Act 2

Cinderella Alternative

Hujung minggu akhirnya tiba dan keluarga Bang sudah bersiap sedia untuk ke majlis hari lahir anak ketua kampung itu.

 

“Ta-daa~ segak tak aku?” Youngjae keluar dengan penuh bergayanya. Dia mengenakan baju suit yang baru dibeli oleh Yongguk.

 

“Ceh! Aku lagi segaklah, Jae~” begitu juga Daehyun yang kelihatan menawan.

 

Himchan hanya membisu. Dia masih bebal dengan adik-adiknya itu.

 

“Himchannie! Segak tak kami?” Mereka tidak habis-habis menyerabutkan otaknya sehingga Himchan tidak dapat memendam rasa lagi.

 

“Ya, ya! Kamu berdua memang segak! Puas hati kamu?”

 

“Himchan. Sudah berapa kali ayah pesan supaya tidak menengking adik-adik kamu?” Suara Yongguk yang kedengaran dari atas dan semakin menghampiri mereka bergema.

 

“Tapi mereka ni—” Lidah Himchan terkelu setelah dia menoleh ke arah ayah tirinya itu.

 

“Oh my cheesecake!! Ayah!? Ayah nak mencari jodoh di sana atau apa?” lancang sahaja mulut Daehyun.

 

Yongguk tampil dengan baju suit. Pokoknya keren banget sih! Oops. Dia sememangnya nampak kacak habis! Riak wajah seperti samseng sudah pudar daripadanya. Dia nampak muda malah lebih muda daripada anak-anaknya.

 

“Kalau begini rupanya, anak ketua kampung pun boleh kalah. Silap-silap orang yang datang meminang ayah.” Youngjae pula menambah.

 

“Dah! Jangan nak mengarut lagi. Jom pergi. Kita dah lambat.” Ujar Yongguk dengan serius dan dituruti oleh anak-anaknya.

 

“Baiklah, ayah.”

 

“Himchan, kamu jaga rumah ya? Jangan ke mana-mana.”

 

Oleh sebab dia terlalu terpesona dengan penampilan ayah tirinya itu, Himchan masih lagi terpegun di situ.

 

“Betulkah dia ni ayah tiri aku? Dia nampak lebih kurang sebaya aku sahaja.” Fikir Himchan sendiri yang kini curiga dengan umur dan status Yongguk sebagai ayah tirinya.

 

“Himchan?” Yongguk memanggilnya sekali lagi sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Himchan.

 

“Y-Ya??”

 

“Hish. Berangan je kerja.” Dengus Daehyun.

 

“Ayah kacak sangatlah tu~” Youngjae masih lagi menyakat ayahnya.

 

“Daehyun, Youngjae.”

 

“Maafkan kami, ayah…” Sebelum sempat Yongguk menambah, mereka sudah meminta maaf.

 

Yongguk menoleh ke Himchan kembali. “Jaga rumah dan jangan ke mana-mana. Tunggu sehingga kami pulang. Faham?”

 

“Y-Ya. Saya faham. Hati-hati di jalan. Kirim salam pada ketua kampung dan anaknya.”

 

“Okey.” Senyuman Yongguk membuatkan hati Himchan yang panas, sejuk kembali.

 

“Gila. Aku gila. Dia ayah tiri aku kot! Mengapa aku boleh berfikiran begini!? Himchan, no!!” Himchan menjerit dalam hati. Dia sudah keliru dengan dirinya.

 

“Tapi aku teringin nak pergi ke parti hari lahir tu… Sepanjang kehidupan aku bersama keluarga ini, aku tak pernah dibawa keluar berjalan-jalan. Ayah memanglah baik dan membelikan barang-barang kepada aku, tetapi… aku pun nak hirup udara luar…” Dia membaluti dirinya sambil memuncungkan mulut.

 

“Saya boleh bawa awak keluar kalau awak nak.” Tiiba-tiba satu suara berkumandang.

 

“S-Siapa tu!?” Himchan mendecit terkejut.

 

“Bukalah pintu ni dahulu. Saya ada di luar.” Ujar suara itu lagi.

 

“Tak! Ayah saya tak benarkan orang luar masuk! Lebih baik kamu bercakap dari luar sahaja.”

 

“Kalau saya beritahu awak yang saya ini pari-pari, awak percaya tak?”

 

“Jangan mengarut! Sebodoh-bodoh saya, saya masih tahu bezakan realiti dengan fantasilah!”

 

“Itulah. Awak takkan percaya. Tak mengapalah. Saya pergi dahulu. Saya singgah ke sini pun sebab terdengar suara keluhan meminta tolong. Kalau awak tak nak, tak mengapa. Saya pergi dahulu.”

 

Belum sempat orang itu melangkah pergi, Himchan menghempas pintu, membukanya.

 

“Betulkah awak boleh bawa saya keluar?”

 

“Tu awak dah keluar pun, kan?” Kata-kata orang itu membuatkan Himchan menghempas pintu di hadapannya.

 

“Ouch.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 5: Gah ! You make me sooooo curious ! Serius la ! Tak sabar nak tau kisah sebenarnyaaa xD
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Pak cik Yongguk yg kacak !!! OMg ! Apa la akan jdi kat Himchan tu xD
Jelly_Warrior
#3
Chapter 2: Hahaha ! Please update moreeeee xD Lawak gila ! Dah la fanfic BAP !!! /fangirling/