Act 3

Cinderella Alternative

“Selamat hari lahir, Zelo!” Si kembar ucapkan kepada anak ketua kampung yang tinggi lampai.

 

“Wah! Tingginya kamu!” Daehyun mengukur-ukur ketinggiannya dengan Zelo yang sememangnya tinggi seperti galah itu.

 

“Kan! Macam tak percaya yang kamu baru sahaja 16 tahun! Cemburunya!” Tambah Youngjae pula.

 

“Terima kasih, hyung!” Zelo hanya tersipu-sipu malu.

 

“Selamat hari lahir, Zelo. Dah besar pun kamu. Dulu pak cik masih ingat masih bermain bersama kamu sewaktu kamu kecil.” Ujar Yongguk pula yang baru muncul setelah mengucapkan selamat kepada ketua kampung terlebih dahulu.

 

Zelo menyendengkan kepalanya. “Hmm? Siapa ya?”

 

“Pfft!!” Si kembar terlepas tawa.

 

“Ini pak cik Yongguklah… Takkan tak kenal?” Yongguk memperkenalkan dirinya sambil menggaru-garu kepalanya.

 

“Pak cik Yongguk? Tapi pak cik Yongguk kan seperti samseng…” Fikir Zelo sendiri.

 

“Haha! Zelo! Betullah ini ayah kami, Bang Yongguk! Takkan kamu tak ingat?” Daehyun meyakinkan si budak tinggi.

 

“Ayah, cuba senyum sikit!” Youngjae pula mengarah.

 

Seperti pak turut, Yongguk hanya mengukir senyumannya dan secara automatiknya meyakinkan anak itu.

 

“Pak cik!! Wah!! P-Pak cik segak giler!! Saya ingatkan pak cik ni kawan-kawan Daehyun hyung dan Youngjae hyung!” Zelo secara tidak sengaja terkuatkan suaranya dan hal ini telah menarik banyak perhatian.

 

“Itu Bang Yongguk yang tinggal di rumah besar hujung kampung?”

 

“Wah… Kacaknya dia.”

 

“Betulkah dia sudah berkahwin?”

 

“Sudah. Si kembar tu anak-anaknyalah.”

 

“Sayangnya…”

 

“Tapi dengar cerita yang isterinya sudah meninggal dunia.”

 

“Yakah? Masih ada peluanglah!”

 

“Tapi dia sudah berkahwin lain.”

 

“Alahai… agaknya yang mana satu isterinya di sini ya?”

 

Yongguk menjadi resah setelah mendengar gosip-gosip itu. Dia mula berasa kurang senang kerana menjadi tumpuan ramai. Kepalanya mulalah runsing dan hanya teringatkan Himchan yang keseorangan di rumah. (Mengapa pula?)

 

“Dia pasti kesunyian di rumah. Sepatutnya aku bertukar tempat dengannya. Aku tak biasa menjadi tumpuan ramai seperti ini. Jika Himchan, dia pasti dapat mengatasinya… Menyesal pula aku tak bawanya bersama…” Fikir Yongguk sendirian sambil meneguk air oren yang dihidangkan.

 

“Hei, datang seorang diri sahajakah?” seorang wanita cantik datang menyapa Yongguk.

 

“Oh hei. Taklah. Saya datang bersama anak-anak saya. Itupun mereka.” Yongguk menuding jarinya ke arah si kembar yang sedang bersuka ria.

 

“Yakah… Saya Jieun.” Wanita tersebut memperkenalkan dirinya.

 

“Bang Yongguk.”

 

“Isteri awak tak datang?” Dia bertanya lagi sambil melihat sekeliling.

 

Yongguk hanya tersenyum. “Saya minta diri dulu ya.”

 

Wanita itu hanya memuncungkan mulutnya, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

 

 

Pada masa yang sama, Himchan sedang menahan kemarahan di rumah. Sudahlah dia tidak dibenarkan pergi ke majlis tersebut atau keluar ke mana-mana, datang pula satu makhluk yang menyakitkan hatinya. Ergh!

 

“Cik… Saya minta maaf. Saya tak berniat apa-apapun…”

 

“Kau blah sekarang sebelum aku pancung kepala kau!!” Gertak Himchan di sebalik pintu.

 

“Saya memang mahu membantu cik. Tolonglah jangan buat saya rasa bersalah pula.” Rayu lelaki itu lagi.

 

“Huh! Kau ingat aku nak percayakan kau sangat? Entah dari alam mana kau datang, tiba-tiba nak membantu aku! Kau mesti ada niat tak baik kan? Aku tahulah yang aku ni cantik dan menawan!” Walaupun dalam keadaan marah, Himchan sempat lagi mengangkat bakulnya sendiri. Haish. Tak ubah perangai Divanya itu.

 

“Sebelum ini saya hanya menolong puteri-puteri yang lemah lembut dan baik hati sahaja. Ini pertama kali saya berjumpa dengan seorang puteri yang diva seperti cik.” Ucapan daripada lelaki ini telah menaikkan darah Himchan.

 

“KAU KATA APA!!?” Himchan menghempas pintu dan menyekeh-nyekeh kepala lelaki itu.

 

“Aduh, aduh, aduh! S-Sakitlah, cik!” Dia hanya mampu mengerang kesakitan.

 

“Ha! Padan muka kau! Mulut celopar lagi!”

 

“Kalau Tuan saya dapat tahu cik perlakukan saya seperti ini, pasti dia akan marahkan cik…” Dia mengusap-usap kepalanya yang berdenyut itu.

 

“Huh!? Kau ingat aku takut sangat dengan Tuan kau tu!? Marilah sini kalau berani! Siapa sangatlah Tuan kau tu!?” Himchan mula menyinsingkan lengan bajunya. Hilang habis keayuannya.

 

“Junhong.”

 

“Huh! Sudah begitu ramai Junhong yang aku tewaskan sebelum ini! Setakat Junhong Tuan kau tu apalah sangat!?” Dengusnya dengan bongkak.

 

“Kalau Tuan saya ini Junhong, si anak ketua kampung bagaimana pula?”

 

“Huh! Anak ketua kampung saja! Bukannya anak Raja.”

 

“Yakah?”

 

“Eh tunggu! Anak ketua kampung!!? C-Choi Junhong, anak ketua kampung inikah!? K-Kau orang suruhannya?! Biar betul!? Dia yang menyuruh kau ke sini untuk dapatkan aku, orang yang paling cantik di kampung inikah!?” Mulalah perangai Himchan tu…

 

“Hmm…” Lelaki tersebut hanya terdiam tanpa kata.

 

“Jangan diam sahaja! Cakaplah sesuatu!!”

 

“Saya nak kata apa lagi?” Kepala yang tidak gatal kini digaru.

 

“Dahlah! Malas aku nak layan kau!”

 

“Betul ni cik tak nak pergi ke majlis hari lahir tu?” Sebelum Himchan masuk ke dalam semula, lelaki itu memancing Himchan kembali.

 

“Huh! Apa yang kau boleh buat sangat?” Himchan mendengus, sambil memandang rendah pada lelaki yang lebih pendek daripadanya itu.

 

Lelaki tersebut hanya tersenyum nakal.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 5: Gah ! You make me sooooo curious ! Serius la ! Tak sabar nak tau kisah sebenarnyaaa xD
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Pak cik Yongguk yg kacak !!! OMg ! Apa la akan jdi kat Himchan tu xD
Jelly_Warrior
#3
Chapter 2: Hahaha ! Please update moreeeee xD Lawak gila ! Dah la fanfic BAP !!! /fangirling/