Fight My Pain

Description

Yoon Mi Ga menangis kerana kesakitan, kelelahan. Jiwanya tenang namun sekejap. Sekejap hanya ketika wajah seorang lelaki menyinggah dipandangan mata. Sejurus raut itu menghilang dia terduduk lagi. Menyepikan diri.

"Iqga, appa tak larang kamu nak sukakan sesiapa. Pergi, ikut pilihan hati. Appa boleh sendiri. Tapi kamu kena janji, bila kamu dah capai dia jangan pernah dekat dengan appa lagi. Selamatkan diri, selamatkan dia. Lupakan semua, bina hidup baru Iqga."

Yoon Mi Ga tak mampu. Panggilan 'Iqga' masih ingin dia dengari dari bibir ayahnya seorang setelah ibunya tiada untuk memanggilnya seperti itu lagi. Biarlah mereka terancam nyawa sekalipun.

"Awak menipu untuk apa ni? Pengakuan awak semalam semua dah tersimpan dalam rakaman. Sekarang ni berhenti pura-pura bodoh dan mengaku sebetul-betulnya apa yang awak dah buat dengan Na Hyun seo! Kalau awak terus macam ni, awak tak akan pernah lepas dari semua tuduhan, saya pastikan. Faham tak, Yoon Mi Ga?" Hentakkan meja menggerunkan Iqga. Berang tatapan penyiasat itu pada dirinya.

Air mata kian menitis. Tenggelam dia dalam kekeliruan.

Namun Na Jaemin meneguhkan pendirian. Hadir untuk menyuarakan keadilan buat Yoon Mi Ga.

"Kau tahu tak? Kau pun akan mati malam appa dengan Yeojin mati kalau aku dengan Jungwoo lambat. Dia psycho, Jaemin."

Jaemin terkedu. Ya, gadis itu telah berubah.

Tetapi mengapa?

Foreword

 

Hai semua.

Author perkenalkan diri serba sedikit. Sebelum ni dalam 5 tahun lepas, mmg aktif dgn fanfiction. As a reader sahaja. Dlm masa 5 tahun stop layan sbb pada masa tu, ada something happen. Dan mula fokus pada hobi lain.

Dan tahun ini, dalam pkp, decide untuk kembali jdi reader semula, dan author. So pulangnya hamba, bersama buah tangan. (✿^‿^) aceceh.

 

FIGHT MY PAIN

​​​​​​Ff sulung rekaan author dengan berbintangkan NCT. 23 member nct disumbatkan sekali dalam ff ni.

Genre Psycho. Sad. Friendship. Hero yang dipilih, Na Jaemin. (Nana 🐰)

Permohonan maaf saya sertakan sekali kerana penulisan yang dikongsikan mungkin terdapat banyak kesalahan. Saya belum smpai fasa sebaik-baiknya dalam mengarang. Termasuk dari segi tatabahasa, plot cerita dan yg lain2.

Niat berkongsi tunjuk ajar, amat-amat saya alukan. Terima kasih. ( ◜‿◝ )♡

 

Moga terhibur.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet