Misteri Bilik Muzik [Part1]

Tea Party At Midnight

Perjumpaan kali pertama ini akan dimulakan dengan mendengar kisah dari Castelian Highschool. Mereka semua menanti-nantikannya. Pada waktu yang sama, Jungkook dan Jaejin berada di perpustakaan sekolah.

 

Jimin kelihatan teruja. “cerita apa korang nak kongsikan??”

 

“ini kisah misteri bilik muzik...,”jelas Taehyung sambil menghirup teh panas.

 

Henry menutup buku yang diberikan oleh Mingyu tadi. “kisah ni baru je berlaku seminggu lepas dan kami juga menjumpai sebuah benda yang menarik dan sedih. Betul tak, Taehyung?”

 

“ya....ia berlaku seminggu yang lepas...”Taehyung mula bercerita.

 

Flashback Seminggu lepas

 

Taehyung POV

 

Aku dan Henry terpaksa kemas bilik muzik selepas waktu balik sekolah. Segala barang aku dan Henry bawa. Penyapu, penyodok, kain buruk, baldi kecil dan banyak lagi. Tapi tak sangka pulak ada makcik cleaner bagi kitorang vakum, rasanya tak perlu pakai penyapu dan penyodok.

 

“terima kasih, makcik!!”ucap ku yang menerima vakum darinya.

 

“sama-sama,”ucap makcik cleaner, tapi wajahnya berubah bila teringat sesuatu. “dik, hati-hati bila nak kemas bilik ni. dengar kata....ada ‘benda’ yang suka kacau..,”

 

Henry tersenyum bila mendengar cerita dari makcik cleaner ni. “ye ke? kitorang tak kisah sangat dengan benda-benda macam ni, sambil tu boleh tambah pengalaman lagi,”

 

Lengan Henry di pukul lembut oleh makcik cleaner ni. “ish...korang ni tak takut ke?!! Makcik yang dengar cerita dari budak-budak lain pun dah naik bulu roma!!”

 

“jangan risau cik. Dah banyak benda kami dah jumpa. Kami pandai-pandai jaga diri nanti bila jumpa ‘dia’ tu..,”jawab ku sebelum makcik cleaner itu meminta diri.

 

“kalau macam tu. hati-hati bila kemas bilik ni dah cepat balik tau,”kata Makcik cleaner selepas memberi nasihat kepada ku dan juga Henry.

 

Tangan kami bergerak pantas membersihkan bilik musik yang hampir besar dengan keluasan kelas kami. Kami vakum di tempat yang berhabuk dan bersarang sebelum mengelap cermin dan meja yang ada di dalam musik tu.

 

Henry sibuk menyusun kertas musik sebelum meletakkannya ke dalam bakul yang tersedia di atas meja guru. Aku pula vakum dekat dengan almari yang besar. Bila tengok almari ni sekali lagi, aku rasa macam nak buka je dan akhirnya tanganku sudah membuka pintu almari ni.

 

“wooahhhh~”

 

“kenapa ni?”soal Henry, dia pun tengok apa yang aku tengah lihat. “wuuuaahh!! Banyaknya peralatan musik dekat sini!!”

 

“ha’ah. Henry, kau nak dengar aku main biola??”

 

Henry memandangku. “kau pandai main biola??”

 

“yup. kau nak dengar tak??”

 

“boleh juga..,”jawabnya lalu dia ambilkan satu biola dan berikannya kepada aku. “mainlah!”

 

Tanganku segera memainkan sebuah lagu yang sayup. Bunyi biola bergema seluruh bilik musik. Henry memejam matanya supaya dapat menghayati musik biola ku dengan lebih mendalam. Tapi aku berhenti bila aku mendapati ada satu kertas kecil yang bergulung dan diikat berada di dalam biola ni.

 

“Henry!!”aku menunjukkannya kepadanya.

 

“ada kertaslah!! Cepatlah ambil, Taehyung!!”teriaknya kerana teruja. “macam misteri je!”

 

Aku pun masukkan 3 jari ku ke dalam lubang biola yang sedikit besar ni. Aku ingat senang tapi rupanya susah nak ambil kertas tu. Henry dah hilang sabar dan akhirnya...dia rentap tali biola ni sehingga putus.

 

“Henry?!!”teriakku.

 

“kau ni lambat sangat..!”jawabnya lalu membuka gulungan kertas itu.

 

“ada apa dalam kertas tu??”

 

“ia tertulis..... ‘darah....darah aku...’. T-Taehyung...”dia memandang ku semula.

 

Kami berdua melihat sekeliling bilik musik. Tiada sesiapa. Yang kami nampak.....beberapa kertas yang baru sahaja kami susun telah terjatuh ke atas lantai.

 

“Taehyung...,”

 

“aku tahu. ‘Dia’ bagi kita amaran..,”

 

“nak pergi dari sini tak?”

 

“tak payah. Aku nak tengok apa yang boleh dia buat dekat kita ni,”

 

“kau ni memang berani,”

 

“kau pun sama juga,”

 

Kami sambung semula membersihkan bilik musik ni lagi. Aku suruh Henry kemas tali biola tu. Dia segera kemas tali biola yang dia rentap tadi dan letakkannya di atas meja. Dia terkaku di sebelah meja. Aku pun pergi ke arahnya. Tanganku memegang bahunya yang keras lagi dingin.

 

“kenapa ni??”soal ku.

 

Dia tunjukkan satu kertas kecil tu. Ia tertulis ‘dia ambil darah aku..’.

 

“Taehyung...aku rasa ‘dia’ bukan nak bagi amaran dekat kita tapi dia nak kita cari ‘badan’ dia dekat dalam bilik muzik ni,”Henry dapat rasakan debaran dalam hatinya yang bercampur aduk kesedihan yang dia alami sekarang ni.

 

“jom...kita cari ‘dia’ sampai dapat,”ajak ku.

 

Kami pun mencari disekeliling bilik musik ni. Segala benda kami geledah tapi tak jumpa-jumpa. Mana agaknya mayat ‘dia’ tu??!

 

Henry pula nampak lagi satu kertas yang terlekat di dinding yang bersebelahan almari peralatan musik. Dia teriak memanggilku. Aku segera berlari ke arahnya. Dia menunjukkan kertas tu dekat aku. kertas itu tertulis ‘aku dalam ni’.

 

“Henry!! Ambil violin dalam almari tu!! aku nak guna benda tu untuk hentam dinding ni!!”

 

“ok!!”dia segera ambil violin itu dekat almari tu.

 

Dia pun beri dekat aku. “ok!! dan aku harap kita tak kena marah dengan pengetua kita nanti..”

 

Satu, dua dan tiga.....Bam!! satu, dua dan tiga...Bam!! dan....satu, dua dan tiga...Bam!!

 

Dinding itu mula retak separuh. Kami boleh nampak mayat seseorang lelaki yang berpakaian sekolah di dalam dinding.

 

“ughhh!!”Henry tak mampu nak tengok lagi.

 

Aku hentam violin ni lagi ke dinding dan dinding tu retak sehingga mayat pelajar lelaki itu mula jatuh ke atas lantai.

 

“ahh!!”aku segera ke sisi mayat tu.

 

Semua sempurna. Tangan, kaki, kepala dan jari-jemari tapi aku boleh nampak perut dia berlubang. Sedih. Rasa sedih dan kenapa dia dibunuh?

 

“Taehyung. Jangan termenung! Cepat telefon polis!!”teriak Henry.

 

Bersambung Part 2....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD