Chapter 6 : Malang tidak berbau

Fate Of Love (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Mata yang terpejam dibuka perlahan. Pandangan Cathrine berpinar-pinar. 'Aku kat mana ni?' getus hatinya kehairanan. Seingat Cathrine, dia sedang duduk di bangku taman tidak jauh dari kedai tempat dia bekerja untuk sementara waktu, dan dipecat gara-gara kesilapan yang tidak disengajakan. Cathrine melihat keadaan di sekelilingnya. Dia berada di sebuah bilik yang... pelik... Tidak ada tingkap tapi ada penghawa dingin. Suasananya pula agak menyeramkan bagi Cathrine. 'Apa yang dah berlaku kat aku? Aku mimpi ke ni?' Cathrine tertanya-tanya. Dia bingkas bangun dan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Eh? Berkunci!

 

Cathrine : Hei, siapa kat luar? Buka pintu ni!

 

Cathrine mengetuk kuat pintu tersebut beberapa kali. Tidak lama kemudian, kedengaran derapan tapak kaki seseorang. Pintu dibuka dari luar dan belum sempat Cathrine melihat wajah orang tersebut, dia terus ditarik keluar.

 

Cathrine : Hei!! Lepaskan aku!! Kau siapa hah?!

Manager : Baik kau diam kalau kau tak nak mati ditembak.

Cathrine : Hah? Mati ditembak? Encik, tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya merayu sangat. Lepaskan saya, please...

 

Air mata Cathrine berjuraian di pipi. Dia cuba melepaskan tangannya daripada manager tetapi cengkaman lelaki tersebut terlalu kuat dan kukuh. Cathrine diheret begitu sahaja. Baru Cathrine sedar, dia sekarang tengah memakai pakaian lain, bukan pakaiannya sendiri. Apa yang tersarung di tubuhnya kini amat mendedahkan kulit dan terlalu singkat baginya.

 

Cathrine : Ya Tuhan...

 

Cathrine pantas menekup mulutnya apabila menyedari dirinya berada di mana. Gadis-gadis cantik berkeliaran di rumah tersebut. Masing-masing memakai pakaian seksi dan beberapa orang daripada mereka kelihatan sibuk melayan lelaki yang entah siapa. Sah, Cathrine sekarang berada di rumah pelacuran! Cathrine sendiri masih diheret ke sebuah bilik yang lain. Dia cuba memukul tangan manager agar melepaskan tangannya namun lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu seolah-olah kebal dan tidak terasa langsung tangannya dipukul dan dicubit oleh Cathrine. Cathrine sudah ketakutan. Masuk sahaja ke dalam bilik, pintu bilik terus dikunci dan tangan Cathrine akhirnya dilepaskan. Melihat dirinya dilepaskan, Cathrine terus cuba melarikan diri namun sekelip mata sahaja tangannya ditarik semula.

 

Cathrine : Lepaskan saya!!

Manager : Diam!!

Jiyong : Ini dia perempuan tu?

 

Suara Jiyong membuatkan Cathrine menoleh pantas. Yakin yang Cathrine tidak akan melarikan diri lagi, manager melepaskan cengkamannya pada tangan Cathrine.

 

Cathrine : Kau?

 

Jiyong turut kelihatan terkejut. Matanya terbuka luas dalam dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
Finally :) Fate of Love Chapter 8 is out! Tak tahu masih ada yang nak baca atau tak, but i will keep updating everyday till last chapter memandangkan dh lama terbelangkai and musim MCO ni buatkn saya boring macam apa :") btw, saya update guna phone sebab RIP to my laptop, x dpt on dh huhu

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna