Meet My Enemy

Ultimate Enemy

Puan Zakiah bersandar perlahan-lahan pada kerusinya dan memandang Aulia yang setia duduk di hadapannya itu. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

“Awak dah fikir habis-habis ke Aulia? Awak pasti?”

Aulia turut membalas pandangan Puan Zakiah, tidak berkelip matanya, begitu yakin dan langsung tidak terusik dengan taktik Puan Zakiah yang mahu mempsikonya.

“Ya cikgu. Saya pasti dengan keputusan saya. Macam yang saya cakap, matlamat utama saya untuk tahun ini adalah jawatan Ketua Pelajar, jadi saya akan berikan sepenuh fokus saya dekat situ. Jadi saya terpaksa lepaskan jawatan dalam Persatuan Pandu Puteri.” Tegas dan yakin Aulia menyatakan buah fikirannya.

Puan Zakiah sudah mengeluh sedikit, dia bukan tidak kenal dengan perangai anak didiknya ini. Orangnya tegas dan berpendirian. Walaupun masih muda tetapi Aulia memiliki ciri-ciri kepimpinan yang amat tinggi. Dan sebab itu lah dia tidak mahu melepaskan pelajar kesayangannya ini.

“Tapi… Awak tahu kan, untuk jawatan dalam Jawatankuasa Tinggi Pelajar, ia akan dipilih berdasarkan undian semua pelajar sekolah ni? Kalau awak tak dapat undian tertinggi, awak tak akan dapat pegang jawatan tu.” Puan Zakiah masih mencuba untuk memanipulasi fikiran Aulia.

“Saya tahu cikgu. Tapi saya yakin. Sebab saya tahu saya layak. Dan…” Aulia berhenti seketika, lalu dia menarik senyum senget.

“Saya yakin pelajar yang paling popular di sekolah ini tak akan setuju untuk pegang jawatan tu walaupun dia menang dalam undian nanti.”

Aulia sudah memasang strateginya sendiri. Dia sendiri sedar, yang popularitinya tidak akan dapat menandingi si ‘dia’ itu. Tetapi, si ‘dia’ itu mana mungkin mahu memegang jawatan yang berat sebegitu. Dalam hidupnya, dia hanya kenal perkataan ‘enjoy’ sahaja. Perkataan ‘tanggungjawab’ mana pernah mungkin terlintas dalam kamus hidupnya.

Undian tertinggi? Pffttt… Dia langsung tak terfikir yang dia boleh dapat! Iya, dia tidak nafikan dia juga antara pelajar yang paling popular di sekolah. Pelajar terbaik, ahli pandu puteri sekolah yang paling aktif, pemain bola jaring yang paling hebat, pemidato terbaik, semua itu membuatkan satu sekolah mengenali Aulia dan popularitinya cukup tinggi. Tapi… malangnya jumlah haters-nya boleh dibandingkan dengan jumlah penyokong. Penyokong, dan haters, sama naik!

Walaubagaimanapun, Aulia yakin dia boleh mendapat undian kedua tertinggi. Si ‘dia’ itu? Pasti lah akan mendapat tempat pertama. Tapi memandangkan si ‘dia’ itu pasti akan melepaskan jawatannya, jadi Aulia sebagai penerima undian kedua tertinggi akan mendapat jawatan itu! Ya, itu lah strategi perancangannya.

“Ya… Betul tu Aulia… Cikgu tak nafikan. Tapi cikgu yakin dengan kamu. Kamu masih boleh pegang dua jawatan. Ketua Pelajar dan Presiden Pandu Puteri sekaligus. Cikgu rasa tak ada masalah langsung. Sayang lah kalau kamu lepaskan jawatan dalam Pandu Puteri.”

“Saya tak jadi orang tamak cikgu. Lagipun tak adil lah kalau semua pun saya nak bolot kan?” Aulia tertawa kecil.

“Lebih baik bagi orang lain pegang jawatan tu, biar dia betul-betul fokus untuk persatuan. Dan saya tak cakap saya nak keluar terus dari persatuan, cuma saya tak nak pegang jawatan presiden. Saya akan ambil jawatan lain, yang lebih ringan. Biar lah saya membantu dari belakang aje cikgu.”

“Haih… Susah betul cikgu nak pujuk kamu ni Aulia… Kalau kamu tetap juga dengan keputusan kamu, apa lagi cikgu nak cakap kan?” Akhirnya Puan Zakiah mengalah.

“Terima kasih cikgu…”

“Cikgu tetap akan sokong kamu, dan cikgu harap kamu tetap akan join aktiviti persatuan yang akan datang ya…”

“Semestinya cikgu. Jangan risau.” Aulia memberikan jaminan dan tersenyum.

“Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu cikgu…”

“Aulia…” Aulia yang baru mahu melangkah keluar menghentikan langkahnya apabila namanya dipanggil lagi.

“Ya cikgu?”

