001

Because It's You

Dalam diam, Hyunwoo memerhatikan Jisoo yang sedang mengedarkan makanan kepada anak-anak gelandangan yang berbaris di tepi jalan pada waktu malam. Terbit rasa kesal dalam dirinya kerana selama ini telah memandang rendah terhadap golongan gelandangan yang merempat di tepi jalan. 

Sejak peristiwa pada malam itu, hubungan Jisoo dan Hyunwoo semakin baik malah bertambah rapat seperti adik dan abang. Hyunwoo benar-benar menunaikan janjinya untuk menjaga Jisoo, dan Jisoo bersyukur kerana Hyunwoo telah menerimanya dalam keluarga Lee.

Dan malam ini, Jisoo berniat ingin membuat amal kebajikan seperti yang puan Lee selalu lakukan. Jisoo telah memasak sendiri beberapa lauk dan nasi dengan bantuan pelayan-pelayan, lalu dibungkus dan diedarkan kepada anak-anak gelandangan yang kurang bernasib baik. Memandangan dia juga dulu berasal dari keluarga miskin, hati Jisoo tergerak untuk membantu mereka sambil mengenang nasibnya yang dulu.

"Dah habis." Jisoo bergumam teruja sambil menunjukkan bakul raga yang telah kosong kepada Hyunwoo yang sedang bersandar pada pintu keretanya.

"Eo?" Hyunwoo tersentak. Nampaknya dia telah menerawang jauh tadi. "Baguslah kalau macam tu." Rambut depan Jisoo diusap-usap dengan perasaan bangga sehingga membuatkan Jisoo tertunduk malu.

"Nak pulang sekarang ke? Tak nak ambil angin dulu?" Soal Hyunwoo sambil melambung-lambungkan kunci keretanya.

"Boleh juga."

*

*

*

*

"Ehm, nampaknya awak dah salah timing ni." Jisoo memeluk tubuhnya sambil menggigil kesejukan ketika berjalan berdua-duaan dengan Hyunwoo di sebuah taman bersebelahan dengan tasik buatan. Hyunwoo hanya tersengih kerana berasa malu. Lalu dia membuka jaket varsitinya dan melingkupi belakang gadis itu.

"Awak macam mana?" Risau Jisoo.

"Aku dah cakapkan badan aku lebih kuat dari kau." Hyunwoo menunjukkan bicep lengannya yang tegang di hadapan Jisoo. Jisoo hanya tersengih. Tak sia-sia lelaki itu pergi gym setiap minggu apabila melihatkan hasilnya.

Ketika mereka meneruskan perjalanan, mereka berselisih dengan dua pasangan bercinta sedang bergandingan tangan membuatkan Hyunwoo tiba-tiba berbicara tentang topik cinta.

"Kau pernah ada namja chinggu ke sebelum ni?" Ayat itu terpacul keluar dari bibirnya, dan ketika Hyunwoo menyedari perbuatannya, dia mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Tentulah Jisoo tak pernah bercinta kerana dia terlalu naif dan suci, lagi pun gadis itu terlalu fokus pada pelajaran. Mana ada masa nak cari teman lelaki.

Jisoo terkekeh. Merasa lucu. "Tak pernah. Lagi pun saya dah curahkan kasih sayang dan cinta saya sepenuhnya kepada insan yang bergelar appa. Dialah namja chinggu saya selama ni." Jawabnya tenang.

"Tahu."

"Neh?" Soal Jisoo kurang jelas. Tapi Hyunwoo hanya menggeleng.

"Kau mesti tak tahu kan perasaan bila dah jatuh cinta dekat seseorang dalam diam? Maksud aku, jatuh cinta tanpa pengetahuan dia?"

"Molla." Jisoo jawab acuh tak acuh.

"Tsk... Tsk... Ruginya kau." Hyunwoo menggeleng-gelengkan kepalanya dengan simpati seolah-olah Jisoo telah terlepas peluang yang sangat besar. "Perasaan tu memang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin setengah orang anggap ia pengalaman yang menyeronokkan, tapi ada juga yang rasa ia menyakitkan sebab cinta terpendam ni sangat menyesakkan dada. Perasaan gemuruh, teruja, semuanya bercampur menjadi satu.Lebih-lebih lagi bila dia berada dekat dengan kita, hati kita waktu tu memang tak keruan bagaikan nak meletup." Hyunwoo ketawa membayangkan ekpresi wajah rakan sekelasnya dulu yang menaruh hati terhadapnya. Perempuan itu boleh dikatakan sangat cantik, tapi sayang Hyunwoo tidak berminat untuk bercinta pada masa itu. "Nanti bila kau dah suka pada seseorang, dan lelaki tu pula tak tahu kau menaruh hati pada dia, kau fahamlah apa yang aku cakapkan sekarang ni."

Jisoo cuba tersenyum. Topik cinta sangat janggal baginya. 

Tiba-tiba Hyunwoo memberhentikan langkahnya dan menatap Jisoo."Bayangkan aku ialah namja chinggu kau, dan sekarang ni kita tengah bersiar-siar pada waktu malam, apa benda pertama yang kau nak sangat buat dengan aku?"

Soalan tidak tidak diduga itu membuatkan kedua-dua kening Jisoo terangkat. Otaknya kosong. Tapi tangannya dengan sendiri memegang lengan lelaki itu.

Hyunwoo melihat tangan Jisoo yang berada di lengannya lalu menatap matanya yang polos. "Ehm, not bad." Hyunwoo berusaha menahan senyumannya. Nampak sangat bahawa Jisoo tidak berpengalaman dalam hal-hal begini.

"Betul, rasanya interaksi macam ni lagi selamat untuk mengelakkan benda yang tak diingini berlaku." Hyunwoo tersenyum seolah-olah bangga dengan prestasi Jisoo.

Jisoo membalas senyuman lelaki itu. Dengan santai dia memeluk lengan Hyunwoo dan mereka berjalan sambil bergandingan tangan.

"Kenapa kita tiba-tiba nak buat semua ni?" Jisoo bingung menatap lengan mereka sedang bertaut, tapi tetap ketawa.

"Selain daripada aku sengaja nak kenakan kau yang naif ni, aku cuma nak eratkan hubungan kita sebagai adik dan abang. That's all." Ketawa Hyunwoo tidak dapat ditahan lagi. Jisoo hanya mencebik kerana berjaya dikenakan.

"Jadi, kalau awak pula, awak nak buat apa?"

Hyunwoo mengangkat bahu selamba. "Well, kita berjalan seminit lagi." Pintah Hyunwoo sambil menyembunyikan senyumannya.

Seperti yang dikatakan Hyunwoo sebentar tadi, seminit telah pun berlalu.

"Jisoo-ya?" Tiba-tiba Hyunwoo memberhentikan langkahnya dan menghadapkan tubuhnya ke arah Jisoo.

"Neh?" Jisoo menjawab, tetapi terpana apabila menatap Hyunwoo sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat ikhlas dan telus dari hatinya.

Sejenak keheningan melanda mereka berdua.

Hyunwoo hanyut menatap kecantikan gadis itu.

Jisoo semakin tenggelam di mata hitam yang menatapnya.

"Jisoo, you're beautiful..."Dengan lancar ayat itu mengalir keluar dari bibir Hyunwoo.

Varsity yang melingkupi tubuh Jisoo serta merta terjatuh. 

Jisoo tersedar. Dengan terburu-buru dia melutut dan mengutipnya. Betul apa yang dikatakan Hyunwoo, hatinya sudah tidak keruan bagai hendak meletup.

*

*

*

*

"Mereka dah hebohkan satu sekolah pasal Jisoo." Myungsoo melirik ke arah Hyunwoo. "Adik aku yang cerita. Banyak yang bermusuh dan merendahkan Jisoo sebab dorang anggap dia tak setaraf."

Hyunwoo mengalihkan pandangannnya dari buku yang dibacanya. "Siapa yang berani bermusuhan dengan Jisoo di sekolah?"

"Hampir semua." Gumam Myungsoo. "Well, dah biasa kot kalau anak-anak orang kaya, terutamanya dari keluarga yang berpangkat besar, mereka akan rasa tergugat kalau ada anak miskin tiba-tiba naik pangkat menjadi sebahagian dari keluarga yang paling berpengaruh di antara mereka. Dulu kan Jisoo cuma pelajar biasa yang dapat biasiswa dekat situ, sekarang kedudukan dia tentu dah berbeza, sebab dia dah jadi sebahagian dari keluarga Lee, siap tinggal di mansion ni lagi. Memang permusuhan ni secara tak terang-terangan, tapi ia berlaku. Jisoo dipinggirkan dan tak ada seorang pun yang nak berkawan dengan dia.

"Jadi sekarang ni macam mana? Adik kau dapat jaga dia tak?"

"Krystal tak tahu." Gumam Myungsoo, menyebut nama adiknya. "Kelas dia satu tingkat di atas Jisoo, jadi dia tak dapat awasi Jisoo sepenuh masa, Krystal kata Jisoo boleh hadapi semuanya. Well, nampaknya dia dah biasa diperlakukan macam tu.'

Hyunwoo termenguh.

"Kau rasa...dia perlukan pertolongan aku?"

"Bagi aku dia tidak perlukan  bantuan sesiapa." Myungsoo tersenyum kagum. "Memandangkan dia tahan menghadap karenah kau dan boleh kalahkan kau, bagi aku kawan-kawan dia dekat sekolah tak ada apa pun kalau nak dibandingkan dengan kau yang leceh ni."

*

*

*

*

Jisoo duduk bersendirian di kafeteria itu, di bahagian paling hujung, tempat dia selalu duduk. Tiada siapa yang menemaninya, tiada siapa yang menyapanya. Begitulah hari-hari Jisoo di sekolah swasta paling terkenal milik keluarga Lee ini. Tapi tak apa, dia sudah lali. Dulu ketika pertama kali dia masuk ke sini dengan biasiswa dari puan Lee, dia memang sudah dimusuhi, tiada siapa yang ingin berkawan dengan manusia yang mereka pandang dari kelas bawahan.

Tetapi sekarang, ketika khabar bahawa dia menjadi anak angkat puan Lee telah tersebar, aura permusuhan itu terasa lebih tegang walaupun masih mampu ditahan oleh Jisoo.

"Boleh saya duduk sini?"

Sapaan manis itu membuatkan Jisoo mendongakkan kepalanya dengan kaget. Seorang gadis. Gadis yang sangat cantik dengan pakaian uniform sekolah yang kemas dan penampilannya yang elegan.

"Neh. Silakan." Jisoo mempersilakan walau pun masih bingung, siapa gadis ni? Kenapa dia tak pernah nampak selama dia berada di sekolah ni? Selalunya perempuan secantik ini akan terkenal di sini, ditambah lagi dengan penampilannya yang jelas-jelas berasal dari keluarga kaya.

"Saya Jeon Rachel." Perempuan cantik itu meletakkan dulang makanannya di meja lalu duduk di depan Jisoo dan tersenyum manis kepadanya. "Saya baru pindah sini, sebelum ni saya berlajar di London, tapi omma saya sakit sehingga saya buat keputusan untuk tinggal dekat dengan dia." Dia tersenyum manis. "Saya dah dengar semuanya pasal awak, Kim Jisoo, dan saya tahu mereka memusuhi awak dengan alasan yang sangat bodoh, jangan pedulikan mereka, arachi?"

Jisoo menatap Rachel yang nampak begitu ikhlas di depannya, dan kemudian tersenyum.

"Nan gwenchana, saya dah biasa." Gumamnya lembut.

Rachel memandang dengan pandangan melawan kepada beberapa orang di kafeteria yang menatap mereka dengan curi-curi. "Saya akan jadi kawan awak di sini, supaya mereka sedar betapa bodohnya memusuhi seseorang hanya berdasarkan pada kekayaan dan kemiskinan."

Jisoo menahan senyumannya melihat tingkah laku Rachel yang keras kepala.

"Gomawo. Saya hargai awak sudi berkawan dengan saya."

*

*

*

*

"Macam mana keadaan di sekolah?" Hyunwoo menyapa Jisoo di ballroom mansion mereka, dengan gayanya yang santai dan masih tetap tampan. Lelaki itu sedang dalam praktikal menguruskan beberapa cabang perusahaan keluarganya. Disebabkan kesibukannya, Hyunwoo sangat jarang berada di rumah petang-petang begini.

Jisoo menatap Hyunwoo dan cuba tersenyum. Hubungan mereka boleh dikatakan baik. Hyunwoo benar-benar menunaikan janjinya untuk bersikap baik kepada Jisoo di rumah ini, walau pun kadang-kadang lelaki itu masih bersikap arogan dan tidak sengaja meninggikan suaranya pada Jisoo.

"Okay." Jawab Jisoo semangat.

"Aku dengar satu sekolah memusuhi kau."

"Mereka memusuhi saya sejak dari awal lagi, gwenchana, saya dah biasa."

"Kau adik aku." Suara Hyunwoo kedengaran tegas. "Mereka tak boleh memusuhi kau, itu satu penghinaan terhadap keluarga Lee."

Jisoo terdiam mendengar suara ancaman Hyunwoo, dia risau lelaki itu akan melakukan sesuatu yang mengjengkelkan. Seperti memaksa semua orang untuk berkawan dengannya, dan itu bukanlah idea yang baik. Kawan-kawannya tidak boleh dipaksa untuk menerimanya. Kalau mereka dipaksa, yang timbul nanti cuma permusuhan yang lebih mendalam.

"Tolong jangan lakukan apa pun atas nama keluarga Lee." Jisoo mencelah dengan berhati-hati. "Yaksuk?"

Hyunwoo mengerutkan keningnya marah. "Kenapa aku mesti berjanji dengan kau? Aku boleh buat apa saja yang aku suka, kau tak perlu arah-arah aku."

"Awak berhak buat apa saja yang awak nak, selagi tak mempengaruhi hidup saya." Jisoo mengeluarkan senjatanya, menatap Hyunwoo sedalam-dalamnya. "Awak dah janji dengan saya tak akan berbuat jahat dekat saya lagi."

Hyunwoo mengerutkan keningnya. Dia memang pernah mengucapkan janji itu, ketika dia cuba memujuk Jisoo untuk kembali semula ke mansion, tapi apa hubungannya dengan semua ini.

"Aku tak akan pernah berbuat jahat dekat kau, aku cuma nak tolong kau supaya tak lagi dimusuhi di sekolah. Aku akan buat pengumuman amaran kepada pelajar-pelajar yang berkelakuan buruk terhadap kau. Mereka mesti bersikap baik pada adik aku."

"Awak cuma akan hina mereka dan paksa mereka melakukan sesuatu yang mereka tak suka. Mereka mungkin akan bersikap baik dekat saya, tapi dibelakang, mereka akan semakin membenci saya."

Hyunwoo berkerut.

"Kau seharusnya tahu, Jisoo. Kami orang kaya tak peduli apa yang ada di hati semua orang. Yang penting mereka bersikap baik dan menghormati kami."

Jisoo menghelah nafas. "Tapi saya bukan orang kaya. Saya tak nak orang berbuat baik dekat saya dengan kebaikan palsu, tapi di belakang saya sedang menanam kebencian." Lalu Jisoo teringat kepada Rachel. "Lagi pun saya dah ada kawan."

"Nugu? Yeoja? Namja?"

Jisoo tersengih sinis mendengar soalan cemas itu.

"Mestilah perempuan. Nama dia Rachel, dari keluarga Jeon, dulu dia belajar di London, dan baru berpindah ke Korea pada awal bulan. Dia kata sikap semua orang yang memusuhi saya hanya sebab harta adalah bodoh dan dia bersedia berkawan dengan saya."

Jisoo tersenyum mengingati kata-kata Rachel dan keakraban mereka. Mereka sangat serasi berbual bersama-sama dan nampaknya mereka benar-benar boleh menjadi kawan. "Saya gembira berjumpa orang kaya yang tak berfikiran sempit macam Rachel."

"Aku pun orang kaya yang tak berfikiran sempit." Celah Hyunwoo sambil menyilangkan lengannya di dada dengan selamba.

"Oh ya?" Jisoo menatap Hyunwoo dengan melawan. "Awak adalah orang kaya yang berfikiran paling sempit yang pernah saya kenal, Lee Hyunwoo."

Hyunwoo terkekeh, cuba kelihatan tersinggung. "Aku cuma berfikiran sempit kepada orang-orang tertentu saja."

Jisoo mendengus. "Oh jeongmal? Sudah tentu."

"Aku cuma nak kau berhati-hati, Jisoo. Tentang Rachel, kau harus faham motif disebalik keputusan dia menjadi kawan kau.'

"Tak, tak perlu, saya tahu Rachel orang yang baik." Jawab Jisoo yakin.

Hyunwoo berkerut menatap Jisoo.

Rachel? Kenapa nama itu kedengaran tidak asing?

*

*

*

*

"Nama dia Rachel, dari keluarga Jeon yang terkenal tu. Ah, patutlah saya rasa dia sangat familiar." Hyunwoo duduk di hadapan meja pejabat ommanya yang besar itu. Lalu puan Lee yang dari tadi mampak kusyuk melakukan pekerjaannya terpaksa mengalihkan perhatiannya kepada satu-satunya anak lelakinya itu.

"Dan kalau boleh omma tahu, kenapa kamu tiba-tiba saja tertarik dengan dia?"

Hyunwoo mengerutkan kening. "Sebab dia satu-satunya orang yang nak berkawan dengan Jisoo di sekolah."

Puan Lee menumpuhkan jemarinya di dagunya. "Dan kamu rasa itu pelik? Kamu tak boleh ke berpandangan bahawa ada ramai lagi orang yang memang benar-benar ikhlas?"

"Ianya pelik sebab dia tiba-tiba muncul setelah sekian lama."

Puan Lee tersenyum. "Ehm, mungkin memang betul cakap kamu. Ia satu kebetulan yang pelik." Wanita itu melepaskan kaca matanya di meja dan menatap Hyunwoo. "Sebenarnya Jeon Rachel adalah perempuan yang pernah ditunangkan dengan kamu sejak kamu dilahirkan. Ia adalah salah satu janji antara harabeoji kamu dengan harabeoji Rachel."

"Mworaguyo?"

"Ya. Kamu mempunyai tunang sejak kecil. Tapi disebabkan Rachel tak berapa sihat, dia dirawat di London dan bersekolah di sana sejak kecil. Dia satu umur dengan kamu, tapi disebabkan penyakitnya, dia lewat daftar sekolah, mungkin sebab itu lah dia boleh sama gred dengan Jisoo di sekolah, dan oleh sebab dia berpindah ke London sejak kecil lagi, kamu tak pernah bertemu dengan dia sebelum ni."

"Kenapa omma tak pernah cerita dekat saya pasal pertunangan ni?"

"Sebab perjanjian tu dah tak penting lagi. Selepas kejadian percubaan penculikan tu, abeoji kamu membatalkan kesepakatan tu. Macam yang omma kata tadi, itu adalah janji yang dibuat oleh harabeoji kamu dengan harabeoji Rachel. Omma tak tahu alasan abeoji kamu membatalkannya, mungkin dia berfikir kalau kesepakatan tu tak relevan lagi pada zaman sekarang, abeoji kamu adalah orang yang berpandangan moden. Kamu boleh tanya untuk kepastian nanti bila abeoji kamu dah pulang dari Eropah."

Hyunwoo mengerutkan keningnya semakin dalam. Entah kenapa dia merasa bukanlah satu kebetulan Rachel muncul di kehidupan mereka dan menjadi sahabat Jisoo.

*

*

*

*

Jisoo melangkah di balkoni sambil menghirup udara segar yang menghembus dari luar, rasanya dingin, menyejukkan dan menyenangkan. Rasanya begitu damai berdiri di sini.

Dipegangnya rantai pemberian dari mendiang appanya dan tersenyum. Appanya pasti gembira melihatnya dijaga di sini.

Jisoo tidak pernah menyalahkan appanya kerana hidup miskin. Jisoo tidak menyalahkan appanya kerana kehilangan daya keupayaan di jemarinya yang membuatnya terperuk menjadi seorang buruh bangunan. Mereka memang miskin, tetapi mereka bahagia, hidup dengan penuh kasih sayang di rumah mereka yang kecil tapi hangat. Mereka tidak perlu takut akan niat lain di sebalik kebaikan orang-orang, kerana mereka tidak mempunyai apa pun untuk dirampas. Walaupun kehidupan pada masa itu sulit dan serba kekurangan, tapi terasa menyenangkan kerana kehangatan yang mereka miliki.

Bunyi alunan violin membuatkan Jisoo terjaga dari lamunannya, bunyi itu kedengaran dekat dari sini. Alunannnya begitu indah, memainkan muzik yang menghayat hati, dibawa oleh hembusan angin merasuk hingga ke jiwa.

Jisoo berjalan mengekori alunan violin itu sehingga membawanya ke satu bilik. Dia berdiri ragu di pintu lalu melangkah masuk. Ada seorang lelaki sedang memainkan violin di tengah ruang, lelaki yang tampan dan nampaknya sebaya dengan Hyunwoo. Siapa lelaki ini?

Lelaki itu menyudahkan alunan lagunya dengan nada pedih yang semakin perlahan, menyebakkan dada bagi yang mendengarinya kerana terbawa-bawa oleh kesedihan nadanya. Lalu berhenti, menghelah nafas, dan menatap Jisoo, seolah-olah baru menyedari kehadiran Jisoo di situ

"Hai." Lelaki itu meletakkan violinnya dengan anggun di meja, lalu tersenyum lembut. "Kau mesti Jisoo, kan? Aku Seungho." Dia mengulurkan tangannya.

Dengan gugup Jisoo membalas huluran tangan itu.

"Aku dah lama nampak kau, sejak kau pertama kali datang ke mansion ni lagi, aku kawan Hyunwoo." Senyuman lembutnya tidak pernah hilang dari wajahnya. "Tapi baru sekarang aku berkesempatan bercakap dengan kau."

"Di sini rupanya kau. Aku dah agak dah kau tak tahan nak bermain violin dari koleksi abeoji aku." Suara Hyunwoo mencelah di pintu, lelaki itu melangkah masuk, dan kemudian berdiri pegun, berkerut ke arah Jisoo dan Seungho yang berdiri menghadap antara satu sama lain.

"Jisoo, kenapa kau ada dekat sini?"

Seungho tersenyum ke arah Hyunwoo. "Dia mengikuti alunan violin yang aku main tadi dan masuk ke sini. Ah, aku terpaksa pergi." Seungho melirik ke arah jam tangannya. "Gomawo dah pinjamkan aku violin tu, Hyunwoo." Sebelum keluar, Seungho sempat mengelipkan matanya kepada lelaki itu.

Setelah pintu itu tertutup, Hyunwoo menatap Jisoo dengan tajam. "Aku tak suka kau rapat dengan Seungho, jangan buat kontak dengan dia, apa pun jangan sampai kau berinteraksi dengan dia."

Jisoo menatap Hyunwoo dengan bingung. "Geundae wae?"

"Sebab dia benci perempuan." Hyunwoo menatap Jisoo dengan serius. "Dia dipanggil sebagai pembunuh hati perempuan, semuanya, tak peduli tua atau muda, bersuami atau janda, semua akan dihanyutkan dalam pesona dia untuk dihancurkan kemudian. Dia menyimpan kebencian yang mendalam pada ibu kandung dia yang meninggalkan dia sejak kecil, lalu melempiaskannya pada semua perempuan. Jadi jangan pernah dekati dia atau kau akan menjadi korban dia yang seterusnya."

"Tapi..."

Pandangan Hyunwoo semakin tajam. "Kau tak tengok ke cara dia senyum tadi? Sangat manis. Suara dia pula sangat lembut mengalahkan ombak sungai Han. Dan cara dia pandang perempuan tadi, takkan kau tak nampak? Dengan pandangan mata dia yang redup dan layu macam nak ajak perempuan masuk bilik tu, aku tak hairan kalau kau tenggelam dalam pesona dia."

Jisoo mengerutkan dahinya. Pelik. Semuanya kedengaran tak masuk akal. Melihatkan wajah Hyunwoo yang serius, Jisoo menghelah nafas, sedikit seram mendengar penjelasan Hyunwoo. Kalau memang benar penjelasan Hyunwoo tentang Seungho, dia pasti akan menghindarinya lain kali. Tapi entah kenapa ada perasaan pelik ketika dia melihat Seungho tadi, perasaan familiar yang pelik, seolah-olah dia telah mengenali Seungho sebelum ini.

*

*

*

*

"Rasanya keadaan semakin buruk." Rachel duduk di sebelah Jisoo ketika di kelas sambil menatap ke sekeliling, kelihatan beberapa orang terus berbisik-bisik melihat Rachel mendekati Jisoo.

Jisoo menoleh ke arah Rachel dan tersenyum sedih. "Maafkan saya."

"Tak perlu minta maaf." Rachel terkekeh. "Fikiran orang-orang yang sempit dan tertutup sikit pun tak mempengaruhi saya. Saya suka dengan apa yang saya lakukan, lagi pun saya dulu sama macam awak, tak ada kawan.

Jisoo menoleh ke arah Rachel dan menatap dengan tidak percaya. "Jeongmal?" Tak mungkin orang secantik Rachel dan nampak jelas dari keluarga kelas atasan boleh merasakan dirinya tidak mempunyai kawan.

"Saya dulu selalu sakit dan kerap kali tertinggal kelas dan pelajaran. Akhirnya saya terpaksa terkurung di dalam rumah dan menjalani rawatan. Saya kesepian. Tak ada seorang pun yang faham perasaan saya masa tu." Mata Rachel menerawang jauh. "Jadi bayangkan lah, saya cuma ditemani para doktor, nurse dan ahli medik." Tiba-tiba mata gadis itu berubah tajam apabila mindanya sudah menerawang jauh, dan tanpa dia sedari, Jisoo melihat perubahan wajah itu.

"Awak sakit apa?"

"Bukan sakit yang penting." Rachel memalingkan mukanya dan menatap buku di tangannya. "Sekarang saya dah sembuh, dan saya masih tak suka bercakap pasal hal tu." Lalu Rachel menatap Jisoo dengan mata kecilnya yang seperti mata kucing itu. "Mian."

Jisoo terus merasa luluh dan tersenyum faham pada Rachel. "Takpe. Yang penting sekarang awak dah sembuh."

"Ya. Saya gembira dapat berkawan dengan awak, Jisoo." Jawab Rachel separa berbisik.

*

*

*

*

Hyunwoo menyelusuri koridor demi koridor berlantai marmar itu dengan tenang. Dia sudah sangat hafal dengan seluruh bahagian di sekolah ini kerana dulu dia juga bersekolah di sini sebelum melanjutkan diplomanya di England. Dia melangkah menuju ke kelas Jisoo. Selalunya kalau Jisoo belum pulang, dia ada di sana.

Hyunwoo nampaknya tidak salah. Dia menemui Jisoo sedang duduk di salah satu sudut kelas, bersendirian dan sedang membaca buku yang nampaknya sangat menarik baginya kerana dia seperti hanyut di dalamnya, tidak peduli dengan dunia luar.

Rupa-rupanya waktu pembelajaran telah tamat dan sekarang para pelajar sedang berbincang santai sebelum pulang. Hyunwoo melangkah dekat dan sebaik saja pelajar-pelajar menyedari kedatangan Hyunwoo, suasana terus berubah. Semua menatap ke arahnya, dari tatapan kagum, teruja, tertarik, dan tidak ketinggalan tatapan mencemuh dan pelik, tapi Hyunwoo tidak peduli.

"Jisoo." Panggilnya lembut.

Jisoo yang sedang menunduk mendongakkan kepalanya, menatap ke arah Hyunwoo, lalu matanya terbeliak, terkejut.

"Kenapa awak ada dekat sini?" Suaranya setengah berbisik, setengah tercekik.

"Jemput kaulah. Kebetulan aku lalu sini."

Jisoo menoleh ke sekeliling. Hyunwoo benar-benar membuktikan kata-katanya. Dengan kedatangannya ke sini, terang-terangan menjemput Jisoo, dia benar-benar ingin menunjukkan bahawa Jisoo adalah sebahagian dari keluarga Lee yang harus dihormati, Hyunwoo terang-terangan menunjukkan bahawa Jisoo harus diperlakukan sama seperti mereka menghormati keluarga Lee.

Semua orang memandang ke arah mereka, dan ketika Jisoo menatap orang-orang itu, semuanya mengalihkan pandangan. Tidak berani membalas tatapan itu. Well, ternyata kehadiran Hyunwoo sangat mendebarkan di sini.

"Awak tak perlu buat semua ni." Jisoo berbisik yang hanya mampu didengari oleh Hyunwoo.

Penyataan itu membuatkan Hyunwoo terkekeh. "Aku cuma datang menjemput kau. Jangan berfikiran terlalu rumit, boleh tak? Kaja, kemaskan barang-barang kau, ikut aku."

Pada waktu yang sama Jisoo menatap kedatangan Rachel dari pintu kelas. Tadi Rachel kata dia ingin mengajak Jisoo makan di kedai bakeri sebelum pulang dan Jisoo telah bersetuju. Jadi dia tak mungkin mengikuti Hyunwoo pulang begitu saja.

"Rachel." Jisoo memanggil Rachel yang memperlahankan langkahnya dengan ragu apabila menyedari Hyunwoo sedang berdiri menghadap Jisoo, membelakangi Rachel.

Hyunwoo yang menyedari nama Rachel disebut terus menoleh dengan perasaan ingin tahu. Kata ommanya Rachel adalah bekas tunangnya. Kedatangan Rachel ke sini, meninggalkan London, kota yang boleh dikatakan merupakan tempat dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya masih misteri. Belum lagi alasan dia mendekati Jisoo yang masih belum terjawab.

Sebaik saja Hyunwoo menoleh, yang berdiri di depannya ialah seorang perempuan yang sangat cantik, dengan tubuh kecil yang sangat ramping dan kelihatan rapuh, serta rambut hitam yang panjang mengurai. Rachel kelihatan seperti seorang idol yang sangat cantik.

Nampaknya, aku kena protes dekat omma sebab dah batalkan pertunangan kami, Hyunwoo bergumam dalam hati, kemudian menatap Jisoo dan senyumannya semakin dalam. Entah kenapa Hyunwoo merasa Jisoo lebih menarik perhatiannya. Mungkin kerana mereka berasal dari latar belakang yang berbeza.

Kemudian Hyunwoo mengalihkan pandangannya semula kepada Rachel. "Ehm well, aku selalu dengar nama kau dari Jisoo." Hyunwoo bersikap peramah dari selalu, seolah-olah tidak tahu bahawa Rachel adalah bekas tunangnya.

Rachel mengamati wajah Hyunwoo agak lama, kemudian tersedar dan menerima jabatan tangan lelaki itu. "Rachel." Ucapnya mendatar.

"Terima kasih sebab sudi berkawan dengan adik aku. Keadaan agak sukar bagi dia dekat sini, dan aku gembira sebab dia dapat berjumpa dengan seorang kawan yang sentiasa menyebelahi dia."

Rachel ketawa kecil. "Aku cuma ikut kata hati aku, dan aku tak peduli dengan fikiran orang-orang yang sempit. Jisoo adalah seorang kawan yang baik."

Jisoo yang masih duduk di kerusi kelasnya memerhatikan kedua-dua manusia yang berada di depannya itu. Mereka kelihatan sangat sepadan ketika berhadap-hadapan seperti itu. Tampan dan cantik, dan sudah tentu sama-sama dari keluarga kaya. Kalau mereka bercinta, pasti akan menjadi pasangan yang membuatkan orang lain rasa cemburu kerana keserasian mereka. Termasuk dirinya.

"Jisoo, jom kita pulang."

"Eo?" Jisoo tersedar dari lamunannya. "Tapi saya dah janji dengan Rachel nak temankan dia makan di kedai bakeri."

"Takpe, lain kali lah. Kesian Hyunwoo dah bersusah payah jemput awak dekat sekolah." Rachel tersenyum manis. "Lagi pun kita kan akan berjumpa lagi esok, kita boleh pergi sana esok lepas pulang sekolah."

"Ehm, baiklah... Minta maaf Rachel." Jisoo beranjak dari tempat duduknya dan memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. "Saya tak sabar tunggu besok." Ucap Jisoo dan membiarkan Hyunwoo meraih begnya serta membawanya.

"Saya pun tak sabar." Rachel melambai, masih dalam senyuman manisnya. Lalu Jisoo melangkah mengikuti Hyunwoo. Meninggalkan Rachel yang berdiri diam, memerhatikan mereka berdua sehingga hilang dari pandangan.

 

Bersambung...


 

Yeayyy, dah siap! So macam mana? Dah dapat aura-aura misteri dalam chapter ni? Heheh~ Jangan lupa tinggalkan komen ok?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dreamwalkerxx #1
Chapter 5: Hmmm Rachel ni mcm ada something la...
12Werewolf_88 #2
Sy tggu awak update okay! >…<
12Werewolf_88 #3
Chapter 4: Hmm ok mula2 sy ingat seungho ada niat jahat dkt jisoo, then sy salah...rasanya rachel yg ada something fishy...then next chap, sy tukar fikiran balik yg sbenarnya rachel bersengkokol dgn seungho nak culik jisoo. LOL! Tp dkt akhir chap tu seungho nampak mcm ada niat balik pula. Aduh, tak tahu sy siapa watak antagonis dlm cerita ni sbenarnya hahaha
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 2: NICE! *tiba2 nyanyi lagu sevnteen* haha
ApinkBlossom95 #5
Chapter 2: whoaaa i like it, smua watak saya suka!
ehm, rachel mcm ada something fishy
Burnkookie
#6
Chapter 2: Uhuk *batuk* saya senyum macam org tak betuii dah author bila baca part hyunwoo dgn jisoo tu , dpt imagined kalau dorang bergandingan bbetul scara realiti .. hahaha xD .. Kim jiwon omggg, dia adalah fav karakter saya kalau dia jd watak yg agak angst sbb dlm cita the heirs tu fuhhh saket hati tngok kekejam dia dlm cita tu tp bila cita dots ja alahaii terus tak benci dahh ekeke .. Lol merepek dah nii .. Apapun keep update tau authornim ;) .. Fighting * wink *
_baebyboo #7
Chapter 2: sweetnyaaa jisoo dgn hyunwoo heehe~
mmm ada sesuatu yg misteri tentang seungho n rachel. tak sabar nak tahu
5days_fin
#8
Chapter 2: saya suka cara penulisan awk author... jalan pnulisan dia pun bagus. keep update author. hwaiting^^