002

Because It's You

Malam itu hujan turun dengan lebat, diiringi bunyi angin dan hujan. Sementara itu, Jisoo terbaring dikatilnya dengan gementar, berusaha menutup seluruh tubuhnya dari hujung kaki hingga ke hujung kepala dengan selimut. Tetapi setiap kali bunyi petir menyambar, dia pasti akan terlonjak terkejut lalu menangis ketakutan. Tidak ada yang tahu selain appanya bahawa Jisoo sangat takut akan guruh dan petir.

Dulu sewaktu masih kanak-kanak, apabila mendengar bunyi petir, Jisoo akan meraung-raung menangis, dan appanya lah yang memujuknya dan akan memasukkannya ke dalam selimut bersamanya. Apabila Jisoo beranjak dewasa, perangainya masih tetap sama, dia akan mengetuk pintu bilik appanya dan meminta izin untuk bersembunyi di sebalik selimutnya sehingga guruh dan petir di luar reda.

Petir berbunyi sekali lagi, kali ini sangat kuat sehingga menggegarkan kaca-kaca dan tiang jendela. Jisoo berusaha menahan ketakutannya, sambil mengalirkan air matanya. Appa... Tiba-tiba saja Jisoo merasa sangat merindui appanya, dan berharap appanya masih hidup.

Tiba-tiba bekalan elektrik terputus, gelap gelita. Cahaya yang masuk hanyalah kilatan-kilatan petir yang menembusi kegelapan, menimbulkan bayangan-bayangan menakutkan yang menghitam sepantas kilat. Jisoo semakin gementar, semakin takut. Sampai bilakah seksaan ini akan berakhir? Jisoo sangat takut, ketakutan yang tidak mampu dia jelaskan ketika mendengar bunyi petir. Ketakutan yang menghantuinya, entah mengapa, dan entah disebabkan apa.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka.

"Jisoo, neo gwenchana? Lampu terpadam, mungkin ada pokok yang tumbang dan terkena pada kabel elektrik di luar."

Itu suara Hyunwoo. Lalu tanpa mempedulikan batasnya, Jisoo melompat dengan histeria dari katil, melemparkan selimutnya dan setengah berlari, dan melanggar Hyunwoo dengan kuat sehingga tubuh lelaki itu tertolak selangkah ke belakang, lalu memeluknya erat-erat. Serentak dengan itu, petir menyambar lagi dan seluruh tubuh Jisoo mula bergetar.

"Jisoo?" Hyunwoo tidak menolak pelukan Jisoo malah membalas pelukannya, berusaha menenangkan tubuh kecil yang menggigil dan tenggelam di pelukannya itu. Apabila petir menyambar lagi, Jisoo terpekik terkejut dan semakin mengeratkan pelukannya. Hyunwoo tahu, Jisoo takut pada bunyi petir.

"Sttttt.." Hyunwoo berbisik perlahan, berusaha menenangkan Jisoo. Gadis ini memeluknya dengan sangat erat sehingga membuatkan dia susah bernafas, dan Jisoo pasti melakukannya tanpa sedar. Hyunwoo tersenyum, kalau Jisoo sedar, dia yakin Jisoo tidak ingin pun memeluknya seperti sekarang.

"Sttttt.. Jisoo tenang, jangan takut, aku ada... Lampu akan menyalah sekejap lagi. Mari aku temankan kau ke katil."

Seluruh tubuh Jisoo bergetar ketika Hyunwoo mengangkatnya, seolah-olah dia sangat ringan, lalu meletakkannya di atas katil. Hyunwoo duduk di tepi katil dan menutup Jisoo dengan selimut "Tidurlah, aku janji tak akan lari ke mana-mana."

Jisoo mengangguk, dan memejamkan matanya. Petir sambar-menyambar dan bunyi guruh menggegar di luar, tapi kehadiran Hyunwoo nampaknya menjadikan Jisoo lebih tenang. Gadis itu masih menggenggam jemari Hyunwoo seolah-olah takut ditinggalkan.

Selang beberapa minit, lampu menyalah semula, memenuhi bilik dengan suasana malap dari lampu tidur yang berwarna oren kekuningan. Tidak berapa lama kemudian, hujan mula reda, walau pun aliran air masih mencurah ke bumi.

Jisoo nampaknya sudah di ambang tidurnya, dia menatap Hyunwoo dengan mata hampir terpejam sambil tersenyum.

