Lost | 2

Villa

Sementara itu…

“Hyung, dah jauh kita pergi ni. Takkan Yongguk hyung nak masuk sampai dalam hutan ni?” Tanya Daehwi sambil menampar seekor nyamuk yang leka mengisap darah di lengannya.

“Betul gak kan. Jom la kita patah balik.” Woojin membalas sambil pandangannya didongak ke langit. Hari semakin gelap dan awan semakin menebal. Dia berharap agar Yongguk dah dijumpai dalam villa tersebut.

“Hyung. Cer tengok busut tu. Besar gila.” Daehwi yang baru pertama kali masuk ke dalam hutan teruja melihat busut yang sebegitu besar. Tanpa sedar dia berjalan untuk melihat busut tersebut dengan lebih dekat,

“Hwi, kau ni takde benda lain ke nak usha?” Tiada pilihan, Woojin berjalan ke arah Daehwi yang kelihatannya terpaku di hadapan busut tersebut.

Beberapa saat kemudian, Woojin akhirnya mengerti mengapa kaki Daehwi seolah-olah terkunci di situ. Cahaya lampu flash dari handphone nya terpantul pada objek-objek yang kelihatan begitu menakutkan sekali.

“K…kenapa a…ada ten…tengkorak dengan tu..tulang kat tepi b….busut ni hyung?” Tangan Daehwi mencapai lengan Woojin yang turut menggeletar. “So...soalan apa kau tanya ni? LARIIIIIII~”

Tanpa menoleh lagi, Woojin dan Daehwi terus membuka langkah seribu menuju ke arah villa. Mereka tak peduli lagi ranting-ranting yang boleh mencalarkan muka, yang penting mereka dapat lari dari pemandangan yang menakutkan itu.

 

TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!

Sungwoon yang sememangnya agak penakut, sekali lagi terkejut dengan ketukan pintu yang bertalu-talu itu. Taehyun, walaubagaimanapun dengan tenang berjalan dan membuka pintu tersebut.

“HYUNG~!” Suara Daehwi kedengaran seperti hendak menangis. Padahal dia dan Woojin sebenarnya tak cukup nafas kerana berlari.

“Asal ni? Hantu kejar ke?” ‘Direct’ sahaja Taehyun bertanya. Dia menjenguk untuk melihat kalau-kalau Yongguk menyertai mereka tetapi hampa. Hanya mereka berdua muncul semula.

“Ki…kitorang jumpa…teng…ko…rak… dalam hu…tan hyung.” Termengah-mengah Woojin memberitahu. Tiba-tiba bulu tengkuk Taehyun meremang apabila mendengar perkataan tengkorak. Dia pun bukannya berani sangat jadi dia cepat-cepat menyuruh Woojin dan Daehwi masuk sebelum menutup pintu.

DDUDUNGGG! DDUDUNG!!!

Hujan mulai turut mencurah-curah. Sungwoon sempat menghulurkan air kepada Daehwi dan Woojin.

“Korang cakap… korang jumpa tengkorak?” Tanya Sungwoon, ragu-ragu. Daehwi mengangguk. “Dengan tulang-tulang sekali. Macam… mayat seseorang…”

DDDUDUNGGGG~!!!!

Guruh yang berbunyi tak membantu Sungwoon untuk bertenang malah membuatkan dia rasa nak terkencing sekarang. Dia mengurut dadanya.

“Okay, aku nak korang lupakan pasal tengkorak tu kejap. Sekarang ni mana kita nak cari Yongguk? Handphone nya ada tapi pengenalan diri dengan tuannya hilang. Macam mana?”

“Lupakan? Hyung! Tempat apa ada simpan tengkorak macam ni? Jom lah kita keluar dari sini.” Ajak Daehwi.

“NO! Kita tak boleh berganjak dari sini selagi kita tak jumpa Yongguk! Ingat, kita yang berpakat tinggalkan dia jadi kita kena sama-sama cari dia balik!” Dengan tegas Taehyun bersuara. Hatinya masih tidak tenang selagi Yongguk masih belum muncul depan hidungnya.

Daehwi terdiam mendengar suara Taehyun yang meninggi itu. Woojin menggosok-gosok belakang Daehwi, menyuruhnya untuk bertenang. “Betul jugak apa yang Taehyun hyung cakap tu. Rileks la.”

“So… sorry hyung. Aku tak berniat nak jadi selfish.” Apabila perasaan takut menguasai diri, sememangnya seseorang itu akan mudah hilang pertimbangan. Taehyun menarik nafasnya semula sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

“It’s okay. Aku faham, Hwi. Takpe, kita rehat dulu. Aku yakin, Yongguk masih selamat.”

“Patut ke… kita report polis je?” Sungwoon memberi cadangan.

“Report cuma boleh dibuat 24 jam lepas kehilangan seseorang. Sementara tu, kita kena usaha cari sendiri dulu.” Balas Taehyun. Tetapi hujan lebat di luar memberi harapan tipis untuk mereka mencari Yongguk. Tambahan pula kawasan luar itu merupakan kawasan hutan.

“Manalah Yongguk hyung ni pergi…” Walaupun perlahan namun kata-kata Woojin kedengaran di telinga mereka. Masing-masing hanya mampu terdiam tanpa sebarang jawapan…

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
rillakuma9
Hi. My first comeback story after a long hiatus. Are you PD101 stan? Well I can say I stan most of them so I came out with an idea to make a thriller story. Enjoy!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 9: Uish nasib la Nari baik hati kalau tak kesian Yongguk yang inoshen tu takde organ dalaman hahahahahahahaha. Tak sangka pulak yang Minki pun boleh bersepakat sekali dengan tunang gila dia.
ilyinaa #2
I love this strory
lilylunalove
#3
Oh yeahhh I stan PD101 too! XD