DARE 10

I Dare You To Like Me!
Please Subscribe to read the full chapter

 

You don't have to draw a line

I've got feelings for you and you're embarrasing me.

 

 

              Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, segala persiapan sudah dilakukan dan sekarang hanya tinggal tunggu Prof. Nickhun untuk merasmikan program Rasa Thai kami. Aku tersengih melihat segala titik peluh yang telah aku letak untuk program ini supaya berjalan dengan lancar. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan kumpulan aku membuat Somtam (Green papaya salad) dan kumpulan satu lagi membuat Pulut mangga.

“Hati-hati parut betik tu, tadi tangan aku hampir nak terparut sama.” Pesan Kai kepada Dahyun yang baru hendak memarut betik muda.

“Uuii, kau biar betul… Aku takut pulak nak buat.” Keluh Dahyun yang mula takut untuk memarut.

“Tak pe, buat perlahan-lahan.” Kai memberikan semangat, dia pula sedang memarut carrot. Aku pula hanya tercongok berdiri di sebelah mereka berdua. Macam susah je nak parut….

“Um… Aku susun baranglah, senang sikit Irene nak guna buat demo nanti.” Aku menyusun bahan-bahan yang hendak digunakan oleh Irene nanti. Setiap kumpulan perlu membuat demo cara penyediaan makanan yang kami pilih. Aku melihat Irene yang masih lagi gigih menghafal nama-nama bahan di dalam bahasa Thai. Tzuyu pula membasuh alatan-alatan yang hendak digunakan seperti mangkuk, senduk dan juga lesung khas untuk somtam. Dan Jungkook, dia berdiri di sebelah Kai mengupas mangga muda.

Irene tiba-tiba datang dengan wajah yang monyok. “Guys, prof kata kat aku yang bahan kita guna ni tak cukup untuk bagi orang rasa nanti.” Mana taknya, dia leader kumpulan kami dan markah kami semua bergantung kepada projek akhir ini.

“Heol…. Aku ingat cukup dah semua ni. Prof ada mention tak yang mana satu tak cukup?” Aku bertanya. Aiiyyaa.. Punyalah gigih aku dengan Tzuyu, Dahyun dan Irene cari bahan dari satu kedai ke satu kedai cari semua ni. Malam tadi pun dekat pukul 5 pagi aku tidur sebab kupas kulit kacang yang sudah siap disanga. Bengkok semua jari aku kalau aku teruskan jugak nak kupas semua kacang yang bertimbun tu.

“Dia kata betik kurang, mangga pun tak cukup, lepastu dia nak kangkung. Mana nak cari kangkung pagi-pagi buta ni? Supermarket pukul 10 nanti baru buka.” Irene mula bercekak pinggang.

“Pasar kan ada…” Tzuyu bersuara. Kami yang lain semua mengangguk bersetuju.

“Owh.. Pasar. Hah, siapa nak pergi ni?” Irene bertanya.

“Kau lah pergi Yoonhi, kau dari tadi macam tak ada kerja sangat aku tengok.” Kai menyindir. Hey dia ni… Dia tak tahu aku yang gigih cari bahan sampai tak tidur semalam.

“Haish.. Kau tak tahu, dia dari malam tadi tak tidur sebab kupas kulit kacang yang kau hantar pukul 3 pagi semalam. Salah kau sebab date lama sangat, tahu tak.” Dahyun membebel kepada Kai. Mulalah lelaki itu tersengih seperti kambing.

“Mana aku tahu aku nak date sampai pukul 3 pagi…” Kai membela dirinya namun dia hanya mendapat tamparan ‘manja’ oleh Dahyun di lengan kirinya.

“Haih.. nak buat macam mana, aku fikir markah kita je sekarang ni. Sokay, aku pergi kejap.” Aku sudah mengambil kunci kereta Irene dan mencapai dompet serta handphone aku.

“Kau sorang tak pe ke?” Irene bertanya dengan kerutan didahinya. Aku membuat sign okay menggunakan tangan aku.

“Nah… I don’t trust you, I’m going too.” Jungkook bersuara. “How can you drive with those bags hanging under your eyes?” Jungkook mengetuk kepala aku.

“I just can you know.” Aku menyalak semula kepadanya namun lelaki itu hanya buat tidak endah, dia menarik aku pergi ke keretanya. Aku masuk ke tempat sebelah penumpang dan dia masuk ke tempat pemandu. Jungkook mula memandu.

“Kau tahu ke pasar yang kita nak pergi ni?” Aku bertanya meminta kepastian. Jungkook tersenyum sinis. “Of course.. Just leave it to this ‘oppa’ okay.” Jungkook berkata bangga sambil mengeyit sebelah matanya kepada aku. Urgh… Tiba-tiba perut aku rasa loya pula melihat dia.

“Okay, that’s good. I can take a nap for a while.” Tutur aku perlahan dan sudah sedia untuk melelapkan mata. “Wake me up when we have arrived.” Pesan aku lagi.

“Stop talking and just sleep.”

 

 

 

             “Yoonhi, Choi Yoonhi… Kita dah sampai.” Jungkook menggerakkan aku bangun. Aku mengeliat kecil. Cepatnya sampai, aku rasa baru je terlelap tadi.

“Lap sikit air liur tu….” Pesan dia lagi. Mata aku membulat. lah! Aku memeriksa muka aku di cermin kereta dan the heck… tak ada pun kesan-kesan air liur.

Jungkook disebelah aku sudah ketawa terbahak-bahak. Aku menjeling dia sekilas dan terus keluar dari kereta.

“Eh.. Wait for me..” Panggil dia dari belakang. Jungkook mencapai tangan aku lalu dia memautkan tangannya dengan tangan aku.

“Tsk… I’m sorry okay, princess.” Jungkook meminta maaf.

“Princess your . We need to find the things first. Hurry up!” Aku hanya membuat tidak tahu dengan panggilan yang dia gunakan.

“Calm down okay, I know where to find them.” Kali ini, dia pula menarik aku mengikut jejak langkahnya.

 

 

 

             Aku baru teringat, hari ini hari Sabtu dan sudah pasti tempat ini penuh dengan orang ramai. Jungkook pula langsung tidak terasa kekok untuk bertanya harga-harga barang yang dijual, dia siap buat tawar-menawar lagi dengan makcik-makcik disini dan rata-rata mereka semua memberikan potongan harga kerana mereka menyukai dia. Aku hanya melangkah dengan senang kerana semuanya dilakukan oleh dia. Hmm, not bad. Jarang aku jumpa lelaki yang tahu pasal barang-barang dapur ni.

“Adik, comel molek boypreng adik ni. Jare sungguh nok jumpa laki hok muda, kacak serupo dio ni masuk pasar.” Makcik yang menjual betik itu memuji ketampanan Jungkook. Apalagi, sengih lebar sampai ke telingalah Jungkook kena puji.

“Haha.. boyfriend lah sanga-” Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Jungkook terus mencelah masuk. Jungkook menarik aku rapat dengan dia.

“Aeeii, akak ni… Girlfriend saya pun cute kan? Dia pandai masak pulak tu.” Aku mahu menahan ketawa tatkala dia berkata begitu.

“Holah.. Awok dua ni kiut molek, kalau ada anak kekgi, mesti kiut-kiut belaka! Nah, ni akak bagi murah jaa… Diskaun untuk awok duo deh.”

Semudah itu makcik ni beri diskaun untuk Jungkook. “Terima kasih kak, part anak tu lambat lagi kud, kami ni student lagi. Tapi tak salah kan, sayang?”

           

             !

 

Merah sial muka aku. Celah mana silapnya perbualan ni sampai boleh timbul part anak?

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Thank you for subscribing I Dare You To Like ME! Don't forget to drop some comments below ;)

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 10: tq for update authornim
lyanaesyaz #2
Chapter 9: sweet lahh authornim..bf material..update soon
lyanaesyaz #3
Chapter 8: if in this world have someone just like him..its lucky girl who get him..oh my broken english :'(
lyanaesyaz #4
Chapter 8: wahh..so sweet..authornim daebak..
jimiekhyun
#5
Chapter 3: i can't stop smiling and sengih sengih gosh!!! campak aku seketul lelaki sebegini pewlishhhhhhhhh
lyanaesyaz #6
Chapter 7: omo..jungkook what are u doing..i cant wait to read the next chapter..
lyanaesyaz #7
Chapter 6: nice chapter..authornim fighting
lyanaesyaz #8
Chapter 5: heol..i want that guy to be my boyfriend too
taeyeonqueen89 #9
JungKook <3