004

Because It's You

Ketika bangun keesokan harinya, Jisoo sendirian. Dia tertidur di karpet, tapi selimut melitupi tubuhnya, membuatnya terasa hangat. Di telinganya masih terpasang headphone yang mengalunkan lagu itu dari ipod mini itu. Jisoo termenung. Lagu ini... Dia tak mungkin salah, ini adalah lagu yang selalu muncul di dalam mimpinya.

Adakah Seungho budak lelaki di mimpinya itu?

Tetapi kenapa? Bagaimana boleh?

*

*

Jisoo takut petir... Seungho bermonolog sambil mengesat biolanya dalam kegelapan biliknya. Nampaknya tragedi malam itu telah membawa trauma buruk bagi Jisoo, malam  perpisahan itu...

Mereka ada di rumah. Ommanya sedang menjerit-jerit kepada appa mereka yang telah menghancurkan semua rancangan masa depan mereka. Appanya telah kehilangan kesempatan menjadi orang terkenal dengan menyelamatkan anak orang kaya dari penculikan. Saraf utama di tangan appanya cedera buat seumur hidup, sehingga dia tidak mampu bermain biola lagi.

Seungho yang waktu itu masih kecil, mendengar pertengkaran kedua-dua orang tuanya yang penuh makian kasar…  Tapi yang lebih menguasai pertengkaran ini adalah ommanya. Ommanya menghina appanya, mengatakan tidak mahu hidup miskin selamanya bersama  appanya, dia sudah muak dan penat, dibebani oleh dua orang anak, dan hidup serba kekurangan. 

"Kita bercerai! Aku penat hidup miskin dengan kau!” Begitulah jeritan ommanya waktu itu. Kemudian hujan turun dengan derasnya, diiringi bunyi petir yang menakutkan. 

Saat itulah dia melihat adiknya sedang duduk ketakutan di lantai, menutup kedua telinganya dan menangis. Bunyi guruh dan petir telah bercampur dengan jeritan pertengkaran kedua orang tua mereka, lalu berpadu menjadi melodi yang mengerikan. Adiknya ketakutan…

Seungho terus memeluknya, membisikkan kata-kata hiburan dan memujuknya agar tidak menangis lagi. Seungho sangat mencintai adiknya, hanya Jisoo satu-satunya harta yang dimilikinya. Tetapi pujukannya tidak berhasil, Jisoo tetap menangis. Dan kemudian Seungho menyanyikan lagu itu, sebuah lagu kanak-kanak yang diajar oleh pengasuh mereka. 

Dan ternyata lagu itu berhasil, Jisoo mula mengantuk di dalam pelukannya. Tetapi kemudian pintu itu terbuka dan seluruh mimpi buruk itu terjadi. Ommanya masuk dan meragut tangan Seungho, ingin membawanya pergi.

Jisoo terbangun dan menangis lagi. Dia memegang tangan Seungho erat-erat, menjerit dan memanggil-manggil abangnya, memohon supaya tidak dipisahkan. Tapi sayang, ommanya dengan kasar melepaskan pegangan Jisoo dan menghempaskan adik kecilnya itu ke lantai, dengan kasar mengatakan bahawa Jisoo harus ikut appanya, dan Seungho ikut dia. Mereka dipisahkan dengan begitu kejam, di bawah hujan dan bunyi petir.

Sejak perpisahan itu, Seungho tidak pernah mendengar khabar tentang Jisoo dan appanya. Mereka telah berpindah. Sementara itu, ommanya ternyata memilih membawa Seungho bukan untuk menjaganya, melainkan menjualnya kepada keluarga ahli muzik yang kaya kerana ommanya melihatnya sebagai aset berharga—kerana dia mempunyai bakat bermain biola. Ommanya menerima wang dalam jumlah yang banyak. Lalu pergi entah kemana, yang pasti perempuan itu tidak pernah muncul lagi.

Keluarga angkat Seungho membesarkannya dengan baik.  Mereka sangat menyayangi Seungho, lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai anak kandung sendiri. Tetapi Seungho tidak pernah memaafkan tindakan ommanya yang begitu keji, memisahkannya dari adik dan appanya, semata-mata demi wang dan kekayaan.

Kebenciannya kepada ommanyalah yang menyebabkan dia begitu dendam kepada perempuan. Dia selalu mempermainkan  perempuan, terutama yang buta akan hartanya. Kemudian menghancurkan mereka begitu saja. Dia sangat puas ketika para perempuan itu menangis di kakinya, memintanya untuk tidak meninggalkan mereka.

Pertama kali dia melihat Jisoo, dia tahu, tetapi dia ragu. Nama mereka sama, tetapi mereka sudah sangat lama tidak bertemu. Malah Seungho hanya mampu mengingati samar-samar wajah adiknya kerana waktu itu dia sendiri masih kecil. Tapi kemudian Hyunwoo menceritakan hutang budinya kepada kepada appa Jisoo, kepada appanya. Membuatkan Seungho sedar akan semuanya.

Jisoo adalah adik kandungnya. Dan Hyunwoo adalah budak lelaki itu, anak lelaki kaya yang diselamatkan oleh appanya, yang bertanggungjawab terhadap kehancuran keluarga mereka.

*

*

“Saya gembira awak akhirnya datang sekolah, saya rindukan awak, Jisoo.” Rachel tersenyum girang ketika melihat Jisoo datang.

Jisoo tersenyum, "Hyunwoo dah makin sembuh, jadi saya boleh masuk kelas lagi."

“Syukurlah.” 

"Lagipun Seungho selalu datang tolong saya. Dia boleh tengok-tengokkan abang saya."

"Seungho datang?” Rachel menatap Jisoo penuh erti, "Nampaknya dia tengah berusaha dekat dengan awak, awak mesti berhati-hati. Jangan-jangan dia sedang kejar awak sebagai korban dia yang seterusnya.”

“Tak mungkin, saya bukan gadis kesukaan dia.” Jisoo tertawa lagi, “Setahu saya semua bekas kekasih Seungho cantik-cantik..."

"Awak pun cantik Jisoo, cuma awak yang tak nampak." Rachel tersenyum lembut, "Awak rasa Seungho akan jemput awak lagi petang ni?"

Jisoo menghelah nafas, “Saya dah bagitahu dia tak payah susah-susah jemput saya, macam yang awak cakap, saya dah suruh pemandu peribadi saya datang jemput."

Rachel terdiam, lalu mengangguk-anggukkan kepala setuju, ditepuknya bahu Jisoo sambil memuji, “Keputusan bagus. Sekurang-kurangnya keselamatan awak terjaga Jisoo."

“Yah, walaupun saya ragu-ragu...ada ke orang nak culik saya?”

Rachel tertawa, "Awak akan terkejut Jisoo, mungkin banyak orang nak culik awak, awak adalah orang yang paling dekat dengan keluarga Lee.”

“Tapi saya bukan sebahagian dari mereka.”

“Tapi orang-orang jahat tu mungkin berfikir kalau mereka menculik awak, keluarga Lee akan membayar wang tebusan.” Rachel mengangguk-anggukkan kepalanya, “Dan saya rasa, kalau awak diculik, Hyunwoo orang pertama yang akan berusaha menyelamatkan awak. Nampaknya dia sangat sayangkan awak, awak bertuah Jisoo...”

Pipi Jisoo memerah mendengar kata-kata Rachel, “Jangan merepeklah, dia tak mungkn sayangkan saya. Dia cuma rasa bersalah sebab dah layan saya dengan buruk "

Rachel tertawa, "Tapi pipi awak merah,” Gumamnya menggoda.

“Tak… Pipi saya tak merah.” Jisoo membantah, “Jom masuk, kita dah terlambat ke kelas.”

*

*

Nampakya rancangannya harus diubah. Dia memerhati pada petang itu, ketika Jisoo baru pulang sekolah dan keluar daripada pagar memasuki kereta peribadi yang menjemputnya. Jisoo memutuskan memakai kereta dan pemandu peribadi untuk  menjemputnya, itu bermaksud dia tak akan mampu melakukan usaha penculikannya dari tempat sekolah Jisoo. Dia harus memancing Jisoo supaya boleh berada di tempat yang lengang, dan dia boleh dengan berleluasa menculik gadis itu…

Bersambung...

 

 

 

Mian, lama tak update😣

So let's play a game~
Siapa sebenarnya penculik tu yea ?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dreamwalkerxx #1
Chapter 5: Hmmm Rachel ni mcm ada something la...
12Werewolf_88 #2
Sy tggu awak update okay! >…<
12Werewolf_88 #3
Chapter 4: Hmm ok mula2 sy ingat seungho ada niat jahat dkt jisoo, then sy salah...rasanya rachel yg ada something fishy...then next chap, sy tukar fikiran balik yg sbenarnya rachel bersengkokol dgn seungho nak culik jisoo. LOL! Tp dkt akhir chap tu seungho nampak mcm ada niat balik pula. Aduh, tak tahu sy siapa watak antagonis dlm cerita ni sbenarnya hahaha
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 2: NICE! *tiba2 nyanyi lagu sevnteen* haha
ApinkBlossom95 #5
Chapter 2: whoaaa i like it, smua watak saya suka!
ehm, rachel mcm ada something fishy
Burnkookie
#6
Chapter 2: Uhuk *batuk* saya senyum macam org tak betuii dah author bila baca part hyunwoo dgn jisoo tu , dpt imagined kalau dorang bergandingan bbetul scara realiti .. hahaha xD .. Kim jiwon omggg, dia adalah fav karakter saya kalau dia jd watak yg agak angst sbb dlm cita the heirs tu fuhhh saket hati tngok kekejam dia dlm cita tu tp bila cita dots ja alahaii terus tak benci dahh ekeke .. Lol merepek dah nii .. Apapun keep update tau authornim ;) .. Fighting * wink *
_baebyboo #7
Chapter 2: sweetnyaaa jisoo dgn hyunwoo heehe~
mmm ada sesuatu yg misteri tentang seungho n rachel. tak sabar nak tahu
5days_fin
#8
Chapter 2: saya suka cara penulisan awk author... jalan pnulisan dia pun bagus. keep update author. hwaiting^^