Sejarah 4 Puak

Tea Party At Midnight

Di Perpustakaan Almist

 

“uurrmm........,”mata Minhwan terlelap disebabkan rasa ngantuknya mula menguasai dirinya.

 

“oii!! Jangan tidur!! Ni perpustakaanlah!!”Luhan selaku pengawas perpustakaan pergi menghempuk Minhwan menggunakan buku rujukan sejarah.

 

“arghh!! Sakitlah!!”teriak Minhwan sehingga ramai pelajar pandang badi dekat Minhwan sebab buat bising di perpustakaan. “m-maaf.....,”

 

Luhan duduk di sebelah tempat duduk Minhwan. Dia menyerahkan Minhwan sebuah buku warna putih.

 

“apa ni?”soal Minhwan.

 

Luhan tersenyum kecil. “ni buku sejarah 4 puak,”

 

“b-buku sejarah 4 puak?? Apa tu?”

 

Luhan menepuk dahinya kekesalan. “aduhai....aku mana tahu!! Jungkook dan Jaejin yang bagi dekat aku!!”

 

“ish! tak yah nak jerit-jerit, cakaplah awal-awal tadi,”kata Minhwan sambil menyelak muka surat pertama.

 

Tanpa berlengah masa, mereka membaca buku itu.

 

Buku ni menceritakan kisah 4 puak yang tinggal di sebuah hutan tebal. Disana, mereka hidup dengan aman damai. Mereka semua saling membantu sesama mereka. Tidak pernah berlaku pergaduhan atau peperangan di sana. Sehingga suatu hari, terdapat seorang lelaki berpakaian hitam, wajahnya dililit dengan kain putih tetapi hanya matanya kelihatan, sedikit tegap dan tinggi. Dia datang ke tempat mereka. Semua puak berasa tak senang hati dengan kedatangannya. Dia meminta ketua puak untuk membunuh salah seorang dari ahli puak mereka sendiri. Bila mendengar pernyataan lelaki itu, mereka semua mengamuk dan ingin membunuhnya. Sekelip mata, beberapa orang dari ke 4 puak mereka mati disembelih oleh lelaki misteri itu. Lelaki itu berkata bahawa hutan ini adalah hutan miliknya. Jadi, 4 puak ni perlu mengikut kata-kata lelaki itu, bahawa setiap tahun mereka perlu korbankan satu ahli dari puak mereka masing-masing. Setiap tahun mereka membuat satu ‘majlis’ untuk korbankan seorang dari ahli puak mereka dengan upacara minum teh. Kemudian, beberapa puluh tahun kemudian, dia menghilang. Upacara minum teh ini tetap diteruskan oleh 4 puak ini.

 

Lepas habis membaca, Luhan memandang Minhwan. “c-cerita ni....ada kaitan dengan Jamuan Teh tengah malam tu??!”

 

“nampaknya....setiap jamuan teh yang kita datang nanti akan berlaku kematian,”kata Minhwan, dia terperasan ada satu lagi muka surat yang belum lagi dibaca.

 

Minhwan menyelak muka surat sebelah. Dia dan Luhan terkejut melihatnya. Ia tertulis tentang latar belakang lelaki misteri itu.

 

Usia lelaki ini tidak diketahui. Dia mempunyai kuasa misteri dan dia telah hidup begitu lama. Wajahnya tak pernah dilihat oleh sesiapa. Dengar kata, namanya Jack yang suka sembelih orang. Perkataan yang dia paling suka sebut ialah ‘I hate...rain’.

 

KRINGGGGG!!!!

 

Loceng pada waktu rehat telah berdering, bertanda sesi waktu rehat telah habis. Luhan menutup buku Sejarah 4 Puak. Minhwan meminta diri dulu, kemudian Luhan pula keluar dari perpustakaan. Mereka rasa lelaki bernama Jack, mungkin masih hidup dan menjalani hidup seperti mereka sendiri.

 

Selepas Minhwan dan Luhan keluar dari perpustakaan. Seorang lelaki muncul dan ambil buku Sejarah 4 Puak. Dia mengeluh berpanjangan.

 

“hmm...aku patut hapuskan buku ni dan dua orang budak hantu tu,”desis lelaki itu.

 

Seorang pelajar muncul dari belakangnya. “hei, Jung su. Apa kau pegang tu??”soal sahabatnya.

 

Dia tersenyum. “buku pasal aku,”

 

“buku kau? kau ke yang terbitkan buku ni?? kau ni biar betul?!”

 

“haha...taklah! mana ada. Aku saje nak gurau dengan kau!!”dia meletakkan buku itu di rak buku. “jom pergi, Waktu rehat dah habis..,”kata Jung su lalu dia dan sahabatnya berjalan keluar dari perpustakaan.

