Do It Matured Ways

Ultimate Enemy

Aulia berjalan laju mengalahkan orang berlari. Rasa marah yang beraja dalam hatinya membuatkan dirinya hampir-hampir sahaja meletup! Dari jauh, dia sudah nampak targetnya. Kalau mata dia boleh keluar laser, mahu aje dia laser daripada sini sampai hangus rentung manusia yang bernama Ayden tu. Kecik besar kecik besar aje Aulia pandang Ayden yang bukan main seronok berselfie selfie dengan perempuan-perempuan gedik tu semua.

Ooo… Booth kelab dia boleh pulak dia letak dekat tempat yang paling strategik sekali! Lepas tu bukan main fancy lagi dia orang buat… Siap letak standee gambar dia orang pakai uniform bola keranjang bagai dekat situ? Dia ingat dia retis? Dia ingat dia tengah buat fan meeting ke apa?!! Aulia dah mencemuh dalam hati.

Tak buang masa, Aulia terus berjalan laju mendekati Ayden. Senyap-senyap dia berdiri di belakang Ayden. Ayden yang tadi sibuk berfoya-foya, tak sedar langsung Aulia dah berdiri belakang dia.

“Aduiiiiiiiiiiiiiiiiii…”

Kesemua manusia di situ terkejut apabila Ayden tiba-tiba menjerit kuat. Makin mereka terkejut apabila melihat Aulia berdiri di belakang Ayden rupa macam nak telan Ayden. Masing-masing tinggalkan apa yang mereka sedang buat sebab Ayden dan Aulia lagi menarik perhatian mereka sekarang ini.

 “Woiiiiiiiiiiiii, sakit lah sial!” Laju Ayden berpusing ke belakang dan ingin melihat bedebah mana yang berani, berani pukul belakang badannya. Sakit giler, rasa macam kena bom!

Walaupun mata Ayden serupa macam nak keluarkan api, tapi Aulia sedikit pun tak takut. Selamba dia membalas pandangan dengan Ayden. Dan sekali lagi mereka merenung satu sama lain serupa mahu makan orang!

Tiba-tiba, tangan Aulia naik dan mencengkam kolar baju Ayden. Semua di situ dah jatuh rahang melihat tindakan berani Aulia.

Tak sempat Ayden nak buat apa-apa, dia dah ditarik oleh Aulia supaya mengikut langkahnya. Yang magiknya, Ayden yang jauh lebih tinggi, dan besar daripada Aulia tu bergerak pula apabila ditarik oleh Aulia.

Mata Ayden spontan membesar. Tak sangka langsung dia bergerak! Boleh tahan kuat jugak perempuan ni!

“Oiii… Oiii… Kau nak bawak aku pergi mana ni nenek? Oiii, lepas wooiii…” Ayden dah kalut cuba nak lepaskan diri, tapi cengkaman Aulia pada kolar bajunya terlalu kuat.

Dalam usaha Ayden nak lepaskan cengkaman Aulia, sedar tak sedar dia dah ditarik masuk ke dalam bilik lepak mereka. Aish, ni dah lebih ni! Mana boleh orang lain masuk ke bilik ni kecuali mereka berlima! Ini dah lah tak dijemput, dia boleh masuk sendiri pulak! Ayden dah tak puas hati.

“Woiii, siapa suruh kau masuk bilik ni? Nak cakap, kat luar su…” Tak sempat Ayden nak habiskan marahnya, tiba-tiba dia ditolak kuat dan kakinya terundur ke belakang dan dia jatuh terduduk atas sofa.

Sial! Monster apa dah masuk dalam badan nenek ni? Kuat nak mampus! Nasib baik dekat dalam bilik ni, tak ada sesiapa nampak! Kalau tidak jatuh lah air muka dia! Grrr… Ayden dah menggerutu dalam hati.

“Kau nak apa?”

“Kau tanya aku nak apa?” Aulia menyoal tidak percaya.