“Bukan cikgu tak yakin dengan kamu, cuma…” Puan Zakiah memandang Aulia dengan pandangan teragak-agak.

“Cuma…?” Aulia mengangkat keningnya.

“Kalau tiba-tiba dia setuju nak ambil jawatan tu… Macam mana?”

Hati Aulia cukup tersentak dengan soalan tiba-tiba Puan Zakiah itu. Selama ini dia tidak pernah terfikir pula akan kemungkinan yang satu itu. Kalau lah itu terjadi…

“Tak cikgu. Saya yakin, dia tak mungkin akan terima.” Aulia menjawab penuh yakin dan tersenyum lagi.

Aulia menunduk hormat dan terus berlalu keluar daripada bilik Puan Zakiah.

Walaupun dia nampak tidak terkesan langsung dengan soalan Puan Zakiah itu, tetapi sedikit sebanyak, hatinya tetap tercuit. Tiba-tiba dia sendiri berasa ragu-ragu. Kalau betul… Macam mana? Apa dia nak buat nanti?

Apa-apa pun, jawatan presiden persatuan pandu puteri dah sah-sah dia tak akan dapat semula sebab dia sendiri yang dah tolak. Kalau betul dia tak dapat jawatan ketua pelajar… Saat itu, memang pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran tu kena tepat dekat batang hidung dia!

Arghhh! ! Persetankan semua itu! Impossible! Semua tu tak akan jadi Aulia! You’re gonna win this game, you’re gonna get the position and you’re gonna get what you want! Aulia menghalau semua bisikan-bisikan halus yang mula mahu memonopoli fikirannya dan meniupkan kata rangsangan buat diri sendiri. Aulia mengangkat kepala dan mula mengorak langkahnya laju. Dia perlu kembali ke kelasnya sebelum gurunya masuk ke kelas.

Untuk menjimatkan masa, Aulia melencongkan langkah kakinya untuk melalui jalan pintas iaitu jalan di belakang bangunan D. Jalan ini agak lengang dan sedikit menyeramkan, jadi memang tidak ramai pelajar yang lalu. Tetapi melalui jalan ini memang lebih pantas untuk kembali ke bangunan kelasnya. Aulia melajukan langkah kakinya, walaupun tengah siang-siang buta, tapi rasa seram tu tetap ada woiii! Apatah lagi dengan jalan yang sunyi dan lengang tanpa manusia macam tu.

Dalam kalut-kalut Aulia membawa langkahnya, tiba-tiba dia rasa bulu romanya meremang apabila dia terdengar seolah-olah suara tawa perempuan. Aduhhh… Benda apa pulak dah?!! Choiii, jangan kacau aku lah sial! Aulia dah menyumpah seranah di dalam hati.

Semakin lama dia berjalan, terasa semakin dekat pula suara itu. Amboiii… Bukan main gedik lagi suara ‘benda’ tu… Sempat lagi Aulia mengutuk. Tapi makin dekat, makin Aulia pelik. Rasa macam bukan ‘benda’ tu… Sebab…

Ada suara lelaki.

Takkan sepasang pulak dah ‘benda’ kot tu? Tengah dating? Pffttt… Memang tak lah kan?!!

Aulia dah tak tunggu lama, terus dia terjah ke arah bunyi yang meloyakan anak tekaknya itu. Dia senyum senget dengan apa yang menjamu anak matanya.

You see… Kan betul apa yang dia teka! Aulia dah berdiri sambil cekak pinggang, tajam aje mata dia panah kedua-dua makhluk di depannya itu.

“Ehemmm…”

Deheman Aulia berjaya menyedarkan kedua-dua makhluk itu tentang kehadirannya di situ. Yang keluarkan suara mengilai tadi agak terkejut dan sudah terkulat-kulat apabila nampak kelibat Aulia di situ, manakala yang seorang lagi pula hanya menunjukkan riak selamba. Dengan muka tak malunya boleh lagi dia layang senyum yang konon-konon semua orang kata seksi tu. Oh puhlisss! Ceh, mungkin pada orang lain tapi sama sekali tak buat Aulia okey! Nak muntah hijau tujuh baldi jugak dia dekat situ sekarang ni! Uwekks!

“Kalau ye pun sanggap sangat, could you two get a room please?” Selamba sahaja Aulia membahasakan kedua-dua makhluk itu.

“Heh! Kau tak payah nak sibuk hal orang lah. Bajet suci aje perempuan ni.” Yang keluarkan suara mengilai tadi naik angin dan keluarkan marahnya pada Aulia.

“Hmmm… Part yang aku suci tu, tak payah sebut pun dah tahu… Kau tu, lain lah kan?” Aulia lempar bola api straight ke muka perempuan mengilai tadi.

“ your mouth shut! Sial lah kau ni!!!” Dah mula menjerit-jerit macam orang histeria pulak perempuan tadi, tapi sikit pun tak bagi impak dekat Aulia. Dia masih lagi setia dengan muka seposen dia.

