Act 5

Cinderella Alternative

 

“Himchannie! Semalam rugi tak datang~! Ada perempuan cantik datang ke majlis tu!” Daehyun cuba mengapi-apikan Himchan sewaktu mereka sedang menjamah sarapan.

 

Namun, Himchan hanya terdiam bisu di kerusinya. Dari tadi dia tidak menjamah apa-apa. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Perkara ini menimbulkan kehairanan adik-adiknya. Himchan yang selalu pasti suka membangga diri apabila mengaitkan tentang hal perempuan cantik tetapi kali ini dia hanya mendiamkan diri. Pasti ada yang tak beres!

 

“Himchannie?” Mereka memanggilnya.

 

“Y-Ya? Ada apa?”

 

“Apa yang kamu fikirkan tu?”

 

“T-Tak ada apa—”

 

“Himchan!!” nama Himchan berkumandang satu rumah. Kering darah Himchan mendengar seruan maut daripada ayahnya itu.

 

“Himchannie ada buat sesuatu yang membuatkan ayah marah?”

 

“Himchan,” Yongguk kini berdiri di belakang mereka dengan muka yang sangat menakutkan.

 

“Y-Ya, ayah?” Himchan cuba mengawal dirinya supaya tidak menggeletar walaupun suaranya sudah tidak dapat dilontarkan sepenuhnya lagi.

 

“Sekarang ayah nak kamu jujur. Semalam kamu ada masuk ke dalam bilik ayah, tak?” Ujar Yongguk dengan serius.

 

“T-Tak ada, ayah!” Himchan cuba menipu. Adik-adiknya sudah berhenti makan apabila melihat wajah serius ayah mereka.

 

“Yakah? Tetapi barang ayah ada yang terusik. Kamu tak ambil kan?”

 

Himchan menundukkan kepalanya dan cuba mengelak daripada memandang Bang Yongguk yang sedang membara. “Tak…”

 

“Okey.”

 

Setelah itu, Yongguk kembali ke biliknya dan tidak keluar langsung dari biliknya selama tiga hari. Mereka tiga beradik mula rungsing.

 

Knock. Knock. Knock.

 

“Ayah…? Boleh kami masuk?” Si kembar meminta izin.

 

“Tiada sesiapa dibenarkan masuk ke bilik ayah.” Tegas Yongguk. Si kembar menarik muka sedih.

 

“Dae… Jae…” Himchan yang berjalan melewati mereka terkesan setelah melihat muka si kembar yang penuh kehampaan dan kedukaan.

 

“Himchannie…” Sungguh tidak sangka, mereka berlari memeluk kakak mereka itu. Selalunya mereka bertekak sahaja tetapi kelakuan ayah mereka telah memberikan kesan kepada mereka. Mereka tiba-tiba berasa seperti hilang tempat bergantung.

 

“Sebelum ini, ayah tak pernah berkelakuan begini…” Youngjae mengadu di dakapan Himchan.

 

Himchan pula mula berasa serba salah terhadap adik-adiknya. Walaupun mereka sering bertekak dan tidak sehaluan, dia terpaksa mengaku bahawa dia sangat menyayangi adik-adiknya itu. Walaupun hanya status tiri, tetapi dia menyanyangi mereka seperti adik sendiri. Dia mengusap lembut belakang mereka.

 

“Janganlah menangis… Nanti dah tak segak…” Dia cuba mengesat air mata mereka.

 

“Kami tak boleh *sob* tengok ayah begini… Kakak *hic* tolonglah lakukan sesuatu…” Pinta Youngjae dengan sisa tangisan.

 

“Kami hanya ada *sob* ayah dan kakak sahaja di dunia ini……” Daehyun pula meraung.

 

Setelah melihat penderitaan si kembar itu, Himchan mengambil keputusan untuk berterus-terang.

 

Knock. Knock. Knock.

 

“Ayah, tolong buka pintu ini.” Himchan bersuara lantang tetapi Yongguk masih tidak membuka pintu itu.

