No!

Clash of Egos (Re-editing)
Please log in to read the full chapter

NO!

 

Baekhyun akhirnya mengambil keputusan untuk beradu di sofa panjang di ruang rehat tingkat 2 rumah tersebut. Dia berdengkur kecil tanda lena hingga tak menyedari satu susuk menghampiri dalam gelap. jam tepat pukul 5 pagi. Lembaga itu merendahkan badan meneliti wajah Baekhyun yang berpeluk tubuh dengan mulut sedikit ternganga. Tanpa suara, dia menggerakkan bahu si lena.

"Bangun lah wei.." gumam Jihae dengan nada masih lagi separuh mengantuk. Lengan Baekhyun ditepuk-tepuk dengan tak seberapa lembut.

"Hmm teddy bearrr." Lengan Jihae pula yang dipaut hingga dia hampir nak terhempap muka Baekhyun. Mujur Jihae sempat bertahan pada lengan sofa.

Jihae mula jengkel, "Teddy bear apa ke bendanya. Bangunlah pemalas!" Suaranya masih dikawal menjadi bisikan separuh menjerit.

Pautan Baekhyun makin erat. Akhirnya, Jihae hanya mengheret si pemalas itu untuk berdiri dengan longlai lalu menuju ke bilik tidur mereka. Semuanya harus dilakukan pantas sebelum Omma dan Ayah nampak!

Selepas selamat membuang Baekhyun terkulai ke atas katil, Jihae mengurut kecil lengannya. “Berat nak mampus. Ugh.” bebelnya kecil sambil menyelimuti badan Baekhyun dengan selimut tebal.

Kira-kira 10 minit kemudian, Jihae kembali beredar keluar dan ternampak ibu bapa mertuanya bersama beg bagasi mereka sudahpun mengisi sofa yang diisi Baekhyun tadi. Fuh nasib baik. Mereka sedang seakan membaca sesuatu di skrin telefon Puan Byun sehingga tak menyedari kehadiran Jihae.

"Omma ayah flight pukul berapa?" tanya Jihae dengan lembut sebaik menghampiri.

"Oh, Jihae.” Puan Byun serentak mengangkat wajah seperti Encik Byun. “Sepatutnya pukul 7 pagi, tapi omma dapat call flight tangguh sampai pukul 1 petang."

Jihae terangguk-angguk perlahan.

"Kamu masuk tidurlah Jihae. Lambat lagi ni omma ayah nak berangkat. Kamu pun mesti 'letih'kan?" lanjut Puan Byun dengan nada keibuan yang penyayang.

Tolonglah omma. Jihae menahan diri daripada membalikkan mata. Dia faham maksud tersirat ibu mertuanya itu. Namun, Jihae hanya akur dengan pintaan tersebut.

.

.

Jihae kembali membaringkan badan di sebelah Baekhyun. Dingin pagi memberatkan kelopak matanya. Usai menyelimuti badan, dia terus memejamkan mata.

"Argh!!"

Suara jeritan bernada tinggi meletus pada lewat pagi itu. Dan ia datang dari bilik Baekhyun dan Jihae. Jeritan yang mampu memecahkan tingkap kaca. Jihae yang tersentak segera bangun dan menutup telinga. Dengan mata mencerun, dia merenung Baekhyun di sebelah.

"Kau buat apa?!!! Kenapa aku sekatil-"

Jihae dengan cemas menekup mulut Baekhyun sekaligus terpaksa menindih badan Baekhyun yang makin membuntang mata.

“Affa saau vuattt nii?!”

“Diamlah!” bisik Jihae yang masih cemas.

"Baekhyun-ah, kenapa terjerit ni-" Puan Byun tanpa teragak memulas tombol bilik dan disapa posisi kekok Baekhyun dan Jihae. Posisi yang disalah tafsir Puan Kwon sekaligus mengheret mereka ke dalam perkahwinan ini. Kecuali.. mereka berada di bawah selimut tebal dan hanya separuh badan mereka sahaja yang kelihatan. Dan mereka sedang memandang Puan Byun dengan riak terkejut.

Wanita itu perasan tangan Jihae pada mulut Baekhyun. "Oh

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(clash of egos) saya akan edit semula cerita ni

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 5: Jimin suka jihae ke?sian jimin bila tahu jihae dah kawin.
BaeBacon__L #2
Chapter 3: HOMAIGAD!! Why they so sweet. Lawak pulak tu diorg lepas kawin. Keep update. FIGHTING!!
hanbin03 #3
Chapter 1: Authornim palli update...tk sbar ni:)
AngelBap #4
Chapter 2: Macam mana la hidup baekhyun dan jihae bila dah kahwin...mesti mereka selalu gaduh kan....plz update soon...cerita ni mmg best
hanbin03 #5
Chapter 1: Author-nim palli update...hihi
AngelBap #6
Chapter 1: Cpt la update...
sweetie_babies #7
;(;(;( chapter hilang bile admin nk update
hanbin03 #8
Chapter 3: Alah tk puas lh sbb sweet sgt,boleh gila saya baca.hahaha! update lah lgi authornim....saya sedia membaca♥