Act 4

Cinderella Alternative

 

“Zelo, mengapa kamu termenung seorang diri di sini?” Yongguk bertanya kepada anak muda yang duduk jauh daripada orang lain sambil sibuk melayan perasaannya.

 

“Pak cik… Tak adalah. Saya hanya kesunyian…”

 

Yongguk tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Choi Junhong ataupun lebih dikenali sebagai Zelo itu. Dia membuat keputusan untuk sertai anak itu dan mengambil tempat sebelahnya.

 

“Mengapa kamu sunyi? Di sini ramai yang hadir untuk menyambut hari kelahiran kamu.”

 

“Ya… Saya tahu… tapi hati saya masih tertutup untuk bergaul dengan orang lain… Saya lebih suka suasana sunyi seperti ini.” ujarnya.

 

Yongguk hanya tersenyum sambil mengusap lembut kepala anak itu seperti anaknya sendiri.

 

“Kamu nak dengar satu rahsia?”

 

“Rahsia?” Zelo hanya menyendengkan kepalanya dengan comel.

 

“Rahsia ini hanya pak cik dan ibu bapa pak cik sahaja yang tahu. Anak-anak pak cik pun tidak tahu mengenai rahsia ini.” Yongguk cuba menaikkan minat Zelo. Anak itu hanya mengangguk ingin tahu tentang rahsia tersebut. Dia semakin curiga.

 

 

Himchan sedang mencari baju yang sesuai dipakai bagi menghadiri majlis hari lahir itu di dalam almarinya sementara lelaki itu hanya menggoyangkan kakinya, duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.

 

“Hoi, Jongup! Kau kata kau pari-pari kan?! Mengapa aku yang harus tercari-cari pakaian yang sesuai untuk diri sendiri pula!? Bukankah itu tugas kau!?” sergahnya kepada pari-pari jadian itu setelah penat membelek baju di dalam almari.

 

“Bukankah cik tak percayakan saya tadi?” Ujar Jongup dengan muka tidak bersalahnya itu.

 

“Ergh!! Meluatnya aku dengan kau ni!! Kalau begitu, kau buat apa tercegat di situ lagi!? Keluarlah! Kalau setakat cari baju yang sesuai, berdandan, aku sendiri pun boleh lakukannya! Aku tak perlukan pertolongan kamulah!” Himchan mengheret Jongup ke pintu keluar.

 

“Tapi di luar tu bahaya. Kalau tidak, mengapa ayah cik tidak benarkan kamu keluar? Tambahan pula, hari sudah lewat malam. Sekurang-kurangnya, jika ada saya, keselamatan awak terjamin.” Ujarnya serius.

 

“Eleh. Tadi pun kau kena sekeh kepala dengan aku—”

 

“Takkan saya nak cederakan wanita pula, kan?” Belum sempat Himchan berbuat apa-apa, Jongup sudah berada di belakang sambil berbisik di telinganya.

 

Himchan mendecit terkejut. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Takut ya, Cik Diva?

 

“Haha! Saya bergurau sahaja~ cepatlah bersiap. Nanti majlis tu tamat pula. Saya cuba cari sesuatu di bilik ayah awak ya?” Sebelum sempat Himchan membalas, Jongup sudah memecah masuk bilik ayahnya yang dia sendiri tidak pernah masuk sebelum ini.

 

“T-Tunggu! Ayah aku tak benarkan sesiapa masuk ke dalam biliknya!!”

 

“Tapi saya dah masuk pun?” Ujarnya dengan muka tidak bersalah.

 

Himchan hanya boleh menampar dahinya. Sebenarnya, dia pun curiga tentang bilik ayahnya itu. Selama mereka tinggal bersama, sekali pun dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke dalam bilik itu.

 

“Wah! Tengok! Ada baju gaun, kasut dan perhiasan. Satu set lengkaplah!” Jongup sudah pun berjumpa dengan barang-barang yang dicari-cari mereka.

 

“T-Takkanlah! Siapa punya gaun secantik ini?” Himchan pula yang seperti tidak percaya.

 

“Siapa punya lagi? Mestilah ibu awak punya, kan?” Ujar Jongup secara rasionalnya.

 

“Tapi aku tak pernah melihat ibu memakainya sebelum ini… Takkan ayah mempunyai hobi pelik pula…?” Fikir Himchan lagi.

 

“Hm… Sekarang ni cik nak pakai atau tidak? Kalau tak nak, kita cari pakaian lain sahaja.” Sebelum Jongup sempat menyimpan pakaian itu kembali, Himchan merampasnya daripada tangan Jongup.

 

"Kalau ini baju ibu aku, aku juga ada hak untuk memakainya!” Dia bergegas ke biliknya untuk gantikan pakaian.

 

 

“Mengapa pak cik beritahu saya perkara penting seperti ini?” Zelo seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

 

“Sebab pak cik percayakan kamu.” Yongguk hanya tersenyum setelah memberitahu Zelo ‘rahsianya’. Apalah agaknya yang dibualkan mereka? “Pergilah sertai mereka yang lain. Pasti mereka sedang mencari kamu di merata tempat.”

 

“Pak cik, saya juga ada satu rahsia yang saya simpan seorang diri. Sudi tak pak cik dengarkan luahan rasa saya?”

 

“Oh? Kamu pun ada rahsia?”

 

“Sebenarnya, saya sedang menunggu seseorang. Saya menunggunya setiap hari tetapi dia tidak pernah datang… Setiap tahun, setiap kali hari ulang tahun saya, setiap minggu, setiap detik… saya selalu menunggu kehadirannya… dia telah berjanji yang dia akan kembali…”

 

Yongguk mengusap lembut belakang Zelo sambil tersenyum kepadanya. “Jika dia sudah berjanji dengan kamu, pak cik yakin yang dia akan tunaikan janjinya.”

 

“Junhong! Kamu di mana?”

 

“Ha. Ayah kamu dah memanggil kamu tu. Pergilah sana.”

 

“Pak cik jomlah ikut sekali…” Zelo menarik baju Yongguk dengan lembut sambil membuat muka comelnya itu.

 

“Ya, ya.” Yongguk mengaku kalah dan berjalan seiring dengan anak muda itu.

 

Pada masa yang sama, Himchan dan Jongup sudah tiba di luar kediaman ketua kampung itu.

 

“B-Besarnya rumah…” Himchan terpegun di situ.

 

“Mestilah. Mereka kan orang paling kaya di kampung ini.” Ujar Jongup dengan sedikit bangga (?).

 

“Tapi tak mengapakah aku pakai pakaian ini? Nanti kalau kantoi dengan ayah aku bagaimana?”

 

Himchan mengenakan baju gaun berwarna merah jambu pudar yang terletak di dalam almari ayahnya itu. Rambutnya didandan kemas. Dia memang kelihatan lebih cantik daripada Disney Princess. (LOL.)

 

“Sebab itu kita perlu pulang sebelum ayah cik pulang. Tujuan cik ke sini pun hanya untuk menikmati suasana majlis hari lahir sahaja kan?”

 

“Ya!” Ujar Himchan dengan semangat.

 

“Tunggu apa lagi? Masuklah ke dalam.”

 

“Kamu tak nak masuk sekali?”

 

“Tak mengapa. Jika saya masuk ke dalam, saya akan lenyap…” Ujar Jongup dengan senyuman yang jelas-jelas dibuat. “Cik masuk sahaja. Saya tunggu di luar.” Dia kembali tersenyum dengan ikhlas.

 

“O-Okey…” Tanpa berfikir panjang, Himchan mengenakan topeng masquerade dan melangkah masuk ke dalam.

 

Seperti yang dijangka-jangka, setelah dia melangkah masuk ke dalam, semua mata memandangnya. Lidah mereka terkelu dengan kecantikan Himchan. Baik lelaki atau perempuan, semuanya ternganga termasuklah si kembar DaeJae, Zelo dan Yongguk sendiri.

 

“C-Cantiknya dia…”

 

“Cik adik! Jom menari dengan saya?” tanpa segan silu, Daehyun mengajak ‘Tuan Puteri’ itu menari bersamanya.

 

“Amboi adik aku yang seorang ni. Tak sedar diri betul! Sekejap kau.” Himchan mempunyai niat jahat dalam dirinya. Dia menerima huluran tangan adiknya dan menari bersamanya.

 

Setelah beberapa langkah, datang adiknya yang seorang lagi sebelum sempat Himchan mengenakannya. Dia menolak Daehyun ke tepi dan menggantikan tempatnya.

 

“Jae!!!” Tempit si abang.

 

Pfft. Himchan hanya mampu ketawa dalam hatinya melihat si kembar bergaduh kerananya. Yalah. Selalunya si kembar tidak pernah bergaduh. Ada sahaja mereka ni. Himchan mula rasa terhibur melihat gelagat adik-adiknya. Namun, kegembiraan berakhir di situ apabila dia terpandang wajah kacak ayah tirinya itu. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya kepada Zelo. Zelo kini menghampirinya.

 

“Siapa awak…? Saya tidak pernah melihat awak sebelum ini…”

 

“Saya… Saya hanya orang biasa…” Selagi dia cuba untuk mengalihkan pandangannya daripada ayah tirinya, selagi itu dia asyik memandang wajah ayah tirinya. Dia tidak sedar yang seseorang sedang memerhatikannya.

 

“Selepas ini bolehlah saya pergi dengan aman…” Ujar Jongup yang sedang memerhatikan adegan ini dari atas pokok menerusi teropong miliknya.

 

“Selamat hari lahir, Junhong. Maafkan saya kerana tidak menyediakan apa-apa hadiah.”

 

Mata Zelo terbeliak mendengar ucapan tersebut. Dia terpegun di situ.

 

“Alamak.” Terjatuh teropong Jongup setelah dia perasan akan ‘sesuatu’. Dia cepat-cepat terjun daripada pokok.

 

“Daehyun, Youngjae. Jom pulang. Kepala ayah terasa sakit pula.” Yongguk pergi mendapatkan si kembar itu.

 

“E-Eh? A-Ayah sakit kepala?” Youngjae bertanya walaupun fikirannya masih melayang memikirkan si jelita di depan matanya itu.

 

“Ya… Mari kita pulang.” Yongguk kini menarik tangan anak-anaknya.

 

“T-Tapi ayah!”

 

“Sekarang!” Yongguk meninggikan suaranya.

 

“T-Tapi… kita perlu berjumpa tuan rumah dahulu… Kan ayah yang cakap supaya beradab…?” Daehyun mencari alasan.

 

“Ya. Selepas itu, kita akan pulang terus.” Tegasnya. Mereka hanya menunduk sambil memerhatikan gadis cantik jelita yang baru sahaja tiba itu.

 

Himchan yang sedar bahawa keluarga Bang sudah mahu meninggalkan rumah itu cepat-cepat cuba mengangkat kaki pergi dari situ.


“Junhong, s-saya terpaksa pulang sekarang atau saya akan dimarahi ayah!” Sebelum sempat Himchan keluar meninggalkan rumah, Zelo menarik tangan Himchan.

 

“Hanya keluarga saya yang akan memanggil saya dengan nama Junhong. Siapa awak sebenarnya…?”

 

Himchan sendiri terkejut tentang hal ini. Sebenarnya dia tidak tahu nama panggilan Junhong oleh orang kampung kerana tidak pernah keluar rumah. Jadi, biasalah tu memanggil nama sebenarnya tetapi mengapa dia begitu terkejut seperti mengharapkan sesuatu?

 

“Pasti ada sesuatu yang tidak beres ni. Si Jongup tu pasti merahsiakan sesuatu.” Fikir Himchan sendiri.

 

“Sebenarnya…”

 

“Psst! Cepat! Mereka sudah mahu berangkat pulang!” Suara dari semak samun menyedarkan Himchan kembali.

 

Himchan cepat-cepat menepis tangan Zelo dan menuruni tangga utama di luar kediaman ketua kampung itu. Oops. Cliché sangat~ Haha!

 

“Maaf! Saya terpaksa pergi sekarang—” Nak dijadikan cerita, boleh pula kaki Himchan tersadung pada tangga itu. Dia hilang pertimbangan dan…

 

THUD!

 

Sebelum sempat dia mencium tanah, dia menutup matanya rapat-rapat. Tiba-tiba, dia terasa empuk pula seperti ada seseorang mendakapnya.

 

“A-Awak tak apa-apa?” Zelo cepat-cepat turun ke bawah untuk membantu Himchan tetapi langkahnya terhenti sebaik sahaja dia perasan akan kelibat orang yang menyambut Himchan itu.


“Jom pergi sekarang.” Jongup cepat-cepat mendukung Himchan ala-ala gaya mendukung pengantin perempuan (walaupun Himchan lebih tinggi daripadanya) dan beredar. Jongup sempat menoleh sekilas ke arah Zelo.

 

“…hyung…?” Walaupun hari gelap, Zelo masih dapat melihat wajah Jongup dengan jelas. Air mata Zelo mula mengalir tanpa dia sedari.

 

“Zelo, kami pulang dahulu— Zelo!? M-Mengapa kamu menangis!?” Youngjae yang ingin berjumpa Zelo terlebih dahulu sebelum pulang terkejut tatkala melihat anak itu mengalirkan air mata.

 

“Hyung… Jongupie hyung… dia datang…”

 

“Huh? Siapa?”

 

“Pak cik, dia dah datang…” Ujar Zelo dengan senyuman walaupun bersisakan tangisan sambil memeluk Yongguk.

 

Yongguk hanya mampu tersenyum sambil mengusap belakang Zelo. “Kan pak cik dah cakap? Dia pasti tunaikan janjinya. Kamu berikannya masa sahaja.”

 

“Apa yang mereka bualkan tu?” Daehyun berbisik pada adik kembarnya.

 

“Entahlah. Aku pun tak faham.” Youngjae hanya mencungkitkan bahunya tidak tahu.

 

 

“Lebih baik kau beritahu aku sekarang. Siapa kau yang sebenarnya? Aku tak rasa yang kau ni orang suruhan Junhong tu.” Himchan cuba untuk mencungkil rahsia orang misteri yang sedang mendukungnya itu. Entah mengapa dia tidak berasa terancam apabila didukung oleh Jongup walaupun dia penuh dengan misteri. Namun, sepanjang perjalanan, Jongup hanya diam seribu bahasa.

 

“Hei.”

 

“Kita dah hampir tiba di rumah cik. Cik pulanglah dan berehat. Pastikan ayah cik tidak tahu langsung tentang hal baju itu atau sesuatu perkara yang tidak diingini akan terjadi pada cik…” Tiba-tiba air matanya menitis membasahi pipi Himchan walaupun dia cuba tersenyum.

 

Hati Himchan tiba-tiba terasa sebak setelah melihat wajah di hadapannya itu. Himchan tahu yang orang ini menyimpan seribu satu rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Jadi, dia memilih untuk diamkan diri dan berikan ruang pada ‘pari-pari jadian’ ini.

 

Setelah mereka tiba di rumah, Himchan akhirnya bersuara.

 

“Terima kasih kerana membantu aku. Aku terhutang budi dengan kamu.” Ucap Himchan dengan ikhlas.

 

Jongup hanya tersenyum, “Cik masuklah ke dalam. Nanti ayah dan adik-adik cik tiba pula. Saya pulang dahulu. Terima kasih, cik…”

 

“Ya. Datanglah lagi—” Apabila Himchan menoleh ke belakang, kelibat Jongup sudah tidak kelihatan lagi. Tiba-tiba bulu roma Himchan meremang semacam. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.


“Siapa dia tu sebenarnya…?”

 

A/N: Terima kasih kepada yg subscribe, komen FF saya yg tak seberapa ni. Maaf kalau-kalau ada tersalah bahasa atau apa ya. Mungkin tak perasan. Hehe. Apapun, chapter terbaharu ni harap enjoy lah ye! :)) 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 5: Gah ! You make me sooooo curious ! Serius la ! Tak sabar nak tau kisah sebenarnyaaa xD
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Pak cik Yongguk yg kacak !!! OMg ! Apa la akan jdi kat Himchan tu xD
Jelly_Warrior
#3
Chapter 2: Hahaha ! Please update moreeeee xD Lawak gila ! Dah la fanfic BAP !!! /fangirling/