Voice

Villa

“Semua ni salah aku. Kalaulah aku stay je kat rumah tadi.” Sambil mengelilingi sebatang lilin yang menyala di tengah-tengah ruang tamu, Taehyun tiba-tiba bersuara di antara mereka.

“Jangan cakap camtu hyung. Kita semua salah.” Balas Sungwoon.

“Salah aku kot sebab sewa villa tengah hutan ni. Dah la takde jiran, menakutkan pulak tu.” Woojin teringat tulang-tulang yang ditemui tadi.

“Tak. Semuanya salah aku sebab mandi lama-lama kat pantai tadi.” Daehwi pula bersuara. Sungwoon menggaru kepalanya yang tak gatal. So aku kena salahkan diri aku gak?

“Dah la tu korang. Ni bukan masanya nak salahkan sesiapa.” Sungwoon menepuk nyamuk yang hinggap di lehernya. Hujan semakin reda di luar. Jam dinding yang kelihatan samar-samar menunjukkan hampir 12 tengah malam.

PRRANGGGG! PANG! PANG PANG! Bunyi pinggan dan cawan yang terhempas ke lantai mengejutkan mereka berempat. Woojin yang baru nak terlelap terus terjaga.

“APA TU?” Tanya Woojin, takut-takut. Taehyun tak dapat nak berfikir dengan logik tadi. Takkan angin pulak sebab hujan dah nak berhenti.

Sungwoon menggelengkan kepalanya, menyuruhnya untuk tidak menegur. Daehwi memegang lengan Sungwoon erat-erat.

“KELUAR! AKU KATA KELUAR KELUAR!” Tiba-tiba satu suara yang kuat bergema satu villa tersebut. Mereka berempat tidak membuang masa lagi. Yongguk tak Yongguk, kalau dah ada suara menakutkan menjerit tiba-tiba, siapa lagi yang berani nak duduk dalam villa tu?

Taehyun menumbuk stereng kereta beberapa kali. Mereka berempat kini berada di dalam SUV miliknya. Muka Sungwoon yang memang dah putih tu semakin pucat. Kalau toreh muka dia pun mesti takde darah yang keluar.

“H...hyung. Kita…kita cari tempat selamat dulu hyung. Bila dah cerah nanti kita balik sini balik.” Woojin memberi cadangan. Taehyun berbelah bagi, dia betul-betul buntu sekarang. Masalahnya nak lari ke mana? Dengan Yongguk yang masih hilang.

“Be...betul jugak tu hyung. Dekat dengan pantai tadi ada pekan kecil kan? Lebih baik kita stay situ daripada dalam hutan yang takde orang ni.” Sungwoon menyokong idea Woojin. Dia tahu Taehyun berat hati untuk pergi tapi nyawa mereka berempat juga penting.

“Okay.” Taehyun akhirnya mengalah dan menghidupkan enjin keretanya. Dia percaya pada instinct nya, bahawa Yongguk sebenarnya masih selamat. Akhirnya SUV itu bergerak meninggalkan perkarangan villa tersebut.

*

“Nasib baik la kau ada Jonghyun. Kalau tak mesti kitorang dah bermalam dalam kereta tadi.” Minki yang duduk di sebelah pemandu membuang pandangan ke luar tingkap. Hujan dah semakin reda.

“Tu la korang, penat je orang buat kempen suruh check kereta sebelum memulakan perjalanan. Nasib baik aku memang nak hantar barang malam ni.” Balas Jonghyun. Dia merupakan pemandu trak yang membawa bekalan basah untuk restoran milik ayah Minki. Jadi mereka saling berkenalan.

Yongguk yang duduk di bahagian belakang sudah tertidur. Jonghyun memperlahankan suaranya sambil bertanya. “Siapa budak yang korang bawak tu?”

“Orang yang sewa kat villa Nari. Dia tak sihat so kitorang bawak pergi hospital. Kawan-kawan tadi takde dalam villa tu.”

“Ohh. Kawan-kawan dia tinggalkan dia sorang-sorang je ke?”

“Nampaknya macam tu lah.” Nari yang sedang main Piano Tiles tiba-tiba membalas. Rupanya dia pun curi dengar perbualan mereka dari tempat duduk belakang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
Hi. My first comeback story after a long hiatus. Are you PD101 stan? Well I can say I stan most of them so I came out with an idea to make a thriller story. Enjoy!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 9: Uish nasib la Nari baik hati kalau tak kesian Yongguk yang inoshen tu takde organ dalaman hahahahahahahaha. Tak sangka pulak yang Minki pun boleh bersepakat sekali dengan tunang gila dia.
ilyinaa #2
I love this strory
lilylunalove
#3
Oh yeahhh I stan PD101 too! XD