 

“Baik. Jika ayah nak saya mengaku, saya akan membuat pengakuan sekarang. Ya. Memang saya yang masuk ke dalam bilik ayah. Tetapi, saya tidak tahu apa-apa tentang barang ayah yang hilang itu. Ayah harus percayakan saya.”

 

Tiba-tiba pintu yang dikunci dibuka dan Yongguk muncul dengan muka yang kecewa.

 

“Ayah!” Si kembar kembali ceria melihat wajah ayah mereka.

 

“Channie……” Yongguk mengusap lembut pipi Himchan.

 

“…Ayah…?” Jantung Himchan menjadi lemah setelah mendengar suara Yongguk yang seperti dalam kekecewaan itu.

 

“Tidak… Jangan… Aku belum bersedia untuk itu lagi… Jangan…” Fikir Himchan apabila melihat kekecewaan pada wajah ayahnya itu.

 

“Mengapa Channie suka ingkar arahan ayah…? Channie sudah tidak sayangkan ayah…… ya…?” Ujar Yongguk dengan lemah bercampur kekecewaan dan kehampaan.

 

“Tidak…” Jawab Himchan dalam hatinya. Namun, lidah Himchan terkelu tatkala mendengar kata-kata Yongguk itu. Dia tidak boleh melontarkan suaranya. Melihat wajah Yongguk yang kecewa itu pula membuatkan air mata Himchan mengalir keluar.

 

“Jangan… Jangan buat muka seperti itu…… Tolong jangan…” Yongguk pula berfikir sendiri tatkala air mata Himchan mengalir keluar.

 

“Maaf… S…Saya—”

 

“Mulai hari ini, kamu bukan lagi anak ayah. Keluar dari sini. Buatlah sesuka hati kamu. Ayah takkan melarang kamu dah.” Sebelum sempat hatinya luluh melihat wajah sedih Himchan, Yongguk kembali mengunci diri di dalam biliknya. Dia tidak sanggup melihat wajah sedih Himchan. Cukuplah dia berasa berdosa membiarkan Himchan mengalirkan air mata kerananya. Dia membaluti dirinya di sebalik pintu itu. Air mata membasahi pipinya.

 

Himchan terkedu di situ. Dadanya sebak tapi dia cuba menahan diri supaya tidak meraung. Dia memandang si kembar yang kembali mengalirkan air mata mereka. Himchan sudah tidak dapat menahan sebak lagi. Dia bergegas turun untuk keluar daripada rumah itu. Namun, dia dihalang oleh adik-adiknya.

 

“Kakak jangan pergi…!” Daehyun memeluk Himchan dari belakang.

 

“Kami sayangkan kakak…” Diikuti oleh Youngjae.

 

Bertambah-tambahlah sebak di dada Himchan. Namun, dia cuba tabahkan dirinya. Dia menoleh lembut ke arah si kembar dan mengusap lembut kepala mereka.

 

“Jaga diri kamu… Kakak pun sayangkan kamu berdua…” Dia mencium dahi si kembar sebelum melangkah keluar dari rumah itu.

 

Si kembar terduduk melihat Himchan hilang dari pandangan mereka. Youngjae kemudian menangis di bahu abangnya, Daehyun. Suara tangisannya bergema satu rumah.

 

Pada masa yang sama, Yongguk turut menangis di sebalik pintu biliknya.

 

“…Pak cik… Mak cik… saya dah gagal… saya tak boleh menjaga anak pak cik dan mak cik seperti mana pak cik dan mak cik menjaganya… Saya tak boleh memaksa diri untuk menganggapnya sebagai anak saya sendiri…!” ujarnya dengan penuh kekesalan.

 

“…Maafkan saya……”

 

 

Himchan berlari ke tasik berdekatan dan menangis seorang diri di situ, melepaskan segala kesakitan yang ditanggungnya.

 

“Menangislah sekuat hati cik jika menangis dapat menawar duka cik.” Jongup yang muncul entah dari mana mengambil tempat di sebelah Himchan berserta senyuman yang tidak pernah lekang daripada mukanya itu.

 

“…Jongup… *hic* aku tak faham… Aku tak faham mengapa ayah perlakukan aku sebegini… *hic* Adakah kerana aku hanya anak tirinya… jadi dia tak boleh maafkan aku *hic* hanya kerana aku telah melakukan kesilapan…? Benci sangatkah dia *hic* terhadap aku…?”

 

Jongup hanya tersenyum, “Saya rasa itu bertentangan, cik.”

 

“…A…Apa *hic* maksud kamu…?”

 

“Cik tentu tidak perasan gambar ini sewaktu cik masuk ke dalam biliknya kerana cik terlalu memikirkan amarah ayah cik, bukan?” Jongup menunjukkan sekeping gambar pada Himchan.

 

Tangisan Himchan terhenti setelah dia melihat gambar itu. Gambar yang menyimpan seribu rahsia. Gambar Yongguk bersama si kembar sewaktu kecil.

 

“…T…Tak mungkin… Mana mungkin…”

 

“Saya juga terkejut setelah melihat ayah tiri dan adik-adik cik dengan mata kepala sendiri sewaktu di majlis hari lahir itu. Saya tidak pelik dia menjadi ayah tiri cik pada usia yang muda tetapi yang peliknya adik-adik tiri cik tu. Masuk akalkah anak-anaknya lebih kurang seusia dengannya?”

 

Dalam gambar itu, Yongguk yang berusia dalam lingkungan 15 tahun bersama ‘anak-anaknya’ yang berusia dalam lingkungan 3 tahun.

 

“Saya tidak tahu bagaimana cik dapat tahu bahawa dia ayah tiri cik tetapi saya sangat yakin yang si kembar tu bukan anak-anaknya.”

 

Tiba-tiba kepala Himchan berdenyut ketika cuba mengimbau kembali bagaimana Yongguk boleh muncul dalam hidupnya.

 

“Cik?”

 

“K…Kepala aku sakit…!”

 

“Himchan, mulai hari ini, kamu akan tinggal bersama kami. Kamu boleh anggap saya sebagai ayah tiri kamu dan mereka berdua ini pula adik-adik tiri kamu.” Kata-kata ini bermain difikiran Himchan.

 

“Biar saya bawa cik ke klinik berdekatan, ya?” Sebelum sempat Jongup memapah Himchan, dia memberikan tindak balas.

 

“Aku dah ingat sekarang…”

 

“Cik…?”

 

Himchan mengenggam erat penumbuknya. “Dia tidak pernah berkata pun yang dia pernah berkahwin dengan ibu aku sebelum ini. Aku yang bodoh… Tak. Dia memperbodohkan aku…! Tak guna…!” Himchan mengesat air matanya dan berdiri.

 

“Cik nak ke mana…?”

 

“Aku nak buat perhitungan dengan si penipu tu!”

 

“Tung—” Jongup tiba-tiba rebah ke lantai sambil memegang dadanya. “T…Tunggu…”

 

“Jongup!!?” Himchan cepat-cepat membantu Jongup yang sudah pucat lesi tu.

 

“S…Saya sudah tiada banyak masa lagi… Boleh tak cik bantu saya kali ini…?” Pintanya. Dia masih cuba untuk tersenyum walaupun keadaan tidak mengizinkannya.

 

“Apapun, aku perlu bawa kamu ke hospital terlebih dahulu!”

 

A/N: I'm back! Tinggal lagi 2 chapter je sebelum semuanya selesai! Thanks for subscribing, viewing and commenting btw! Enjoy! :))

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 5: Gah ! You make me sooooo curious ! Serius la ! Tak sabar nak tau kisah sebenarnyaaa xD
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Pak cik Yongguk yg kacak !!! OMg ! Apa la akan jdi kat Himchan tu xD
Jelly_Warrior
#3
Chapter 2: Hahaha ! Please update moreeeee xD Lawak gila ! Dah la fanfic BAP !!! /fangirling/