You? No Problem...

Ultimate Enemy

Aulia masih meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi cubaan untuk melepaskan tangannya daripada genggaman lelaki itu langsung tidak berjaya. ‘Aulia menelan liur sendiri apabila tiba-tiba matanya menangkap senyuman jahat yang tersungging di bibir lelaki itu.

Hmmm… Let me see… What I should do with you…” Suara garau itu masih perlahan, tetapi bunyinya cukup menyeramkan sesiapa yang mendengar.

Let… Me… Go…” Sepatah-sepatah Aulia mengeluarkan kata-kata tegasnya.

“Uuu… Takutnya....” Lelaki itu sudah mengecilkan matanya dan membuat riak muka mengejek.

But sorry, try again baby…” Dan dia terus layang senyum jahat.

! I said let me go Ayden! You better let me go before I scream!” Ugut Aulia.

Oh, you want me to you? Sure, baby… I can grant your wish, like… right now! Hah, tadi kau kan sebut kau suci kan? I’m more than glad to check on that…” Kali ni Ayden dah tergelak, jahat aje bunyinya.

! Lepaskan tangan aku lah bodoh!” Aulia sudah meninggikan suaranya, rontaannya pula semakin kuat.

Tahu rontaannya tidak mungkin merungkaikan pegangan tangan Ayden, Aulia sudah merancang plan B. Kakinya sudah bersedia untuk melayang ke bahagian paling sensitif buat seorang lelaki. Hampir sahaja kakinya kena pada sasarannya, tapi Ayden lebih cepat menangkap tindakan Aulia dan laju dia mengelak. Spontan itu, pegangannya pada lengan Aulia juga automatik terlepas.

“Oiii! Main kasar eh kau!”

“Kalau aku mandul kau nak bertanggungjawab? Tahu tak part tu paling penting?”

Serves you right! Memang patut playboy gila macam kau terima hukuman macam tu!”

“Amboiii, boleh tahan mulut kau eh pompuan…”

Better than yours!

“Oiii… Oiii… Oiii… Kau nak pergi mana tu? Perhitungan kita tak habis lagi ni.” Laju Ayden bergerak memintas langkah Aulia sebelum dia lari daripada tempat kejadian.

“Baik kau tepi sebelum tangan aku melayang dekat muka kau atau kaki ni melayang dekat situ.” Lurus Aulia menunjuk tepat di bahagian itu.

Fine… Fine… Baru kena usik sikit dah menggelabah. Perempuan suci memang macam ni, cepat gelabah!”

Mendengarkan provokasi Ayden, spontan sahaja kaki Aulia mahu naik dan menendang bahagian itu tapi sekali lagi berjaya Ayden elak.

“Oiii, dah lah! Aku lempang jugak pompuan ni karang… Okey, let’s make it short. Sekarang ni aku nak kau amalkan prinsip mind your own business. Senang kan?”

“Lagipun kita orang tak buat apa-apa pun, dating aje pun… Lekkk aa kan?”

Mind my own business? Hmmm, bagus prinsip tu. But why should I? Dah sah-sah kau salah, buat apa aku nak pejam mata? Aku, sebagai pengawas, ada tanggungjawab, yang mana manusia macam kau tak akan faham apa itu tanggungjawab. So, please excuse me.”

Fine… Suit yourself. Go and do whatever you want. Ada aku kisah? Tapi kau tunggu. You wanna start a game with me? Fine… Fine… I’m surely will play along with you. Baki hidup kau dua tahun dekat sekolah ni tak akan aman. Mark my word okay baby.”

Aulia menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke belakang dan nampak Ayden sedang berdiri segak dengan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluarnya. Senyumannya pula nampak lain macam sahaja.

“Kau ingat aku takut?”Aulia gelak lepas.

“We will see…” Ayden masih dengan senyuman cantiknya.

“Whatever… Pfttt…” Aulia terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Huh, tidak sekelumit pun hatinya berasa gentar dengan ugutan Ayden tadi.

Aulia sudah merenggus sendiri. Perangai macam tu nak jadi ketua pelajar? Memang tak lah kan!!! Apa benda aje yang dia tahu? Pikat perempuan, dating, buli orang, ponteng kelas! Segala yang tersenarai dalam otaknya pasal perangai Ayden, tak ada satu pun yang semenggah! Lelaki macam tu, tahu ke apa tu tanggungjawab? Pfttt!!!

Akibat rasa marah yang meluap-luap, langkah kaki Aulia dibawa lebih laju dari biasa. Niat awal nak pulang ke kelas terus terbantut, arahnya dilencongkan ke arah bangunan pejabat guru semula. Jangan panggil dia Aulia Farisya lah kalau nak suruh dia lepaskan lelaki itu! Grrr!!!

Sampai sahaja di pejabat guru displin, laju tangan Aulia mahu mengetuk. Tetapi satu saat sebelum genggaman tangannya sampai di permukaan pintu, Aulia tiba-tiba terfikirkan sesuatu, terus tidak jadi dia nak ketuk pintu.

Weh! Jangan terburu-buru weh! Apa kata kau gunakan kes ni sebagai peluru untuk jatuhkan dia, nanti…

Aulia teringat dengan ayat Cikgu Zakiah sebelum dia terserempak dengan Ayden dan perempuan gedik tadi.

‘Kalau tiba-tiba dia setuju ambil jawatan tu…’

Aulia sudah tersenyum sendiri. Bagus! Nampaknya dia sudah ada satu perancangan yang lebih cantik untuk mencapai impiannya.

Whatever it is, terima kasih lah playboy gila!

Aulia tidak jadi berjumpa dengan guru displin, dia berpusing ke belakang dan meneruskan langkahnya untuk kembali ke kelas. Senyumannya lebar sahaja tersungging di bibir.

*~*~*~*~*~*~*~*

“Aik, kejapnya dating?” Eji menegur Ayden. Masing-masing yang berada di situ semua memandang Ayden yang masuk masuk ke dalam port lepak mereka dengan pandangan pelik, turut bersetuju dengan soalan Eji tadi.

“Ah, ada pengawas sibuk mana ntah kacau aku tadi. Siap nak report bagai.” Ayden bercerita dengan nada jengkel.

“Loh, kena tangkap ke? Hahaha…” Fizi sudah ketawa, dan yang lain juga turut serta.

Ayden yang masih jengkel dengan kejadian tadi makin meluat pula apabila diketawakan oleh rakan-rakannya.

“Diam ah korang!”

“Wakaka, macam mana boleh kena tangkap sia? Berani betul dia tangkap kau? Siapa weh? Siapa?” Andy pula bertanya. Teruja dengan cerita yang baru disampaikan Ayden tadi. Wow, kes jarang-jarang ni! Kira macam boleh masuk dalam diari doh! Hahaha

 “Weh, weh, weh! Kalau dah nama pengawas yang tak takut apa-apa termasuk our almighty Ayden, kiranya mesti…” Liam pula mencelah, siap acah-acah gempak lagi.

“Aulia Farisya!!!”

Serentak suara Liam, Eji, Andy dan Fizi bersatu. Habis bergema bilik kecil itu dengan suara mereka dan kemudian dipenuhi dengan tawa mereka pula.

Ayden yang sememangnya buat muka bosan sudah makin berkerut-kerut mukanya. Dia pandang seekor demi seekor rakan-rakannya itu dengan pandangan mata meluat.

Tawa Liam, Eji, Andy dan Fizi makin kuat apabila melihat riak muka Ayden. Memang sah lah tepat tekaan Liam tu! Mana ada pengawas lain yang berani nak cuit mereka berlima selain Aulia Farisya tu!

“Kau dengan dia kan memang ultimate enemy. Pantang jumpa kot!” Eji mengejek.

“Eleh, korang pun sama naik je dengan aku… Ada hati kata aku! Puiii!” Ayden mencebik.

“Uiii, tapi kau lain… Tiap-tiap hari pun dia nak gaduh dengan kau. Kita orang kureng sikit lah daripada kau.” Andy membela mereka berempat.

“Iyelah ultimate enemy, jangan nanti jadi ultimate soulmate sudehhh…” Fizi sengaja mencurah minyak ke api marah.

Serta merta Ayden menunjukkan buku limanya tepat pada Fizi. Yang lain-lain dah ketawa guling-guling.

“Weh, tapi tahun ni batch kita kan candidates untuk JTP (Jawatankuasa Tertinggi Pelajar)? Aku dengar dia aim nak jadi KP (ketua pelajar). Hahaha for sure pompuan tu gigit jari lah tengok kau menang!”

“Ah kau bab gosip semua kau tahu! LOL. Tapi kau agak-agak aa, dia ni…” Telunjuk Liam lurus menunjuk pada Ayden yang masih bersandar di sofa sambil memeluk bantal kecil itu.

“Dia ni, kalau menang pun, nak ke jadi KP? Kau rasa?”

“Memang tak lah!” Serentak Eji dan Fizi bersuara.

“Hahaha… Betul jugak! Kiranya boleh tercapai lah impian pompuan tu nak jadi KP…” Andy mengiyakan.

Best what jadi KP?” Ayden yang tadinya langsung tak berminat dengan gosip kawan-kawannya itu tiba-tiba menyampuk.

Serentak itu keempat-empat kepala berpusing ke arah Ayden yang masih setia dengan posisi yang sama macam tadi. Blur giler muka dia!

Sorry, come again?” Liam meminta Ayden ulang lagi sekali.

“Dasar pekak!” Tanpa amaran Liam dibaling dengan bantal kecil di tangan Ayden.

“Dah ah, bosan giler. Aku nak chow dulu!” Ayden terus bangun.

“Oiii, kau serius aa pasal KP?” Eji pula bertanya sebelum kaki Ayden sempat melangkah keluar.

Ayden angkat bahu selamba. Dia tersenyum senget dan mengangkat tangan  sebelum terus berlalu meninggalkan keempat-empat sahabatnya itu dengan wajah tercengang-cengang.

*~*~*~*~*~*~*~*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fanantic #1
Chapter 4: Daebak!! Best giler citer ni>< Palliiii!! Sambung lagi author>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<