"Gomawo..." Gumamnya perlahan sebelum tenggelam di dalam tidurnya.

Hyunwoo hanya menatap Jisoo yang sudah terlelap itu, kemudian ingin berdiri untuk pergi, tapi tangan kecil Jisoo ternyata masih menggenggam tangannya dengan sangat erat. Lalu Hyunwoo duduk semula dan termenung di atas katil, kembali menatap wajah Jisoo dalam-dalam.

*

*

*

*

"Awak takut dengan petir?" Rachel menatap Jisoo sambil tersenyum geli, lalu dia menghirup coklat panasnya, berusaha menyembunyikan tawanya. "Jisoo-ya, budak kecil je yang takut dengan petir."

"Ya, saya tahu. Sebenarnya saya pun malu dengan perangai saya yang kebudak-budakan ni." Jisoo tersenyum sambil menatap perempuan cantik di depannya, dan Jisoo terpana, Rachel memang sangat cantik. Kulitnya agak pucat, tapi dia pernah bagitahu yang dia menderita penyakit yang serius sehingga dia terpaksa duduk di dalam rumah. "Rasanya saya menyimpan trauma masa kecik-kecik dulu."

"Trauma apa?" Rachel mengecilkan matanya dan meletakkan gelasnya di meja. Mereka berdua sedang duduk di cafe di tepi jalan, sebuah cafe elegan dengan gaya Itali yang menyediakan kopi untuk mereka berdua. Rachel ternyata adalah penggemar kopi, katanya kopi mampu membuatnya lebih segar menghadapi kehidupan seharian. Oleh sebab itulah dia mengajak Jisoo menemaninya hari ini.

"Entahlah." Jisoo berusaha mengingati sesuatu. "Saya dulu selalu bermimpi. Hujan, petir, dan jeritan-jeritan tegang. Kemudian saya bersembunyi di sebalik almari dengan ketakutan." Jisoo menarik nafas kerana usahanya mengingati semua itu membuatkan kepalanya menjadi pening."Tapi saya tak pasti sama ada ia mimpi atau kenyataan. Yang pasti saya sangat trauma dan takut dengan hujan dan petir." Tiba-tiba saja Jisoo mengetap bibirnya dengan wajah kesal apabila mengingati kejadian semalam. "Aish, malunya... Macam mana saya nak menghadap Hyunwoo nanti? Saya malulah."

"Kenapa awak nak malu dekat Hyunwoo pula?" Mata Rachel terbuka luas.

"Semalam...saya tak sengaja peluk dia sebab ketakutan." Jisoo mengusap pipinya, berusaha menghilangkan rasa panas yang membara. "Tapi sekurang-kurangnya dia sangat baik dengan saya semalam, dia tolong tenangkan saya dan temankan saya sampai tertidur. Mungkin macam tu la rasanya apabila ada seorang abang."

Ekspresi wajah Rachel tidak mampu dibaca. Tetapi kemudian dia tersenyum lembut.

"Ya, awak sangat bertuah."

*

*

*

*

Jisoo berjalan sendirian di tepi jalan, Rachel pula telah dijemput pemandu peribadinya dan mengajak Jisoo menumpang keretanya, tapi Jisoo menolak kerana dia ingin mengunjungi kedai buku sebelum pulang. Sekarang, setelah selesai membeli buku, dia ingin pulang segera kerana tanpa dia sedari, hari semakin petang dan sepi.

Tiba-tiba sebuah kereta dipandu perlahan di sebelahnya. Pada mulanya Jisoo tidak mengendahkan kereta tersebut, tetapi ketika kereta itu masih mengikutinya, Jisoo menoleh dan menatap dengan berhati-hati.

Kereta itu berwarna hitam legam, jenis kereta sport, dengan kacanya yang gelap. Adakah ini penculikan? Kereta itu serupa dengan kereta mafia-mafia di dalam filem. Kadang-kadang Jisoo menyesal dengan imaginasinya sendiri yang membuatkan dia ketakutan.

Lalu tingkap kaca kereta itu terbuka sebelum Jisoo sempat panik lebih jauh. Yang muncul di sebalik tingkap ialah Seungho, lelaki yang memainkan violin tempoh hari. Jisoo tidak akan pernah lupa senyumannya dan matanya. Langkahnya terus terhenti.

Seungho turut memberhentikan keretanya dan tersenyum lembut.
"Aku ingat aku salah orang tadi, betul lah kau Jisoo. Tapi kenapa kau jalan berseorangan?"

"Saya... Saya nak ke bustop."

"Bustop? Selalunya memang tak ada kereta ke yang ditugaskan untuk menjemput kau?" Seungho mengerutkan kening, kelihatan tidak suka dengan idea Jisoo berjalan sendirian dan pulang dengan menaiki bas.

Jisoo tersenyum. "Aniya, bukannya tak ada, puan Lee dah sediakan pemandu peribadi untuk saya, tapi saya tolak. Saya rasa sangat berlebihan bila dihantar dan dijemput setiap hari."

Seungho mengangkat keningnya. "Tak berlebihan pun, apa lagi untuk seseorang yang telah menjadi sebahagian dari keluarga Lee. Tahu tak bahaya jalan sendirian, di dunia ni banyak orang yang berfikiran negatif, bila-bila masa saja kau boleh diculik untuk mendapatkan wang tebusan."

Kata-kata Seungho membuatkan Jisoo takut, dia menatap sekelilingnya dengan waspada. "Tapi saya bukan sebahagian dari keluarga Lee." Gumamnya perlahan. "Mereka tak akan tertarik menculik saya."

Seungho mengangkat bahunya. "Well, siapa tahu. Banyak orang putus asa dan nekad di dunia ni." Lelaki itu membuka pintu keretanya. "Kaja, aku akan hantar kau pulang."

Sejenak Jisoo berdiri ragu. Dia teringat akan kata-kata Hyunwoo kepadanya, bahawa dia harus berhati-hati dan jangan terlalu rapat dengan Seungho, kerana Seungho adalah penghancur hati perempuan dan benci perempuan. Tapi Seungho nampak baik dan tulus kepadanya, mungkin tak jadi masalah kalau dia ikut lelaki itu.

Setelah menghelah nafas ragu untuk kali terakhir, Jisoo melangkah masuk ke kereta Seungho.

*

*

*

*

"Tegang sangat cara kau duduk. Bertenanglah Jisoo, aku tak akan makan kau pun." Akhirnya Seungho bergumam dengan geli setelah lama mereka berdua dilanda keheningan.

Jisoo merasa sangat malu, adakah ketegangannya sangat ketara? Dia sebenarnya risau apabila memikirkan kata-kata Hyunwoo, padahal Seungho kelihatan benar-benar berniat baik kepadanya.

"Mian." Gumam Jisoo perlahan, mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Langit malam sudah semakin gelap, dan kesesakan jalan raya membuatkan mereka semakin lambat pulang. Telefonnya pula mati kerana kehabisan bateri dan dia tidak dapat menghubungi mansion.

"Aku faham. Suasana memang terasa janggal sebab kita tak berapa kenal lagi." Seungho terkekeh. "Dan mungkin kau dah dengar tentang reputasi buruk aku. Kelakuan aku memang buruk kepada beberapa orang perempuan, tapi terlampau berlebihan kalau aku kata aku suka mematahkan hati perempuan. Aku cuma menjalinkan hubungan dengan beberapa perempuan dan tak bertahan lama. That's all." Penyataan Seungho itu seolah-olah menjawab semua pertanyaan yang ada di benak Jisoo, walaupun Jisoo tertanya-tanya di dalam hatinya. Seungho sahabat Hyunwoo bukan? Jadi kenapa Hyunwoo berusaha memperingatkannya tentang Seungho? Bukankah sahabat selalunya saling menyokong?

"Saya tak mempersoalkan tingkah laku awak." Jisoo bergumam perlahan. "Saya juga tak takut dengan awak. Saya cuma risau sebab pulang lambat."

"Pulang lambat bersama aku." Seungho ketawa geli. "Mari kita tengok macam mana reaksi Hyunwoo."

Hyunwoo tak akan peduli, gumam Jisoo dalam hati. Lagi pun kenapa pula Hyunwoo nak peduli?

*

*

*

*

Nampaknya Hyunwoo memang peduli. Itulah yang ada di benak Jisoo ketika turun dari kereta Seungho dan melihat Hyunwoo bersandar di tiang pintu. Gaya tubuhnya kelihatan santai, tapi tatapannya tidak boleh menipu. Tatapan yang membakar.

Dia marah. Fikir Jisoo dalam hati.

"Kau dari mana petang baru pulang?" Suara Hyunwoo berbaur sindiran. "Dan kenapa telefon kau mati?"

Jisoo menatap Hyunwoo penuh rasa bersalah, lelaki itu memperlakukannya seperti seorang ayah sedang memarahi anaknya yang masih kecil. Jisoo bukan budak kecil lagi. Hyunwoo tak perlu melayannya seperti ini.

"Saya pulang sekolah dengan Rachel tadi, lepas tu saya singgah sekejap dekat kedai buku sampai saya tak sedar hari dah petang. Sebab tu lah saya lambat pulang..."

"Jadi macam mana kau boleh pulang dengan Seungho?" Hyunwoo mengangkat keningnya memerhati Seungho yang menyusul dengan tanpa rasa bersalah di belakang Jisoo.

"Saya terjumpa Seungho di..."

"Yah, geumanhe. Kau tak patut layan dia macam budak-budak. Tadi kebetulan aku terserempak dengan dia di jalan, jadi aku ajaklah dia naik kereta sekali untuk hantar dia pulang memandangkan hari dah nak malam. That's all."

Tatapan Hyunwoo nampak tajam menatap Seungho. "Di antara sejuta kesempatan dalam setiap saat, dan kau kebetulan berjumpa Jisoo?"

Seungho mengangkat bahunya. "Jadi kau nak aku buat apa? Memang macam tu kejadian dia. Kan Jisoo?"

Jisoo menatap Hyunwoo dan Seungho silih berganti dengan gugup, lalu menganggukkan kepalanya. "Neh..."

Hyunwoo menghelah nafas kesal. "Lain kali kalau kau lambat pulang, telefon aku. Arrachi?"

Jisoo sebenarnya ingin membantah. Hyunwoo kelihatan sangat arogan dan suka memaksa orang untuk mengikut kehendaknya, dan Jisoo tidak suka diperlakukan sebegitu. Tetapi kemudian dia mengurungkan niatnya. Lelaki di depannya ini sedang marah, entah kenapa. Seakan-akan bersedia untuk meletup kalau diberi tekanan. Jisoo merasakan lebih baik dia diam dan membiarkan Hyunwoo reda dengan sendirinya.

"Faham, Jisoo?"

"Faham..." Jawab Jisoo datar dan terpaksa, dan Hyunwoo sendiri tahu ia nada paksaan tapi dia tidak peduli.

*

*

*

*

"Jangan dia, Seungho." Hyunwoo menyandarkan tubuhnya di sofa dan menghirup minuman di gelas kristal yang dipegangnya, dia kelihatan sangat kecewa.

Seungho yang dari tadi duduk sambil membaca buku di sofa sebelah mengangkat kepalanya.

"Yeh?"

"Tolong. Jangan Jisoo."

Seungho terkekeh dan meletakkan buku di tangannya, lalu menyandarkan tubuhnya di sofa. "Apa yang membuatkan kau berfikir kalau aku sedang memburuh dia?"

"Cara kau pandang. Kau tak lepaskan dia dari pandangan kau."

Seungho mengusap rambutnya perlahan dan memandang Hyunwoo dengan penuh spekulasi. "Jadi kenapa kau larang aku?"

"Sebab..." Hyunwoo menghelah nafasnya yang kecewa. "...sebab aku dah berjanji akan menjaga dia. Dia adalah satu-satunya gadis yang aku tak akan biarkan untuk kau hancurkan."

"Kalau aku tak pedulikan kata-kata kau?" Nada suara Seungho kedengaran tenang dan tidak terpengaruh oleh renungan Hyunwoo yang semakin tajam, seolah-olah ingin membunuhnya.

"Maknanya kau akan berhadapan dengan aku."

Seungho ketawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Apa dah jadi dengan Lee Hyunwoo? Sebelum ni kau tak peduli pun dengan sepak terajang aku dengan sesiapa. Dan pasal Jisoo, dulu kau benci dia sampai tahap kau aniaya dia. Lepas tu, tiba-tiba pula kau bawa dia pulang semula dekat rumah ni dan berlagak seperti malaikat penjaga dia ."

"Sebenarnya itu bukan urusan kau."

"Majja." Seungho tersenyum santai. "Itu memang bukan urusan aku. Tapi setidak-tidaknya akan menjadi pertimbangan aku sama ada nak kejar dia atau tak."

"Dia bukan taste kau."

"Aku tak ada ideal type yang khas. Kau dah berkawan dengan aku sejak kecil, jadi kau mesti tahu kalau aku tak memilih."

Hyunwoo mengenggam rambutnya dengan kesal. "Kau kawan aku, dan aku tak suka terpaksa berlawan dengan kau. Tapi Jisoo adalah pengecualian. Kau tak boleh ganggu dia, kau dengar tu? Dan kalau kau tertanya-tanya kenapa, sebab aku ada hutang yang sangat besar dekat Jisoo."

"Hutang?" Seungho mengerutkan keningnya, ekspresinya tidak lagi bergurau. "Macam mana pula seorang Lee Hyunwoo mempunyai hutang kepada gadis miskin seperti Jisoo?"

"Bukan hutang duit. Aku berhutang nyawa pada Jisoo, ah bukan... pada appa dia."

"Maksud kau?"

"Kau kenal dengan seorang pemain violin profesional? Mungkin kau pernah dengar nama dia, Kim Johyuk? Itu nama pentas dia dulu kalau tak silap."

Seungho mengetuk-ngetukkan jemarinya, kelihatan sedang berfikir.

"Ah, ya... Aku ingat. Kim Johyuk pemain violin yang sangat hebat masa dulu. Guru muzik kami kata dia seorang genius. Kali terakhir dia menerima tawaran yang sangat menarik di Austria. Tapi tak tahu kenapa dia batalkan tawaran tu kemudian menghilangkan diri. Sejak dari tu dia tak pernah muncul lagi." Seungho terkekeh. "Cikgu violin aku salah satu peminat dia. Dia asyik cakap benda yang sama tentang Kim Johyuk yang genius dan betapa sayangnya sebab dia menghilang. Dia kata sebuah kehilangan besar di dunia muzik klasik."

"Dia menghilang sebab dia tak mampu lagi bermain violin."

"Mwo? Kenapa aku tak pernah dengar?" Seungho menatap Hyunwoo dengan tajam. "Dan macam mana kau tahu?"

"Sebab aku yang menyebabkan dia tak boleh bermain violin lagi. Lelaki tu dah selamatkan aku dari penculikan masa aku masih kecil, dan penculik tu telah cederakan tangan dia. Luka tu terkena pada saraf penting dan dia tak mampu bermain violin lagi." Hyunwoo menyilangkan kedua-dua jemarinya di bawah dagu. "Dan dia mempunyai seorang anak perempuan."

Seungho meneliti ekspresi Hyunwoo lalu wajahnya memucat ketika menemukan kebenaran di depannya.

"Hyunwoo? Jadi maksud kau anak perempuan Johyuk ialah Jisoo?"

"Ya." Hyunwoo mengeluh. "Omma dan abeoji aku berusaha mencari Johyuk, dan mereka dapat tahu Johyuk mempunyai seorang anak perempuan yang hidup dalam kemiskinan, iaitu...Jisoo." Hyunwoo menatap Seungho dengan letih. "Sekarang kau tahu kan kenapa aku harus menjaga Jisoo."

Seungho menatap Hyunwoo dalam-dalam. "Jadi Jisoo dah tahu pasal semua ni?"

"Tak." Hyunwoo mengangkat bahu. "Aku tak nak dia tahu. Omma aku nak bagitahu dia perkara sebenar, tapi aku larang."

"Wae?"

Sebab gadis itu pasti akan membencinya serta-merta. Itulah yang difikiran Hyunwoo sejak malam tersebut. Tetapi dia menatap Seungho dengan pandangan tanpa ekspresi.

"Sebab aku nak jaga hubungan kami supaya tetap macam sekarang ni. Aku akan jaga dia dengan sebaik-baiknya. Boleh jadi kalau Jisoo tahu kami ada hutang budi dekat keluarga dia, dia akan minta lebih dan memanfaatkan kekayaan kami. Well, aku tak tuduh Jisoo mata duitan. Tapi hati orang siapa yang tahu?" Hyunwoo merasa pahit mulutnya mengucapkan kebohongan dan penghinaan kepada Jisoo, tapi ditahannya perasaannya. Seungho tidak boleh tahu bahawa Hyunwoo sangat takut jika Jisoo membencinya.

Seungho menghelah nafas, lalu menyandarkan tubuhnya ke sofa. "Well, aku tak sangka cerita kau sangat mengejutkan." Seungho memasang ekspresi kosongnya seperti biasa. "Kau tak payah risau. Kisah kau tadi membuatkan aku berfikir dua kali untuk menghancurkan Jisoo."

*

*

*

*

Mimpi itu datang lagi. Jisoo tahu dia sedang bermimpi. Pekikan-pekikan kuat, pertengkaran dan perbalahan mulut yang panas kedengaran dari luar bilik, diselangi dengan hujan dan kilatan petir, lengkap dengan suara guruh yang memekakkan telinga.

Jisoo sangat takut, dia masih kecil di mimpi itu, mungkin empat tahun, duduk di lantai sambil menutup telinganya, memejamkan matanya, cuba membisukan telinganya daripada mendengar jeritan-jeritan yang membuatkan dia trauma itu.

Siapa yang menjerit-jerit itu? Kenapa? Dimana appanya?
Lalu sebuah tangan meraihnya lembut. Si kecil Jisoo tersentak dan merengek ketakutan.

"Sttt... Jangan takut, ini aku."

Si kecil Jisoo mengenail aroma itu, aroma menenangkan yang sangat dekat di hatinya, dan suara itu juga kedengaran familiar. "Mereka akan berhenti bertengkar nanti. Sini biar aku peluk kau dan nyanyikan lagu untuk kau."

Yang memeluk Jisoo adalah seorang kanak-kanak lelaki. Lebih tua darinya. Dia tidak mengenali budak lelaki itu tapi dia berasa sangat selesa. Mereka terasa sangat akrab tapi mengapa Jisoo tidak dapat mengingatinya?

Budak lelaki itu menyanyi, suaranya kedengaran lembut. Dia menyanyi untuk mengalihkan perhatian Jisoo dari bunyi petir yang menyambar di luar, mengalihkan Jisoo dari suara jeritan-jeritan pertengkaran di luar.

Lambat laun Jisoo hanya mendengari suara nyanyian budak lelaki itu. Tidak ada lagi bunyi guruh, tidak ada lagi suara jeritan pertengkaran. Bilik itu terasa begitu damai. Hanya ada Jisoo dan budak lelaki itu.

*

*

*

*

Kemudian Jisoo terbangun dengan tubuh dibasahi peluh dan nafas termengah-mengah. Sudah lama mimpi itu tidak muncul. Dan sekarang datang lagi menghantuinya. Mimpi yang sama, bilik yang sama, budak lelaki yang sama.

Apa maksud semua ini?

 

Bersambung...


 

Dah siap! So, chapter yg sebelumnya ramai yg kata Rachel ni mcm ada sesuatu, jadi utk chapter kali ni korang rasa siapa pulak? Dan rasa-rasanya siapa budak lelaki yg ada dlm mimpi Jisoo tu ya? Mmmm...

Dont forget to leave ur comment! :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Dreamwalkerxx #1
Chapter 5: Hmmm Rachel ni mcm ada something la...
12Werewolf_88 #2
Sy tggu awak update okay! >…<
12Werewolf_88 #3
Chapter 4: Hmm ok mula2 sy ingat seungho ada niat jahat dkt jisoo, then sy salah...rasanya rachel yg ada something fishy...then next chap, sy tukar fikiran balik yg sbenarnya rachel bersengkokol dgn seungho nak culik jisoo. LOL! Tp dkt akhir chap tu seungho nampak mcm ada niat balik pula. Aduh, tak tahu sy siapa watak antagonis dlm cerita ni sbenarnya hahaha
Galaxy_fanfan96 #4
Chapter 2: NICE! *tiba2 nyanyi lagu sevnteen* haha
ApinkBlossom95 #5
Chapter 2: whoaaa i like it, smua watak saya suka!
ehm, rachel mcm ada something fishy
Burnkookie
#6
Chapter 2: Uhuk *batuk* saya senyum macam org tak betuii dah author bila baca part hyunwoo dgn jisoo tu , dpt imagined kalau dorang bergandingan bbetul scara realiti .. hahaha xD .. Kim jiwon omggg, dia adalah fav karakter saya kalau dia jd watak yg agak angst sbb dlm cita the heirs tu fuhhh saket hati tngok kekejam dia dlm cita tu tp bila cita dots ja alahaii terus tak benci dahh ekeke .. Lol merepek dah nii .. Apapun keep update tau authornim ;) .. Fighting * wink *
_baebyboo #7
Chapter 2: sweetnyaaa jisoo dgn hyunwoo heehe~
mmm ada sesuatu yg misteri tentang seungho n rachel. tak sabar nak tahu
5days_fin
#8
Chapter 2: saya suka cara penulisan awk author... jalan pnulisan dia pun bagus. keep update author. hwaiting^^