“Tak lah, aku tanya ni sofa ni… Oii sofa, kau nak apa sebenarnya?” Ayden pandang sofa yang dia duduk tu dan bercakap straight dengan sofa itu. Saja nak menganjing Aulia.

“Apa masalah kau hah Ayden?” Aulia menjerit tak puas hati.

Ayden tergelak sendiri bila tengok Aulia naik marah sampai muka nak bertukar hijau. Memang ini pun dia nak! Padan muka kau nenek sengal! Nak main sangat kan dengan aku?

“Lah… Aku buat apa je?” Ayden tanya macam orang tak bersalah.

“Kalau kau nak kenakan aku, jangan nak libatkan orang lain boleh tak?”

“Bila masa aku kacau kau? Sekarang ni kau yang kacau aku… Siap heret aku masuk bilik ni…” Ayden berkata selamba dan tiba-tiba dia mengubah ekspresi mukanya, tiba-tiba dia buat muka takut campur terkejut.

“Ohhh tidak… Kau saja kan nak berdua-duaan dengan aku dalam bilik ni? Kau nak buat apa dengan aku? Oh jangannnn…” Ayden menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada sendiri dan mengundurkan badannya ke belakang sedikit.

Aulia yang melihat perangai gedik Ayden dah makin bertambah meluat. Spontan dia berikan jelingan tajam dekat Ayden dan mencebikkan mulutnya tanda jengkel.

“Tak hingin aku…”

“Aishhh nenek ni!” Ayden berubah karakter semula dan menjeling Aulia, rasa marah pula bila dengan lajunya Aulia cakap macam tu. Selama ni mana pernah ada perempuan yang berani cakap macam tu dengan dia! Ni Ayden tau tak? Ayden!

“Kau dengar sini Ayden! Kalau kau nak lawan aku, baik kau lawan aku seorang! Jangan nak libatkan orang lain. Kau ingat tu!” Aulia bagi amaran keras dan terus pusing ke belakang untuk berlalu keluar.

Baru beberapa langkah Aulia bergerak, dia tiba-tiba berpusing semula ke belakang.

“Hah, lagi satu… Kalau ye pun kau nak hantar serangan dekat aku, please do it in more mature way okay? Yang kau buat ni… A bit childish… Tak sesuai untuk level aku.” Pesan Aulia dan hadiahkan sebuah kenyitan mata buat Ayden.

What? Kau cakap aku childish?!!” Ayden menjerit tak puas hati.

“Eh? Ada ke aku cakap? Oppss sorry…” Aulia menutup mulutnya dan buat muka tak bersalah. Dia kemudiannya layar senyum senget dan meneruskan langkahnya untuk berlalu keluar.

Tapi Ayden lagi laju dan memintas jalan Aulia, dia berdiri betul-betul di hadapan Aulia, menghalang laluan Aulia untuk terus bergerak.

“Nak apa lagi? Kita dah tak ada apa-apa nak bincang, so… Tepi!” Aulia buat gerakan jari untuk suruh Ayden ke tepi.

Ayden langsung tak berganjak, sebaliknya dia hanya balas pandangan tajam Aulia dengan senyuman lebar. Aulia pula dah naik pelik dengan perubahan tiba-tiba Ayden tu. Gila ke apa?

Ayden tiba-tiba melangkah ke hadapan. Semakin mendekat, semakin lebar senyuman dia. Dia langsung tidak ada tanda-tanda nak menghentikan langkahnya walaupun jaraknya dengan Aulia sudah begitu hampir. Akhinya Aulia berundur ke belakang kerana tidak sanggup berada dalam jarak yang begitu dekat dengan Ayden. 

Selangkah…

Dua langkah…

Tiga langkah…

Dan akhirnya belakang badan Aulia melanggar dinding. Kemudian Ayden pula tiba-tiba mengangkat kedua-dua belah tangannya dan dihempas pada permukaan dinding. Automatik bahu Aulia terangkat sedikit akibat bunyi kuat yang terhasil apabila tangan Ayden menghempas permukaan dinding, apatah lagi sekarang dia sudah terperangkap begitu. Ayden di hadapannya dan pintu dibelakangnya, ditambah pula dengan kepungan oleh kedua-dua belah tangan Ayden. Aulia mengetap gigi geram, lebih-lebih lagi bila nampak senyuman lain macam Ayden.

“Kau dah apehal hah giler?”

“Cepatnya nak keluar…?” Suara Ayden tiba-tiba berubah lembut, atau lebih tepat… Nadanya sedikit sensual?

“Habis tu? Kau nak aku bertinju dengan kau pulak ke?” Tanya Aulia dengan nada sarkastik.

Hmmm, not a bad idea… Tapi maybe kita boleh bertinju in a… y way?” Ayden angkat kening.

“Ayden… Ayden… Aku tahu kau gila. Tak pe, tak pe… Aku memang tahu. Tapi adalah lebih baik kau simpan sikit gila kau tu untuk masa depan. Okey?” Aulia menepuk-nepuk perlahan bahu Ayden.

Kemudian Aulia menolak badan Ayden untuk membolehkan dia keluar. Tapi Ayden balas balik dan tolak semula badan Aulia ke dinding.

“Kau nak apa lagi lah giler?” Akhirnya Aulia menjerit kuat. Geram dia dah naik bertingkat-tingkat ni.

“Lah… Rileks aa… Kau kan tak suka benda-benda childish kan? So…

“Apa?!!” Suara Aulia laju aje keluar daripada mulutnya sebab dah habis sabar dengan Ayden ni.

So… Let’s make it matured ways… Like matured people…” Ayden berbisik perlahan di telinga Aulia, cukup sensual bunyinya.

Kemudian dia menarik kepalanya ke belakang sedikit dan melayarkan sebuah senyuman, cukup menggoda. Untuk seketika, Aulia hanya membalas pandangan Ayden tanpa suara.

Tanpa disangka, perlahan-lahan Aulia pun turut menarik senyum. Dia membalas renungan Ayden dengan pandangan penuh menggoda, kemudian dia menggigit bibir bawahnya. Aulia membalas godaan Ayden.

You mean… Like this…?

Tangan Aulia naik ke rambut Ayden dan mengelusnya perlahan, kemudian jarinya dilarikan perlahan-lahan, dari rambut, turun ke pipi, dan perlahan-lahan turun lagi ke tengkuk sehingga lah ke bahu dan dimain-mainkan di lengan panjang Ayden.

Keadaan sudah terbalik, Aulia pula yang mendominasi permainan yang dimulakan Ayden. Ayden yang tidak sangka langsung dia akan mendapat riaksi sebegini daripada Aulia, semakin melebar senyumannya. Dia sendiri pula yang rasa teruja. Boleh pula dia yang semakin leka dan hanyut dengan belaian Aulia.

Tanpa dia sedar, tiba-tiba sahaja tangannya terasa dicengkam kuat. Bagaikan sepantas kilat, Ayden langsung tidak sedar apa yang terjadi. Alih-alih dia terasa badannya berpusing di udara dan entah bila dia sudah terbaring pada permukaan lantai. Kuat badannya terhempas ke atas lantai. Ayden menggigit bibir sendiri menahan rasa sakit yang mencengkam belakang badannya. Ayden sudah menyumpah Aulia di dalam hati! Berani dia backflip kan aku!!! Kurang asam punya perempuan!

Aulia buat gaya sapu habuk pada kedua-dua permukaan tangannya selepas dia berjaya mengaplikasikan teknik judonya pada Ayden. Baru puas hatinya!

“Padan muka kau! You wanna touch me? Tunggu seratus tahun lagi lah playboy gila!” Ejek Aulia dan terus berlalu.

Ayden yang masih terbaring di lantai itu pula sudah menggenggam kedua-dua belah penumbuknya.

“Aulia Farisya!!! Kau tunggu… Ni baru permulaan!”

*~*~*~*~*~*~*~*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fanantic #1
Chapter 4: Daebak!! Best giler citer ni>< Palliiii!! Sambung lagi author>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<