Lost | 1

Villa

Yongguk tak pasti sama ada dia bermimpi, atau sememangnya dia mendengar pintu hadapan dibuka. Keadaannya yang asyik terbatuk membuatkan dia tidak lena tidur. Jadi dengan mudah dia dikejutkan dengan bunyi pintu tersebut.

Siapa tu? Takkan diorang dah balik kot? Yongguk memeriksa jam di skrin telefonnya. Baru setengah jam mereka pergi. Sekejap sangat tu kalau mandi laut, takkan celup kaki je?

Walaupun kurang berani, tetapi Yongguk mengambil keputusan untuk bangun dari katilnya. Lagipun hari masih siang, fikirnya. Padahal kalau perompak yang masuk tu memang kira aniaya la, tambah-tambah dirinya yang masih lemah dan khayal dengan ubat itu.

Yongguk memulas tombol pintu biliknya. Pintu itu dibuka perlahan-lahan sebelum Yongguk menjenguk ke luar.

“Hyung?” Yongguk memanggil kalau-kalau kawan-kawannya yang balik. Namun dia terkejut beruk apabila seorang wanita yang muncul entah dari mana.

“Eh, encik. Maaf, saya ingat takde orang tadi.” Suara gemersik perempuan itu membuatkan Yongguk teringat bahawa dia adalah tuan villa tersebut. “Apa…apa awak buat kat sini?” Tanya Yongguk.

“Saya hantar microwave kat dapur tadi, saya lupa yang microwave lama tu dah rosak sebenarnya, jadi saya ganti dengan yang baru. Saya harap encik tak kisah saya pecah masuk ni. Saya betul-betul ingat takde orang sebab pintu berkunci.” Terang Nari panjang lebar. Yongguk menganggukkan kepalanya. “Ohhh. Tak…takpe. Thanks for the microwave.”

“Sama-sama~” Balas Nari, sambil tersenyum lebar.

*

Kadang-kadang janji dibuat hanya sekadar janji. Apabila matahari semakin menghampiri kaki langit, barulah Taehyun tersedar yang mereka sudah lama berada di pantai tersebut.

“Korang~! Jom balik. Dah lewat petang ni.” Taehyun tiba-tiba terasa bersalah kerana membiarkan Yongguk berseorangan di villa lama-lama begitu. Sungwoon, Woojin dan Daehwi sebaliknya tanpa rasa bersalah bersuka-ria sepuas hati mereka. Tapi bukan salah mereka, sememangnya tujuan mereka datang ke sini adalah untuk bercuti dan menghilangkan stress.

Setelah membilas badan dan berganti pakaian, mereka berempat berangkat pulang ke villa. Walaupun perjalanan hanya memakan masa 15 minit tetapi Woojin dan Daehwi dengan mudah tertidur di seat belakang. Mujurlah Sungwoon masih setia menemani Taehyun memandu.

“Nanti balik aku masakkan bubur untuk Yongguk. Nasib baik kita ada bawa beras dengan kentang.” Kata Sungwoon, mencari topik untuk bersembang dengan Taehyun.

“Okay, nanti suruh budak berdua ni prepare daging sementara aku set-up untuk BBQ.” Balas Taehyun. “Cool. Daehwi kan pandai perap-perap daging ni.”

“Diorang ni asal naik kereta je membuta. Apa ingat kereta aku ni hotel ke?” Taehyun sengaja meluahkan rasa tak puas hati. “Biarlah hyung. Diorang letih main air seharian. Lagipun diorang kan baru habis exam.” Balas Sungwoon.

“Oh yeke. Patutlah sampai demam-demam si Yongguk tu ha. Stress exam rupanya.” Sebaik sahaja Taehyun menghabiskan kata-katanya, keretanya dah pun membelok masuk ke perkarangan villa.

“Budak-budak, bangun~! Orang dah sampai Seoul dah ni.” Sungwoon mengejutkan dua manusia di seat belakang. Woojin dan Daehwi serentak bangun secara mengejut setelah mendengar kata-kata Sungwoon tersebut. “Hahahaha. Tipu je. Tu la tidur lagi.” Sungwoon terus melangkah keluar kereta meninggalkan kedua-dua budak yang kelihatan mamai tu.

“Sungwoon.” Taehyun tiba-tiba muncul di muka pintu dengan wajah yang sedikit cemas. “Asal ni hyung?” Tanya Sungwoon.

“Yongguk, dia takde dalam bilik dia. Tolong aku cari dia jap.” Sementara itu, Woojin dan Daehwi yang baru tiba di muka pintu turut mendengar kata-kata Taehyun itu.

“Yongguk hyung hilang?”

“Tak sure. Daehwi, Woojin, tolong cari sekali.” Tak tahu kenapa Taehyun terasa cemas apabila Yongguk tiada di biliknya. Selaku hyung yang paling tua, dia rasa bertanggungjawab menjaga kebajikan rakan-rakan serumahnya itu.

“Kalau camtu, kitorang cari kat luar la. Mana tahu dia jalan-jalan ambik angin.” Kata Woojin.

“Okay, elok-elok. Hari dah nak gelap. Kita kat pinggir hutan ni.” Pesan Sungwoon. Risau pula kalau ada haiwan buas di sekitar kawasan itu. Dalam masa yang sama, angin bertiup kencang seolah-olah membawa amaran bahawa hujan bakal turun pada bila-bila masa sahaja.

“Don’t worry hyung.” Woojin dan Daehwi terus memulakan pencarian manakala Sungwoon dan Taehyun memeriksa setiap ruangan dan bilik yang berada dalam villa yang agak besar itu. Namun bayangan Yongguk tak kelihatan di mana-mana. Taehyun dan Sungwoon mulai buntu.

“Phone dia pun ada dalam bilik hyung. Mana pulak budak ni pergi?” Belum sempat Taehyun menjawab…

DDUDUNG!

“Oo mak kau bom meletup!” Suara Sungwoon bergema dalam villa tersebut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
Hi. My first comeback story after a long hiatus. Are you PD101 stan? Well I can say I stan most of them so I came out with an idea to make a thriller story. Enjoy!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 9: Uish nasib la Nari baik hati kalau tak kesian Yongguk yang inoshen tu takde organ dalaman hahahahahahahaha. Tak sangka pulak yang Minki pun boleh bersepakat sekali dengan tunang gila dia.
ilyinaa #2
I love this strory
lilylunalove
#3
Oh yeahhh I stan PD101 too! XD