Before the Marriage pt. 2

Clash of Egos (Re-editing)
Please log in to read the full chapter

BEFORE THE MARRIAGE pt. 2

  Entah mengapa, Jihae perasan Baekhyun seakan merenungnya dari jauh tatkala mereka berselisih di koridor sekolah pagi tadi. Mungkin dia masih tak berpuas hati dengannya. Siapa tahu. Bukannya Jihae kisah pun. Banyak lagi benda lain yang perlu dia fikirkan seperti permintaan mengarut keluarga. Tanpa disedari, Jihae mengeluh perlahan di tempat duduknya.   “Jihae! Kenapa muram je aku tengok?” tanya Jimin sambil tersenyum kecil. Kerusi kosong di hadapan Jihae diisi. Meja dijadikan tempat untuk Jimin menongkat dagu dengan bibir sedikit terjuih.   “Takde apa-apa lah. Letih dengan latihan taekwando je.” Tenang saja Jihae berdalih. Bibirnya melakar senyuman ringkas untuk menceriakan muka.   “Kau, kalau ada masalah, jangan sorok dengan aku. Mungkin aku boleh tolong.” Dia memandang Jihae dengan prihatin. “Lagipun dua hobbit kau tu takde dalam kelas ni.   “Banyaklah kau punya hobbit. Mentang-mentanglah tinggi kononnya.” Gurauan Jihae itu mendatangkan sengihan Jimin yang membetulkan blazernya.

“Ey mesti.” Bangga sungguh Jimin dengan ketinggiannya.

Tiba-tiba pintu kelas dikuak kasar. Pelajar-pelajar yang ada di dalam kelas terus berpaling dengan terkejut. Semua mata mengekori pergerakan manusia terbabit yang berjalan laju ke arah,

“Kwon Jihae!”

Si gadis menoleh ke arah suara, begitu juga dengan Jimin.

“Byun Baekhyun?” bisik sesetengah pelajar. Kelihatan dia bersama segerombolan lagi kawan-kawannya sedang menunggu di muka pintu.

Baekhyun terus menghampiri dan menarik kasar tangan Jihae. “Ikut aku! Kau ada hal yang belum selesai dengan aku.”

Suara tegang Baekhyun menyebabkan Jimin turut bangun.

“Kau jangan menyibuk!” bentak Baekhyun mematikan langkah Jimin. Dia tidak mahu sesiapa masuk campur urusannya.

‘It’s okay.’ Jihae bagi isyarat mata kepada Jimin. Dia hanya mengangguk dengan hati berdebar. Dengan paksa, Baekhyun mengheret lengan Jihae lalu mereka berdua meninggalkan kelas ke suatu tempat yang tak diketahui.

Jimin ingin mengekori namun disekat oleh seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai dan bertelinga agak capang. Sebelahnya pula, ada budak bermata bulat macam burung hantu. “Kau takde kaitan pun dengan masalah diorang. Jadi, baik kau jangan menyibuk.”

Akhirnya, Jimin hanya mampu menunggu Jihae kembali di dalam kelas. Telinganya sudah menadah bisikan-bisikan pelajar lain yang mula membuat andaian.

 

Jihae menyentap lengannya daripada cengkaman Baekhyun yang memberi renungan tajam. “Ikut aku, Jihae.”

Berpaling semula ke hadapan, Baekhyun berjalan mendahului. Jihae beransur-ansur menuruti, berjalan melepasi bangunan sekolah dan menuju ke suatu tempat sunyi; kawasan padang.

Sampai saja, Baekhyun terus mundar-mandir di depan Jihae dengan resah. Tangannya tercekak di pinggang.

“Apehal kau nak cakap dengan aku?” soal Jihae; tenang sambil silangkan tangan.

“Kau jangan nak buat-buat bodoh lah. Takkan lah mak ayah kau tak beritahu?” Baekhyun mengejek dengan jengkel. Perasaan amarahnya masih membuak.

“Jadi?” Si gadis dapat meneka maksud tersirat Baekhyun itu. Ia tentang perkahwinan oleh keluarganya. Tapi apa kaitannya dengan Baekhyun? Jihae hanya menunggu penjelasan lanjut daripada si kepoh itu.

 

“Jimin, mana Jihae?” tanya Dohee sebaik sampai ke kelas bersama Minju. Tempat duduk Jihae kosong dilihat.

“Entahla.. Tadi Baekhyun heret dia keluar dari kelas.” Perasaan bersalah masih menghurung Jimin.

“What?!” Serentak dua gadis berkenaan menjerit kecil. “Kenapa tak beritahu kat kitaorang?!” Sekelip mata nada suara Dohee berubah. Pelik Jimin memandang mereka berdua. Perempuan memang dramatik.

“Aku nak bagitahu dah, tapi Jihae dah bagi isyarat ‘takpe jangan risau’ kat aku. Jadi aku tak jadi lah nak cakap.”

“Takkan dia tu tak puas hati lagi dengan Jihae? Gila betul!” sampuk Minju pula. “Harap Jihae okaylah.”

“Takpe. Jihae kan pandai martial arts. Sekali dia tibai, ICU at hospital lah jawabnya.” Dohee cuba tenangkan keadaan walaupun hanya dia dan Minju saja yang kalut di situ.

“Kau @#%*!-”

“Hm?” Minju seakan terdengar sayup-sayup suara manusia dari luar tingkap kelas. Segera dia menjenguk ke bawah. Matanya terus membulat apabila dia mengecam gerangan manusia terbabit. “Guys! Cepat-cepat! Tu Jihae!”

Bergegas semua berhimpit di tingkap.

“Diorang bergaduh ke?!”

“Takkan nak gaduh lagi. Kang kena pulak penangan rotan Cikgu Jihyo tu.”

 

“Malaslah aku nak cakap dengan budak spoiled macam kau ni.” Jihae memusingkan badan untuk masuk ke dalam bangunan sekolah semula.

“Tak sangka mak ayah aku pilih orang macam ni untuk jadi isteri aku. Huh. Unbelievable.” Baekhyun menggelengkan kepala dengan senyuman mengejek di bibirnya.

Langkah Jihae kaku. ‘Dasar sewel. Bila pulak mak ayah aku nak kahwinkan aku dengan kau. Mentang-mentanglah diorang kawan baik. Tak sedar diri betul.’ 

Dia berpaling. “Kau ingat aku nak sangat?” Riak muka Jihae mula dingin. Berdesing telinganya mendengarkan suara jengkel itu. Diturut saja situasi yang disangka Baekhyun. Salah faham yang memperbodohkan diri sendiri. Kesian.

“Well, kau kan perempuan mura..” Belum sempat Baekhyun habiskan kata-katanya, satu tamparan hinggap di pipinya. “Yah!” jerit Baekhyun sambil mengusap pipinya yang makin memerah.

Jihae memandangnya dengan jelek. “Kau mungkin kenal ayah aku; Kwon Jiyong. Tapi, kau tak kenal siapa aku. Kau tiada hak untuk nilai aku!” Lantas Jihae terus meninggalkan Baekhyun yang masih terkejut.

“Omaigad..” Reaksi perlahan dari penonton di atas. “Cakap main hentam je. Kan dah kena.” Dohee bersuara dengan perlahan diikuti anggukan yang lain.

 “Eh jomlah kita pergi kat Jihae!” Minju mengajak dengan kalut. Kelam kabut mereka keluar dari kelas.

‘Nak ikut tak?’ Jimin teragak-agak. “Argh! Ikut jelah!”

“Jihae!” jerit Dohee dari tengah-tengah hallway selepas kelibat Jihae muncul daripada sisi tangga tingkat kelas mereka. Jihae mengeluh perlahan sebelum berpaling sambil tersenyum.

“Kau okey tak?!”

“Risau kitaorang tau!”

“Ada cedera kat mana-mana ke?? Meh aku tolong tampalkan plaster.” Dohee membelek muka Jihae dengan kalut.

Bertalu-talu yang lain melemparkan pertanyaan. ‘Kalau kau boleh tampal hati aku kan bagus..’ Jihae tersenyum kecil. “Aku okey jelah. Kecohlah korang ni.”

Dohee dengan sengihan, mengutuk Minju dan Jimin sambil berdiri di sebelah Jihae. “Entah! Kecohlah korang ni!”

“Eleh, padahal dia yang over tadi.” balas Minju selamba, menyebabkan ketawa pendek Dohee meletus.

Raut lega Jimin memandang Jihae, “Kenapa dengan Baekhyun tadi?”

“Entah. Gila dah kot. Tak payahlah fikir pasal dia. Buat semak je.”

Dohee dan Minju mengangguk, “Betul. Baik kita balik tidur je. Lagi best.” Sepantas kilat, dua gadis terbabit berlumba untuk sampai ke kelas mereka dahulu.

Keadaan kembali sunyi antara dua manusia itu. Jimin menelan air liur gugup. “K-kau.. tak nak beritahu aku ke..? Kau boleh je beritahu aku, kalau-”

“Aku tak nak menyusahkan kau dengan benda remeh. Aku boleh handle. Kau tak payah risaulah okay?” Jihae menepuk-nepuk bahu Jimin sebelum beredar masuk ke dalam ke

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(clash of egos) saya akan edit semula cerita ni

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Jimin suka jihae ke?sian jimin bila tahu jihae dah kawin.
BaeBacon__L #2
Chapter 3: HOMAIGAD!! Why they so sweet. Lawak pulak tu diorg lepas kawin. Keep update. FIGHTING!!
hanbin03 #3
Chapter 1: Authornim palli update...tk sbar ni:)
AngelBap #4
Chapter 2: Macam mana la hidup baekhyun dan jihae bila dah kahwin...mesti mereka selalu gaduh kan....plz update soon...cerita ni mmg best
hanbin03 #5
Chapter 1: Author-nim palli update...hihi
AngelBap #6
Chapter 1: Cpt la update...
sweetie_babies #7
;(;(;( chapter hilang bile admin nk update
hanbin03 #8
Chapter 3: Alah tk puas lh sbb sweet sgt,boleh gila saya baca.hahaha! update lah lgi authornim....saya sedia membaca♥