Act 1

Cinderella Alternative

Setelah ketiadaan ibu, Himchan terpaksa tinggal bersama ayah tiri dan dua orang lagi adik beradik tirinya. Kehidupannya tidak ubah seperti Cinderella di dalam cerita dongeng itu. Yalah tu. Tapi persoalannya, adakah seorang “Putera Raja” yang dapat menyelamatkannya?

 

 

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah keluarga yang tinggal di hujung kampung (tetapi rumahnya agaknya besar). Keluarga tersebut didiami oleh tiga orang lelaki sekeluarga. Namun, bertambah seorang lagi ahli keluarga mereka tetapi kali ini seorang perempuan pula.

 

“Himchan! Kemas meja ni cepat!” Lelaki yang tertua di dalam rumah mengarah.

 

“B-Baik, ayah! Saya datang sekarang!”

 

Himchan merupakan anak tiri kepada Bang Yongguk. Setelah ketiadaan ibunya, dia terpaksa menumpang kasih ayah tiri dan dua orang adik beradik tirinya. Walaupun berpakaian biasa, dia masih nampak cantik.

 

“Hei! Selepas itu, kemaskan bilik kami pula!” Daehyun, si abang tiri sulung menambah arahan.

 

“Amboi. Apasal kamu nak mengarah aku juga? Pergilah kemas bilik kamu tu sendiri. Aku bukannya orang gaji kamulah! Lagipun, aku lebih tua daripada kamu. Hormat aku sikit!”

 

Okey. Himchan bukanlah typical Cinderella yang selalu ditindas adik beradik tirinya. Dia lebih kepada Cinderella yang Diva.

 

“Ayah! Tengok Himchannie! Dia bercakap kasar dengan kami!” Si adik tiri, Youngjae pula mengadu. Daehyun dan Youngjae merupakan adik beradik kembar yang sangat manja dan bermasalah dari aspek tingkah laku. Namun, ayah mereka tidak berperangai sebegitu. Entah dari manalah mereka mewarisi sifat tersebut…

 

“Himchan! Jangan cakap seperti itu pada adik-adik kamu.” Si ayah membela si kembar. Adik-adiknya tersenyum sinis. (Anak tiri tetap anak tiri. Lol.)

 

“Tapi ayah sendiri dengar tadi! Mereka yang memulakannya dahulu!” Himchan cuba membantah.

 

“Tetapi kamu tu seorang kakak. Kamu kena tunjuk teladan yang baik pada adik-adik kamu dan bukannya terikut-ikut dengan perangai mereka.”

 

“Haha! Padan muka!” Mereka ketawa jahat diam-diam supaya tidak kedengaran oleh ayah mereka.

 

“Kamu tu anak perempuan. Ayah hanya ada kamu seorang sahaja sekarang. Tolonglah berperangai elok sikit demi kebaikan adik-adik dan diri kamu, ya?” Senyuman manis lagi maut daripada ayahnya membuatkan Himchan terpaku di situ. Tambahan pula, ayah tirinya itu mengusap lembut bahunya. Dia hanya mampu mengangguk dan kembali mengemas meja makan. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang pula. Jeng. Jeng. Jeng.

 

“Tidak, tidak, tidak! Mengapa aku begini?” Fikirnya sambil menekup mukanya yang merah seperti tomato itu.

 

“Ayah, jom pergi ke parti hari lahir pada hujung minggu ini!”

 

“Parti hari lahir anak ketua kampung itu kah?”

 

“Ya, ya! Jomlah ayah!”

 

“Ayah memang dijemput pun. Mereka menjemput satu kampung untuk datang ke majlis itu. Maklumlah, itulah satu-satunya anak yang ketua kampung ada.”

 

“Fuh! Tentu best jadi anak ketua kampung tu. Semua benda dia dapat!”

 

“Jadi, tak best jadi anak ayah? Begitukah?”

 

“B-Bukan! Kami tak bermaksud begitu!”

 

“Yalah! Jadi anak ayah lagi best!”

 

“Ayah! Boleh Channie ikut?” Himchan yang terdengar perbualan mereka menyampuk. Dia memang pantang kalau dengar bab-bab parti ni. Haish.

 

“Tak boleh! Ayah! Jangan bawa Himchan! Nanti dia makan semua makanan saya!” Si abang membantah keras.

 

“Betul tu! Nanti kalau ada orang datang memikatnya bagaimana pula? Ayah yang susah kan?” Youngjae menambah.

 

“Cis! Tak guna punya adik!” Himchan memaki hamun adik-adiknya dalam hati.

 

“Youngjae, kau ni banyak tengok drama! Siapalah yang nak berkenan dengan Himchannie yang garang seperti singa ni? Cakap pun seperti menggunakan mikrofon. Dia fikir orang pekak agaknya.” Daehyun menambah minyak atas api.

 

“Yalah kan!”

 

“Apa!? Kau ulang sekali lagi!?” Himchan cuba sedaya upaya supaya tidak meninggikan suaranya walaupun tidak berjaya sama sekali. Si kembar ketawa jahat.

 

“Sudah, sudah.” Yongguk mengetuk kepala si kembar dengan lembut.

 

“Aduh! Sakitlah ayah…!”

 

“Nak kena lagi?”

 

“T-Tak nak…”

 

“Kalau tak nak, diam.” Yongguk menoleh pandangannya kepada Himchan dan mengeluh. “Channie-ah. Bukan ayah tak benarkan kamu ikut tetapi kalau kamu ikut, kamu faham-faham sahajalah orang kampung ini. Mereka mungkin akan membawa rombongan meminang ke sini. Kamu nak macam tu?”

 

“Bagus juga tu! Boleh saya berkahwin dengan anak ketua kampung tu!” Ujar Himchan tidak tahu malu.

 

“Itu kalau anak ketua kampung. Tapi kalau bukan anak ketua kampung yang datang bagaimana?” Youngjae menyampuk lagi. (Belum serik agaknya)

 

“Haish! Kau diamlah! Budak-budak jangan masuk campur urusan orang-orang tua!”

 

“Jangan tengking adik kamu. Berapa kali ayah nak ulang?” Yongguk mula melantangkan suara diikuti dengan tawa si kembar itu. Himchan hanya mengetap bibir, tidak puas hati. Asyik-asyik dia sahaja yang kena.

 

“Kamu tu muda lagi nak berkahwin. Tambahan pula anak ketua kampung tu sebaya dengan adik-adik kamu. Tak pun, dia lebih muda daripada mereka. Ayah secara peribadi tidak membenarkannya dan keputusan ayah muktamad.”

 

“Tapi ayah…” Himchan memuncungkan mulutnya (cuba membuat muka comel) tetapi akhirnya mengaku kalah. “Yalah…”

 

“Yay!” Si kembar bersorak riang. Seronok betul mereka melihat kesedihan orang lain. Ish ish ish.

 

“Sebagai balasan, kamu berdua perlu kemas bilik kamu berdua sendiri mulai hari ini.”

 

Gelak tawa mereka terhenti. Mereka memandang ayah mereka, cuba membantah.

 

“Tapi ayah!”

 

“Tiada tapi-tapi lagi. Keputusan ayah muktamad. Pergi naik sekarang.”

 

Terkelu lidah mereka apabila Yongguk menunjukkan muka ‘samseng’ yang mampu menelan orang itu lantas mereka bertempiaran lari masuk ke bilik mereka. Himchan masih lagi tercegat di situ, mengelamun. Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan ayah tirinya.

 

“Dia hanya ayah tiri aku.” Fikir Himchan.

 

Dia tidak sedar bahawa Yongguk menghampirinya.

 

“Channie marahkan ayah?” Lembut sahaja dia bertanya. Suara itu juga yang membuat Himchan mendecit terkejut.

 

“T-Taklah! M-M-Mana ada!” Jawabnya tergagap-gagap dek terkejut.

 

“Leganya ayah dengar. Tak mengapa. Nanti ayah belikan sesuatu untuk Channie, ya?”

 

Jika senyuman boleh membunuh, Himchan mungkin sudah mati dibunuh dengan senyuman manis lagi maut daripada Yongguk.

 

“Tapi kamu jangan beritahu adik-adik kamu. Rahsiakannya, okey?” Dari senyuman, dia berbisik pula. Boleh sakit jantung Himchan dibuatnya. Kasihan

 

“B-B-Baik ayah…”

 

“Beginilah anak ayah.” Yongguk mengusap-usap kepala Himchan sambil tersenyum sementara anak itu sudah terpegun di situ dengan muka yang merah. Jantungnya asyik berdegup dengan kencang. Segala perasaan tidak puas hatinya sebentar tadi hilang begitu sahaja setelah melihat senyuman yang dilemparkan oleh ayah tirinya itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jelly_Warrior
#1
Chapter 5: Gah ! You make me sooooo curious ! Serius la ! Tak sabar nak tau kisah sebenarnyaaa xD
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Pak cik Yongguk yg kacak !!! OMg ! Apa la akan jdi kat Himchan tu xD
Jelly_Warrior
#3
Chapter 2: Hahaha ! Please update moreeeee xD Lawak gila ! Dah la fanfic BAP !!! /fangirling/