Friendzoned I

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Sebelum meninggalkan restoran itu, Hanee sudah terlebih dahulu menarik lengan Dahyun untuk ke satu sudut kecil di restoran itu. 

 

"Kenapa?" Bisik Dahyun, curiga. 

 

Hanee hanya tersenyum. Sejujurnya, Dahyun suka sikap Hanee yang agak bersahaja dan lembut. Barulah dia tahu mengapa Chanyeol sukar untuk melupakan Hanee.

 

Sebelum ini Dahyun ingat bekas teman wanita Chanyeol ini seorang yang berlagak atau sombong seperti minah-minah dalam drama tu tetapi jelas sekali sangkaannya salah!

 

Habis sahaja masa lunch hournya tadi, Dahyun berkira-kira ingin pulang ke kedai itu semula namun sebelum dia sempat berbuat demikian— Hanee sudah terlebih dahulu mengajaknya untuk makan malam bersama mereka selepas dia habis kerja. 

 

Mahu tidak mahu, Dahyun terpaksa juga setuju. 

 

"Hanee cuma nak cakap... thanks sebab sudi berada di sisi Chanyeol" ucap Hanee, ikhlas. Sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman. 

 

Membuatkan kedua-dua lesung pipitnya jelas kelihatan. 

 

Makin pelik Dahyun dibuatnya. Kenapa perlu dia berterima kasih pada aku? Melihat kening Dahyun yang berkerut, Hanee melepaskan tawa kecil. 

 

"Maksud Hanee," tangan Dahyun digenggam. "Terima kasih sebab tolong ubati luka Chanyeol. Hanee tahu mesti Chanyeol banyak menyalahkan Hanee dalam perkara ni.." 

 

Dahyun menggeleng laju. Dia sendiri tak tahu perkara sebenar yang telah berlaku. Chanyeol tidak pernah cerita pun apa yang berlaku antara dia, Hanee dan Sehun. 

 

Dahyun hanya boleh meneka sahaja. 

 

Hanee kembali memandang lantai. Hatinya pedih mengingati perkara dahulu. Dia cuba untuk mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicaranya.

 

Dahyun yang perasan perkara itu hanya mendiamkan diri. Dari pandanganya, masalah yang berlaku antara Chanyeol dan Hanee bukan sahaja menyakiti mereka berdua— tetapi orang di sekelilingnya juga. 

 

Seperti Sehun.. Jelas kelihatan usahanya untuk memperbaiki hubungannya dengan Chanyeol tadi. 

 

Dan Dahyun pasti.. dia juga akan termasuk dalam golongan itu jika rasa suka akan Chanyeol ini makin mendalam. 

 

"Hanee—" nafas ditarik dalam-dalam. Terlalu sukar untuk Hanee meneruskan kata-katanya. "Hanee pun tak salahkan Chanyeol sebab fikir macam tu. Memang salah Hanee sebab t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim