003

Because It's You

"Pulang sendiri lagi?"

Jisoo menoleh mendengar sapaan yang mesra itu. Dia mendapati Seungho sedang bersandar pada kereta hitamnya, tersenyum menatapnya. Senyumannya lebar dan mesra, sama sekali tidak kelihatan seperti dia adalah penghancur hati wanita seperti yang dikatakan oleh Hyunwoo. Kalau benar dia memang seorang penghancur wanita...Jisoo terpegun, mengamati ketampanan Seungho. Lelaki itu layak dilabel sebagai seorang yang sangat kacak dan kelakian. Matanya redup tapi tatapannya tajam, seolah-olah menarik sesiapa saja yang melihatnya tergoda untuk tenggelam bersamanya.

 

"Deh." Jisoo menjawab dan mengerutkan keningnya, apa yang lelaki ini lakukan pada waktu petang begini di depan sekolahnya?

"Kau sepatutnya biarkan pemandu peribadi keluarga Lee jemput kau, aku dah kata, bahaya kalau seorang gadis berjalan sendirian malam-malam macam ni, apalagi sekolah korang terkenal sebagai sekolah anak-anak orang kaya. Siapa tahu ada yang mengawasi dan mencari kesempatan, dan ternampak kau tengah jalan sendirian? Kau akan diculik." Seungho mengulangi lagi peringatannya, sama seperti kemarin ketika terserempak dengan Jisoo di jalan. Lelaki itu begitu serius dengan kata-katanya sehingga Jisoo merasa takut. Tetapi nasihat lelaki itu memang ada benarnya.

"Awak sendiri apa yang awak buat dekat sini?"

Seungho mengangkat bahu dan tertawa, "Mungkin aku sedang mengawasi sekolah ni, cari kesempatan kalau-kalau ada anak orang kaya berjalan sendirian yang boleh aku culik." Lelaki itu membuka pintu keretanya, "Nak masuk?"

Sejenak Jisoo ragu. Tetapi Seungho nampak begitu tulus. Lagi pula dia kan sahabat Hyunwoo. Walaupun Hyunwoo sudah memberi amaran kepadanya tentang kebencian Seungho kepada perempuan, Jisoo yakin dia bukan termasuk salah satu citarasa yang Seungho kejar untuk mematahkan hatinya.

*

*

*

*

"Aku dengar kau baru saja kehilangan ayah, aku turut berduka Jisoo."

Suara itu benar-benar tulus sehingga Jisoo melemparkan senyuman lembut kepada Seungho, "Ya, appa mengalami kemalangan di tempat bekerja. Selepas appa meninggal, puan Lee menawarkan saya biasiswa sepenuhnya dan saya boleh tinggal di rumah keluarga Lee, jadi di sinilah saya sekarang."

"Kau tak pernah curiga kenapa puan Lee sangat baik dekat kau? Banyak lagi anak lain yang juga cemerlang dan hidup dalam kemiskinan. Tapi kenapa kau? Kenapa kau yang dipilih?" Tatapan Seungho yang memandang jauh ke depan nampak kelam dan misteri. Jisoo mengangkat bahunya, "...mungkin sebab saya ada di saat yang tepat dan tempat yang tepat. Kebetulan seperti itu akan selalu ada, kan?"

Seungho tersenyum muram, "Tak ada yang namanya kebetulan, Jisoo. Semua yang terjadi pasti ada alasan." Dia lalu menghentikan keretanya. Ternyata mereka telah sampai di hujung jalan berdekatan mansion keluarga Lee. "Mian. Aku turunkan kau dekat sini." Seungho tersenyum meminta maaf, "Hyunwoo larang aku dekati dengan kau. Kau sendiri dah tahu kan tentang reputasi aku yang buruk." Senyumnya berubah serius, "Tapi selagi kau masih berkeras tak nak gunakan pemandu peribadi, aku akan jemput kau setiap hari pulang sekolah."

"Saya tak perlu dijemput setiap hari." Jisoo menoleh terkejut mendengar kata-kata Seungho, "Saya tak apa-apa."

"Tak. Aku dah putuskan. Kau terlalu naif dan menganggap semua orang di dunia ni baik hati. Kau mudah tertipu dan dimanfaatkan orang. Mesti ada seseorang yang menjaga keselamatan kau."

"Saya boleh jaga diri saya sendiri." Sela Jisoo keras kepala, "Terima kasih sebab dah hantar saya." Dengan sopan Jisoo melangkah pergi dan berjalan menuju ke mansion. Setelah beberapa langkah, dia merasa ingin tahu. Dengan sembunyi-sembuyi dia menoleh dan mendapati kereta Seungho masih terparkir di sana, mengawasinya. Dan kereta itu memecut laju sebaik saja Jisoo memasuki gerbang rumah dengan selamat. 

*

*

*

*

"Dia kata dia akan jemput saya setiap hari." Jisoo separa berbisik saat berbual di telefonnya, Rachel tadi menghubunginya dan mengatakan bahawa esok pagi dia belum boleh masuk sekolah kerana sakit. Mereka bercerita tentang hari itu, dan Jisoo teringat akan Seungho.

"Pelik..." Rachel nampak hening di seberang talian, "Kenapa dia bersusah-susah nak buat semua tu? Awak mesti berhati-hati Jisoo, jangan-jangan dia ada niat nak jadikan awak sebagai korban dia yang seterusnya."

"Perempuan-perempuan yang menjadi korban Seungho semuanya perempuan kaya dan cantik. Saya langsung bukan taste dia." Jisoo membantah, "Lagi pun saya rasa pelik, dia banyak kali ingatkan saya tentang bahaya berjalan sendirian sebab saya boleh diculik. Dia sangat serius bila bercakap pasal hal tu."

"Tapi dia ada benarnya juga Jisoo. Bahaya kalau awak selalu pulang sendirian. Kita tak tahu siapa orang jahat yang memburuh di luar sana. Kami anak-anak orang kaya selalu diawasi setiap saat dengan ketat oleh kedua-dua orang tua kami, pemandu peribadi kami juga dilatih dengan kemampuan bela diri, untuk mengelakkan insiden seperti itu, sebab dari pengalaman, banyak kali dah kejadian penculikan ni berlaku." Rachel nampak berfikir di seberang talian. "Demi keselamatan awak juga Jisoo... Kalau awak nak selamat dan terhindar dari penculikan, sekali gus mengelak dari Seungho, gunakan kemudahan pemandu peribadi yang diberikan oleh keluarga Lee." Rachel nampaknya berupaya meyakinkan Jisoo agar menjauhkan diri dari Seungho.

Jisoo termenung mendengar nasihat Rachel. Mungkin memang ada benarnya juga...

*

*

*

*

Dia mengawasi dengan kesal ketika lelaki itu ternyata menghantar Jisoo pulang sehingga ke rumah dan bukan sebaliknya. Dia sudah menyiapkan pisau di tangannya, dengan beberapa pembantunya yang gagah dan mahir. Rancangannya untuk menculik Jisoo sudah hampir berjaya. Kerana dari pengamatannya, Jisoo selalu pulang sendirian dari sekolah, tanpa ada pemandu peribadi yang menjemputnya.

Perempuan bodoh! Dia seperti mengumpankan dirinya kepada para penjahat. Namun lelaki itu telah merosakkan rancangannya!

Memang tak guna! Dia harus mencari cara lain....

*

*

*

*

"Macam mana dengan sekolah?" Hyunwoo mengetuk pintu bilik Jisoo dan mendapati dia sedang belajar di mejanya. Dengan langkah elegan, lelaki itu duduk di hujung katil Jisoo. Hyunwoo masih memakai blazer dan tali lehernya sudah dilonggarkan. Lelaki itu kelihatan letih.

"Baru balik office?" Jisoo meletakkan buku pelajarannya dan berkerut, Hyunwoo nampak pucat. "Awak tak apa-apa?"

"Entah, aku rasa macam nak demam. Aku batuk-batuk dari tadi dan leher aku rasa sakit." Lelaki itu berdehem, "Tapi aku dah minum panadol tadi, kejap lagi okaylah tu."

"Ouh." Jisoo melirik Hyunwoo dengan cemas, "Awak tak nak jumpa doktor?"

"Gwencana, aku tak apa-apa." Tiba-tiba lelaki itu merebahkan tubuhnya di katil Jisoo. Jisoo menoleh risau, hampir berdiri dari duduknya, "Hyunwoo?"

"Please. Jangan jerit." Lelaki itu berkerut, membuatkan Jisoo tertegun, padahal dia sama sekali tak menjerit, Hyunwoo berbaring dan menutup matanya dengan sebelah lengannya, "Kepala aku pening macam ada bunyi gendang, biarkan aku baring sekejap dekat sini."

Jisoo terdiam, dia risau melihat Hyunwoo, nampaknya lelaki itu benar-benar sakit. Baiklah, tak apa, biarlah. Lagi pun Jisoo masih belum ingin tidur, dia harus belajar sampai larut malam untuk persiapan ujian minggu depan.

Waktu berlalu, dan Jisoo larut dalam sesi mengulangkaji pelajarannya. Diiringi suara dengkuran halus Hyunwoo yang nampaknya jatuh lelap ke dalam tidurnya, mungkin disebabkan pengaruh ubatnya.

Jisoo menguap dan melirik jam di dinding, sudah pukul dua pagi, dan dia mengantuk. Dengan letih diliriknya Hyunwoo yang masih lena di atas katilnya. Jadi dia harus bagaimana? Dengan bingung Jisoo memusingkan kerusinya dan menghadap ke arah Hyunwoo. Lelaki itu sedang tidur lena.

Ketika tidur, lelaki itu kelihatan sangat tampan. Garis-garis sinis di wajahnya tidak lagi kelihatan dan lelaki itu kelihatan begitu polos seperti bayi, bibirnya sedikit terbuka dan nafasnya teratur. Jisoo tenggelam dalam pesona memandang maha karya Tuhan di depannya. Tuhan pasti sedang tersenyum ketika menciptakan susuk ini.

Mata itu terbuka. Serentak dengan itu juga menatap tajam ke arah Jisoo. Membuat Jisoo terjongket dari duduknya kerana terkejut. Lelaki itu nampaknya tipikal orang yang terus sedar apabila bangun, dia mengerutkan keningnya menatap Jisoo. "Kenapa kau pandang aku?"

Jisoo merasa pipinya memerah, "Saya tak pandang awaklah." Dipalingkannya wajahnya, tidak mampu menahankan tatapan tajam Hyunwoo kepadanya.

Lelaki itu beranjak duduk di katil dengan bingung dan pusing, memandang sekeliling dan menatap Jisoo sekali lagi, "Kenapa aku tidur di bilik kau?" Gumamnya menuduh. Jisoo menaikkan keningnya jengkel.

"Awak yang datang sini masa saya sedang belajar, lepas tu tiba-tiba tidur atas katil saya. Cubalah tanya diri sendiri."

"Oh." Hyunwo seperti sedang mencuba mengingat balik, "Mian." Lelaki itu kelihatan pucat, Jisoo menatapnya dengan cemas, "Awak tak apa-apa, Hyunwooo? Awak masih pening? Macam mana dengan demam awak?"

"Aku masih pening." Lelaki itu nampak terhuyung-hayang, "Aku akan balik ke bilik aku," Pintu tertutup di depan Jisoo, meninggalkan Jisoo yang menatap cemas.

*

*

*

*

"Aku tak sangka seorang Lee Hyunwoo boleh jatuh sakit juga." Seungho tersenyum sambil menyilangkan lengannya di dada, dia menatap Hyunwoo dan tersenyum lucu, "Aku ingatkan kau bukan manusia. Ternyata kau manusia biasa."

"Kau datang sini hanya cuma nak ejek aku?" Hyunwoo menatap tajam, terbatuk-batuk sebentar. Seungho terkekeh dan menghulurkan segelas air kepada rakannya untuk meredakan batuknya, "Yah, aku datang untuk jenguk kau, kebetulan tadi pagi aku singgah sekejap dan sebaik saja aku masuk, Jisoo datang dengan cemas dan kata kalau kau sakit."

"Jisoo cemaskan aku?" Hyunwoo bergumam, membayangkan Jisoo. Tatapan lembut Hyunwoo itu tidak lepas dari pengamatan Seungho yang tajam, "Yah sesiapa pun akan cemas kalau dengar suara batuk kau yang keras dan kering tu."

"Mungkin aku terjangkit dari salah satu staff aku. " Hyunwoo mendengus, "Heol, mungkin sebab aku penat dan antibody aku turun."

Seungho tersengih. "Oh ya, aku dah putuskan nak tidur sini untuk jaga kau, dan sepatutnya kau berterima kasih dengan aku sebab aku berbaik hati kali ni." Senyumannya ditahan sehabis mungkin. Lantas Hyunwoo memutarkan bebola matanya ke atas dengan jengkel.

"Sejak bila seorang Yoo Seunghoo boleh dibantah kata-katanya?" Sindir Hyunwoo. "Terserah. Yang penting jauhkan diri kau dari Jisoo—"

"Yang penting kau minum ubat kau. Sakit kau akan hilang kalau kau tak banyak cakap." Celah Seungho.

*

*

*

*

"Saya masak sup..." Jisoo mengintip di pintu, sambil membawa dulang. Hyunwoo melirik Jisoo dan mendengus. "Aku tak nak dengan sup-kau, rasa dia mesti tak sedap."

Jisoo membawa dulang tersebut dengan bingung. Lelaki ini memang sangat degil, tetapi ketika dia sakit, sikap degilnya berubah menjadi menjengkelkan! Jisoo menghela nafas panjang, dia harus sabar menghadapi Hyunwoo, lelaki ini sedang sakit.

Jisoo memasak sup jagung dan ayam. Kuah supnya mengeluarkan aroma harum ke seluruh penjuru ruang, membuatkan Hyunwoo merasakan perutnya berkeroncongan, tetapi dia memalingkan mukanya, berpura-pura bersikap dingin. Seungho yang melihat pemandangan itu tersenyum geli, dia berdiri dari kerusinya dan menghampiri Jisoo, mengambil dulang itu darinya, "It's okay dear, bau sup ni sangat wangi, aku tiba-tiba lapar."

Jisoo menatap Seungho dengan rasa bersalah, "Eh...tapi saya cuma buat satu mangkuk. "Dia membuat sup itu khas untuk Hyunwoo. Dia tidak terfikir kalau Seungho juga mahu kerana di ruang makan, pembantu rumah telah menyiapkan makan malam untuk Seungho.

"Sokay, lagi pun Hyunwoo tak nak, jadi aku boleh makan. Betul kan, Hyunwoo?"

Seungho melirik ke arah Hyunwoo yang tetap jual mahal. Dengan gaya ala seorang 'food taster', Seungho menghirup aroma sup itu, "Hmm~ Harum sungguh, rasanya pasti sesedap aromanya." 

"Jangan! " Hyunwoo berseru tiba-tiba, membuatkan gerakan Seungho terhenti. "Ada apa Hyunwoo?" Seungho terlihat geli, Jisoo boleh melihat itu di matanya.

"Aku kena minum ubat, jadi aku rasa aku akan memakan sup tu."

Kali ini Seungho benar-benar sedang menahan ketawa, "Kau nak siapa yang suapkan? Aku atau Jisoo?"

Hyunwoo memandang Seungho dan Jisoo silih berganti dengan muram, lalu mendengus, "Shiro, aku boleh makan sendiri."

"Kalau macam tu saya keluar dulu." Jisoo tersenyum dan berjalan ke pintu. "Terima kasih Jisoo." Gumam Hyunwoo perlahan.

Ketika Jisoo melirik Seungho, lelaki itu mengedipkan matanya dan tersenyum. Membuat Jisoo membalas senyumannya dengan senyuman lebar.

*

*

*

*

 Malam itu hujan turun dengan begitu derasnya. Dan petir sambar-menyambar. Sambaran petir diikuti bunyi guruh membuat jendela kaca bergetar dengan begitu kuatnya. Hyunwoo terbangun mendengar bunyi bising itu, dan terus teringat kepada Jisoo, dia ingat betapa takutnya Jisoo terhadap petir, betapa tubuhnya menggigil seakan menanggung rasa sakit yang amat sangat.

Dengan panik Hyunwoo cuba bangun, tetapi kepalanya pening, membuatnya jatuh lagi ke atas katil. Dipanggilnya Seungho yang nampaknya tertidur di sofa, Seungho mengenakan earphone di telinganya untuk mendengar muzik, sehingga bunyi petir itu langsung tidak membuatnya terbangun.

"Seungho! Yah! Yoo Seungho, bangun!" Hyunwoo akhirnya menjerit dengan lebih kuat, lengannya menggapai dan berhasil menyentuh Seungho, menggoncangnya kuat, Seungho menggeliat, separah sedar mendengar panggilan rakannya, dia melepaskan earphone-nya dan mengerutkan kening dengan bingung, tetapi kemudian terus terjaga ketika petir menyambar lagi, menimbulkan suara pekikan dari luar bilik. Lelaki itu langsung tegak berdiri.

"Seungho! Jisoo! Dia takut dengan bunyi petir—"

"Aku tahu." Seungho setengah melompat dan berlari keluar dari bilik Hyunwoo.

*

*

*

*

Petir datang lagi sambar-nyambar, menimbulkan bayangan cahaya yang menakutkan di bilik. Jisoo bersembunyi di selimut, bersandar di kaki katil, kakinya dilipat di atas karpet dan tangannya menutupi kedua-dua telinganya. Seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Keringat dingin membasahi tubuhnya, membuatnya ingin pengsan.

Lalu bunyi petir menyambar lagi, dan lagi, dan lagi. Jisoo memekik ketakutan setiap kali petir itu berbunyi. Dia mula menangis. Ya Tuhan,  apa yang harus dia lakukan? Petir ini nampaknya tidak akan berhenti menyambar dalam waktu yang terdekat kerana hujan masih turun dengan derasnya. Kaki Jisoo terlalu lemah untuk berdiri, dan dia tidak boleh mengharapkan Hyunwoo datang kepadanya, memeluknya seperti malam itu kerana lelaki itu sedang sakit.

Petir menyambar lagi membuatkan Jisoo menjerit kencang, pada saat itu juga pintu terhempas dengan kasar, Seungho berdiri di sana, termengah-mengah kerena separuh berlari...dan mereka berdua saling berpandangan.

*

*

*

*

Kaki Jisoo terlalu lemah untuk berdiri menghampiri Seungho, dia tetap menutup kedua-dua telinganya ketika petir itu menyambar lagi dan lagi, menimbulkan bunyi menyakitkan yang memekakkan telinganya. Seungho melangkah perlahan, dan membongkok lembut di sebelah Jisoo,

"Hei...jangan takut, ada aku dekat sini." Seluruh tubuh Jisoo menggigil dan berpeluh dingin, Jisoo menangis dan Seungho mengusap air matanya dengan lembut. Ketika petir menyambar lagi, Jisoo memekik dan membenamkan wajahnya di dada Seungho.

Lelaki itu pantas memeluknya erat, mengusap belakangnya, mencuba menenangkannya. Seungho mengucup puncak kepala Jisoo dengan lembut, lalu melepaskan earphonenya yang masih tergantung di lehernya. Dipakaikannya earphone itu ke kedua-dua telinga Jisoo.

Suara muzik yang familiar mengalun di telinganya. Nadanya... ini nada yang dinyanyikan budak lelaki itu di dalam mimpinya....ini...ini adalah rakaman bunyi biola Seungho.

Jisoo merasakan aroma yang familiar itu melingkupinya. Dia mendongak dan menatap Seungho dengan bingung. Seungho tersenyum kepada Jisoo. Lalu memeluk Jisoo erat-erat. "Sekarang petir tak akan mampu menakutkan kau lagi..." Dipeluknya Jisoo dan dibuainya dalam pelukannya sampai Jisoo terelap tidur.

Bersambung...

 

 

 

Apakah? Jeng, jeng, jeng...

Any feedback maybe?

 

​​​

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dreamwalkerxx #1
Chapter 5: Hmmm Rachel ni mcm ada something la...
12Werewolf_88 #2
Sy tggu awak update okay! >…<
12Werewolf_88 #3
Chapter 4: Hmm ok mula2 sy ingat seungho ada niat jahat dkt jisoo, then sy salah...rasanya rachel yg ada something fishy...then next chap, sy tukar fikiran balik yg sbenarnya rachel bersengkokol dgn seungho nak culik jisoo. LOL! Tp dkt akhir chap tu seungho nampak mcm ada niat balik pula. Aduh, tak tahu sy siapa watak antagonis dlm cerita ni sbenarnya hahaha
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 2: NICE! *tiba2 nyanyi lagu sevnteen* haha
ApinkBlossom95 #5
Chapter 2: whoaaa i like it, smua watak saya suka!
ehm, rachel mcm ada something fishy
Burnkookie
#6
Chapter 2: Uhuk *batuk* saya senyum macam org tak betuii dah author bila baca part hyunwoo dgn jisoo tu , dpt imagined kalau dorang bergandingan bbetul scara realiti .. hahaha xD .. Kim jiwon omggg, dia adalah fav karakter saya kalau dia jd watak yg agak angst sbb dlm cita the heirs tu fuhhh saket hati tngok kekejam dia dlm cita tu tp bila cita dots ja alahaii terus tak benci dahh ekeke .. Lol merepek dah nii .. Apapun keep update tau authornim ;) .. Fighting * wink *
_baebyboo #7
Chapter 2: sweetnyaaa jisoo dgn hyunwoo heehe~
mmm ada sesuatu yg misteri tentang seungho n rachel. tak sabar nak tahu
5days_fin
#8
Chapter 2: saya suka cara penulisan awk author... jalan pnulisan dia pun bagus. keep update author. hwaiting^^