Darah Jimin

Tea Party At Midnight

Semuanya gelap. Suatu tempat yang sangat gelap. Keadaan bertukar sunyi sepi. Malam yang sepi berterusan tanpa menghiraukan masa yang berdetik cepat.

 

 

“korang...,”

 

 

Suara James kedengaran perlahan.

 

 

“korang semua....,”panggilnya lagi.

 

 

Membuatkan beberapa orang terbangun. Siapa?

 

 

Rupanya Mingyu, Myungsoo dan Minhwan terbangun. Tersedar berada di dalam sebuah bilik kelas.

 

 

“m-macam mana kitorang boleh sampai sini?!”terperanjat mereka bertiga. Patutnya mereka dihempap bumbung.

 

 

James tertawa kecil sambil memandang mereka. “tu teleport. Aku guna kuasa aku pindahkan korang semua ke sini,”jelasnya.

 

 

“teleport?!”

 

 

“ha’ah. Berterima kasih dengan aku ni. Kalau tak korang mati kena hempap tahu tak?”

 

 

Mereka bertiga pula yang tersenyum dan bersyukur. Tanpa James, mungkin mereka semua akan mati. Tapi keadaan bertambah semakin teruk. Musuh sebenar mula tunjuk belang. Jack The Ripper sebenar semestinya Jungsu. Sangkaan mereka Jungsu sangat kuat dan tidak mudah dikalahkan walaupun mereka dalam jumlah yang banyak. Lepas tu apa mereka nak buat? Larikan diri dari Jungsu? Tidak. Larikan diri seumpama menjatuhkan maruah sendiri. Tidak bererti musuh seorang yang sangat kuat tidak dapat menghapuskan mereka semua yang ramai. Apa yang mereka perlu buat ialah mempunyai ‘plan’ yang terbaik untuk mengalahkan Jungsu.

 

 

Seorang demi seorang sedarkan diri. Orang yang paling terkejut masa sedarkan diri semestinya Jimin. Dia memandang seluruh badannya dan dia masih hidup. Dia ingat dia dah mati dan menerima nasib yang sama seperti yang lain tapi salah.

 

 

“a-aku masih hidup lagi. k-kenapa..?”Jimin melihat semua orang. “p-patutnya...patutnya aku yang mati. Kenapa aku masih hidup?! Kenapa?!”

 

 

Semua tidak memberi reaksi yang terkejut cuma....ni kali pertama mereka melihat Jimin begitu stress pada dirinya sendiri.

 

 

“kau ok tak?”hairan Himchan.

 

 

“aku rasa kau patut rehat..,”jelas Luhan pada Jimin.

 

 

“kau nak aku rehat? Macam mana aku nak rehat kalau Jungsu tengah mengancam kita semua?! Semua perkara termasuk Tea Party ni juga salah aku. Aku lah penyebab korang semua dalam keadaan bahaya..,”Jimin menghela nafas tidak senang dan memandang mereka semula. Dia berkata lagi, “Jungsu nak darah aku. Darah aku ni boleh membuatkan seseorang hidup kekal abadi dan kuasa memanipulasi manusia. Maaf selama ni aku tak bagi tahu korang perkara sebenar.., ”Jimin melihat tubuh badannya yang belum lagi cedera ataupun berdarah.

 

 

Mereka semua tersenyum. “sebab itulah kitorang akan lindungi antara satu sama lain..,”

 

 

“kita kan kawan sejak Tea Party diadakan,”kata Henry lalu dia terus bangun dari lantai kelas.

 

 

“jadi..bila kita nak mulakan rancangan kita?”soal Jungkook dan Jaejin si hantu. Mereka tak sabar nak kalahkan Jungsu dalam masa terdekat.

 

 

“kita cuba fikir kelemahan Jungsu dulu sebelum serang dia. Kalau kita serang dia tanpa mengetahui kelemahan, itu baru cari maut,”kata Taehyung lalu memandang Jihyo dan Joongki.

 

 

Jihyo tersenyum. “aku dengan Joongki tahu kelemahan Jungsu,”

 

 

“eh?!!”semua terkejut.

 

 

Joongki memulakan penjelasannya. “sebenarnya kitorang baru tahu Jungsu ni tiada jantung. Sebab masa berlawan dengan dia...aku cucuk dada kirinya dan aku pasti menikam tepat ke dalam jantungnya! tapi dia tersenyum lalu menghempas aku ke tepi. Kalau kita bunuh macam mana pun, dia takkan mati. Dia ni ada jasad manusia tapi tiada jantung seperti cerita Davy Jones kan?”Joongki tersenyum misteri.

 

 

“aku tak faham apa yang kau terang sebenarnya...,”geleng Zelo.

 

 

“korang tahu Davy Jones kan?”tanya Jihyo pada mereka semua. Semua mengangguk kepala, siapa tak kenal watak Davy Jones dalam Pirates of Carribean. “Davy Jones, si monster tapi pernah menjadi manusia pada masa dahulu kala. Dia hidup di serata lautan tanpa jantung dalam jasad manusianya, dia simpan jantungnya di sebuah peti berkunci supaya tiada siapa mengambilnya. Sama seperti Jungsu. Kemungkinan dia simpan jantung dia disuatu tempat rahsia dan kita semua perlu cari!”

 

 

Penjelasan Jihyo kedengaran masuk akal. Patutlah Jungsu susah dikalahkan. Tapi masalahnya...cari jantung Jungsu bukan mudah. Tempat rahsia? Dekat mana? Itu pun mereka tidak tahu dimana. Tapi si hantu Jungkook dan Jaejin ini tersenyum. Mereka berdua tahu dimana keberadaan jantung tersebut.

 

 

“Korang nampak kan lukisan daun mapel dekat lengan korang semua kan?”tanya Jungkook dan mereka mengangguk. “aku dengan JJ buat cuba pecahkan rahsia bentuk daun mapel ni dan kitorang tahu maksud daun ni,”

 

 

“apa dia?”soal Henry ingin tahu.

 

 

Jungkook menyuruh Jaejin menerangkannya. “dekat sekolah ni hanya ada satu pokok yang berdaun mapel kan? dan Jungsu sendiri kata lukisan daun mapel ni sumpahan dan kita semua akan mati sebelum upacara Tae party ni habis. Aku dan Kookie buat kesimpulan kemungkinan daun mapel tu sendiri sumpahan kepada Jungsu sendiri dan dekat pokok berdaun mapel tu kemungkinan terkuburnya peti jantung Jungsu...,”

 

 

Jungkook berkata lagi, “kitorang berdua rasa jantung tu berhenti berdegup kalau kita tikam menggunakan pisau milik Jack The Ripper,”

 

 

“betul ke?!”tanya Luhan dan Himchan.

 

 

“ni sekadar kesimpulan. Tapi kalau korang tak percaya kata kitorang, aku dengan Kookie tak marah,”kata Jaejin. Dia tak nak memaksa mereka semua untuk mempercayainya.

 

 

Semua tersenyum. “kitorang mesti lah percaya!”

 

 

Ketua untuk rancangan ini semestinya Jimin dan juga Luhan. Tugas Jimin, Mingyu, Minhwan dan Luhan menggali serata pokok daun mapel untuk mencari peti jantung Jungsu. Himchan, Henry, Taehyung, Myungsoo, adik-beradik Song, Zelo, James, si hantu Jaejin dan Jungkook untuk berlawan dan merampas pisau dari Jungsu. Berharap perlawanan ini berakhir pada waktu yang singkat sebelum matahari terbit dalam 3 jam lagi.

 

 

Masa bergerak pantas,  Jimin, Mingyu, Minhwan dan Luhan berlari keluar dari bangunan sekolah sebelum menuju ke pokok berdaun mapel. Kumpulan A iaitu Himchan, Taehyung, Myungsoo dan adik beradik Song menuju ke blok A yang berdekatan dewan sekolah yang telah runtuh tadi. Kumpulan B iaitu Zelo, James, Jaejin dan Jungkook ke blok B yang berdekatan dengan kantin serta pagar sekolah.

 

 

“mereka dah bergerak...,”Jungsu berada di pondok bersebelahan padang sekolah. Tak sabar nak bunuh Jimin dan ambil darahnya. “tak sabar nak tunggu kau menyerah diri...Jimin,”dia tersenyum keji.

 

 

Jimin melihat jam tangan miliknya, sekarang dah pukul 3.46 A.M. mereka perlu hapuskan Jungsu sebelum matahari terbit dan sebelum kedatangan pelajar ke sekolah ini pada waktu pagi nanti. Walaupun mereka bergegas ke pokok berdaun mapel itu, keselamatan diri perlu diutamakan terutama sekali Jimin. Kerana Jimin merupakan kunci kemenangan mereka semua.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD