Shopping

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Harini, Dahyun bercadang nak pergi ke supermarket. Pagi tu, perutnya rancak memainkan lagunya sendiri— menandakan sudah tiba masanya dia mengisi perutnya. 

 

Tetapi buka sahaja peti ais yang saiznya lebih besar dari almari bilik Joon Dahyun, satu apa pun Dahyun tak nampak. Yang ada cuma minuman keras. 

 

Joon Dahyun mencapai beg tangannya sebelum ingin melangkah keluar. 

 

Namun langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil. Dengan agak perlahan, Dahyun memusingkan kepalanya. 

 

Sejujurnya, Dahyun masih kekok dengan kehadiran Chanyeol selepas kejadian semalam. Bagi Chanyeol pula, dia masih rasa bersalah kerana telah memalukan Dahyun di hadapan orang ramai. 

 

"Hyun!" Panggilnya. 

 

Cermin mata yang masih terletak cantik di atas batang hidungnya masih tidak dibuka. Dia baru sahaja habis menyiapkan kerjanya di dalam bilik. 

 

Tetapi cepat-cepat dia keluar bila nampak kelibat Dahyun di luar biliknya. 

 

Dahyun mengangkat sebelah keningnya.. Hyun?

 

"awak nak pergi mana?" Soal Chanyeol dengan agak kekok. Telinga kirinya disentuh sekilas. 

 

Dahyun yang sedar akan tingkah laku Chanyeol hanya membiarkannya. "Pergi supermarket. Barang rumah dah habis... kenapa?" 

 

Chanyeol bermain pula dengan jari jemarinya sebelum menjawab persoalan Dahyun. Dia pasti telinganya memerah sekarang ini. 

 

Bukan kerana sejuk.. tapi kerana malu. 

 

"Nak saya teman?"

 

Mata Dahyun membulat. Lidahnya sedikit kelu dengan kata-kata Chanyeol. Macam tak percaya Chanyeol dulu akan mengutarakan kata-kata itu. 

 

"Okay..."

 

"Jap! Saya siap." Katanya dengan sedikit teruja sebelum berlari anak ke arah tangga. 

 

Dahyun yang hanya berdiri di tepi pintu melepaskan tawa yang dari tadi ditahannya. comel, bisik hatinya sebelum dia cepat-cepat menggeleng.

 

Omo... Joon Dahyun... Jangan! 

 

Dia menampar kasar pipinya. Chanyeol yang baru turun memandang pelik pipi Dahyun yang agak memerah. Tetapi tidak pula disoalnya. Hanya membiarkan sahaja wanita itu berjalan di sisinya. 

 

 

"Tak banyak sangat ke?" Soal Chanyeol namun tidak diendah oleh Dahyun. 

 

Tangan Dahyun ligat mencapai segala macam makanan basah dan dilemparkan di dalam troli yang ditolak oleh Chanyeol. 

 

"Hyun." Panggil Chanyeol perlahan. 

 

Langkah Dahyun terhenti sekali lagi. Sesungguhnya dia tak biasa dipanggil begitu. Tak ada sesiapa pun pernah panggil dia Hyun.

 

Kepala dipusing sambil matanya melirik tajam muka Chanyeol yang tersenggih kerana akhirnya Dahyun memberhentikan langkahnya. 

 

Penat tau dia ikut jejak Dahyun yang laju ni. Nampak je kaki pendek tapi jalan punyalah laju. 

 

"Alah, buat apa awak ada p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim