Chebal

Masih mencintaimu
Please Subscribe to read the full chapter

S-soo...yeon?"

 

Chanyeol seakan terpaku disitu. Masa seakan terhenti antara mereka berdua.Soo Yeon juga kaku disitu seperti patung.Saat tersedar realiti yang dihadapinya,dia terus melangkah laju meninggalkan Chanyeol. Chanyeol yang menyedari hal itu pantas berlari mengejar Soo Yeon.

 

"Soo yeon." Chanyeol memegang pergelangan tangan Soo Yeon.

 

Soo yeon yang menyedari hal itu pantas merentap tangannya dengan kasar dari pegangan Chanyeol.

 

"Saya minta maaf Soo yeon..saya minta maaf..saya menyesal..saya menyesal dengan tindakan saya." Chanyeol cuba mendekati Soo yeon.Air matanya hampir gugur tatkala melihat insan yang dia rindukan didepan mata.

 

Soo Yeon melangkah setapak kebelakang.

"Jangan dekati saya!Saya benci dengan awak.Benci sangat-sangat.Kenapa awak perlu hadir dalam hidup saya lagi?Saya dah lupakan awak dan hidup bahagia.Kenapa?Kenapa awak perlu muncul lagi?anni...kenapa awak buat saya macam tu?Saya ni terlalu teruk ke untuk awak?!"Mata Soo yeon merah kerana dia menahan air matanya daripada mengalir dihadapan lelaki itu.

"Saya minta maaf Soo yeon..saya minta maaf." Air mata Chanyeol turun perlahan sambil memandang Soo yeon.

 

"Maaf?Kalaulah maaf awak boleh ubah apa yang awak cakap pada saya dulu,mungkin saya dapat maafkan awak tapi..luka pada hati saya kerana kata-kata awak masih berdarah lagi sampai sekarang.Jadi,lebih baik kalau kita tak berjumpa lagi."

 

Soo Yeon terus berlalu pergi dari situ.Chanyeol pula sudah menundukkan wajah sambil menangis. Dia tidak menghiraukan orang ramai yang memandang kearahnya.Telefon bimbitnya yang berdering sejak tadi dibiarkan saja.

 

 

                                  *    *    *

 

Chanyeol sedang meneguk perlahan minuman beralkohol dihadapannya.Sudah beberapa botol telah diteguknya,tapi dia masih belum berhenti lagi.Matanya separuh terbuka sambil memandang minuman beralkohol dalam cawan kaca kecil itu.

 

"Kenapa aku masih sedih lagi walaupun dah minum air ni?Kenapa?!Ha,mungkin aku kena minum banyak lagi!Ya!Kita minum lagi.." Chanyeol meneguk habis minuman itu dengan satu tegukan sahaja.

 

Tiba-tiba telefon bimbitnya yang terletak diatas meja itu berdering.Pelayan lelaki yang berada dihadapan Chanyeol pantas mengangkat panggilan itu.Setelah memberitahu hal yang sebenarnya,dia meletakkan kembali telefon bimbit Chanyeol sambil menunggu kedatangan orang tersebut.

 

 

Beberapa minit kemudian,Kyungsoo datang mendekati Chanyeol.Dia berterima kasih kepada pelayan lelaki itu dan memapah Chanyeol yang tidak sedarkan diri itu.

 

"Berat betullah kau ni.Yang kau pergi minum ni kenapa?Haishhh,kau ni kan!"

Kyungsoo menutup pintu kereta setelah menempatkan Chanyeol dikerusi penumpang disebelahnya.Kyungsoo pun masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keselamatan.Kereta itu perlahan-lahan meninggalkan tempat itu.

 

Chanyeol membuka matanya.Kyungsoo yang sedang memandu mengerling sebentar pada Chanyeol.

 

"Kyungsoo..."

 

"Yeol...aku hantar kau balik ya?Kau mabuk teruk ni.Tak pernah aku tengok kau macamni."

 

"Soo...aku rasa sakit sangat."

 

"Kau sakit kat mana?Kalau macam tu,aku rasa aku bawa kau ke hospital dulu,okey?"

 

"Aku sakit kat sini." Chanyeol mencengkam baju dibelah kiri dadanya.

 

"Kat sini...rasa sesak sangat.Aku rasa hancur Soo..Kenapa aku sanggup buat macam tu pada dia?Sekarang, aku ras

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlightkim_
Dah update dah chapter baru semalam.

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 6: Ship Kyungsoo n Soo yeon?Selamat tahun baru, kawan.
Heart_love
#2
Chapter 4: >_< chanyeol dgn sooyeon jumpa dan masing-masing dah berpunya.Apa yang akan terjadi nanti?mcm mana dgn prsahabatan kyungsoo ngan chanyeol?ppali update ira!
Heart_love
#3
Chapter 2: Huwwwaaaaa,kenapa dengan Chanyeol ni?Asyik nak sakitkan hati perempuan je.Hempuk dengan kuali baru tau.Cepat update authornim