Single Ladies

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Dahyun merenung wajahnya pada cermin bulat yang terlekat cantik pada dinding biliknya. Mukanya yang masam itu cuba diceriakan dengan senyuman. Tetapi nampak sangat yang dia sedang berpura-pura. 

 

"Dah siap ke?" Baekhyun dengan selambanya melangkah masuk ke bilik Dahyun. Sudahlah tak ketuk pintu dahulu, terkejut Dahyun dibuatnya. 

 

Mata Baekhyun bulat memandang Dahyun. "Wow" ucap Baekhyun dengan nada perlahan sebelum mengeluarkan telefonnya dari kocek seluarnya. 

 

Sebelum Baekhyun sempat berbuat apa-apa, Dahyun sudah terlebih dahulu merampas telefon itu dari Baekhyun. 

 

"Apa kau fikirkan Byun Baekhyun?" Dengus Dahyun lalu kembali memandang cermin untuk mencalitkan sedikit lip balm. Telefon Baekhyun sudah dicampak ke atas katil. 

 

Baekhyun hanya melepaskan tawa sebelum mengambil telefonnya semula. Kemudian dia cepat-cepat menyimpan telefon kesanyangannya itu, khuatir jika Dahyun merampasnya lagi. 

 

"Ala bukan selalu nampak kau pakai cantik-cantik macam ni!" Rengek Baekhyun selepas membenamkan badannya pada katil Dahyun. 

 

Lenguh kakinya asyik berdiri sahaja. Dahyun pula hanya mendiamkan diri namun dia perasan yang Baekhyun asyik merenung dia saja. Rimas dibuatnya!

 

"Kau tau yang benda ni tak wajib kan," kata Baekhyun perlahan. 

 

Dahyun mengeluh kasar, ini sudah kali ke berapa Baekhyun ingin membincangkan perkara ini. "It's just a bachelorette party" rengusnya. 

 

Muka Baekhyun bertukar keruh. Geram dia melayan kerenah degil Dahyun. "Hanee's Bachelorette party. Kau sedar tak?" Soalnya dengan nada menyindir. 

 

Dia tidak faham mengapa Dahyun bersungguh-sungguh nak pergi ke majlis orang yang tidak disukainya. Jika Baekhyun jadi Dahyun, sudah lama Baekhyun menamatkan idea gila ini. 

 

"Aku tak nak diorang suspect apa-apa" balas Dahyun acuh tak acuh sambil tangannya ligat menepek bedak pada mukanya. 

 

Dahyun mengambil pandangan terakhir pada cermin bulat itu. Apabila yakin dia sudah bersedia, Dahyun mengambil tas tangannya dan memandang Baekhyun yang masih berbaring di atas katilnya. 

 

Dijeling tajam wajah Baekhyun. 

 

"Jom cepat, Chanyeol mesti dah tunggu" Baekhyun dengan perlahan bangun lalu mengheret kakinya mengikut jejak Dahyun. Dia malas nak pergi bachelor party Sehun sebenarnya. 

 

"Lagipun—" kata Dahyun tiba-tiba. Tetap memandang ke hadapan, "esok semua benda merepek ni akan tamat," 

 

Jujur, hati Dahyun sakit untuk menuturkan kata-kata itu. Tetapi dia nekad untuk melupakan Chanyeol. Mungkin hari esok, selepas sahaja majlis pernikahan Hanee dan Sehun— mungkin ia adalah permulaan baru untuk Dahyun. 

 

 

 

Dahyun menghela nafas yang panjang sebelum memasuki dewan yang bersaiz besar itu, pintu ukiran berwarna putih itu ditolak perlahan. Rasa gelisah memakan dirinya. 

 

Masuk sahaja dewan itu, bunyi lagu yang bergema dengan kuat terus menyapanya serta bunyi tawa dari tetamu yang hadir. Lampu dewan yang malap itu ditemani lampu neon yang tertulis nama Hanee. 

 

Mata Dahyun meliar mencari kelibat Hanee kerana hanya Hanee sahaja yang kenal dengannya. Dahyun langsung tidak kenal sesiapa yang berada di dewan ini. 

 

Kerana itu jugalah Baekhyun menghalangnya dari pergi ke bachelorette party Hanee. Tiba-tiba mata Dahyun menangkap susuk tubuh lelaki-lelaki yang sedang menari di atas pentas yang disediakan sambil perempuan-perempuan yang barangkali rakan Hanee sedang menjerit kegirangan. 

 

Okay that's it! Dahyun bercadang ingin pulang terus ke rumah. Betul kata Baekhyun, dia tidak patut datang ke sini!

 

Belum sempat Dahyun melangkah pergi, seseorang sudahpun menarik lengannya dan menarik Dahyun ke dalam pelukannya. 

 

"Dahyun! Sampai pun." Jerit Hanee kerana muzik yang bergitu kuat.

 

Dahyun turut membalas pelukan Hanee. "Risau tau tak nampak Dahyun tadi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim