Chapter 7 : Aku tak berdaya

Fate Of Love (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Jiyong : Ajumeoni!

Ajumeoni : Ya, saya. Ada apa, Jiyong?

 

Ajumeoni perasan pakaian Jiyong dah bertukar dan rambut Jiyong juga nampak masih sembab. Dia mengeluh berat. Bukannya dia tidak mendengar suara Cathrine menjerit-jerit tadi.

 

Jiyong : Tolong uruskan perempuan tu.

Ajumeoni : Baiklah. Tapi kan, Jiyong-

Jiyong : Jangan risau. Saya tahu apa yang saya buat. Saya akan bertanggungjawab ke atas dia.

Ajumeoni : Baguslah kalau macam itu.

 

Ajumeoni mengeluh lega. Dia tahu dia boleh berpegang kepada kata-kata Jiyong. Tuan Mudanya itu tak pernah memungkiri apa yang dijanjinya. Keluar sahaja Jiyong dari rumah, ajumeoni terus bergegas naik ke tingkat atas. Cathrine yang menyelubungi dirinya menggunakan selimut masih menangis di sudut bilik.

 

Ajumeoni : Puan Muda..

 

Terus dipeluknya tubuh Cathrine dengan erat. Air matanya turut menitis melihat nasib Cathrine. Belakang Cathrine diusap perlahan.

 

Ajumeoni : Sabar puan.. sabar..

Cathrine : Lelaki tak berguna... aku benci kau... aku benci kau... kau binatang...

Ajumeoni : Ya, ya... luahkanlah apa yang ada dalam hati tu. Auntie takkan bagitahu dia... Sabar nak, sabar...

Cathrine : Hidup saya dah musnah, auntie... dahlah saya anak yatim piatu, mak dan kakak tiri kejam... adik saya pula... takkanlah saya nak bagitahu dia yang... yang saya ni... dah tak suci...

 

Lama ajumeoni memujuk Cathrine. Simpatinya melimpah-ruah untuk gadis itu. Dibawanya Cathrine ke bilik mandi. Langkah Cathrine yang janggal dan perlahan membuktikan Cathrine masih suci sebelum dia dimiliki oleh Jiyong. Dengan air mata yang menitis perlahan, dia mendudukkan Cathrine di dalam tab mandi dan membersihkan tubuh gadis itu dengan penuh teliti. Cathrine sendiri sudah hilang semangat.

 

Cathrine : Terima kasih... Terima kasih...

Ajumeoni : Ini sahaja yang mampu auntie buat untuk puan.. Auntie tak dapat nak tolong puan tadi.. maafkan auntie...

Cathrine : Dah nasib saya, auntie... lagipun, nasi dah jadi bubur...

 

Setelah dimandikan, diberi pakaian dan diberi makan, Cathrine duduk berehat di ruang tamu bersama ajumeoni. Cathrine sudah mampu bertenang dan mengawal dirinya.

 

Cathrine : Ajumeoni seorang aje ke bekerja di sini?

 

Cathrine rasa lebih selesa memanggil pembantu rumah Jiyong itu sebagai ajumeoni. Panggilan 'auntie' terasa asing pula.

 

Ajumeoni : Kat rumah ini ada lima orang gaji termasuk saya. Empat orang yang lain diberi cuti hari ini.

 

Ada maknanya kata-kata ajumeoni. Mestilah diberi cuti. Takkan nak kel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
Finally :) Fate of Love Chapter 8 is out! Tak tahu masih ada yang nak baca atau tak, but i will keep updating everyday till last chapter memandangkan dh lama terbelangkai and musim MCO ni buatkn saya boring macam apa :") btw, saya update guna phone sebab RIP to my laptop, x dpt on dh huhu

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna