Misteri Bilik Rahsia

Tea Party At Midnight

Misteri Bilik Rahsia

 

Luhan POV

 

Tanganku mula mengemas semua pen aku yang berterabur di atas meja setelah menyiapkan separuh projek sains. Tak sangka Minhwan sudi temankan aku di perpustakaan ni. sSebagai tanda terima kasih, aku belanja dia makan waktu balik sekolah nanti.

 

“Minari, tolong ambilkan kertas tu,”suruh ku yang masih sibuk mengutip cebisan kertas projek ni. *A/N: ‘Minari’ ialah nama panggilan Minhwan dalam fanfic ni*

 

“ok-ok..,”dia segera mengambil kertas yang mempunyai lukisan projek sains. “wow cantiknya lukisan projek yang kau lukis ni,”pujinya.

 

“thanks,”aku ambil kertas yang dia hulurkan kepada ku. “Minari, semalam aku dengar kau nak pergi lawat bilik rahsia yang JJ dan Jungkook cakapkan tu. aku nak ikut boleh?”

 

“boleh! kalau kau ada, baru rasa seronok sikit,”Minhwan terasa senang hati kerana mempunyai teman. “ah, sekarang ni dah pukul 2 petang. Baik kau siapkan cepat projek tu,”jelasnya lagi.

 

“uhh...sabarlah,”rungut ku kerana terasa sungguh malas.

 

Lepas kami berdua keluar dari perpustakaan, kami berjalan menuruni tangga menuju ke tingkat bawah sekolah. Sesampai di sana, kami menuju ke bilik stor sukan yang masih belum berkunci lagi. Ada kesempatan ini, kami memasuki bilik tersebut secara diam. Aku dan Minari cuba mencari keberadaan pintu bilik rahsia tu.

 

“Minari!!”teriakku setelah menjumpai pintu kecil di bawah raga bola sepak. “aku jumpa!!”

 

“woah! Sekejapnya! Aku fikir cari pintu bilik rahsia ni perlukan tombol rahsia, tak sangka pula pintu ni berada ditempat yang boleh dijangka,”Minhwan menolak raga bola ke tepi. “uhuk! uhuk!”dia terbatuk-batuk kerana terlampau banyak habuk di pintu tertutup tu.

 

“dalam kiraan 3, kita bukak pintu ni sama-sama, ok?”cadang aku padanya.

 

“ok,”jawabnya ringkas.

 

1,2, dan 3........Kreakkk!

 

Pintu bilik rahsia itu mula terbuka, Minhwan mengeluarkan lampu suluh dari dalam begnya sebelum dia menyuluh ke dalam pintu tersebut. Kami berdua nampak ada sebuah tangga menuju ke bawah tanah. Cahaya lampu suluh tidak sampai ke permukaan bilik rahsia tu, kami sangka bilik ni begitu dalam lagi sempit. Minhwan turun dahulu sebelum aku turun ke bawah. Agak lama kami turun dengan menggunakan tangga ni, lebih kurang 10 minit.

 

Langkah Minhwan terberhenti. Aku pula turut terberhenti mengejut sehingga terlanggar sedikit bahu Minhwan.

 

“kita dah sampai,”jawab Minhwan sedikit perlahan. “hati-hati....,”

 

Aku tak faham kata-katanya sehingga aku jelas melihat apa yang aku nampak dihadapan aku sendiri.

 

“i-ini?!”aku sedikit cemas melihatnya.

 

“yup, keranda manusia,”Minhwan membuka keranda tersebut. “dan....ada tengkorak manusia didalamnya,”

 

Melihat pakaian tengkorak manusia itu kelihatan fesyen lama, rasanya fesyen pada zaman 80-an di eropah. Didalam bilik rahsia ni, kami jumpa tiga pintu. Kami masuk pintu pertama dahulu.

 

Aku memutar tombol pintu pertama sebelum melangkah luas masuk ke dalam bilik tersebut. Disana, kami menjumpai banyak pisau. Ada pelbagai pisau dan mengikut saiz pisau. Diatas meja, kami nampak satu lakaran. Lakaran itu berbentuk bulatan dan didalamnya terdapat bentuk bintang dengan tulisan pelik. Aku yakin, lakaran itu pasti sihir orang zaman dahulu kala.

 

“Minari, jom pergi bilik yang kedua,”ajakku tergesa-gesa seperti ada sesuatu tidak kena.

 

“ah....,”Minhwan dapat faham situasi aku hanya merenung wajah aku ni. “jom pergi,”

 

Kami keluar bilik pertama dan masuk ke bilik kedua. Disana, terdapat banyak kepingan kayu berada didalam bilik ni. Kami mengagak kepingan kayu itu diguna untuk membuat keranda. Semasa kami berdua memantau bilik itu, aku terjumpa satu keranda yang siap sepenuhnya. Dihujung kepingan kayu keranda tu, aku ternampak darah merah yang kelihatan baru kering.

 

“apa yang kau tengok tu?”soal Minhwan yang membuatkan diri aku tersentak dari lamunan yang bukan-bukan.

 

“ah...tak. Cuma...,”aku tak tahu nak jelaskan apa dekat Minhwan.

 

Minhwan tersenyum. “kau cakap pasal darah tu ke? aku pun nampak juga,”dia memandang disekeliling persekitarannya. “mungkin...ada orang selain kita berdua,”

 

“pembunuh?”bisik ku kepada Minhwan.

 

Minhwan mengangkat kedua bahunya bertanda ‘mungkin’. “kau rasa??”

 

“kita patut periksa bilik ketiga tu dengan cepat,”cadang ku pada Minhwan.

 

“ok,”jawabnya lalu dia dan aku bergegas keluar dari bilik kedua, kemudian berjalan masuk ke dalam bilik ketiga. Iaitu bilik terakhir.

 

Minhwan menyuluh lampu suluhnya diseluruh bilik ketiga tu. Kami mendapati bilik itu begitu besar dan dipenuhi almari yang mempunyai buku lama seakan-akan buku purba.

 

“wow! Banyaknya buku!”aku berasa takjub melihatnya. “Minari asal kau tercegat ni?! pergilah tengok buku tu!”

 

“tak......,”suara Minhwan kedengaran perlahan tetapi keras. “tengok belakang kau tu dulu...,”

 

Badanku mula pusing ke belakang. Mataku mula bertentang dengan mata seseorang berwarna merah. Kulitnya pucat malah kulitnya terasa sejuk seperti ais. Dia tersenyum sehingga menampakkan gigi taringnya. Dia macam........

 

“apa ni......,”langkah ku mula kebelakang mendekati Minhwan. “Minari....dia ni....!”

 

Minhwan berdiri tercegat dan dia masih menyuluh lampu ke arah lelaki tadi. Kami fikir kami ingin melarikan diri tapi....dia sepertinya tidak berbuat apa-apa terhadap kami berdua.

 

“hmm....korang berdua ni manusia ke?”soalnya sedikit kuat tapi nadanya tidak seperti nak mengancam kami. “nampaknya kau nampak ‘benda’ tidak sepatutnya...,”jelasnya.

 

“a-apa....,”aku mula bersuara. “s-siapa kau ni..?”

 

Dia terdiam lalu menunjukkan pergelangan tangannya yang mempunyai satu tattoo. “aku penjaga bilik ni. ada masalah?”

 

Minhwan berjalan ke depan sedikit. “kau.........,”dia

 

Lelaki itu tersenyum. “puntianak? Jangan risau. Aku tak minum darah orang lah,”tangannya segera mencapai sesuatu diatas meja lama disebelahnya. “nah!”

 

Dia memberi sebuah buku berwarna hitam kepada Minhwan. Aku pun lihat buku apa yang lelaki tu beri dekat Minhwan. Tajuk buku ni ialah Midnight Tea Party.

 

“eh??!”terkejut Minhwan dengan aku sekali. “buku ni pasal jamuan teh tu??!”

 

“dah agak,”kata lelaki itu. “bila aku tengok mata korang berdua, aku tahu korang ni ahli jamuan teh tengahmalam. Jadi aku bagi buku ni sebagai buku rujukan untuk korang berdua nanti,”

 

“kau baca fikiran kitorang ke?!”kata Minhwan terkejut.

 

“aku kan...puntianak,”lelaki itu tersenyum misteri. “kalau ada masa, datanglah melawat bilik ni,”

 

“ahh....ok,”kata ku kerana segan dan lebih baik tak payah datang lansung.

 

“dan satu lagi. Hati-hati.......sebab dekat sekolah ni ada Jack The Ripper,”kata lelaki itu lalu dia berkata lagi. “aku cuma tahu Jack The Ripper tu pakai rantai berbentuk daun. Entah daun jenis apa, asalkan ia berbentuk daun,”

 

Aku dan Minhwan terdiam. Jadi, Jack The Ripper ada dekat dalam sekolah ni. Tapi...dia ni siapa? Cikgu atau pelajar? Bahaya ni. Apa pun, kami patut balik sebelum malam. Sebelum kami keluar dari bilik ni, kami menanyakan nama lelaki puntianak tu tapi dia cuma bagi nama samaran je. James. Itu nama inggerisnya, patutlah muka dia macam orang eropah.

 

End Flashback

 

Author POV

 

“bila aku dengan Minari tengok buku ni, Jamuan Teh Tengahmalam ni.....adalah sesuatu yang tak patut di amalkan,”Luhan melabuhkan punggungnya diatas kerusinya.

 

“aku baca kronologi buku ni, Jamuan Teh Tengahmalam ni telah diadakan selama 150 tahun yang lepas,”jelas Minhwan.

 

Semua terdiam apabila mendengar cerita dari Luhan dan juga Minhwan. Minhwan segera menunjukkan buku merah kepada mereka. Semua berpusu-pusu mendekati  Minhwan yang memegang buku merah tu.

 

“Luhan,”panggil Minhwan setelah menyuruh Taehyung memegang buku merah tu sebelum berjalan mendekati Luhan yang berehat selepas penat bercerita. “ada sesuatu yang tak kena. Kau perasan tak?”

 

“ahh...,”angguk Luhan. “aku macam nampak kelibat Jack The Ripper atau pun itu cuma khayalan aku je,”

 

“macam tu....,”suara seseorang dibelakang Luhan dan Minhwan.

 

“Luhan....d-dia dekat belakang kita...,”Minhwan dapat lihat bayangan hitam ‘orang’ dibelakangnya sambil memegang pisau. “habislah!”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD