Prolog

Because It's You

"Itu dia perempuan tu dah sampai."  Myungsoo menunjuk dari jendela kaca yang terletak di tingkat paling atas mansion itu. "Dialah anak miskin tu, yang kena pungut oleh omma Hyunwoo."

"Eodie?" Seungho turut sama mengintip di jendela dan berkerut. "Macam budak biasa-biasa jer? Apa yang buat puan Lee nak ambik dia?"

"Sebab dia anak kesayangan di sekolah milik puan Lee, keputusan pelajaran dia paling cemerlang, dan dia sangat pintar walaupun datang dari keluarga miskin. Dengar-dengar ayah dia baru je meninggal disebabkan kemalangan di tempat kerja, dan dia tak ada siapa-siapa lagi, sebab tu lah puan Lee memutuskan akan tanggung biasiswa dia."

Seungho melirik ke arah Hyunwoo yang nampak tidak tertarik, sedang menenggelamkan diri dalam buku bacaannya. Lelaki itu nampak begitu dingin, muram dan tidak boleh diganggu, hanya beberapa orang saja yang boleh berdekatan dengannya. Seungho dan Myungsoo adalah sebahagian yang beruntung. Mereka rapat bukan sebab Hyunwoo yang bersikap terbuka, tapi disebabkan kedua-dua orang tua mereka memang bersahabat dan mereka sudah berkenalan sejak kecil.

Hyunwoo bukanlah orang yang rapat dengan kedua orang tuanya. Abeojinya tidak pernah ada di mansion, sibuk dengan perniagaanya, dan ommanya lebih suka berkeliaran di luar dengan amal kebajikannya, merasa bahagia kerana disanjung sebagai ikon wanita yang dermawan. Walaupun Hyunwoo sangat menghormati kedua-dua orang tuanya, dia masih tetap tidak suka dengan kelakuan abeoji dan ommanya.

Dan Jisoo, orang yang mereka perkatakan itu sudah tentu menjadi topik terbaru ommanya untuk meraih pujian dari semua orang. Hyunwoo berkerut kesal. Ommanya selalu menyusahkan dirinya, dan sekarang, dia harus tinggal sebumbung bersama perempuan itu di mansionnya. Hyunwoo tidak suka terpaksa berinteraksi dengan anak gelandangan dari keluarga miskin itu.

"Tapi dia cantik." Seungho bergumam lagi, kali ini mengamati dengan lebih teliti. "Hyunwoo, betul kau tak nak tengok dia?"

"Buang masa." Hyunwoo mengangkat kepalanya dari buku, berasa terganggu kerana kedua-dua sahabatnya itu mengganggu konsentrasinya membaca. "Buat apa? Nanti aku akan berjumpa dengan dia juga. Perempuan tu akan tinggal di mansion ni."

Dahi Myungsoo berkerut. "Omma kau suruh dia tinggal di mansion ni? Aku ingat omma kau cuma akan tanggung biaya hidup dan pendidikan dia?"

"Dia tak ada rumah, sebab appa dia sangat miskin dan tak mampu bayar hutang, rumah mereka disita oleh Bank. Sebab tu lah omma aku suruh perempuan tu tinggal  sini." Hyunwoo menjeling, membayangkan betapa senangnya Jisoo mendengar keputusan ommanya. Anak gelandangan itu pasti tidak akan melepaskan kesempatan sedikit pun agar boleh tinggal di mansion mewah ini, mansion keluarga Lee. Hanya menunggu waktu saja sebelum anak gelandangan itu mencuba mengikis harta keluarganya. Semua orang sama saja, semuanya menginginkan harta keluarga Lee, termasuk anak gelandangan itu. Hyunwoo sangat yakin Jisoo ada rancangan buruk untuk mengikis kekayaan keluarganya.

"Kau tak suka dia, kan?" Seungho menangkap sorotan kebencian di mata Hyunwoo

Dengan acuh Hyunwoo mengangkat bahunya. "Aku tak pernah suka dengan gelandangan miskin yang tamakkan harta."

Seungho dan Myungsoo saling melemparkan pandangan tahu sama tahu. Habislah Jisoo kalau Hyunwoo tidak menyukainya. Kerana Hyunwoo terkenal dengan sikapnya yang tidak ada belas kasihan kepada orang-orang yang tidak dia suka.

*

*

*

*

Jisoo turun dari Limousine yang dihantar puan Lee kepadanya, dan terpegun menatap mansion yang begitu indah di depannya.

Mansion ini sangat besar seperti istana di cerita dongeng. Ini adalah mansion terbesar yang pernah dia lihat, yang mampu dia bayangkan. Tetapi kemudian Jisoo berkerut, mansion ini terlalu besar, terlalu mewah dan Jisoo berasa tidak selesa kalau tinggal di sini.

Dia telah berusaha menolak ketika puan Lee memintanya tinggal di mansion yang terkenal ini apabila dia tinggal sebatang kara kerana kematian appanya. Tetapi puan Lee tetap berkeras, dan Jisoo tidak mampu menolaknya, kerana puan Lee sudah membiayai sekolahnya, Jisoo sangat berhutang budi kepadanya.

Saat ini, sebatang kara di dunia ini, Jisoo bergantung sepenuhnya kepada kebaikan hati puan Lee. Dia masih ingin sekolah, dan menamatkan pendidikannya. Itulah impian appanya, supaya Jisoo menjadi anak pintar dan berpendidikan, sehingga mampu hidup lebih baik daripada appanya yang miskin. Digenggamnya rantai silver di lehernya, rantai itu sederhana, dengan buah rantai bulat yang boleh dibuka, di dalamnya ada gambar Jisoo bersama appanya. Rantai silver itu adalah benda miliknya yang paling berharga, satu-satunya peninggalan appanya, hadiah ulang tahunnya yang ke tujuh belas, dan appanya membeli rantai tersebut menggunakan wang dari seluruh simpanannya selama bekerja sebagai buruh bangunan.

Seorang pelayan lelaki menjemputnya ke depan pintu dan membongkokkan tubuhnya dengan formal, "Selamat datang. Puan Lee telah memberitahu tentang kedatangan cik, silakan masuk, bilik cik sudah disediakan."

Jisoo menatap pelayan itu dengan gugup. "Emm…saya nak berjumpa dengan puan Lee? Dia ada?"

Pelayan itu menggeleng. "Puan tak ada di mansion pada waktu-waktu macam ni, biasanya pada waktu malam baru puan ada, itu pun kalau tak ada undangan jamuan makan malam. Tapi kalau cik mencari Tuan Muda, dia ada di atas. Mari saya hantar cik ke bilik tidur?"

Jisoo mengangguk gugup, membiarkan pelayan itu mengambil begnya, sejenak Jisoo merasa malu kerana begnya nampak tidak layak berada di dalam mansion semewah ini. Tetapi pelayan lelaki  itu nampaknya tidak kisah.

Dengan ragu Jisoo mengikuti pelayan itu melangkah menaiki lingkaran tangga dengan pegangan keemasan yang berkilau menuju tingkat dua.

"Ini bilik cik, semoga cik selesa di sini." Pelayan itu membukakan sebuah pintu besar dan mempersilahkan Jisoo masuk.

Jisoo masuk, lalu terpesona. Jinja. Luas bilik ini mungkin sama luas dengan mansion kecil tempat dia tinggal bersama appanya dulu, malah mungkin lebih besar. Interiornya mewah, bergaya Eropah dengan bertemakan keemasan. Karpet yang melingkupi seluruh lantainya juga begitu tebal, sehinggakan Jisoo merasa malu kerana kasut buruknya kelihatan tidak layak untuk memijak karpet bilik itu.

"Silakan cik beristirehat dulu, kalau cik memerlukan sesuatu, hanya perlu tekan intercom di tepi katil, kami akan menyediakannya. Oh ya, malam nanti silakan turun ke bawah untuk makan malam. Puan Lee ingin berbual dengan cik nanti."

Jisoo mengangguk, dan pelayan itu melangkah pergi setelah meletakkan beg pakaian Jisoo di bilik, meninggalkan Jisoo sendirian, berdiri di tengah bilik dan terpana, seolah-olah sedang berada di cerita dongeng.

Bunyi pintu terbuka mengejutkan Jisoo dari lamunannya, dia menoleh ke pintu dan terpana. Susuk yang berdiri di depannya adalah susuk yang paling tampan yang pernah Jisoo lihat. Lelaki itu bersandar di pintu biliknya yang telah ditutup dan menatap Jisoo dengan pandangan penuh penghinaan.

"Aku harap kau selesa di bilik ni." Suara yang keluar sangat dingin, dan tanpa sedar Jisoo mengundurkan langkah ke belakang.

"Awak...awak siapa? Kenapa awak masuk ke bilik saya tanpa kebenaran?"

Hyunwoo mengangkat keningnya jengkel. "Kenapa aku mesti minta kebenaran dari kau? Ini mansion aku."

Jisoo terpaku, jadi inilah dia, Lee Hyunwoo, pewaris tunggal syarikat perniagaan keluarga Lee yang terkenal itu. Jisoo selalu mendengar namanya disebut-sebut di berita atau di tabloid. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Hyunwoo, pewaris syarikat keluarga Lee yang berkepribadian buruk dan selalu bertengkar dengan wartawan. Jisoo dulu tidak pernah tertarik dengan berita-berita itu, dia terlalu sibuk belajar di waktu pagi dan bekerja sambilan pada waktu malam, tapi satu yang pasti, Hyunwoo yang di luar jelas lebih tampan dari apa yang ditayangkan di TV atau di tabloid-tabloid.

"Aku datang sini untuk bagi kau peringatan." Hyunwoo melemparkan pandangan mencemuh kepada Jisoo. "Kau mesti bahagia kan sebab omma aku izinkan kau tinggal di mansion ni?Tapi kau jangan bersenang dulu, aku akan halau kau keluar serta merta dari mansion ni sebaik saja kau tamat sekolah nanti, sebab tempat yang layak untuk kau bukanlah di mansion ni, tapi di rumah setinggan dengan gelandangan yang sama jenis macam kau." Wajah Hyunwoo menegang menatap Jisoo, lalu memalingkan tubuhnya dan melangkah pergi meninggalkan bilik itu, dengan pintu berdebam kuat di belakangnya.

*

*

*

*

"Nampaknya korang sangat akrab." Seungho tertawa geli ketika dia dan Hyunwoo berselisih dengan Jisoo di lorong mansion, lalu Jisoo hanya menganggukkan kepalanya dan bergegas berjalan laju, sementara Hyunwoo hanya menatap dengan pandangan dingin.

Hyunwoo melemparkan pandangan marah kepada Seungho. "Aish, jinja. Tolonglah jangan main-main, aku betul-betul bengang dengan kehadiran dia di mansion ni."

"Tapi kau tak buat apa-apa pun untuk halau dia dari sini."

"Hmmm…" Hyunwoo tampak berfikir. "Geunyang...aku dah ada rancangan."

"Rancangan apa?" Seungho menatap Hyunwoo dengan pandangan tertarik.

"Rancangan yang mampu membuatkan omma aku halau dia dari mansion ni."

*

*

*

*

Pada waktu pagi, mansion itu heboh apabila puan Lee naik angin kerana salah satu rantai rubi kegemarannya hilang. Rantai itu adalah benda yang berharga, selain kerana harganya yang tak ternilai, rantai itu adalah rantai warisan yang diturunkan secara turun temurun kepada pengantin keluarga Lee.

Seluruh isi mansion begitu heboh, seluruh pelayan ribut mencari rantai itu, dan tetap juga tidak ditemui, malah mereka mula saling tuduh-menuduh.

"Dulu tak pernah ada lagi barang yang hilang di mansion ni."

"Neh, majayo. Dulu mansion ini sangat aman."

"Atau jangan-jangan disebabkan anak tu? Kau pernah tengok, kan? Anak angkat puan Lee yang tinggal di tingkat dua tu? Kemarin dia datang dan rantai puan terus hilang, sangat satu kebetulan."

"Betul juga, sebelum kedatangan anak tu, mansion ni tak pernah lagi ada kes kecurian."

Hyunwoo kebetulan lalu di situ dan terdengar perbualan para pelayan saling berbisik-bisik. Dia tersenyum. Bagus. Barah sudah dinyalahkan, tinggal menunggu angin menghembus saja supaya apinya membakar Jisoo.

Dengan langkah tenang Hyunwoo melangkah memasuki ruang kerja ommanya yang kebetulan berada di rumah.

"Saya dengar rantai omma hilang?" Hyunwoo terus menyapa dan duduk di kerusi di hadapan meja kerja ommanya.

Puan Lee mengangkat kepalanya dari memeriksa fail dihadapannya dan mengerutkan keningnya. "Rantai tu warisan turun-temurun keluarga Lee, moyang kamu. Kalau para pelayan masih tak dapat jumpa, omma akan pecat mereka semua."

"Omma tak lapor polis?"

"Ajigkaji. Omma nak para pelayan cari dulu sepuas-puasnya, kalau sampai malam mereka tak dapat jumpa, omma akan menghubungi polis."

Hyunwoo mengangkat bahunya. "Bukan ke ini suatu kebetulan?"

"Museun marieyo? Kebetulan apa?"

"Bahawa rantai omma hilang selepas anak gelandangan tu masuk ke rumah ni."

"Lee Hyunwoo! Jaga percakapan kamu!" Suara puan Lee meninggi. "Kamu sedar tak apa yang kamu tuduhkan? Jisoo adalah pelajar baik dan cemerlang di sekolah, macam mana kamu tergamak mencurigai Jisoo mengambil rantai tu?"

"Saya tak mencurigai dia, saya hanya berfikir bahawa ianya satu kebetulan." Hyunwoo menatap ommanya dengan penuh perhitungan. "Rantai tu tak jumpa-jumpa sampai sekarang, dan bilik anak gelandangan tu adalah satu-satunya tempat yang belum diperiksa pelayan, tak rugi kan kalau omma periksa bilik tu?"

Puan Lee termenung mendengar perkataan anak tunggalnya itu. Benar juga, tidak ada ruginya kan kalau dia memerintahkan pekerjanya memeriksa bilik tidur Jisoo?

*

*

*

*

Jisoo sedang belajar dan mencuba menyelesaikan soalan aritmetik yang rumit ketika pintu biliknya terbuka dan beberapa pelayan masuk, diikuti puan Lee sendiri dan Hyunwoo yang menatapnya dengan sinar kebencian yang pelik di belakangnya.

"Puan?" Jisoo terus berdiri dari kerusi belajarnya.

Puan Lee hanya menatapnya dengan mendatar. "Kamu tak keluar seharian?"

"Neh. Pulang saja dari sekolah, saya terus belajar di bilik." Jisoo menatap wajah-wajah yang menatapnya itu dengan bingung. Apa yang berlaku? Kenapa semua orang menatapnya dengan pelik?

Puan Lee berdehem sebentar dan bergumam. "Kalau begitu, kamu mungkin belum dengar, rantai saya hilang entah ke mana pagi tadi, dan seluruh penjuru rumah telah diperiksa, kecuali bilik ini lagi yang belum." Tiba-tiba pandangan puan Lee nampak malu. "Maafkan kami Jisoo, kami terpaksa memeriksa bilik kamu, saya harap kami tak akan menjumpai rantai tu di sini."

Wajah Jisoo memucat antara terasa terhina dan sedih. Rantai puan Lee hilang, dan dia sebagai tetamu yang datang dari keluarga miskin, terpaksa menghadapi penghinaan ini kerana dicurigai. Dengan pedih Jisoo mengangkat dagunya. "Silakan periksa bilik ni."

Ketika para pelayan bergerak memeriksa seluruh bahagian bilik, Jisoo sangat yakin bahawa mereka tidak akan menemui apa pun di bilik ini. Sumpah! Dia tidak mengambil rantai rubi itu, bah kan dia tidak tahu sama sekali akan bentuk rantai rubi itu.

Tetapi kemudian, seorang pelayan membuka laci pakaian Jisoo dan terperanjat. Semua menoleh ke arah suara itu dan tergamam.
Di laci baju itu, dibawah pakaian-pakaian Jisoo, terdapat rantai rubi milik puan Lee di sana.

Wajah puan Lee berubah antara kecewa dan marah.

"Saya telah berbuat baik kepada kamu, saya tak sangka kamu akan melakukan perbuatan yang begitu tidak terpuji."

Jisoo pucat lesi, sungguh terkejut bagaimana rantai itu ada di sana, dia sendiri tidak tahu. Bagaimana mungkin?

Kemudian Jisoo terpandang sinar kemenangan dan senyuman penghinaan dari Hyunwoo, lalu Jisoo tersedar, lelaki itu pernah mengugut akan menghalaunya keluar dari mansion ini. Jisoo sangat yakin ini adalah rancangan Hyunwoo untuk memfitnahnya.

"Puan… Sumpah bukan saya yang mengambil rantai tu." Suara Jisoo bergetar kerana semua pelayan termasuk puan Lee menatapnya dengan menuduh. "Saya tak tahu macam mana rantai tu ada dekat sana."

"Jadi kau ingat rantai tu boleh jalan sendiri?" Gumam Hyunwoo dengan pandangan menghina.

Puan Lee menghelah nafas panjang. "Kita bincangkan hal ni nanti. Jisoo, kamu ikut saya ke bilik kerja. Kita akan pertimbangkan semula tentang biasiswa yang saya berikan pada kamu. Kamu sangat-sangat mengecewakan!" Dengan marah puan Lee memalingkan badannya dan pergi, diikuti para pelayan.

Sementara itu Hyunwoo masih berdiri di sana, memeluk tubuh dan menatap Jisoo dengan selamba.

"Well, nampaknya kau akan dihalau lagi cepat dari apa yang aku jangkakan. Tak perlu tunggu sampai kau tamat sekolah." Gumamnya mengejek.

Mata Jisoo berkaca-kaca antara perasaan malu dan marah luar biasa.

"Awak memang jahat!" Desisnya penuh emosi.

Tanpa perasaan Hyunwoo terkekeh lalu matanya berubah kejam ketika melangkah mendekati Jisoo, membuatkan Jisoo mengundurkan langkahnya ke belakang. Takut.

Hyunwoo terus menghampiri sehingga Jisoo terperangkap di dinding.

"Tempat kau bukan di sini, tempat kau di luar, di rumah setinggan yang dibina di atas tanah haram bersama gelandangan-gelandangan, aku dah pernah bagitahu, kan? Jadi jangan pernah bermimpi kau boleh tinggal dan menikmati kemewahan di mansion ni!"

Tatapan Hyunwoo tiba-tiba tertarik ke arah kilatan cahaya dari dada Jisoo, matanya beralih dan menemui rantai silver yang sangat cantik di dadanya.

"Rantai apa ni?" Tangannya meraih rantai tersebut dan Jisoo dengan tegas berusaha melindungi rantai peninggalan appanya, tetapi Hyunwoo melawan lalu meragut rantai itu dalam genggaman tangannya.

"Jangan!" Jisoo berusaha melawan dan merampas rantai itu, tetapi tubuh Hyunwoo terlalu tinggi.

Hyunwoo menatap rantai itu, lalu dengan jahat menghayun-hayunkannya di hadapan wajahnya. "Nampaknya rantai ni sangat berharga buat kau? Aku akan ambik rantai ni sebagai hukuman sebab kau mencuri rantai omma aku."

"Saya tak curi rantai tu! Saya tahu awak yang lakukannya!" Jisoo menjerit, berusaha mengejar Hyunwoo "Pulangkan rantai saya!"

"Shiro, aku akan ambik rantai ni." Dengan kejam Hyunwoo memalingkan langkahnya dan meninggalkan Jisoo yang menangis di belakangnya.

*

*

*

*

Petang sudah beranjak malam ketika Jisoo turun dari teksi. Dia dihalau dari mansion itu kerana dituduh mencuri, dan puan Lee mengatakan akan menarik semua bantuannya kepada Jisoo. Tapi Jisoo tetap berterima kasih kepada puan Lee kerana wanita itu memutuskan tidak akan melaporkan kepada pihak polis kerana kalau tidak, Jisoo akan dipenjara.

Sekarang Jisoo berdiri berdekatan dengan sebuah permis. Dia bingung harus berbuat apa. Dia tidak mempunyai rumah kerana rumahnya bersama appanya dulu sudah disita, dan dia tidak mempunyai sesiapa lagi. Dan… Perutnya lapar, tapi dia juga tidak mempunyai wang, yang dibawanya ketika keluar dari mansion itu hanyalah pakaian-pakaiannya.

Sambil menekan perutnya yang mula terasa pedih, Jisoo mendekati sebuah permis yang sudah tutup, dan duduk di sana. Seperti melengkapi kepedihannya, hujan turun dengan derasnya, meniupkan hawa dingin dan percikan air yang mulai membasahinya. Atap bahagian hadapan permis itu ternyata tidak cukup melindunginya.

Lapar dan sakit hati, Jisoo terkenang akan appanya dan menangis. Dia terkenang ketika appanya pulang sambil membawa lebihan makanan dari projek bangunannya untuk Jisoo. Appanya berpuasa tidak makan siang agar boleh memberikan makanannya kepada Jisoo, lalu mereka berdua akan makan dalam satu pinggan yang sama, walau pun hanya makanan sederhana, tetapi kerana dimakan dengan penuh rasa syukur dan bahagia, terasa begitu nikmat.

Appanya adalah seorang malaikat dalam hidup Jisoo, walau pun mereka tidak bernasib baik dalam hal kewangan, tetapi mereka bahagia dalam kesederhanaan, bersyukur saling melengkapi antara satu sama lain. Jisoo selalu teringat akan pesan appanya agar selalu menjaga hati.

"Kita ini orang miskin Jisoo, tapi jangan sampai hati kita juga menjadi miskin. Isilah hati kamu dengan kebaikan, maka kamu akan menjadi orang kaya di hadapan Tuhan."

Dan sekarang appanya sudah tiada akibat kemalangan di tempat kerjanya. Appanya dulu bekerja sebagai buruh bangunan di sebuah projek pembangunan apartment, dan appanya kemalangan akibat ditimpa batu ketika cuba menaikkannya ke atas bangunan, dan meninggal serta merta di tempat kejadian.

Di tengah hujan deras ini, hati Jisoo hancur mengingati appanya, ditambah lagi dengan rantai kenangan appanya yang sudah diragut oleh Hyunwoo yang jahat itu. Air mata Jisoo mengalir deras. Rasanya lebih baik dia mati saja.

*

*

*

*

"Omma masih kecewa dengan Jisoo, omma tidak menyangka dia akan berbuat seperti itu." Puan Lee mendesah sedih sambil menatap makan malamnya, hujan deras turun di luar, dan dia hanya berduaan dengan Hyunwoo di meja makan yang besar itu. Suaminya sedang dalam perjalanan luar negeri kerana outstation.

Hyunwoo mendengus kesal. "Omma sepatutnya tak percayakan dia sejak dari dulu lagi. Orang miskin memang macam tu, pantang nampak barang berharga, mulalah mereka merancang untuk mendapatkan barang tersebut. Walau dengan cara kotor sekali pun." Hyunwoo sengaja menghasut ommanya walaupun dia tahu bukan Jisoo yang bersalah.

Puan Lee menggelengkan kepalanya. "Dulu omma ingatkan Jisoo akan berbeza."Puan Lee mendesah. "Kamu tahu, kita berhutang budi kepada Jisoo."

Hutang Budi? Hyunwoo berkerut.

Puan Lee menatap Hyunwoo dan tersenyum lembut. "Kamu masih kecil waktu tu, mungkin kamu lupa." Puan Lee mula bercerita. "Dulu ada seorang pemain violin terkenal, nama dia Kim Joohyuk, dia berasal dari keluarga miskin, tidak mengenali sekolah, tetapi sangat berbakat, dia sahabat abeoji kamu."

Hyunwoo tidak mengingatinya, tetapi entah kenapa ada ingatan samar-samar di benaknya.

"Suatu hari, ada penculik, kamu waktu tu masih berumur 5 tahun, kamu bermain bersendirian di lorong pejabat abeoji kamu, pada masa yang sama, Joohyuk sedang mengunjungi abeoji kamu untuk persiapannya berkunjung ke Austria, dia menerima kontrak kerja untuk tampil di konsert-konsert besar di seluruh dunia, masa depannya sangat cerah." Tatapan mata puan Lee menerawang, mengenang masa lalu. "Dan dia tidak sengaja melihat penculik itu sedang berusaha menculik kamu, penculik itu sudah berjaya menangkap kamu dan cuba lari, tetapi Joohyuk sempat menghalang." Puan Lee menghelah nafas panjang. "Penculik tu membawa pisau, dan mencederakan Joohyuk. Tapi dia berhasil menyelamatkan kamu, pengawal keselamatan datang dan penculik itu ditangkap, kamu selamat, kembali dalam pangkuan kami."

"Di mana orang tu sekarang, omma?" Hyunwoo berkerut, dia tidak pernah mendengar pemain violin terkenal bernama Joohyuk sampai sekarang. Kalau dia memang berbakat dan masa depannya cerah saat itu, pasti sekarang dia sudah terkenal seantero dunia.

Puan Lee mengalirkan air matanya. "Hyunwoo-ah... Penculik tu mengelar tangan kirinya dengan pisau, dan terkena pada urat yang paling penting, luka itu membuatkan Joohyuk tidak akan pernah mampu bermain violin seumur hidupnya lagi, kerjayanya hancur dan seluruh masa depannya hancur. Abeoji kamu sebenarnya berusaha menolongnya, tapi dia menolak semua bantuan dari abeoji kamu, dia menghilang." Puan Lee menatap Hyunwoo sambil menghelah nafas berat. "Dua puluh tahun kemudian, omma tak sengaja bertemu dengan Jisoo dan melihat kemiripan dia dengan Joohyuk..."

"Maksud omma?" Wajah Hyunwoo memucat ketika berjaya membuat kesimpulan.

"Ya, Hyunwoo. Jisoo adalah puteri Joohyuk, dan kita mempunyai hutang budi yang begitu besar kepada keluarga mereka. Disebabkan Joohyuk cuba menyelamatkan kamulah dia kehilangan masa depannya, membuatnya dan anak perempuannya hidup miskin selama ni." Tiba-tiba tatapan mata puan Lee berubah tajam, "Omma tahu bukan Jisoo yang mencuri rantai omma."

Wajah Hyunwoo yang sudah pucat mendengar informasi itu semakin memucat. "Mworaguyo?"

"Kamu yang melakukannya." Puan Lee menatap tajam. "Omma tahu Jisoo tak akan berbuat begitu, dia terlalu jujur dan naif untuk mencuri."

"Jadi kenapa omma menghalau dia dari mansion ni?" Suara Hyunwoo berubah cemas. Dia telah tersalah faham selama ini, malah dia telah membuatkan Jisoo dihalau dari rumah ini disebabkan pandangan jahatnya pada kemiskinan Jisoo. Padahal semua penderitaan yang menimpa Jisoo adalah berpunca daripada dirinya sendiri! Kerana ayah Jisoo berusaha menyelamatkan dirinya!

"Omma nak kamu belajar dari kesalahan kamu, supaya kamu tak terburu-buru bertindak, dan bukan menilai orang dari kekayaan dan kemiskinnya… Hyunwoo, kamu nak ke mana?!"

Hyunwoo sudah tidak peduli dan terus meninggalkan ruang dapur dengan tergesa-gesa.

"Saya akan cari Jisoo!"

Dan puan Lee duduk tenang di ruang makan itu, mengesat bibirnya dengan elegan dan tersenyum. Hyunwoo rupanya telah belajar menjadi matang.

*

*

*

*

Hyunwoo tidak tenteram sepanjang pemanduannya, kepalanya ligat menoleh ke kiri dan ke kanan, cuba mencari kelibat gadis itu, tetapi hujan deras itu menghalang perjalanannya mencari Jisoo ke kawasan setinggan berdekatan dengan projek bangunan pencakar langit itu, tempat Jisoo tinggal dulu. Hyunwoo tahu tempat ini dari ommanya.

Ketika sampai, Hyunwoo bertambah sakit hati kerana lokasi perumahan setinggan itu sangat kotor, berlumpur dari tanah merah akibat hujan lebat menyebabkan tayar keretanya terkubur di tanah yang berlumpur. Dengan marah Hyunwoo keluar dari keretanya, membiarkan tubuhnya dibasahi hujan, lalu berdiri dan melilarkan pandangan ke sekeliling. Bagaimana dia boleh menemui Jisoo di sini? Bagaimana dia boleh menemui alamat lama rumah Jisoo?

Hyunwoo yakin Jisoo pasti kembali ke sini, dia tidak mempunyai sesiapa, bekas rumahnya bersama appanya dulu pasti menjadi tujuan utamanya.

Sejenak rasa cemas dan bersalah menyesakkan dadanya. Tuhan, kalau ada sesuatu yang buruk menimpa Jisoo, maka Hyunwoo akan menanggung rasa bersalah seumur hidupnya.

Ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Hyunwoo harus mencari Jisoo di kawasan pekan pula memandangkan dia pulang menaiki teksi tadi.

*

*

*

*

Matanya mengecil ketika menemui sesuatu yang bergerak-gerak di hadapan premis di hujung sana, tidak jauh dari tempat dia memakir kereta. Dengan penuh harapan, Hyunwoo berlari menembusi hujan ke sana.

Dia menemui Jisoo sedang duduk meringkuk kedinginan di hadapan premis itu, bekas air mata terlihat di pipinya.

Jisoo tidak mengenali lelaki yang tiba-tiba berdiri menjulang di depannya, seolah-olah muncul begitu saja dari tirai hujan, tetapi sebaik saja menyedari bahawa lelaki itu adalah Hyunwoo, tatapan Jisoo berubah waspada.

"Buat apa awak datang sini?"

Hyunwoo terus melutut sehingga kepala mereka hampir sejajar.

"Maafkan aku, Jisoo."

Jisoo berkerut. "Mworagu?"

"Aku sangat menyesal, maafkan aku,  aku harap kau sudi pulang semula ke mansion bersama dengan aku."

Pulang ke mansion? Kemudian dianiaya oleh lelaki ini semula dengan kebenciannya? Tidak!

"Shiroyo!" Wajah Jisoo berubah keras kepala. "Saya mampu hidup sendiri tanpa bantuan orang-orang kaya macam korang semua! Besok saya akan cari pekerjaan sambilan dan rumah sementara. Awak…awak jangan fikir dengan mudah boleh menyakitkan dan menghina orang-orang miskin seperti saya!"

Hati Hyunwoo terasa dirobek oleh perkataan Jisoo yang penuh kepedihan itu.

"Jisoo, aku minta maaf." Bisiknya lembut. "Aku dah salah faham selama ni, omma aku dah jelaskan semuanya dekat aku, dan aku menyesal, ini..." Hyunwoo mengeluarkan rantai Jisoo dari tangannya. "Ini rantai kau. Aku nampak ada gambar appa kau dekat dalam tu, aku tahu rantai ni sangat berharga buat kau. Nah, aku pulangkan semula..." Dengan lembut Hyunwoo menggenggamkan rantai itu di jemari Jisoo.

Jisoo menerima rantai itu dan menggenggamnya erat-erat. Oh terima kasih Tuhan! Rantai ini akhirnya kembali kepadanya.
Tetapi dia tetap menatap Hyunwoo dengan waspada. "Ke.. kenapa awak berubah fikiran secepat ni?" Fikiran buruk berkecamuk di benak Jisoo, apakah Hyunwoo mempunyai rancangan jahat yang lain untuknya?

"Jisoo, percayalah, aku sangat menyesal, aku mohon kau ikut aku pulang semula ke mansion, aku akan ceritakan semuanya, aku berjanji mulai sekarang aku akan layan kau dengan baik ." Hyunwoo mula kecewa, berusaha meyakinkan Jisoo.

"Kalau macam tu… Awak tak akan berbuat jahat dekat saya lagi?"

"Aku berjanji, kau boleh pegang kata-kata aku."

Jisoo menghelah nafas panjang. "Tapi saya...saya boleh hidup sendiri tanpa bantuan keluarga awak."

"Aku tak akan benarkan." Suara Hyunwoo meninggi. "Aku merayu Jisoo, atau kau sanggup menyeksa aku dalam penyesalan? Aku merayu kau ikut aku pulang ke mansion bersama-sama, izinkan aku membalas budi dan menebus kesalahan aku."

Jisoo termenung.

"Aku merayu...please?" Ucap Hyunwoo sambil menatap tepat mata hitam gadis itu tanpa berkelip. Nada frustrasi mula mewarnai suara Hyunwoo, lelaki itu kelihatan benar-benar terseksa.

Mereka berbalas pandangan seketika. Agak lama. Akhirnya Jisoo menganggukkan kepalanya yang disambut dengan desahan lega Hyunwoo. Lelaki itu melepaskan jaketnya dan memakaikannya di kepala Jisoo.

"Tapi awak akan basah…"

"Gwenchana, aku lebih kuat daripada kau." Dengan lembut Hyunwoo melindungi Jisoo dan mereka berlari menembusi hujan memasuki kereta.

Aku akan menjaga kau dengan baik Jisoo. Kau akan di sayangi sepenuh hati. Aku akan tebus masa-masa lalu penderitaan kau, aku akan buat kau bahagia sepenuhnya. Mungkin aku tak mampu mengucapkan terima kasih secara langsung kepada appa kau, tapi appa kau akan tenang di sana, kerana kau ada dalam jagaan aku...

 

Bersambung...



So yeah, chap pertama dah siap. Harap tak menghampakan. Watak-watak utama yang lain akan menyusul di chap yg seterusnya. Jangan lupa tinggalkan komen okay, let me know what you think :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dreamwalkerxx #1
Chapter 5: Hmmm Rachel ni mcm ada something la...
12Werewolf_88 #2
Sy tggu awak update okay! >…<
12Werewolf_88 #3
Chapter 4: Hmm ok mula2 sy ingat seungho ada niat jahat dkt jisoo, then sy salah...rasanya rachel yg ada something fishy...then next chap, sy tukar fikiran balik yg sbenarnya rachel bersengkokol dgn seungho nak culik jisoo. LOL! Tp dkt akhir chap tu seungho nampak mcm ada niat balik pula. Aduh, tak tahu sy siapa watak antagonis dlm cerita ni sbenarnya hahaha
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 2: NICE! *tiba2 nyanyi lagu sevnteen* haha
ApinkBlossom95 #5
Chapter 2: whoaaa i like it, smua watak saya suka!
ehm, rachel mcm ada something fishy
Burnkookie
#6
Chapter 2: Uhuk *batuk* saya senyum macam org tak betuii dah author bila baca part hyunwoo dgn jisoo tu , dpt imagined kalau dorang bergandingan bbetul scara realiti .. hahaha xD .. Kim jiwon omggg, dia adalah fav karakter saya kalau dia jd watak yg agak angst sbb dlm cita the heirs tu fuhhh saket hati tngok kekejam dia dlm cita tu tp bila cita dots ja alahaii terus tak benci dahh ekeke .. Lol merepek dah nii .. Apapun keep update tau authornim ;) .. Fighting * wink *
_baebyboo #7
Chapter 2: sweetnyaaa jisoo dgn hyunwoo heehe~
mmm ada sesuatu yg misteri tentang seungho n rachel. tak sabar nak tahu
5days_fin
#8
Chapter 2: saya suka cara penulisan awk author... jalan pnulisan dia pun bagus. keep update author. hwaiting^^