Kad Jemputan

Tea Party At Midnight

 

Perjumpaan kelab misteri kali ke-16. Semua ahli sudah lama berkumpul termasuklah Jungkook dan Jaejin. Kelab berjalan seperti biasa. Kes Cikgu Sungmin telah lama berlalu namun ada satu lagi misteri yang diterima Luhan dan Jungkook. Iaitu..kad jemputan diterima oleh mereka dari Jimin, pengerusi kelab misteri di Summer Highschool.

 

 

“Luhan...kau tahu Summer Highschool ni apa??”soal Min hwan. Dia sibuk melihat kad jemputan yang dia jumpa di bawah mejanya tadi pagi. “kau pun dapat jugak kad jemputan tu kan??”katanya lagi.

 

 

“ya, hmm..Jungkook, kau tahu pasal Summer Highschool? dulu aku pernah dengar cerita dari kau pasal sekolah tu??”tanya Luhan lalu memandang ke arah Jungkook yang sibuk bermain air, batu, burung bersama Jaejin. “yaahh!! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni??!”

 

 

Jungkook dan Jaejin tersentak, mereka terkejut. Kemudian mereka menumpukan perhatian pada Luhan dan Minhwan.

 

 

“m-mianei. Kau cakap pasal Summer Highschool?? Hmm......”Jungkook macam ingat sesuatu tentang sekolah tu. jadi dia pun tanya Jaejin. “JJ...kau ingat kan kes kematian Jung In dekat sekolah tu?”

 

 

“aah! Ya. aku ingat lagi kes tu, kookie. Seorang pelajar perempuan, namanya Jung In. Dia dibunuh pada waktu tengahmalam..”jawab Jaejin.

 

 

Mereka semua terkejut pabila mendengar kes pembunuhan pernah berlaku di Summer Highschool. mereka dapat agak ada sesuatu tak kena dengan sekolah tu.

 

 

“hah? Kes kematian Jung In dekat Summer Highschool? Macam mana korang berdua tahu??”tanya Wendy dengan Minyoung.

 

 

“seingat aku....masa tu aku dan JJ pergi Summer Highschool sebab Almist Highschool adakan lawatan sambil belajar disekolah tu.”kata Jungkook.

 

 

Jaejin mencelah. “betul. Masa tu jugak keadaan sekolah tu menyeramkan kerana sehari sebelum kami berdua lawat Summer Highschool, ada sesuatu yang berlaku. Jung In di bunuh pada waktu tengahmalam disekolah tu. badan dia dilumuri kesan darah yang banyak kerana  ditikam banyak kali.”kata Jaejin lalu dia memandang kad jemputan tu.

 

 

Jaejin rasa susah hati. Seorang pembunuh misteri dan sentiasa ‘bergaya’ di waktu malam. Dia dan Jungkook pun tak dapat selesaikan kes ni.

 

 

“jadi....siapa pembunuh tu??”tanya Cikgu Siwon dengan Luhan.

 

 

“korang takkan percaya kalau aku cakap.....”Jungkook hanya tersenyum misteri.

 

 

“alaaahhh!! Cepatlah bagi tahu! Aku tak suka tengok senyuman misteri kau tu!!”Juniel tak sabar mendengarnya.

 

 

“pembunuhnya.....Jack The Ripper....”jawab Jungkook dan Jaejin. Mereka kata lagi. “kitorang tak berapa pasti, tapi pengawal keselamatan sekolah nampak ada seseorang memakai jubah hitam, rambutnya panjang dan mempunyai pisau tajam di tangannya, sebelum dia larikan diri, dia sebut ‘Jack The Ripper’. Dihadapan dia..semestinya Jung In yang telah ditikam olehnya pada waktu tengah malam....”

 

 

“pembunuh misteri??! seramnya!!!”teriak Wendy dan Juniel ketakutan.

 

 

“Jack The Ripper....aku pernah dengar nama dia. Teringatkan aku pasal Whitechapel murders. Bukan ke dia tu pembunuh bersiri pada tahun 1888?”kata Minhwan, dia menunggu jawapan Jaejin.

 

 

“ya...dia telah bunuh seramai 5 orang wanita. Cara dia bunuh amat menakutkan. Dengan pisaunya yang tajam, dia telah mengoyak perut mangsa lalu mengeluarkan beberapa organ dari badan mangsa. Lalu dia potong tangan dan kaki mangsa sebelum meninggalkan mangsa. Sebab tu dia dikenal sebagai Jack The ‘Ripper’...”jelas Jaejin panjang lebar.