“Sayang… You tengok perempuan mulut gampang ni!!! Dia mengata I…”

Aulia rasa nak gelak guling-guling! Amboi, tadi bukan main menjerit macam nak terkeluar anak tekak. Ni dia menggedik pulak, siap dok bergesel-gesel dekat badan si lelaki tu macam pacat kena panggang, dok meliuk lentok bagai. Tengok pun rasa nak termuntah. Euwww!

“Oh… Oh… Oh… Sayang, I ada ni… I ada. Dah, dah...” Lelaki yang memeluk tubuh tadi mengeluarkan suara manja dan memujuk si perempuan gedik itu. Langsung dia tidak hiraukan Aulia yang masih berdiri di hadapan mereka.

“She’s too much! Memang penyibuk betul perempuan ni! You must do something sayang…” Rengek perempuan gedik tadi dengan suara mengada-ada.

“Oiii… Oiii… Oiii… Kalau korang nak sambung memadu asmara pun, tunggu aku blah dulu. Tak lalu aku nak tengok drama kasih korang ni.”

“Hah, blah je lah! Yang kau tu sibuk lagi tu dah pehal?” Tengking perempuan gedik.

“Don’t worry, memang aku nak blah pun. Buang masa aku aje.” Aulia senyum senget dan terus berlalu dengan kedua-dua belah tangan di dalam poket baju vestnya.

Baru dua langkah Aulia berjalan, dia tiba-tiba berhenti dan berpusing ke belakang semula.

“Hah, by the way. Whatever it is, since aku dah nampak korang dekat sini. Hmmm, bersedia lah kot-kot kejap lagi nama kena panggil yer… Okey, korang boleh sambung semula babak tak berapa romantik korang tu. Daaa…” Aulia menggerakkan jari-jemarinya dengan gaya ala-ala gedik.

“Sayang! She’s gonna report us!”

Aulia dengar suara perempuan gedik dah berubah cuak. Dia hanya tersengih senget, hah tahu takut! Siap lah kau dua mahkluk oii! Tapi, langkah Aulia tiba-tiba terhenti apabila lengannya ditarik kasar, terpusing sedikit badannya impak daripada pegangan itu. Memang menyirap lah darahnya apabila tangannya dipegang begitu, apatah lagi oleh lelaki tadi! Sepantas kilat tangannya yang sebelah lagi naik dan hampir-hampir melayang ke pipi lelaki itu. Tetapi lelaki itu lebih pantas dan menghalang hayunan tangan Aulia daripada melekap ke mukanya.

Kedua-dua mereka merenung tajam sesama sendiri. Lama mereka berbalas pandangan, masing-masing tidak mahu kalah! Kalau boleh biar salah seorang rentung dengan panahan renungan laser yang keluar daripada mata mereka.

“Sayang! You kena ajar perempuan tak sedar diri ni!”

Aulia tidak sedar langsung yang kedua-dua tangannya masih berada dalam pegangan lelaki tersebut. Apabila terdengar suara perempuan gedik tadi, barulah dia mula meronta-ronta kasar untuk melepaskan diri. Tetapi pegangan lelaki itu terlalu kuat untuk dia lawan.

“Baby, you gerak dulu. Biar I je settlekan dia ni.” Lelaki itu mengeluarkan arahan.

“Biar lah I dekat sini! I pun nak tengok perempuan tak sedar diri ni kena ajar dengan you! Baru I puas hati!”

Tidak semena-mena, lelaki tadi mengalih wajahnya ke tepi dan memandang kekasih hatinya yang dipanggil baby itu dengan pandangan tajam. Uuuu wow, ada orang nak kena marah lah weh! Reti marah awek rupanya!

“I cakap you balik dulu! Now!” Lelaki tadi tiba-tiba mengeluarkan suara yang lebih keras, agak tinggi bunyinya sehingga terangkat bahu perempuan gedik itu akibat terkejut.

Hakikatnya Aulia juga sedikit terkejut dengan perubahan tiba-tiba lelaki itu. Scary dia boleh tahan weh!!!

“Fine! I blah!” Perempuan gedik tadi dah jalan hentak-hentak kaki tanda dia tak puas hati.

Setelah kelibat perempuan gedik itu hilang, lelaki tadi kembali memalingkan kepalanya ke hadapan, betul-betul mengadap muka Aulia. Kali ini, Aulia dapat rasakan aura pandangannya lebih tajam berbanding tadi.

“O…Kay… Now, let me settle you young lady…” Dalam suara garau lelaki itu bergema. Walaupun perlahan, tetapi sudah cukup untuk menaikkan bulu roma Aulia. Tiba-tiba hatinya berdetak laju, tekaknya terasa kering. Ahhh, sudah… Apa pulak ni…???

*~*~*~*~*~*~*~*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fanantic #1
Chapter 4: Daebak!! Best giler citer ni>< Palliiii!! Sambung lagi author>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<