Prolog

Fight My Pain

2014
 

 

 

"Iqga-yah!"

Suara itu memanggil namanya agak keras. Seperti ingin mengejutkan namun dia terlebih dulu mengecam empunya suara serak itu.

"Kau ni kenapa? Hujan-hujan ni janganlah bising sangat. Kena kilat, baru tahu!" Iqga kembalikan pandangan ke luar tingkap. Sambung memerhatikan langit gelap yang sesekali bercahaya tatkala guruh berdentum menggemakan bunyi yang menggerunkan.

"Sakit ke kena kilat?" Soal kawan baiknya yang turut sama tercegat di sisi kanannya.

"Sakitlah kenapa tak sakit pula?" "Kau pernah rasa ke?"

"Tak pernah." "Habis tu?"

"Three."

"Iqga-yah..."

"Na Yeojin..."

"Iqga-yah..."

"Na Yeojin."

"Iqga-yah!"

"Na Yeojin!" Kedua-dua anak gadis itu menoleh pada sesusuk tubuh yang menuruni tangga. Memanggil nama Yeojin dengan agak keras. Entah mengapa Iqga terasa gementar mendengar intonasi suara ibu rakannya itu.

Yang dipanggil pula tidak menjawab walau sedikit pun. Mahupun berkutik dari tempat asalnya. Hanya matanya sahaja mengikut arah langkah ibunya.

Tajam. Sedar Iqga akan perubahan Yeojin.

"Apa kamu buat masuk bilik eomma tadi, Yeojin?" Masih berdiam diri. Soalan itu tidak dijawab sama sekali.

"Na Yeojin, eomma tanya kamu buat apa dalam bilik eomma?" Ibu Yeojin semakin mendekat dan hingga tepat dia berdiri di depan Yeojin, masih tak putus tatapan tajam gadis muda itu pada ibunya.

"Yeojin..." Gumam Iqga hampir tak terdengar. Agak marah pada temannya yang bertingkah biadab.

"Pulangkan balik kunci kereta eomma. Sekarang. Kalau tak Na Yeojin, eom-"

"Apa?"

Bicara ibunya dipotong. Lantas tangan Yeojin dipegang kasar dan ditarik menuju ke pintu rumah. Iqga terkejut namun tak berani dia bersuara bila melihat riak kedua-dua mereka yang berang sesama sendiri.

"Kalau tak, kamu keluar dari rumah ni dan jangan pernah datang selagi kamu tak sedar diri kamu tu siapa!"

Tunding ibunya hampir mengenai wajah. Menunjukkan betapa marahnya dia dengan kebiadaban Yeojin.

Direntap tangannya dari pegangan wanita yang baru sahaja menengking dirinya. Wanita yang sebenarnya tak pernah dianggap sebagai ibu. Sesungguhnya benci dia akan wanita ini.

Lalu tombol pintu dicapai dan dipulas. Terus tubuhnya meluru keluar ke halaman rumah meredah hujan lebat. Menghiraukan kilat yang sambar menyambar dalam langkahnya menuju ke rumah kecil haiwan peliharaannya. Hanya tergamam kedua-dua mereka yang berada di dalam rumah melihat Yeojin bermandi hujan.

Tak lama kemudian, cahaya lampu kereta menyuluh perkarangan rumah sebelum kereta milik Encik Na tepat berhenti di bawah garaj. Selesai parkir, pemandunya mengembangkan payung yang telah tersedia di tangan dan melangkah menuju ke pintu rumah di mana Iqga masih tercegat berdiri menanti temannya yang menghilang entah ke mana. Belum memunculkan diri.

"Kenapa ni?" Soal Encik Na yang kehairanan melihat isterinya. Sekilas dia melirik Iqga yang berdiri di sisi kiri pintu. Hanya menunduk. Tahu yang dia tidak seharusnya berada di rumah ini lagi.

"Yeojin." Encik Na menoleh ke belakang sejurus isterinya bersuara.

Kelihatan di dalam hujan lebat anak gadisnya berjalan seorang diri menuju ke arah mereka. Pantas Encik Na berlari mendapatkan Yeojin dan meneduhkannya di bawah payung. Walaupun sekujur tubuh Yeojin telah berbasah kuyup.

"Yeojin-ah kenapa ni? Kamu pergi mana?" Wajah ayahnya dipandang. Masih membisu.

Sesampainya mereka di muka pintu, tangan Yeojin menghulurkan kunci kereta yang dicari ibunya. Dikembalikan tanpa sepatah kata. Hanya anak mata yang menajam seakan memberitahu amarah. Lantas dia menaiki tangga meninggalkan yang lain. Tercengang.

Tercengang kerana menitis hingga ke lantai titisan merah dari kunci yang diberi Yeojin. Puan Na terdiam melihat tangan yang menggeletar memegang kunci bersalut darah. Ianya mengalir hingga ke pergelangan tangan.

Ketakutannya menjelma kembali. Dipandang suaminya yang turut membisu. Beriak seakan kesal.

"Apa lagi yang dia dah buat?" Puan Na menghela nafas panjang lalu melangkah ke dapur meninggalkan Iqga dan Encik Na.

Titisan merah di atas lantai diperhatikan Iqga. Seakan tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan Yeojin sebentar tadi.

"Yeojin..." Iqga terasa ingin menangis. Namun tiba-tiba namanya dipanggil seseorang. Pantas dia menoleh apabila suara itu amat biasa didengari. Muncul ayahnya yang berlari di bawah payung menuju kepadanya. Kelihatan ayahnya masih berseragam kerja.

"Jom balik Iqga."

"Appa, Yeojin-"

"Yeojin, apa?" Encik Na merenung Iqga yang akhirnya menitiskan air mata kerana takut. Juga sedih memikirkan Yeojin, sahabatnya.

"Hyunseo."

"Kau bawa anak kau pergi dari rumah aku." Haesung memegang tangan Iqga erat. Matanya membalas tatapan sinis Hyunseo.

"Aku memang nak bawa anak aku pergi. Aku pun taknak dia jadi macam anak kau. Sakit."

Encik Na kini memegang leher baju Haesung . Tangannya mengepalkan penumbuk yang masih cuba ditahan dari melayang ke wajah lelaki di hadapannya itu. Namun baru sesaat tangan Hyunseo memegang bajunya, Haesung menepis kuat tangan itu melawan dengan amarah yang sama.

"Sampai mati aku tak akan pernah datang ke rumah kau lagi walau macam mana susah pun aku. Kau tak payah risau Hyunseo. Teruslah hidup takut macam tikus dalam rumah kau ni sampailah kau mati."

"Lagi bagus dari tolong keluarga serba kurang tapi tak sedar diri macam kau, isteri kau dengan anak kau. Seumur hidup korang semua langsung tak berguna." Hyunseo meninggikan suara menunding pada Haesung dan Iqga. Iqga hanya mampu menatap. Menahan hiba di sebalik dada ayahnya.

"Aku nak kau tahu, kalau pun Myura mati nanti, aku tak akan tarik kau, anak kau ke pengadilan. Sebab dia awal-awal dah maafkan semua orang yang sakitkan dia. Cuma kau, patut berjaga-jaga. Karma tu ada, Hyunseo. Mungkin pada kau, isteri kau atau anak kau sendiri."

Haesung menarik Iqga ke laman rumah. Payung di tangan belum dikembangkan. Dia menoleh semula pada Hyunseo yang jelas menahan amarah.

Tersenyum kecil Haesung memandang 'sahabatnya' itu.

"Atau mungkin semua sekali." Senyumannya padam lantas payung dibuka untuk mereka berdua bersama meneduh di bawahnya dalam meredah hujan yang masih belum mereda. Dilangkahkan kaki tanpa menoleh lagi walau telinganya dapat mendengar dentuman pintu yang teramat kuat dari belakang.

"Appa, Iqga nak tengok dekat situ." Iqga bersuara pada ayahnya. Menunjuk pada rumah kecil tempat kucing-kucing peliharaan Yeojin berteduh.

"Kenapa?"

"Sekejap je, appa." Iqga sedikit merayu. Haesung turutkan jua kemahuan anak gadisnya. Mendekati perlahan-lahan rumah kecil itu.

Dari jauh, seakan terlihat aliran merah di sekitar pintu masuknya. Makin lama makin menghilang dibawa air meresap ke tanah berumput. Agak tak menyedapkan hati Haesung.

Mereka semakin mendekat hingga tapak kaki Iqga kini memijak aliran merah itu. Perlahan Haesung menjenguk ke dalam hinggalah matanya dapat melihat segala yang tersembunyi di situ. Terus tubuhnya ditegakkan kembali dan memegang Iqga erat untuk membawanya pergi.

Namun tak sempat, Iqga pantas menjengukkan pandangan untuk melihat dan ternyata, darah.

Kucing peliharaan Yeojin dan keluarganya telah berlumuran darah. Ketiga-tiga ekor kucing itu telah mati dan salah satu darinya terbelah tubuh dari tekak hingga ke bawah perut. Hampir terkeluar segala isi di dalamnya membuatkan Iqga terus menjerit. Dia tak sengaja menumpukan pandangan pada kucing itu yang dikenali. Bernama Haneul. Haneul yang paling jinak dan yang paling Iqga sayang. Namun, mereka semua telah dibunuh. Kejam.

"Appa, Yeojin..." Haesung memeluk erat tubuh anaknya. Cuba membendung tangisan ketakutan yang dihamburkan padanya.

"Jom balik, Iqga. Jangan pernah datang sini lagi."

Dari jauh, di sebalik tingkap. Dalam samar-samar, masih terlihat figura dua beranak itu melangkah dalam hujan meninggalkan perkarangan rumahnya. Tangannya lalu melepaskan langsir.

"Yeojin-ah, mandi. Nanti kamu demam." Hyunseo mengetuk pintu bilik Yeonji yang berkunci.

Bilik itu bertentangan dengan biliknya dan dia hanya memandang. Tanpa suara.

 

 

______________________________________________________

 

 

Episod 1

 

TEASER

 

 

 

BERSAMBUNG

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet