DARE 3

I Dare You To Like Me!
Please Subscribe to read the full chapter

 

He's so bad but he does it so well.

 

 

“Assignment, assignment, again and again assignment. Aku syak, aku boleh mati kalau setiap minggu macam ni.” Tzuyu meletakkan kepalanya diatas meja belajar. Aku disebelahnya sudah tersengguk-sengguk menahan ngantuk.

“Ni lah, buat kerja last minute. Dah masuk sem hujung, pun tak pernah nak insaf.” Omel Dahyun. Hanya dia sahaja yang masih lagi segar mengedit segala isi yang telah kami cari.

“Lecturers kita ni memang suka berpakat ke camne bila part bagi assignment? Sekali dorang bagi, serentak.” Irene mengeliat selesai sahaja menaip ayat terakhir.

Pukul 2 pagi, ruang tamu rumah sewa kami masih lagi terang-benderang. Kami berlima ni memang tak reti nak bertaubat. Esok due date, sehari sebelum ataupun dua hari sebelum baru nak buat.

“Tapi kan, perasan tak.. Kalau kita buat kerja last minute, mesti menjadi. Bila buat awal-awal… satu benda pun tak boleh pakai.” Ujar Wendy sambil ketawa kecil.

“Aku perasan jugaa-aahhhhh~” Balas aku lalu menguap lagi. Aku menampar kedua pipi aku sedikit. Air kopi yang tinggal suku di dalam cawan aku hirup.

 

I need more caffeine.

 

 

 

Pukul 9 pagi, aku berjalan seperti zombie ke kelas.

Tak kurang juga mereka berempat dihadapan aku. Namun, jika diikutkan… Aku lah yang paling teruk. Pukul 8.30 baru aku terjaga dari tidur. Tunggu turn nak mandi punya pasal. Sambil tunggu turn, aku pun tidur balik lepas bangun pukul 8. Celik je mata, haaa… hambik kau, 8:30 pagi.

Dorang pulak terlupa aku ni masih lena beradu dalam bilik. Otak masing-masing tak cukup oxygen sebab semalam nak dekat pukul 4 baru semua masuk tidur.

“Huwaaa~” Disebabkan aku ni asal menguap je mesti tutup mata, tak pasal-pasal aku terhantuk pintu kelas. Impak dari perlanggaran itu telah membuatkan aku jatuh terduduk kebelakang.

“Hanat betul… Pagi-pagi dah cari pasal dengan aku.” Aku menyumpah perlahan kepada pintu itu.

Tanpa membuang masa, aku bangun sambil mengibas-ngibas punggung aku yang terkena habuk. “Heol, sorry… Aku lupa pintu tu boleh tertutup sendiri tadi… Mian!” Aku berpaling kehadapan dan wajah seseorang menyapa aku. Rose’ mengukirkan sebuah senyuman.

“Sokay. It’s not your fault.” Balas aku pendek. Aku tidak mempedulikan dia yang masih lagi tercongok di luar pintu malah aku terus menolak semula pintu untuk masuk ke kelas. Pagi-pagi aku dah buat aku tak ada mood. Dahlah syaitoooonnn kat mata aku ni tak nak blah, hanat betul perangai! Aku mencari rakan-rakan ku yang lain. Masing-masing mengangkat kening sebagai tanda soal apa yang telah terjadi.

Aku hanya mengangkat kedua bahu tanda tidak tahu. Lebih tepat lagi kerana aku malas mahu bercerita. Aku mengambil tempat paling tepi di dalam kelas di belakang mereka berempat.

 

Senang sikit nak tidur.

 

“Weyh… Okay tak?” Wendy memusingkan badannya menghadap aku.

“I don’t know… Ngantuk duh…” Aku sudah menongkat kepala aku dengan tangan kanan. Kelopak mata aku ni makin lama makin rendah pulak. Elok sangat lah anasir-anasir taguna ni duk bergayut kat mata aku sampai aku tak boleh nak buka mata.

“Aku rasa nak je skip kelas. Kau sign kan attendance untuk aku boleh?” Aku membuat permintaan kepadanya.

“Pergi lah.. Dah nazak dah kau ni. Harini lecture je pun. Madam tak perasan.” Bila Wendy dah beri green light, aku apa lagi, angkat kaki pastu blah.

“Thanks honey, love you!” Aku hanya keluar sehelai sepinggang. Bag aku tinggal kat kelas kerana Madam Taeyeon sudah tiba. Aku meminta kebenaran untuk ke tandas dan keluar je dari pintu kelas… Aku tahu sebuah tempat yang sangat sesuai untuk aku tidur.

 

Library.

 

 

Aku membuka kedua mata aku. Aku masih lagi duduk di lantai perpustakaan manakala belakang badan aku bersandar di dinding di dalam ceruk perpustakaan. Dah berapa lama aku tertidur? Aku memeriksa jam ditangan, dah pukul 10:50 pagi. Mata aku terbeliak.

 

Biar betik?!

 

Aku ingin bangun tetapi kepala aku terlanggar dengan sesuatu yang lembut tetapi cukup keras untuk buat aku rasa sakit.

“Auchh..!”

Jerit satu suara dengan saaaaannnggaaaatttt perlahan, seperti sedang sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan bunyi dan bunyi itu datang dari sebelah kanan aku. Kalau tadi mata aku dah terbeliak, kali ni mata aku macam nak tersembul keluar pun ada. “What the are you doing here?” Bisik aku keras kepada Jeon Jungkook yang berada disebelah kanan aku. Dia berada betul-betul disebelah kanan aku dan kalau diikutkan, badan aku menggunakan badannya sebagai tongkat untuk aku bersandar.

Jungkook masih lagi mengusap pipi kirinya yang telah dihantuk oleh kepala aku tadi. “Yah..! Kau tu what the . Dasar kepala batu.” Dia menjawab perlahan. Baru aku perasan, leher aku tak sakit walaupun sudah tidur hampir 2 jam dan diatas badan aku terdapat sehelai hoodie hitam menjadi selimut menutupi badan aku.

 

Siapa punya pulak ni?

 

“Kenapa kau kat sini? Kau tak gi kelas ke tadi?” Kerana rasa bersalah, aku turut mengusap pipi dia. “Aku saja ponteng, tak de mood harini so aku pun……. Yahhh!” Tapi tak lama kerana selepas itu aku mencubit pipinya. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku berbuat demikian tetapi kulit pipinya tersangatlah lembut dan boleh ke aku samakan pipi dia dengan pipi arnab? Setiap kali aku nampak Jungkook, mesti aku teringat arnab kat rumah nenek.

“Heh, how cute..” Ayat itu terkeluar tanpa aku sedar. Aku ingin ketawa tetapi aku tahan dengan menekup mulut aku kerana mengenangkan aku masih lagi berada di dalam perpustakaan. Jungkook hanya merelakan perbuatan itu. Sebagai balasan, dia menjentik kepala aku dengan tangan kanannya. “Silly.” Tutur Jungkook lalu dia berdiri. Nasib baik tak sakit mana.

Aku turut perasan ada sebuah buku di atas ribanya beserta sebuah pensil tekan diatas lantai.

 

Hmm… seakan sketchbook.

 

“Buku apa tu…?” Aku bertanya sekadar ingin mendapatkan kepastian. Manalah tahu tu bukan sketchbook tapi buku resepi masakan ke.

“Buku 555.” Balas dia ringkas. Heh, macam aku percaya buku 555 yang seakan besar kotak koko crunch saiz sederhana kat rumah aku. Aku ingin melihat isi kandungan di dalam tetapi Jungkook segera memasukkan buku dan pensil tekannya ke dalam bag galas disebelah kirinya sebaik sahaja aku menanyakan soalan. Usai menzip bag galasnya, Jungkook berdiri lalu menepuk punggung belakangnya bagi menghilangkan apa-apa yang melekat diseluarnya.

Tak lama kemudian, aku pun turut sama berdiri. Tetapi tanpa aku sengaja, dua pasang mata aku tiba-tiba memeriksa dia dari belakang. Skinny jeans hitam dan sehelai t- putih lengan pendek membuat Jungkook nampak mena

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Thank you for subscribing I Dare You To Like ME! Don't forget to drop some comments below ;)

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 10: tq for update authornim
lyanaesyaz #2
Chapter 9: sweet lahh authornim..bf material..update soon
lyanaesyaz #3
Chapter 8: if in this world have someone just like him..its lucky girl who get him..oh my broken english :'(
lyanaesyaz #4
Chapter 8: wahh..so sweet..authornim daebak..
jimiekhyun
#5
Chapter 3: i can't stop smiling and sengih sengih gosh!!! campak aku seketul lelaki sebegini pewlishhhhhhhhh
lyanaesyaz #6
Chapter 7: omo..jungkook what are u doing..i cant wait to read the next chapter..
lyanaesyaz #7
Chapter 6: nice chapter..authornim fighting
lyanaesyaz #8
Chapter 5: heol..i want that guy to be my boyfriend too
taeyeonqueen89 #9
JungKook <3