Because It's You
Description
Jisoo, ialah gadis gelandangan yang baru saja diambil oleh puan Lee menjadi anak angkatnya kerana kematian ayahnya. Jisoo tidak pernah terfikir akan hidup sebatang kara dalam usia yang muda dan ditinggalkan dalam keadaan yang susah apabila appanya, satu-satunya manusia yang dia ada, pergi meninggalkannya. Akhirnya, atas hutang budi yang dirahsiahkan, puan Lee memutuskan untuk menanggung biaya hidup dan kos pendidikan gadis itu.
Hyunwoo, pewaris tunggal syarikat perniagaan keluarga Lee, dia tidak pernah suka dengan anak-anak gelandangan. Baginya, mereka semua sama saja, semuanya menginginkan harta kekayaan keluarganya. Dan apabila dia mendapat tahu ommanya akan mengambil Jisoo sebagai anak angkat, Hyunwoo semakin membenci gadis itu. Tapi kebenciannya tidak bertahan lama apabila dia mengetahui punca sebenar kepada penderitaan hidup Jisoo dan mendiang ayahnya.
"Aku tak suka kau rapat dengan Seungho, jangan buat kontak dengan dia, apa pun jangan sampai kau berinteraksi dengan dia, sebab dia benci perempuan.Jangan pernah dekati dia atau kau akan menjadi korban dia yang seterusnya." —Lee Hyunwoo
"...bahaya kalau seorang perempuan berjalan bersendirian malam-malam, tambahan pula kolej korang terkenal dengan kolej anak-anak orang kaya. Siapa tahu ada yang mengawasi dan mencari kesempatan, dan ternampak kau berjalan seorang diri? Kau akan diculik." — Yoo Seungho
Apabila hati mula keliru antara cinta dan sayang, maka lahirlah perasaan cemburu di saat melihat dia bermesraan dengan orang lain.
"Sampai satu tahap, aku harus sedar yang aku mampu memiliki dia dalam hidup aku tapi bukan hati aku." —Lee Hyunwoo
◆◇◆◇◆
"Bukan kerana cinta, tapi kerana rasa sayang. Aku tak mengerti soal cinta, tapi aku percaya rasa sayang itu sebahagian kecil dari CINTA." —Kim Jisoo
◆◇◆◇◆
"Didadaku tersimpan sedikit harapan, dihatiku bersemayam sedikit keinginan..." —Yoo Seungho
◆◇◆◇◆
"Aku kesunyian sehinggakan aku tak ingin lagi menjadi diri aku sendiri" —Jeon Rachel
TITLLE: Because It's You(Remake from Sweet Enemy)
GENRE: Slight angst, Romance, Family, Kidnapping
CHARACTER: Kim Jisoo, Yoo Seungho, Lee Hyunwoo, Kim Jiwon
DATE PUBLISH: 25 July 2016 —
ⓒCredits to original author!
Foreword
Hello, another fanfic from me~ Tapi ini adalah remake drpd cerita sebenar ok. Mohon alert.
Fanfic ni ada kaitan dengan penculikan, dan korang mesti akan keliru nanti sebab banyak watak yg mencurigakan, tapi siapa penculik yg sebenar, itu mestilah dirahsiakan~ Hahah
Comments