The Night Of Crazy Events [part 2]
Because I'm A Girl'bila Hyunil nak keluar ni? aih sakit perut aku dah makan banyak ni' omel Kai.
'tunggu jelah tak ke mana hyunil tu...' kata Suho lalu mereka semua terpegun melihat kecantikan Ren daripada asrama Nu'est.
Ren yang sememangnya cantik itu sempat lagi kenyit mata kepada semua orang yang ada di situ sebelum masuk semula ke belakang pentas.
semua orang memberikan tepukan yang gemuruh kepada Ren yang sudah pun menghilang ke belakang pentas.
sebelum Nara keluar daripada tirai tersebut dia sempat mendengar Ren sedang merendah-rendah kannya.
'pedulikan dia Hyunil ah...kalau dia nampak kau buka selimut ni confirm dia sendiri akan terbeliak matanya' kata Baekhyun sambil menepuk bahu Nara. nara hanya mengeluh lalu Luhan dan Baekhyun mengangguk sesama sendiri dan membuka selimut tersebut daripada meliputi badan Nara.
'Hwaiting Hyunil !' kata Baekhyun dengan Luhan serentak lalu menolak Nara ke hadapan sedikit.
ketika itu tirai dibuka.
Nara berdiri dalam keadaan janggal saja di hadapan mereka yang sedang melihatnya dengan mata tidak berkelip langsung.
(gaun)
'Oh My G---OD.. he looks-----gorgeous' kata Kris
'betul....'
'betul ke tu Hyunil yang kita kenal?' soal Xiumin pula
'memang dialah kawan....' kata Baekhyun menepuk bahu Xiumin dia tersenyum bangga kerana berjaya mengubah Hyunil menjadi seperti seorang perempuan sebenar.
'aku tak tahu nak cakap apa....tapi....dia memang cantik sebagai seorang perempuan....' kata Chanyeol
'tapi kena ingat dia tu lelaki ok' kata Kai sambil berpeluk tubuh meneliti setiap pengerakan Nara yang berjalan menuju ke belakang pentas semula.
tepukan yang diberikan kepada Nara lebih kuat daripada semua peserta yang ada.
'aku rasa kita lah pemilik TV besar tu wehhhh!' Tao sudah menarik-narik lengan Baekhyun ke kiri ke kanan apabila nampak MC yang sudah mendapat keputusan pemenang bersedia di atas pentas dengan mikrofon di hadapannya.
MC itu tersenyum dan membuka sampul keputusan itu.
'WOW'
semua ketua asrama berpandangan.
'okay untuk pertama kali dalam sejarah------'
'sejarah?' soal Baekhyun
'yang tak pernah menang kita dengan B1A4 je lah'
'neh?!'
'ada chance ni!'
'SHHHHHHHHHHHHHHHHHH'
'Pemenang CRAZY EVENTS PADA TAHUN INI ADALAH'
Keadaan menjadi semakin hangat dan berdebar baru sahaja perkataan terakhirnya hendak dilafazkan seorang pelajar berlari naik ke atas pentas berbisik sesuatu pada telinga MC itu. MC itu kelihatannya mengangguk-anggukan kepalanya lalu berdehem semula dan menyambung ayatnya yang tergantung tadi
'CHUKHAE KEPADA EXO^^'
Semua penghuni asrama EXO melompat kegembiraan dan berpelukan sesama sendiri.<
Comments