Kedatangan Ace

Tea Party At Midnight

“bunuh seorang atau semua?”tanya Jack.

 

“aku pilih semua. Itu pilihan lebih baik,”jawab Ripper sambil menyelak muka surat di dalam buku.

 

“kalau kau setuju, aku on je. Tapi cuma satu je yang aku risau,”Jack terus menunjukkan gambar seorang pelajar lelaki pada Ripper. “dia ni yang masalah,”

 

Ripper melihat gambar ditunjukkan oleh Jack. “Jimin..? kenapa dengan dia?”

 

“aku rasa sesuatu yang tak kena dengan dia,”Jack terberhenti berkata-kata. “aku rasa dia tu....Edward...,”

 

Ripper merenung tajam ke arah Jack. “Edward huh..? kau nak aku ingatkan untuk kau semula?! KITA berdua yang bunuh dia dengan tangan kita sendiri. Kau ni amnesia ke?! atau penakut hah?!”

 

Jack kurang senang dengan reaksi yang diberi oleh Ripper tadi. “bukan macam tu...”

 

“bukan apa?!”balas Ripper dengan kemarahan. “mungkin Edward dihidupkan semula?! Hah! Jangan nak buat lawak lah!!”

 

“k-kalau ya...macam mana..?”tanya Jack kurang pasti.

 

“senang je. Kita bunuh dia,”jawab Ripper yang juga rasa sedikit risau. “apa-apa pun, aku tak nak rancangan kita ni gagal macam 50 tahun yang lalu, semuanya salah Edward!!”

 

 


 

 

“H-Himchan?!”mereka baru tersedar dengan kehilangan Himchan.

 

“takkanlah?!”Myungsoo terlalu terkejut dengan kehilangan Himchan, padahal selama ni, Himchan selalu berada dibelakangnya. “aku tak perasan dia hilang!!”

 

“aku dah agak!! ni mesti kerja Jack!!”Henry mengagak, yang lain turut bersetuju.

 

“Kita mesti cari Himchan sekarang juga!!”kata Taehyung yang bersedia untuk selamatkan Himchan.

 

“aku rasa kita tak perlu cari dia,”bantah Jimin, dia kelihatan sungguh tenang.

 

“apa kau cakap?! Kau nak biarkan Jack bunuh Himchan?!! Kau gila ke apa?!”marah Taehyung kerana dia tahu semua orang termasuklah Jimin nak selamatkan Himchan tapi dia tak faham dengan tindakan Jimin ni sedemikian.

 

“aku betul-betul malas nak layan kau ni lah!”Jimin menghembuskan nafas tidak senang. “aku bagi kau 2 pilihan, selamatkan Himchan dan kita semua akan dibunuh oleh Jack atau kita semua cari jalan keluar dari terowong bawah tanah ni, lepas tu kita semua pergi selamatkan Himchan. Kau nak yang mana?”

 

Taehyung terdiam. Dia juga perlu fikir tentang keselamatan ahli yang lain juga. Betul juga apa yang Jimin cakap. Kalau mereka cari dan cuba selamatkan Himchan daripada Jack, dia dan yang lain pasti akan dibunuh oleh Jack nanti. Jadi, dia memilih pilihan kedua walaupun agak berat hati. Dia berharap sangat supaya Himchan masih hidup.

 

“sekarang ni macam mana?”tanya Myungsoo pada ahli yang lain pulak.

 

“masuk bilik ni,”jawab Mingyu lalu dia dan Luhan akan bersedia menendang pintu bilik yang berpangkah itu.

 

Mereka berdua bersedia untuk menendang pintu bilik berpangkah itu, yang lain pulak berdiri di belakang mereka berdua.

 

Luhan terus mengira. “1...2...dan........t-tiga---ehh?!”dia terkejut kerana kehadiran Jungkook dan Jaejin, si hantu sedang berada disebelahnya secara tiba-tiba. “k-korang..?!”bisik Luhan pada mereka.

 

“kenapa ni??”tanya Henry sambil melihat Luhan yang tidak jadi menendang pintu. “apa yang Luhan buat tu??”

 

Minhwan mencelah. “mungkin dia teringat sesuatu...rasanya lah...,”jawab Minhwan, dia juga nampak kehadiran Jungkook dan Jaejin, si hantu di sebelah Luhan. Dia pasti ada sesuatu yang terjadi.

 

Minhwan berjalan mendekati Luhan lalu dia pura-pura sedang berbual dengan Luhan padahal dia dan Luhan mendengar penjelasan dari Jungkook dan Jaejin.

 

“korang dalam keadaan bahaya kalau masuk bilik ni!! tadi kitorang berdua tengok dalam peta tadi!”larang Jungkook pada Luhan dan Minhwan.

 

“h-habis tu kitorang semua nak lalu mana? Nilah penghujung lorong bawah tanah, tak ada jalan lain lagi nak lalu,”jelas Luhan pada Jungkook dan Jaejin.

 

Jaejin menggelengkan kepalanya. “dalam lorong ni ada banyak pintu rahsia dan juga pintu perangkap. Begitu juga dengan pintu bilik berpangkah ni,”katanya lagi.

 

“ha’ah. Aku tak nak korang berdua dan ahli yang lain dalam bahaya....,”Luhan mula meluahkan perasaannya.

 

Minhwan hanya berasa lega mendengar penjelasan Jungkook. “JJ, kau kata ada bilik rahsia dekat dalam lorong ni tapi macam mana nak cari? Pintu pun tak nampak apa lagi biliknya,”kata Minhwan.

 

Jaejin mula menjawab. “haduhai...dah semestinya nama bilik rahsia, tentulah susah nak jumpa. Bilik tu mungkin di sebalik mana-mana dinding dekat sini, cubalah cari,”balas Jaejin lalu menyuruh Luhan dan Minhwan untuk memberitahu pada ahli jamuan yang lain.

 

Mereka berdua terus mendekati ahli jamuan teh tengahmalam. Semasa Luhan dan Minhwan sedang berbincang dengan ahli lain, Jungkook dan Jaejin seperti mendengar suara di dalam bilik berpangkah tu. Seperti suara yang meminta pertolongan.

 

“JJ!!”Jungkook memandangnya. “jom?!”

 

“kau nak kita berdua masuk ke??”soal Jaejin tidak pasti.

 

“apa lagi? Jom lah!!”ajak Jungkook lalu dia dan Jaejin melepasi pintu bilik berpangkah seperti ahli magik.

 

Mata mereka bulat melihat sesuatu. “ehh?! H-Himchan?”Jungkook dan Jaejin menemui Himchan dalam keadaan tercedera.

 

Dengan segera, Jungkook menyuruh Jaejin keluar dari bilik ni untuk memaklumkan kepada Luhan dan Minhwan. Jaejin menghilangkan diri dari bilik tu lalu memunculkan diri dihadapan Luhan dan Minhwan.

 

“warghh!!!”teriak mereka berdua.

 

“woi!! Asal korang berdua ni menjerit tak tentu pasal ni?!”tanya Taehyung kerana dia juga turut terkejut mendengar jeritan mereka dan dia juga tidak perasan dengan kehadiran Jaejin, si hantu.

 

“ahaha..tak ada lah. Aku cuma nak test korang semua ni dengar penjelasan aku ni, tu je,”Luhan tertawa dan tersengih. Dalam hatinya, dia rasa nak tumbuk je si Jaejin ni sebab muncul tiba-tiba dihadapannya tadi.

 

“apa hal ni??”bisik Minhwan pada Jaejin.

 

“tendang pintu bilik berpangkah tu!!”suruh Jaejin.

 

“huh??”Minhwan dan Luhan seperti tidak faham yang dimaksudkan Jaejin. “apa kau nak hah Jaejin? Kau sendiri kata jangan masuk bilik ni, asal sekarang ni kau nak kitorang tendang pintu ni pulak??”

 

“Aku Cakap Tendang Je Lah Pintu Tu!!!”arah Jaejin yang semakin kuat dan jelas. “Cepat!!”

 

Minhwan dan Luhan memusing badan ke arah pintu berpangkah. Dengan kiraan 1, 2 dan 3, kaki mereka bersedia untuk menendang pintu itu dengan kuat. Pintu itu masih tidak di buka. Sekali lagi mereka menendang dengan lebih kuat dan akhirnya pintu itu terbuka. Jaejin menyuruh mereka masuk dan mereka juga terkejut kerana menemui Himchan dalam keadaan tercedera.

 

“Himchan!!!”teriak mereka berdua.

 

Mingyu, Jimin, Henry, Taehyung dan Myungsoo yang mendengar teriakan mereka berdua yang memanggil nama Himchan membuatkan kaki mereka mula melangkah cepat ke dalam bilik berpangkah itu. Mereka semua menemui Himchan dalam keadaan cedera yang teruk. Semua orang kelihatan risau dan cuba menyedarkan Himchan yang pengsan sebentar tadi. Tanpa mereka sedari, Jimin dan Mingyu berbual sesuatu yang serius tanpa pengetahuan ahli yang lain.

 

“kejap lagi mereka sampai...,”bisik Mingyu pada Jimin. Jimin hanya mengangguk kepalanya.

 

Jimin dan Mingyu tak sedar bahawa Jungkook dan Jaejin mencuri dengar perbualan mereka.

 

“Kookie.....apa maksud diorang berdua tu??”soal Jaejin pada Jungkook.

 

Jungkook menggeleng kepalanya sambil mengangkat bahunya. “entah. Mungkin...kedatangan seseorang yang menarik?”dia tersenyum misteri.

 

“haih....kau ni misteri betul lah! Kau tahu siapa yang datang ke?”Jaejin seperti nak tahu disebalik senyuman misteri Jungkook.

 

“aku tak tahu lah!!”jawab Jungkook kerana pening mendengar soalan-soalan rumit dari Jaejin.

 

 

5 jam sebelum Jamuan Teh Tengahmalam bermula.....

 

 

“kau dah bersedia?”tanya Mingyu pada Jimin ketika berada dalam makmal komputer.

 

“ha’ah. Operasi membunuh Jack dan Ripper akan bermula malam nanti,”jawab jimin sambil menunjukkan gambar seorang perempuan dan seorang lelaki. “Ace, Si Kembar Jihyo dan Joongki. Mereka nanti datang tolong kita berdua,”

 

“Si kembar Jihyo dan Joong Ki?!”soal Mingyu kerana terkejut dengan kedatangan si kembar ni pada waktu malam nanti.

 

“yup, itu hari aku jumpa mereka dekat restoran,”katanya lagi.

 

“macam tu. kejap setahu aku..aku pernah nama diorang lah..,”Mingyu teringat sesuatu. “ah! aku dah ingat! mereka berdua tu sekolah dekat W.I.A Highschool kan?”

 

“ha’ah.”jawabnya.

 

Mingyu memandang Jimin dengan renungan terkejut. “kejap! Kau pernah sekolah dekat sana ke??”

 

“yup,”tersenyum Jimin kerana Mingyu baru tahu identiti sebenarnya.

 

“WHAT?!!”teriak Mingyu kerana terkejut.

 


 

Terdapat dua orang yang sedang mengemas sesuatu didalam beg mereka masing-masing sambil berbual ketika berada di dalam makmal komputer sekolah. Mereka sepertinya sedang merancang sesuatu yang besar.

 

“huhu...kau nak aku bunuh Jack ke??”tanya Joongki yang memakai kot hitam yang segak.

 

“Yes! Aku pulak nak bunuh Ripper. Macam mana? Deal?”soal Jihyo sambil memegang pisau yang kecil.

 

“Deal,”setuju Joongki lalu dia melihat jam tangannya. “rasanya Edward tak dapat nak join kita berdua lah...,”katanya lagi.

 

 


 

A/N: Author minta maaf banyak-banyak dahulu sebab selama beberapa minggu ni author akan sibuk dengan latihan, jadi fanfic ni automatik jadi hiatus. Buat latihan memang memenatkan malahan tak lama lagi akan ada perlawanan. Sebagai balasan tak dapat update untuk chapter seterusnya, author nak bagi tahu fanfic ni dalam proses menuju penamat. Lepas author habis dengan perlawanan nanti, author akan tulis chapter yang panjang dan akan update untuk memenuhi hati korang yang dahaga kan misteri fanfic ni. See you soon!! :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD