DARE 1

I Dare You To Like Me!
Please Subscribe to read the full chapter

            Please don't scar this young heart.

 

 

 

            Jam tepat menunjukkan pukul 1 petang dan kelas Bahasa Thailand baru sahaja tamat. Aku apa lagi, lepas pensyarah keluar dari kelas terus kemas buku dengan bag.

“Eh, korang dah makan ke belum?” Tegur Kai dari belakang.

“Nak pergi makan lah ni, jom ah.” Balas aku yang sedang memeriksa penampilan aku menggunakan skrin telefon.

 

Perfect!

 

“Lapar siaa.. Yoonhi, kau drive eh..” Aku menyambut kunci kereta dari tangan Irene. Tapi di dalam fikiran aku sekarang bermain nama seseorang yang patut drive.

“Kai, drive?” Aku hulur pula kepada Kai tetapi lelaki itu menolak semula kunci kereta kepada aku.

“Kau cantik harini so, kau drive.” Dia mengenyitkan sebelah matanya kepada aku sebelum berlari anak mendapatkan Jungkook. Aku hanya mengeluh dan mendengus sedikit.

 

Dasar taguna Kai.

 

Sekarang ni, kereta Irene hanya muat untuk 5 orang sekali naik tapi disebabkan kami ada 6 orang, maka Jungkook dan Kai sudi berhimpit ditempat sebelah pemandu. Dan Tzuyu, Irene serta Dahyun duduk dibelakang. Memang kami sudah biasa seperti ini pun, berhimpit. Padahal boleh je Kai dengan Jungkook duduk depan and then Kai drive pastu kitorang empat orang bolehlah duduk kat belakang, tapi si manusia taguna Kai malas nak drive dan aku syak Irene lupa ada pertambahan makhluk (Kai dan Jungkook) hari ini kerana selalunya hanya kami, si gadis-gadis jelita lah sangat.

Kunci sudah dimasukkan, kereta sudah pun hidup, tinggal nak jalan je….

Aku cuba untuk menurunkan handbrake tetapi tidak boleh. Aik, tak pernah jadi macam ni sebelum ini. Dah kenapa pulak?

Aku menekan punat handbrake dengan sekuat yang boleh tetapi tetap tiada apa yang berubah. “Weyh, handbrake tak boleh nak turun lah…” Aku gelabah sedikit. Mulalah cuak.

“Aik? Sebelum ni okay je pun.” Irene hairan.

“Ye ye je kau ni Yoonhi…” Tambah Kai pula tidak percaya.

“Entah, tapi aku tak boleh nak turunkan handbrake ni and satu lagi sebab ada Jungkook….” Omel aku perlahan. Aku cuba sekali lagi untuk menurunkan handbrake itu tetapi tetap tidak boleh dan pada ketika ini tangan kiri aku tersentuh paha kanan Jungkook yang sedang duduk disebelah aku. Segera aku menarik tangan aku cepat-cepat tapi dah terlambat kerana Jungkook perasan hal itu.

Dengan kedua pipi yang sudah memerah, aku bersuara perlahan. “Umm, Jungkook, boleh tak kau turunkan handbrake tu sebab aku tak boleh nak turunkan?” Pinta aku kepadanya.

“Kau dah pegang punggung aku, baru nak mintak aku turunkan handbrake eh..” Dia tersenyum sinis dan apa lagi, mulalah muncul suara-suara sumbang dalam kereta.

Cepat-cepat aku menafikan perkara itu. lah dia ni. “What?! God, hell no aku pegang punggung kau! Kau yang duduk atas handbrake tu.” Aku semakin menganjak jauh dari dia tetapi jauh manalah boleh lari?

“Eleh.. kau saja kan Yoonhi nak pegang punggung Jungkook, kau kan, aku perhati je kau ni..” Kai pula mencelah sambil tersenyum suka.

“Ntah, kau sajakan nak pegang punggung Jungkook, damn, patutnya aku yang drive sekarang.” Tzuyu pula mengusik.

“Owhh…Kau yoonhi, diam-diam… Jungkook tu dah lah innocent, kau ambil pulak kesucian dia.. omaigashhhhh…!” Tambah Dahyun. Jungkook pula hanya mengangguk mengiyakan. “betul, betul… Aku setuju…”

Bukan setakat pipi dah merah, habis satu muka aku macam udang kena bakar. Panas tahap nak rentung ni.

Dasar semua manusia tagunaaaaa, hanat betul perangai!

“Ma..Mana ada! Kau jangan nak mereka cerita palsu ye Jungkook, AKU TAK SENTUH PUN!” tanpa mempedulikan omelan aku, Jungkook dengan mudah menggunakan tangan kanannya untuk menurunkan handbrake kereta. “See, senang je pun. Aku tak sangka kau orang yang macam ni Yoonhi-yah…” Jungkook tersengih sinis kepada aku.

Guys, saat ini aku rasa macam nak je hantukkan kepala aku kat stereng kereta sampai pecah.

 

MALU BODOH!!!

 

Sepanjang perjalan ke kafe, aku masih lagi dibahan dengan teruk oleh manusia-manusia hanat (aku tak pasti samada aku masih lagi anggap dorang ni kawan ataupun bukan kawan aku. Susah nak buat keputusan muktamad.) pasal aku sentuh punggung Jungkook. Jungkook pun sama je, makin menjadi mengusik. Padahal dia ni dalam kelas, senyap je.

Lain macam dia harini…

Sebenarnya, aku dan Jungkook jarang bertegur di dalam kelas melainkan jika ada perkara-perkara penting. Kitorang pernah berbalas mesej and dia pernah buat prank call kat aku sekali (aku masih lagi rasa bitter pasal tu), so tak adalah awkward sangat dengan dia. Aku kenal dia pun sebab dia dengan Kai tu selalu berkepit. Satu lagi sebab kami sama-sama ambil Bahasa Thailand, maka dari situ baru start kenal.

In short, he is fun to hangout with. One more thing, he and problems are inseparable.

 Aku jeling lelaki disebelah aku, dia memandang aku dan tersengih sinis.

 

CAN I PUNCH HIS FACE?

 

“Jungkook, angkat handbrake tu…” Arah aku tanpa menoleh kearahnya setelah kami tiba di kafe.

“Untuk Yoonhi, semua boleh.” Sekali lagi, dengan mudah Jungkook mengangkat handbrake itu.

“Wuuuuuuu~!” Dan sekali lagi, suara-suara sumbang lagi hanat berbunyi.

 

 

              Seperti biasa, aku mengambil nasi dan juga beberapa jenis lauk sebagai makan tengahhari. Selesai membayar harga makanan, aku mencari tempat untuk kami semua duduk namun aku nampak kelibat Jungkook yang sudah sedia duduk bersama jus applenya. Aku meletakkan dulang makanan aku dihadapan dia dan duduk.

“Kau tak makan ke?” Aku menghirup ice lemon tea namun kedua mata aku tidak lar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Thank you for subscribing I Dare You To Like ME! Don't forget to drop some comments below ;)

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 10: tq for update authornim
lyanaesyaz #2
Chapter 9: sweet lahh authornim..bf material..update soon
lyanaesyaz #3
Chapter 8: if in this world have someone just like him..its lucky girl who get him..oh my broken english :'(
lyanaesyaz #4
Chapter 8: wahh..so sweet..authornim daebak..
jimiekhyun
#5
Chapter 3: i can't stop smiling and sengih sengih gosh!!! campak aku seketul lelaki sebegini pewlishhhhhhhhh
lyanaesyaz #6
Chapter 7: omo..jungkook what are u doing..i cant wait to read the next chapter..
lyanaesyaz #7
Chapter 6: nice chapter..authornim fighting
lyanaesyaz #8
Chapter 5: heol..i want that guy to be my boyfriend too
taeyeonqueen89 #9
JungKook <3