 

Pada pukul 11.45 tengahmalam.

 

Semua ahli dah berkumpul begitu juga Henry dan Taehyung. Luhan tanya sama ada Jimin dengan Mingyu dah pergi jumpa Pengetua mereka tapi tindakan mereka sia-sia je, sebab pengetua mereka lansung tak beritahu pada mereka, iaitu sebab dan motif pengetua mereka adakan jamuan teh pada waktu tengahmalam ni.

 

“agaknya...hari ni ada seorang lagi yang akan terkorban. Aku risaulah Minhwan...,”jelas Luhan setelah mendengar penjelasan dari Jimin dan Mingyu.

 

“aku tak tahu nak cakap apa, tapi kita kena cari ‘Jack’ walau macam mana pun,”jawab Minhwan kemudian dia keluarkan buku ‘Story of Summer Highschool’. “aku ada jumpa beberapa klu masa baca buku ni,”

 

“klu??”

 

“aku jumpa ni...,”Minhwan membuka muka surat 25 dan ia menunjukkan satu imej gambar.

 

“ni gambar pisau kan?? apa kaitan dengan ‘Jack’ pulak??”

 

Tiba-tiba Jungkook dan Jaejin muncul disebelah mereka. Mereka pun lihat gambar yang ditunjukkan oleh Minhwan.

 

Jaejin mencelah. “i-ini pisau Cikgu Sungmin tikam aku masa 20 tahun yang lalu lah.....,”

 

“aku pun sama. Aku ingat lagi dia tikam kepala aku masa dekat dalam perigi. Takkanlah...Cikgu Sung min tu...,”Jungkook nak cakap kalau Cikgu Sung min tu adalah Jack The Ripper tapi Minhwan menggelengkan kepalanya bertanda tidak.

 

“salah. Bekas pengetua masih ada dekat dalam penjara, tak mungkin dia dapat tikam Henry semalam,”jelas Minhwan. sambungnya lagi, “aku rasa Pengetua Summer Highschool yang tikam Henry, sebab Pengetua Summer Highschool ni yang adakan jamuan teh ni. mungkin dia yang tikam,”

 

“ehh???!!”terkejut Luhan, Jungkook dan Jaejin.

 

“shh!!! Diamlah! Nanti sekolah lain dengar perbualan kita ni..!”bisik Minhwan pulak. “apa-apa pun, kejap lagi jamuan teh akan bermula. Aku nak JJ dan Jungkook pergi ke bilik Pengetua Summer Highschool,”

 

“huh?? Kenapa pulak??”soal Jungkook dan Jaejin.

 

“aku rasa ada benda lain selain buku hitam yang korang jumpa itu hari. Pasti ada sesuatu benda yang lain boleh bagi kita klu untuk cari ‘Jack’ ni,”jelas panjang lebar Minhwan.

 

Setelah Jungkook dan Jaejin pergi ke bilik Pengetua, Luhan dan Minhwan dipanggil Mingyu sebab Jamuan Teh Tengahmalam akan bermula dalam beberapa minit. Masing-masing duduk dimeja yang disediakan. Seperti biasa, orang bertopeng menuangkan teh untuk semua ahli jamuan ni. Sebelah Luhan adalah meja Castelian Highschool. Perlahan-lahan Luhan bertanyakan khabar dekat Henry.

 

“kau ok??”soal Luhan kerisauan.

 

Henry mengangguk kepalanya. “aku ok je cuma doktor cakap jangan banyak berjalan sangat,”

 

“oh....,”balas Luhan.

 

Selepas itu, Mingyu dan Jimin melabuhkan punggung mereka di kerusi mereka masing-masing. Jimin kata dia harap semua ahli dapat lupakan kejadian semalam. Semua ahli mendiamkan diri sebab tak tahu nak cakap apa lagi manakala Luhan dan Minhwan sedikit berdebar bila melihat keadaan sekarang ni. Mingyu bertanya sekolah mana yang akan menceritakan kisah misteri pada malam ni. Tiada siapa yang menyahutnya. Keadaan yang semakin tegang dan akhirnya ada seorang yang bangun.

 

“kitorang yang akan ceritakan kisah misteri dekat Almist Highschool,”jawab Luhan yang membuatkan ahli yang lain terkejut.

 

Minhwan pun bangun dari kerusinya. “ya. kami tak kisah apa nak jadi dekat kitorang selepas habis cerita. Apa yang kami fikir, kami nak kongsi cerita ni supaya korang faham apa yang kami sampaikan..,”

 

“Luhan??”Mingyu macam tak percaya melihat Luhan dan Minhwan yang sudi menceritakan kisah misteri di sekolah mereka.

 

Jimin pula hanya tersenyum kecil. “kalau macam tu, kisah apa yang nak korang kongsikan, Almist Highschool...,”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD