Before the Marriage pt. 1

Clash of Egos (Re-editing)
Please log in to read the full chapter

BEFORE THE MARRIAGE pt. 1

 

Tangannya bermain-main dengan pensil yang menconteng halaman buku kosong di depan mata. Bebelan guru mengajar terhenti serentak dengan bunyi kuakan pintu kelas, membuatkan dia mengangkat wajah.

“Kwon Jihae.”

Semua mata memandang pelajar berkenaan yang beransur meninggalkan kelas. Jihae berjalan dengan riak kosong di muka, menuju ke bilik pengetua. Tidak terdetik pun satu perasaan gentar mahupun cemas di hatinya. Guru disiplin yang mengiringi Jihae, mengetuk pintu bilik pengetua sebelum tombol dipulas.

“Duduk Jihae.” arah Pengetua Choi dengan suara tegas. Matanya di sebalik kaca mata merenung sekilas gadis itu dan kemudian ke arah pelajar lelaki yang duduk bertentangan.

“Kamu tahukan apa yang kamu berdua telah buat, Jihae dan Gi-kwang?” soal Pengetua Choi usai Jihae mengisi kerusi kosong di sebelah pelajar lelaki terbabit.

“Tahu.” Pendek saja jawapan Jihae manakala Gi-kwang hanya membisu. Mata pelajar lelaki itu melirik ke tempat lain dengan tak puas hati.

“Kenapa kamu pukul dia, Jihae? Saya tahu kamu pandai taekwando or anything tapi jangan..”

“Dia yang cari pasal dengan saya dulu, Pengetua.” potong Jihae dengan dingin, memperoleh cemuhan dalam diam Gi-kwang.

“Dah beberapa kali dah buku dan barang saya rosak disebabkan dia. Ada saya melapor pada cikgu?”  Jihae tersenyum sinis. “Kali ni dia dah melampau. Jadi, saya terpaksa tumbuk dia.”

“Bila masa aku rosakkan barang kau?!” Gi-kwang dengan renungan tajam, cuba untuk menafikan kenyataan.

“Kau tak payah nak hipokritlah. Aku kenal kau.”

Jawapan mengejek Jihae menambah api amarah antara mereka. Gi-kwang dengan mulut mencebik jengkel, “Huh, kau ingat kau hebat sangat ke, Jihae? Kau ingat kau kenal aku?”

 Pengetua Choi menghentak mejanya dengan keras dek dua pelajar terbabit mula hendak bertikam lidah.

“Dah! Saya tak nak dengar apa-apa! Yang pasti kamu berdua telah melanggar peraturan sekolah!”

Jihae hanya menyilangkan tangan; memandang Pengetua Choi kembali. Gi-kwang menyandarkan dirinya pada kerusi dengan geram.

“Kamu berdua dibuang sekolah.”

“Apa? Tapi Pengetua-” Gi-kwang cuba mencari peluang kedua. Matilah dia jika orang tuanya tahu tentang berita ini.

Reaksi tak senang remaja itu menghadirkan senyuman sinis Jihae yang sudahpun bangun. “Well, good ‘luck’ dear.” ucapnya pada Gi-kwang sebelum tanpa peduli, beredar.

 

Sejak hari itu, Puan Kwon rungsing memikirkan sikap anak gadisnya. Sudah beberapa kali Jihae bertukar sekolah dan pastinya punca yang sama — masalah disiplin. Pernah wanita tersebut menyatakan kekecewaannya kepada Jihae.

 

“Jihae, kenapa kamu berperangai buruk macam ni?” tanya Puan Kwon dengan lembut namun dengan nada suara seakan kecewa.

Pemilik nama hanya mengunci mulut dan mempamerkan riak tak berperasaan. Dinding bilik direnung kosong.

”Ibu sedih tengok kamu. Dah berapa buah sekolah dah kamu tukar. Janganlah macam ni.”

Di birai katil, Puan Kwon duduk untuk berbincang dengan anak perempuannya yang boleh dianggap agak bermasalah.

Jihae menoleh ke arah ibunya yang dari tadi lagi cuba untuk memujuk. Hatinya umpama dihempap sesuatu apabila melihat mata wanita tersebut berkaca menggambarkan kesedihan. Dia menggigit bibir bawahnya, menahan rasa bersalah. “Jihae minta maaf, ibu..”

Puan Kwon terus memeluk gadis berkenaan. Dia mengusap lembut belakang Jihae. “Janji kamu akan berkelakuan baik lepas ni?”

“I’ll try.”

Pelukan dileraikan dan Puan Kwon memandang Jihae. “Janji dengan ibu, sekolah baru yang kamu akan pindah ni adalah sekolah terakhir kamu, okay?”

Jihae mengangguk lemah. “Baiklah ibu.”

Puan Kwon tersenyum seraya bibir Jihae terjuih kecil. “Ibu cakap macam Jihae ni jahat sangat.”

“Ya, jahat sangat sampai ibu geram dengan kamu.” Sempat wanita itu bergurau dalam risau. “Ingat, jangan nak tumbuk atau pukul orang lagi tau? Tolonglah Jihae. Tolonglah fikirkan tentang diri kamu dan masa depan kamu.”

“Tapi diorang yang cari pasal, bukan Jihae..”

Maka, Sekolah Menengah Tinggi Seoul menjadi pilihan oleh orang tua Jihae sejak 3 tahun lepas untuk menghabiskan tahun senior Jihae. Mereka berharap sekolah itu akan menjadi sekolah terakhir bagi anak mereka.

.

“Kwon Jihae! Are you still here?!” tanya guru Bahasa Inggeris yang asyik membebel tanpa henti sejak dari awal waktu. Jihae mengeluh perlahan. Pandangannya dari tingkap beralih pada guru yang masih berdiri di depan papan putih.

“Yes, I’m.” Senyuman paksa ditunjukkan. Jihae perasan pelajar lain turut menoleh ke arahnya sekilas. Guru itu hanya menggeleng kecil sebelum kembali membebel isi buku teks di tangan. Jihae menjadi pemerhati dengan wajah malas.

Tak lama kemudian, loceng berdering menandakan kelas telah tamat sekaligus menjadi penyelamat.

“Well class, we have to end our lesson here. Don’t forget your homework.” Semua pelajar serentak mengangguk dan berdiri. Ketua kelas mengucapkan terima kasih diikuti yang lain. “You may go for recess. Thank you.” Guru tersebut beredar dari kelas.

“Argh! Boringnya aku tadi!” keluh Taehyung yang berada di belakang Jihae dengan kuat. “Kau tak boring ke?” tanyanya pula pada Jungkook di sebelah. Pelajar itu hanya tersengih sambil menggeleng. Nerd!

“Jangan kau tanya dia ni!” sampuk Jimin dalam ketawa. “Dah jom pergi makan!” Dengan muka manis, dia menunggu dua rakannya di pintu kelas. Mata Jimin berganti kepada Jihae. “Kau tak nak pergi rehat ke?”

Jihae yang sedang mengemas alat tulis, hanya tersenyum kecil tanpa memandang si penanya. “Aku tunggu kawan-kawan aku. Jap lagi lah aku pergi.”

 “Okay. Kitaorang pergi dulu!”

Jimin dan dua sekawannya berlari keluar, meninggalkan Jihae berseorangan. Bosan menunggu kemunculan sahabatnya, Jihae bangun dan berjalan meredah koridor, menuju ke kafeteria.

“Sunbae!” tegur junior yang setahun muda darinya. Jihae hanya tersenyum dan mengangguk; mengiakan teguran itu.

Jihae sememangnya dikenali di kalangan junior kerana sikapnya yang prihatin dan sempoi. Pernah dia digelar ‘An angel who act like a devil’ oleh rakan-rakannya. Well, itu lebih baik daripada ‘A devil who act like an angel’ kan? Duh.

“Ouch! Yah! Kalau jalan tu, tengok lah depan! Bukan berangan!” bentak pelajar lelaki yang masih mengurut bahunya akibat berlanggar dengan Jihae.

Langkah gadis itu terhenti dan dia memusingkan badan. “Apa kau cakap?” Mata Jihae merenung wajah di hadapan. Mukanya masih kosong tanpa perasaan seperti di dalam kelas tadi. Huh. Byun Baekhyun. Jihae mencemuh dalam diam. “Kau yang buta tadi. Jadi, jangan nak salahkan aku pulak.”

Senyuman sinis muncul di bibir Baekhyun mendengar jawapan Jihae. Jarak antara mereka makin pendek dan Baekhyun mendekatkan mukanya pada wajah si gadis. Mungkin dia fikir Jihae akan mula ‘blushing’ macam pelajar perempuan lain namun sebaliknya berlaku.

“Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi? Oh aku lupa, kau kan suka berangan!” Gelak tawa Baekhyun berderai di koridor. Pelajar-pelajar lain hanya memerhati dari jauh; tak nak masuk campur urusan ‘budak bermasalah’ sekolah. Muka Baekhyun kembali tidak berganjak seperti Jihae.

Giliran Jihae pula s

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(clash of egos) saya akan edit semula cerita ni

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Jimin suka jihae ke?sian jimin bila tahu jihae dah kawin.
BaeBacon__L #2
Chapter 3: HOMAIGAD!! Why they so sweet. Lawak pulak tu diorg lepas kawin. Keep update. FIGHTING!!
hanbin03 #3
Chapter 1: Authornim palli update...tk sbar ni:)
AngelBap #4
Chapter 2: Macam mana la hidup baekhyun dan jihae bila dah kahwin...mesti mereka selalu gaduh kan....plz update soon...cerita ni mmg best
hanbin03 #5
Chapter 1: Author-nim palli update...hihi
AngelBap #6
Chapter 1: Cpt la update...
sweetie_babies #7
;(;(;( chapter hilang bile admin nk update
hanbin03 #8
Chapter 3: Alah tk puas lh sbb sweet sgt,boleh gila saya baca.hahaha! update lah lgi authornim....saya sedia membaca♥