First

Clash of Egos (Re-editing)
Please log in to read the full chapter

FIRST

 

Jihae termenung beribu batu memikirkan nasib hidupnya selepas ini. Adakah dia akan menjadi janda muda? Mukanya masam tak bersemangat hingga memeningkan orang sekeliling terutama Puan Kwon dan geng si mak andam.

“Senyum sikit, Jihae..” pujuk Puan Kwon lembut sambil melihat rambut pendek paras bahu Jihae diurus. Nak dijadikan sanggul tapi tak menjadi pula. Jadi akhirnya, rambut gadis itu hanya disikat kemas dan dipakai flower crown yang Jihae rasakan sebagai idea mengarut.

Barulah yang muda memaksa bibir mengukir ke atas. Kemudian Jihae disuruh bangun untuk dibetulkan gaun perkahwinan yang dipakainya setelah Encik Kwon mengetuk pintu ruang menunggu, memberi isyarat.

“Ingat Jihae, ibu buat ni semuanya demi kamu. Ibu sayangkan kamu tau.” Puan Kwon menepuk-nepuk tangan Jihae yang digenggam sebelum beralih pada suaminya yang akan membawa anak perempuannya berjalan di aisle.  

“Sedia?”

Tatkala mendengar pertanyaan si ayah, barulah Jihae seakan terasa semua ini bukan mimpi. Hidupnya akan berubah selepas ini! Tidakkk!

Pintu dewan dibuka, memunculkan Jihae yang beriak tenang di samping si ayah. Semua tetamu yang hadir memandang mereka. Walaupun tidak ramai, Jihae mula berasa tak senang. Betul ke tindakan yang dia ambil ni?

Mata Jihae perlahan-lahan memandang hujung aisle  yang berhamparkan karpet merah usai kakinya mula melangkah. Membelakanginya, susuk tubuh Baekhyun yang segak bersut.

Jihae tak boleh menghadam apa yang berlaku dan sekarang mereka sudahpun berdiri berhadapan sesama sendiri dan Baekhyun ditanya soalan,

“Adakah awak sudi mengambil Kwon Jihae sebagai isteri awak?”

Baekhyun dengan tenang menjawab, “Ya, saya sudi.”

Kini terdengar pula dirinya ditanya, “Kwon Jihae, adakah awak sudi menerima Byun Baekhyun sebagai suami awak?”

Tetamu saling berpandangan apabila si pengantin perempuan hanya mendiamkan diri namun tetap menatap wajah si pengantin lelaki.

“Jihae.” bisik Baekhyun, cuba mengingatkan.

Tak lama lagi, umur mereka baru sahaja akan genap 20 tahun tapi mereka sudahpun akan bergelar suami isteri. “Apa kita buat ni, Baekhyun..?”

.

“Betullah orang cakap, kalau perempuan tu memang tak boleh lari daripada drama. Ish!” cemuh Baekhyun yang masih geram dan cuak akibat kelakuan Jihae semasa majlis perkahwinan mereka tadi. Sekarang, hanya mereka berdua yang berada di luar rumah pasangan Byun walaupun majlis keraian masih berlangsung di dalam. Udara malam lagi menyegarkan bagi mereka. Baju pun belum tertukar lagi.

Jihae hanya membuat muka toya. “Mujur aku tak lari kau tahu tak. Kalau tak, padanlah muka kau yang takde orang nak tu.”

“Eleh. Hey, mujur aku yang tak lari tahu tak. Kalau tak, kau nak kahwin dengan siapa?”

“Aku kahwin dengan orang lain lah.”

“What the-”

Belum sempat Baekhyun menghabiskan ayat, Jihae sudah menonyoh mulut becok itu dengan jambangan bunga yang dipegang dari tadi.

“Puih puih! Kau apahal Kwon Jihae?!” Marah betul Baekhyun sambil mengesat mulutnya. Kenapa dia perlu diperlakukan seperti orang bodoh?!

“Aku sakit telingalah dengar suara kau tu.”

“Oo, sakit ya? Okay fine.” Sepantas kilat, Baekhyun mendekati lalu mencempung Jihae yang terkejut dengan tindakannya. Berkeras gadis itu cuba meloloskan diri tapi gaun yang dipakai membataskan pergerakannnya.

“Kau ni dah gila k

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(clash of egos) saya akan edit semula cerita ni

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Jimin suka jihae ke?sian jimin bila tahu jihae dah kawin.
BaeBacon__L #2
Chapter 3: HOMAIGAD!! Why they so sweet. Lawak pulak tu diorg lepas kawin. Keep update. FIGHTING!!
hanbin03 #3
Chapter 1: Authornim palli update...tk sbar ni:)
AngelBap #4
Chapter 2: Macam mana la hidup baekhyun dan jihae bila dah kahwin...mesti mereka selalu gaduh kan....plz update soon...cerita ni mmg best
hanbin03 #5
Chapter 1: Author-nim palli update...hihi
AngelBap #6
Chapter 1: Cpt la update...
sweetie_babies #7
;(;(;( chapter hilang bile admin nk update
hanbin03 #8
Chapter 3: Alah tk puas lh sbb sweet sgt,boleh gila saya baca.hahaha! update lah lgi authornim....saya sedia membaca♥