Last Goodbye

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai, Sehun dan Hanee meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan mereka. Majlis pada pagi itu berjalan dengan lancar dan mereka telahpun bergelar suami isteri. 

 

Namun tugas Joon Dahyun masih belum selesai. Tiba pula majlis penutupan pada malam nanti yang akan diadakan di pantai yang berdekatan dengan hotel penginapan Sehun dan Hanee.

 

Siapa sangka ramai juga rakan-rakan Hanee yang cuba merapatkan diri mereka dengan Dahyun apabila mengetahui Dahyun merupakan teman wanita baru Chanyeol. 

 

Sukar bagi mereka untuk percaya yang Chanyeol sudah move on. Mungkin kerana inilah Chanyeol meminta Dahyun untuk berlakon menjadi teman wanitanya. 

 

Dahyun hanya mampu tersenyum sendiri sambil melayan semua pertanyaan rakan-rakan Hanee. Terpaksa juga dia menipu apabila disoal sudah berapa lama mereka kenal. 

 

Tak sabar rasanya Dahyun nak balik dan tidur saja di rumah.

 

"Kau renung dia lama-lama pun tak guna," ujar seseorang dari belakang Chanyeol yang menyebabkan dia tersedar dari lamunannya. 

 

Chanyeol memicit sedikit batang hidungnya. Mukanya terasa panas. "Baek—" katanya perlahan. 

 

Baekhyun memberi Chanyeol segelas air yang baru diambilnya tadi. "Sejak bila kau jadi pengecut?" Sindir Baekhyun. 

 

Chanyeol hanya menaikkan sebelah keningnya sebelum kembali merenung ke arah Dahyun yang masih terkial-kial ingin menjawab semua pertanyaan rakan-rakannya. 

 

Entah apa yang mereka bualkan Chanyeol juga tidak pasti.

 

"Aku tahu kau faham maksud aku,"

"Aku bukannya pengecut," nafasnya dihela. "Aku cuma selamatkan diri aku daripada dilukai sekali lagi"

 

Baekhyun menggelengkan kepalanya sambil mulutnya melepaskan tawa pendek. "Who cares kalau kau dilukai lagi Yeol?" 

 

"Bukan ke kau hanya melukai diri sendiri dengan buat begini? And besides that, kau lukai dia juga" Baekhyun mengerling ke arah Dahyun sebelum kembali memandang Chanyeol. 

 

Tangannya diletakkan di atas bahu Chanyeol. "Bukan ke sebab tu kita bercinta. We love and we learn from it. Jangan disebabkan Hanee, kau tak berani nak move on"

 

Mereka mendiamkan diri seketika dan Baekhyun mengambil peluang ini untuk menghabiskan air di tangannya. 

 

Angin sejuk menampar pipi Chanyeol menyedarkan dia kembali dari lamunanya. Kata-kata Baekhyun kekal merawang-rawang di mindanya.

 

Beranikah dia? Sanggupkah dia merasa pedih itu sekali lagi?

 

Chanyeol kembali memandang Dahyun. Jelas sekali wanita itu mencintainya. Tapi dengan cinta tu cukup ke— hati manusia... Ada pasang surutnya juga. 

 

Matanya turut memandang kearah Dahyun yang sudah dikelilingi oleh rakan-rakan Hanee. Kasihan Baekhyun dibuatnya apabila melihat reaksi kelat pada wajah Dahyun. 

 

"Love is a gamble, Yeol." Ucap Baekhyun perlahan sebelum membetulkan kotnya.

 

"Sudahlah. Aku nak pergi," Baekhyun bergegas kearah Dahyun. Ingin menyelamatkan wanita itu daripada asyik dijadi mangsa rakan-rakan Hanee.

 

Namun langkahnya terhenti akibat Chanyeol. "Biar aku buat," gumamnya. "Nanti apa pula orang cakap?" Tanpa membuang masa lagi, Chanyeol berjalan kearah Dahyun. 

 

Dahyun melepaskan keluh pendek sambil kepalanya ligat memikirkan idea lain untuk menipu rakan-rakan Hanee. Mengapa mereka ni sibuk sangat jaga tepi kain orang?

 

Bila jumpalah, sejak bila kenal, dekat mana first date— aih... Tak tau ke apa maksud privasi?

 

Terkasima Dahyun dibuatnya aoabila merasakan tangan seseorang melingkari pinggangnya. Suara-suara yang dari tadi mengganggunya juga sudah diam. 

 

Kepalanya dipusingkan ke kiri sedikit. Chanyeol pula hanya mempamerkan muka selamba.  

 

"Yeol! Apa ni?!" Bisik Dahyun. 

 

Chanyeol mengerling ke arah Dahyun sekilas sebelum tersenyum manis kearah rakan-rakan Hanee yang dari tadi setia menjadi penonton mereka berdua. 

 

"Ladies," senyuman Chanyeol semakin lebar. "May I steal her from you?" Soal Chanyeol dengan suara rendah. 

 

Tipulah kalau Dahyun kata dia tidak gugup sekarang ni. Dapa dia rasakan getaran pada dada Chanyeol apabila lelaki tersebut menuturkan kata-katanya. 

 

Separuh dari dirinya asyik mengingatkan Dahyun agar tidak mudah terperangkap dengan kebaikan Chanyeol. 

 

Dahyun bagai tersedar dari lamunannya apabila merasakan tangan Chanyeol menariknya kearahnya. Dahyun berasa sedikit teragak-agak. Tetapi sanggupkah dia duduk lama-lama dengan rakan-rakan Hanee itu? Dahyun pantas menggelengkan kepalanya dan mengikut jejak Chanyeol. 

 

 "Kita nak pergi mana?" 

 

Chanyeol tersenyum mendengar pertanyaan Dahyun, diperlahankan langkahnya apabila menyedari mereka sudah berada agak jauh dari kawasan majlis Sehun dan Hanee. 

 

Pertanyaan Dahyun sudah terjawab apabila telinganya menangkap bunyi deruan ombak yang semakin jelas kedengaran. 

 

Pantas tangan Chanyeol dilepaskan lalu Dahyun berlari anak ke arah laut yang terbentang biru itu. Dahyun melepaskan ketawa riang apabila air laut yang sejuk itu menampar ke kakinya. 

 

Kasut tumit tinggi yang dipakai oleh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim