanya hyung ingin membelasah orang jahat...tak adillah macam itu. Lagipula saya juga seorang penegak keadilan maka saya juga harus menentang kejahatan walau di mana jua". MinSeok tersenyum bangga dengan kata-kata JongIn.
 
  Mata YiFan bercahaya kerana ternyata MinSeok serta JongIn ingin turut serta membantunya untuk mencari kesemua anak ahli 'THE FORCE'S'. Dia yakin dengan mengabungkan kesemua anak 'THE FORCE'S' pasti ketua kejahatan akan dapat dihapuskan.
 
  Sudah larut malam ketiga-tiga mereka sudah pun kepenatan kerana sibuk berbual tentang perancangan mereka untuk mencari sebahagian anak ahli'THE FORCE's'. Untung apartment miliknya mempunyai sebuah bilik kosong lalu dia menyuruh YiFan untuk tidur di bilik tersebut.
 
  YiFan mengucapkan selamat malam kepada MinSeok dan JongIn sebelum dia menutup pintu bilik.  Mata YiFan masih belum terasa mengantuk lagi. Kepalanya memandang ke arah siling. Dia mengeluh perlahan.... Secara tiba-tiba bayangan papanya menerpa di minda. 
 
  Walaupun sudah hampir setengah tahun berlalu tetapi kenangan tersebut masih segar serta menyakitkan. Perlahan-lahan matanya terpejam dan dia berada di dunia mimpi, di mana mimpinya hanya mempunyai kisah indah.
 
  ~~IMBAS KEMBALI~~
 
   VANCOUVER, CANADA
 
  Sebuah rumah agam tersergam indah dengan pohon-pohon ru dan palma yang berseracak disekeliling halaman. Pokok-pokok bunga pelbagai warna mengindahkan lagi suasana. Pagar besi dan batu yang dicat putih, tegak di sekeliling halaman yang amat luas, membatasi pandangan penghuninya dengan pandangan luar. Luar pagarnya masih dihiasi dengan pohon-pohon bunga renek. Sungguh indah.Sesiapa pun akan tertarik dengan pemandangan itu.
 
  Namun, suasana di halaman yang membelakangi laut dan pantai serta terletak di bahagian tanah yang agak tinggi ini, tidak langsung menggambarkan keadaan keluh-kesah penghuni didalamnya. Disalah sebuah bilik utama yang terletak di bahagian barat, berlaku keributan besar. 
 
  Didalamnya , seorang lelaki berusia lewat 40-an yang sedang terlantar diatas katil besar yang mewah. Wajahnya yang masih menampakkan kesan tampan waktu mudanya kelihatan berkerut-kerut. Ombak dadanya turun naik. Nafasnya tersekat-sekat. Selimut tebal berwarna ungun muda daripada kain yang mahal menutupi tubuhnya.
 
  Para pembantu rumah sibuk keluar masuk kebilik itu. Masing-masing sarat dengan tugas yang perlu dilakukan. Salah seorang daripada pekerja itu menyelak sedikit langsir berwarna ungu samar agar sedikit cahaya dan udara menerjah masuk. Pn. Wu melihat keadaan suaminya itu. " Sudah telefon YiFan ?" menyoal sambil menoleh ke arah seorang pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Wu serta amat setia di sisi tuannya yang sedang sakit itu.
 
  "Sudah puan," ungkap pembantunya itu." Tuan muda YiFan dalam perjalanan" tambahnya lagi.
 
  Keadaan suaminya itu semakin membimbangkan. Imbangan nafasnya sudah tidak teratur. Nadinya semakin lemah. Pintu bilik tiba-tiba di buka dari luar. Seorang lelaki muda, kacak berusia awal 20-an melangkah masuk tergesa-gesa. Langkahnya kaku setibanya d tepi katil. Matanya terpaku menikam tubuh yang terlantar di situ. 
 
  " Bagaimana dengan papa, mama?" serta-merta YiFan menyoal pada Pn. Wu. Melihatkan mamanya yang langsung tidak menjawab pertanyaannya, dia mati kata. YiFan lantas berlutut di sisi katil sambil mengenggam tangan papanya. Dengan penuh kepayahan SiWon cuba untuk bersuara. Dia mengagahi diri melawan sakit untuk menyampaikan maksud hatinya.
 
  " YiFan! Ada sesuatu...yang perlu papa nyatakan...kepada..kamu...dan Yeobo....abang mahu...kamu ...menjadi ...saksi akan... wasiat terakhirku...ini" SiWon terus bersuara walaupun penuh gangguan.
 
  Dengan suara yang perlahan, nada yang lambat, dia menyampaikan amanatnya. YiFan serta isterinya, JinRi mendengar dengan penuh perhatian dan tidak sedikit pun cuba menghalang lelaki tua itu. Segalanya dapat dinyatakan walaupun sukar.
 
  Beberapa detik selepas wasiat itu di sampaikan , SiWon  menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang. YiFan terkaku di sisi katil papanya. Dia masih mengenggam tangan papanya sewaktu orang tua itu menghembuskan nafas terakhir tadi. JinRi menangis apabila melihat suami tercinta telah meninggalkan dirinya bersama anak tunggal mereka.
 
  YiFan terpaksa menerima pemergian papanya dengan rela hati. Segalanya adalah diluar bidang kuasa dirinya sebagai insan. Namun di telinga YiFan masih lagi tergiang-giang suara papanya beberapa detik lalu. Di saat-saat akhir itu, papanya membuat satu permintaan. Permintaan yang bakal mengubah seluruh hidupnya dan segala rancangan yang telah diatur dahulu.
 
~~*~~~
 
  Sudah seminggu papanya telah meninggal dunia tetapi seperti semalam sahaja papanya meninggalkannya. YiFan berdiri di balkoni. Matanya memandang ke arah pemandangan yang terbentang luas di hadapannya. Tetapi pemandangan tersebut tidak dapat menghilangkan rasa gundahnya itu.
 
  "My son, is there anything wrong?" terkejut YiFan apabila melihat mamanya yang berdiri di belakangnya. Dengan penuh gemalai Pn. Wu berjalan ke arah anak tunggalnya.
 
  "Nothing, mama" YiFan melemparkan senyuman hambarnya. JinRi menyedari bahawa anaknya itu sedang memikirkan wasiat terakhir suaminya itu. Dia menyedari bahawa wasiat tersebut harus ditunaikan walau agak payah untuk dilaksanakan.
 
  " Son, are you still thinking about the will?" tanya Pn. Wu pada anaknya itu. Dia sudah bersedia menerima hakikat apabila anak tunggalnya itu akan pergi meninggalkannya satu saat nanti. 
 
  " Mama, about the will...I still can't make the decision" beritahu YiFan lantas menoleh pada Pn. Wu. Walaupun mamanya semakin meningkat tua tetapi raut wajah Pn. Wu langsung tidak di mamah usia. Pn. Wu memandang ke hadapan.
 
  " I know it's hard, but we all have to made sacrifices" tenang sahaja suara Pn. Wu berbicara. Dia terdiam mendengar kata-kata mamanya. Ya, benar...walau susah bagaimanapun, seharusnya dia mencuba untuk menunaikan hasrat terakhir papanya itu.
 
  " Take this" Pn. Wu memberikan seutas jam tangan pada YiFan. YiFan mengenali jam tangan tersebut. Jam tangan milik mendiang papanya . Apabila tangannya memegang jam tersebut tiba-tiba di mindanya muncul seekor naga hitam. Naga tersebut memandangnya dengan pandangan tajam tetapi kemudian memandangnya dengan rasa hormat. Seolah-olah telah lama mengenali dirinya itu.
 
  Sedetik kemudian kedengaran bunyi kuat bergema seperti bunyi ngauman dari langit. Pn. Wu memandang ke atas langit. Melihatkan gerak geri Pn. Wu, YiFan segera memandang ke atas langit. Dari kejauhan, matanya terlihat objek yang sedang bergerak. Matanya membesar apabila melihat bentuk objek tersebut.
 
  " What is that" YiFan terasa mengahan." Is that...a dragon.." tergagap suara YiFan bertanya pada mamanya.
  
  " Yes son....and you're his new master" melopong mulut YiFan melihat haiwan tersebut yang mendarat di hadapannya. " That creature waiting for long time for being owned.And he's yours now"  YiFan memandang naga tersebut. Pandangan mata haiwan tertancap pada matanya dan dia dapat merasakan ada ikatan yang kuat antara dia dengan haiwan tersebut.
 
  ~~*~~ 
 
  " My heart is yours now "
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
azure_bliss
#1
Tahniah sbb telah direcommend c:

Vrite nih btul2 nmpk interesting. Bookmark activated! c:
sayhershe
#2
Chapter 37: x penah imagine citer yang macam ni... daebak lah author nim... hohoho

*jeles ngn Renata huhu Yi Xing ge~
thelucidream
#3
Chapter 37: All I can say is DAEBAK !!
KayKyuQ
#4
OMGGG SRSLY I LOVE THIS STORYYYYY ! SM RULE ! AUTHOR RULE <3 LOVEEE !
cutegirl99 #5
Chapter 30: wow.... saya sangat suka ff ni...