 

 

Dah cukup lama mereka berbual pasal kes pembunuhan di Summer Highschool. Tapi sampai sini mereka bualkan pasal kes pembunuhan yang berlaku 20 tahun yang lalu.

 

 

“cukup sampai sini je kitorang tahu pasal Summer Highschool. Jadi, korang berdua nak pergi ke?”soal Jungkook pada Luhan dan Minhwan.

 

 

Luhan dan Minhwan masih terfikir-fikir. Mereka tak tahu nak buat apa sekarang ni. Hadir atau tak hadir ke jamuan teh tu..semua keputusan ada pada tangan mereka.

 

 

“korang patut pergi!! Mesti seronok dengar cerita misteri pada waktu tengah malam dengan pelajar lain!!”kata Juniel lalu dia ambil kad jemputan Minhwan itu lalu membaca isi kandungannya.

 

 

Nice to meet you, gentleman.

 

Saya Jimin, Pengerusi Kelab Misteri di Summer Highschool. saya dengar anda adalah ahli kelab misteri, Almist Highschool. Saya berhajat untuk mengajak anda datang ke jamuan teh pada waktu tengah malam di Summer Highschool. Hari perjumpaan jamuan teh pada hari jumaat hingga hari ahad. Selain tu, jamuan ini diadakan kerana ingin mendengar kisah misteri atau kisah seram yang ingin anda kongsikan. Saya harap anda dapat menghadiri jamuan ini.

 

Goodbye....and see you soon.

 

 

“Luhan, kau nak pergi?”soal Minhwan kerana Luhan pun terima kad jemputan sama sepertinya.

 

 

“aku nak pergi. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dekat sekolah tu...”jelas Luhan.

 

 

Sejak Luhan dapat kad jemputan ni, dia rasa risau tak tentu pasal. Satu-satunya untuk menghilang rasa risaunya, dia akan pergi ke jamuan teh nanti.

 

 

“kalau kau nak pergi, aku pun pergi jugaklah..”Minhwan segera ambil kad jemputan miliknya itu lalu  dia simpan di dalam beg sekolahnya yang sedia ada.

 

 

Tiba-tiba Jungkook dan Jaejin menghampiri Minhwan dan Luhan. Mereka asyik tersengeh-sengeh bila memandang Minhwan dan Jungkook. Senyuman sengehan mereka itu ada maknanya.

 

 

“bila korang berdua senyum semacam ni...mesti ada niat disebalik senyuman korang tu kan?? apa korang nak??!”Minhwan mengangak.

 

 

“emm-emm......kalau kitorang nak ikut boleh..??”soal Jaejin, dia nak sangat pergi jamuan tu.

 

 

“korang nak ikut??! Mana boleh! korang tidak dibenarkan datang jamuan tu sebab tak terima kad jemputan.”jelas Luhan.

 

 

“alaa.....takkanlah korang tak tahu! Kitorang kan hantu. kitorang boleh je buat badan kitorang jadi invisible sambil tu dengar cerita misteri dekat jamuan teh tu!”kata Jungkook.

 

 

“hmm....yelah!! Tapi jangan kacau masa jamuan teh tu dimulakan. Faham?”kata Minhwan.

 

 

“ok!!”jawab Jungkook dan Jaejin serentak.

 

 

Sebenarnya Jungkook dan jaejin risau dengan mereka berdua sambil tu, mereka nak selesaikan kes pembunuhan, ‘Jack The Ripper’ di Sumer Highschool.

 

 

Perjumpaan kelab misteri hari ini dijalankan seperti biasa. Keesokan harinya, Luhan dan Minhwan akan menghadiri jamuan teh pada waktu malam nanti. Siapakah tetamu jemputan di jamuan teh selain mereka berdua??

 


 

 

First chapter done! Saya dapat maklumat dari Mr. Google tentang Jack The Ripper. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh tanya Mr. Google, ok?^^

have a nice day, readers! ^0^

 

Jimin dan ???? – Summer Highschool

Luhan dan Minhwan – Almist Highschool

???? dan ???? – Castelian Highschool

???? dan ???? – Empire Highschool

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 12: haishh..saspen dibuatnya, harap mereka semua berjaya kalahkan Jungsu tu...mintak-mintaklah...
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: Aduiiii saspens ni saspensssss xD
Moga-moga diorang sempat bunuh Jungsu!!! XD
aquariusxpisces
#3
Chapter 11: kenapa mesti jungsu nampak hantu -______- omo macam mana niiiiii
aquariusxpisces
#4
Chapter 10: wahhhhh nice update hanna authornim xD
tak sangka adik beradik ace pun ada hahahaha nice job xD